Taqwa Sang Syaitan

Bismillah

Taqwa adalah buah dari pohon ma’arifatullah (kenal Allah). Yang paling mengenal Allah, akan jadi yang paling takutkan Allah.

Taqwa yang asli lahir dari ma’arifatullah yang asli. Begitu juga taqwa yang keanak-anakan adalah lahir dari ma’arifatullah yang keanak-anakan.

Habil kenal Allah. Cukup kenal hingga berbuah takut yang mendalam. Hingga waktu saudara kandungnya sendiri menggertak dengan maut, “Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”

Jawabnya, “Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam.” Al Maidah 28

Inni akhofullah

Jika syurga hanya perlu iman, syaitan juga akan masuk syurga. Jika syurga hanya perlu kenal Allah, hanya perlu taqwa, syaitan juga akan masuk syurga.

Kenapa tidak. Syaitan begitu beriman dengan kekuasaan Allah, balasan-balasan Allah. Kerana itu ia bersungguh-sungguh mahu menarik manusia ke neraka.

Syaitan begitu kenal Allah. Lalu ia takut kepada Allah. Pada waktu sang mukmin mulai (mengikutnya) kufur, ia berkata “Aku berlepas diri darimu, sesungguhnya aku takut kepada Allah tuhan sekalian alam.” 59:16

Tulennya ma’arifatullah dan taqwa sang syaitan, sepatutnya memukul-mukul jiwa kita. Kerana musuh nyata kita adalah lebih “cemerlang” berbanding kita.

Berapa kerap kita menahan diri kerana inni akhofullah?

Huda
Kalau ulama’ hanya perlu berilmu, iblis juga ulama’

bukan hanya mengumpat

Bismillah..

Antara kaedah untuk lebih menjiwai, merasai dan mendapat impak dari bacaan Al Quran adalah dengan memahami konteks semasa waktu turunnya sesebuah ayat/surah itu. Dengan itu kita lebih dapat memperkaitkam inti surah dengan diri kita, agar lebih berbuah keinsafan dan perubahan.

Saya mengambil contoh surah Al Humazah. Ayat nya dimulakan dengan tujahan celaka terhadap setiap pengumpat. Jadi banyak dari kita yang apabila sebut sahaja surah Al Humazah ini, kita memikirkan surah ini memfokuskan kepada tabiat mengumpat (sahaja?). Kemudian ada disebutkan pula neraka hutomah dalam surah ini, dan kita sinonimkan pula neraka hutomah ini sebagai neraka bagi pengumpat.

Ok, betul, tidak salah mengambil mesej yang itu. Tetapi tahukah kita, bahwa surah Makiyyah ini ada memfokuskan sebuah isu yang jauh lebih besar lagi dari isu mengumpat – yaitu isu aqidah, tauhid, dan isu mensyirikkan Allah.

*Surah makiyyah – surah pre hijrah, mesejnya sekitar mengukuhkan aqidah.

*Surah madaniyah – surah post hijrah, mesejnya sekitar memperkenalkan hukum/hakam, dan juga isu kemunafiqan.

Tafsir fi zilal tulisan syed Qutb menerangkan bahawa surah Al Humazah mengetengahkan sikap manusia yang meletakkan sesuatu selain Allah di hati mereka, seterusnya mereka merasakan sesuatu itu dapat menjamin kehidupannya. (Ini, adalah isu ketauhidan yang serius!).

Ia bermula dengan menggariskan simptom/signal kepada jiwa yang tamak akan dunia, iaitu akhlaq mereka menjadi buruk – mencela dan mengumpat. (Jangan ambil mudah “signal” ini, ia tanda aqidah kita bermasalah).

“celakalah setiap pengumpat dan pencela..” Ayat 1.

“Iaitu yang mengumpul dan menghitung2 hartanya..” Ayat 2.

Dan kemudian, jiwa yang tamak ini semakin parah apabila ia merasakan harta/dunia itu lah yang menjamin kehidupannya. (Ayat 3) Dan di sini lah datang nya isu ke tauhidan – terdapatkah apa2 selain allah, yg mampu menjamin kehidupan kita?

Jadi terus sangkaan ini ditempelak dengan ayat ke 4,
“Tidak! Dia pasti akan dicampakkan ke dalam neraka Hutomah”

Di sini ada introdusi kepada sebiji neraka bernama Hutomah, yang direka bentuk khas untuk golongan tadi (yang tamak kepada dunia, hingga akhlaq nya menjadi bongkak)

Introdusi diteruskan lagi,
“Tahukah kamu apakah itu neraka Hutomah? Ianya adalah api Allah. Yang membakar sampai ke hati..” Ayat 5-7.

Oh. Jadi speciality neraka Hutomah ini adalah ia membakar sampai ke hati. Mengapa di tekan kan hati itu? Kerana dari hati itulah bermulanya kerakusan manusia terhadap dunia, hingga berlakunya kecurangan aqidah dan akhlaq.

Kesimpulannya, surah Al Humazah ini bukan bercakap tentang pengumpat sahaja ya. Ya sudah tentu kita perlu beri perhatian juga kepada tabiat buruk itu. Tapi yang lebih dekat dengan kita dan wajar diinsafi apabila mentadabbur surah ini adalah hal ehwal kecintaan kita kepada dunia.

Apa tidak pernah kah kita ini merasa sayang hendak melepaskan dunia, kerana bimbang kehilangan itu akan membinasakan kita? Betul tak pernah?

Wallahualam.

:. huda
Zuhud – meletakkan dunia di tangan, bukan di hati. Jadi bila-bila perlu melepaskannya, maka okay.

KONTRAPRODUKSI

” Mereka mengajak manusia berinfak, tetapi mereka sendiri kikir. Mereka mengajak manusia berakhlak, tetapi akhlaknya sendiri tidak terpuji. Mereka mengajak manusia berjihad, namun mereka sendiri bukan mujahid. 

Atau mereka mengajak untuk tawadhu’, tetapi mereka sendiri congkak, mengajak untuk ithar, namun mereka sendiri egois, mengajak untuk jujur namun mereka sendiri pembohong, mengajak untuk amanah akan tetapi mereka sendiri berkhianat, mengajak untuk senantiasa istiqomah namun mereka sendiri sering menyimpang, mengajak taat namun mereka sendiri bermaksiat, mengajak untuk selalu mencari yang halal namun ia sendiri selalu bergelumang dengan yang haram, dan sebagainya.

Hal ini dikatakan sebagai suatu kontraproduksi: sebagian mereka membangun, sedang sebagian lain meruntuhkan. Sebagian mereka menghimpunkan, sedang sebagian yang lain mencerai-beraikan. Sebagian mereka menarik simpati, sedang sebagian yang lain manimbulkan kebencian..”

Begitu petikan tulisan Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah dari naskah nya berjudul “Untukmu Kader Dakwah”.

Kontraproduksi.
fenomena yang membarah ini perlahan-lahan menghancurkan apasaja bentuk rawatan yang sedang memulihkan keadaan umat. Jika setiap hari semakin bertambah golongan yang jelik kepada Islam, ini lah salah satu punca besarnya. Jika setiap hari masih ada yang rasa benci kepada Islam, inilah salah satu punca besarnya.

Bahkan Jika setiap hari tetap ada muslim sendiri yang hilang yakin kepada islam, inilah salah satu punca besarnya.

Waktu perperangan Uhud menyaksikan gugurnya sahabat-sahabat agung dan kemenangan tidak diperoleh, kaum munafiq ada berdiri di celah-celah mereka. Kaum ini yang bersama-sama menghayun pedang, tetapi kaum ini jugalah yang melanggar arahan Rasulullah saw hingga menggoncang kestabilan barisan.

Seerah mengajar kita bahwa perkara yang serupa akan berlaku jika barisan pertempuran tidak bersih dari keberadaan jiwa-jiwa munafiq. Jiwa-jiwa ini berlindung di sebalik ikrar iman, tetapi hati dan anggota badannya tidak taat kepada Allah. Jiwa-jiwa ini akan melemahkan kekuatan dan menggoyangkan kesatuan. Jiwa-jiwa ini akan menjatuhkan bata-bata yang disusun letak oleh tangan-tangan yang jujur dan ikhlas, akhirnya, tidak ada apa pun yang dibina.

Lalu, Hanya akan wujud bangkai-bangkai terbengkalai.

Maka jika ditemui masih ada nilai-nilai kontrProduksi dalam diri, di situ juga ada urgensi untuk ia dihapusi. Tidak ada orang lain yang boleh dan layak hendak mengatakan siapa dan siapa sebenarnya dalam diam sedang merosak apa yang kita bina. Kerana itu waktu ini kita wajib memuhasabah dan mencermin diri serta hati.

Kita tidak mahu, menjadi orang yang meruntuhkan.

Ingat, kumpulan munafik itu akan sentiasa ada hingga berakhirnya hayat dunia.

Dan ia akan sentiasa ada di celah-celah orang beriman.

:. Huda

Ha. Ja. Ro.

Bismillah..

 

tiga huruf.

ringkas.

tapi penuh erti. bukan saja penuh erti, malah penuh air mata, darah dan pengorbanan.

ha ja ro ini ertinya adalah satu tindakan meninggalkan, melepaskan, membuang, dan apa-apa sajalah yang adik beradik dengannya, akan perkara-perkara yang disayangi dicintai dan disukai, demi sebuah masa depan yang diyakini lebih baik.

ha ja ro ini, pengiringnya adalah air mata, kesakitan dan kepedihan.

ha ja ro ini, pelakunya adalah orang-orang yang di dadanya ada rasa yakin – iman.

dan salah satu ha ja ro agung yang terselit dalam lipatan sejarah adalah H.I.J.R.A.H

 

yang mana HIJRAH itu, seperti yang kita tahu, adalah perpindahan. kaum muhajirin dari Mekah, berpindah ke Madinah, bertemu kaum Ansar, yada yada yada

 

tapi ia lebih dari sekadar perpindahan.

HIJRAH ini, bukan sama seperti kita berpindah dari Kuantan ke Perak. Atau dari Tasmania ke Canberra. Atau dari satu rumah ke satu rumah. Sebab perpindahan yang itu, kita angkut bawa semua barang kesayangan bersama-sama.

HIJRAH yang ini, adalah tindakan meninggalkan, melepaskan, membuang, dan apa-apa sajalah yang adik  beradik dengannya, akan perkara-perkara yang disayangi dicintai dan disukai, demi sebuah masa depan yang diyakini lebih baik.

 

pada waktu Rasululah saw dan kaum muslimin Mekah berhijrah, mereka tinggalkan harta tinggalkan saudara. apa-apa yang mereka sayang, merepa lepaskan. sehelai sepinggang, pergi.

betapa sakitnya.

of course, pengiring mereka adalah air mata dan kepedihan.

of course, kerana di dada mereka ada rasa yakin – iman.

 

betapa agungnya HIJRAH ini, ia mengajar kita erti qurban.

erti melepaskan segala yang kita senangi, kemudian sanggup pula melalui segala yang pedih-pedih berduri, semata-mata kerana mahu menyelamatkan iman. mahu lebih taat pada ilahi. mahu meninggalkan jahiliyah.

 

ha ja ro.

tiga huruf yang sarat dengan erti.

 

kerana iman

bismillah..

 

tahukah kamu, bilakah waktunya, iman itu, menjadi tidak berguna?

jawabnya, pada waktu azab Allah sudah di depan mata.

 

Lalu betapa nikmatnya, golongan yang masih sempat, sewaktu di dunia ini, memiliki iman.

memiliki keyakinan,

memiliki kepercayaan,

kepada janji Allah.

baik janji berupa balasan pahala, mahupun janji berupa ancaman azab neraka.

betapa nikmatnya, golongan yang berbelanja segala yang ada pada dirinya,

pada jalan Allah,

demi kerana menagih janji Allah.

 

betapa nikmatnya,  golongan yang membawa tulang belulangnya,

bergerak, dibanting, atas dasar yakinnya kepada Allah.

 

betapa  nikmatnya, beroleh waktu, untuk menyelamatkan diri dan kaum keluarga,

dari azab neraka.

 

betapa nikmatnya, beroleh iman, semasa hayat di dunia.

 

kerana bila azab Allah sudah di depan mata, iman itu tidak bernilai sungguh.

 

“maka iman mereka ketika mereka telah melihat azab Kami tidak berguna lagi bagi mereka. itulah ketentuan Allah yang telah berlaku terhadap hamba-hambaNya. dan ketika itu rugilah orang-orang kafir.” surah ghafir ayat 85

 

-Huda

apalagi nikmat yang lebih manis dari iman, kerna iman itulah yang membawa pergi cinta buat dunia, dan membawa datang rindu buat syurga.

buat kita yang mewarisi.

bismillah

Maha Kaya Allah. Hari ini kita mewarisi islam, dari tangan-tangan orang terdahulu. Mereka yang berhujan berpanas, berpeluh berdarah, berpenat berlelah, bersakit berduka, semata-mata supaya dakwah ini terus mengalir sepanjang-panjang kronologi masa, hinggalah khilafah islam kembali memayung alam.

Tanpa  perlu cerita pun kita sudah dapat bayangkan sendiri betapa mereka itu memang benar-benar berkorban. Kalau tidak, tak mungkin kita harini tahu apa bendanya dakwah itu. Jauh sekali, hendak mewarisi dan memikul sama dakwah ini di atas bahu.

Sebab islam itu sifatnya perlu dicari, perlu didukung. Sifatnya, akan rebah kalau tidak disokong dengan kuat. Yup, wlaupun Allah mampu dan akan pelihara agama Dia ini, tapi at the same time kejayaan tu bukan percuma. Syurga tu bukan murah.

Anyway. Speaking of mewarisi dan memikul.

Hari ini begitu banyak terbit jiwa-jiwa yang mahu bersatu dengan dakwah. Yang menyerahkan dirinya untuk perjuangan yang suci ini. Dan yang sedar dengan jelas akan tujuan hidupnya. Dia tahu, dia sedar, Allah memberi kepada dia posisi sebagai pemakmur dunia. Khalifah. Dia perlu menyampaikan Islam, kerana hanya dengan Islam, dunia ini akan makmur.

amazing. Just, amazing.

Cuma satu yang banyak diperhatikan hari ini adalah, wujudnya orang-orang yang menjauhi golongan penyeru ini. sekaligus menjauhi apa yang mereka serukan – islam.

Ada banyak faktor untuk hal ini. Cuma saya berasa terpanggil untuk menyentuh berkenaan attitude kita sebagai pewaris dakwah ini, yang mahu mengalirkan dakwah tetapi meninggalkan satu element penting yang wajib ada dalam proses menyeru ini. Iaitu, element hikmah.

Hikmah, selain dari ertinya kebijaksanaan, bagi saya ianya juga adalah bererti – method, kaedah, cara dan proses yang paling sesuai dan berkesan.

Lain orang, lain hikmah yang diperlukan untuk dirinya menerima sesuatu. Jadi kita tidak ada satu template hikmah yang digunapakai dan boleh fit semua orang.

Rasulullah saw menjalankan dakwah dengan hikmah yang tip top. Dengan orang kasar, baginda begitu begini. Dengan orang lembut, baginda begini begitu pula. Dengan orang muda, begini begini. Dengan orang tua, begitu begitu. Banyak lah.

Maka, kita yang mewarisi dan menyambut dakwah ini, jika hendak mewariskannya kepada orang lain pula, tidak dapat tidak memang perlu memasukkan element hikmah itu tadi. Menyampaikan inti dakwah saja tidak cukup. Adabnya, disiplinnya, etikanya, perlu ada bersama.

Kerana kita mewarisi dakwah ini bersama kaedah-kaedah dan adab etikanya, bukan intinya semata-mata.

Tidak wajar benar jika wujud banyak pihak yang mahu menyampaikan kebenaran, mahu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, tetapi dengan cara/kaedah/adab yang lemah. Selepas itu berteriak, “aku tak takut korang nak buat apa dekat aku lepasni, aku sampaikan kebenaran kerana Allah!”

Hmm. Cuba fikir, ada ke orang yang mahu ikut kita kalau kita herdik mereka? Dengan alasan, cakap baik-baik dah tak mahu dengar. Apa betul ke sudah sehabis-habis baik kita berusaha memahami dia? Sudah ajak dia makan-makan, berborak? Sudah berziarah ke rumah dia, tahu masalah dan kesulitan dia?

Lagipun, kalau benar kita berbuat kerana Allah, mestilah  mengikut kaedah yang Allah suka ye tak. Berlembut, beradab, berkata dengan baik. Sedangkan terhadap Firaun pun, Allah perintahkan Nabi Musa berkata dengan baik dengan lembut, supaya Firaun tak react dengan horrible.

Berapa banyak orang yang membenci islam, allergic dengan “ustaz ustazah” ni, akibat selalu kena sound panas-panas. Padahal, nak suruh berbuat benda baik – nak suruh solat, tutup aurat, jaga ikhtilat. Makin tak mahu adalah. Kenapa tidak, egonya dilambung-lambung.

Kontraproduksi itu namanya. Sambil membina, sambil menghancurkan. Sambil mengajak, sambil menjauhkan.

Kemudian kita mengeluh, dakwah ini tidak berjaya. Tidak disambut. Umat semakin parah. Generasi kita bakal berlalu, sedangkan tidak ditemui siapa-siapa lagi yang mahu kita wariskan dakwah ini. Oh noooo.

Muayyid yang dikasihi,
Tanya diri, apa benar kita sendiri sudah warisi dakwah ini sepertimana yang ia diwariskan kepada kita? Apa sudah kita ikut adabnya, disiplinnya, etikanya, tertibnya dan hikmahnya?

Kalau belum, mustahil dakwah ini akan mengalir. Percayalah, memang mustahil.

Perjuangan ini sifatnya, akan terhenti jika tidak disambung dengan baik. Perjuangan ini bukan automatik akan mengalirr dari satu zaman ke satu zaman hanya dengan ada orang-orang yang mahu kepadanya. Tapi orang-orang yang mahu itu, perlu berusaha berbuat segala cara dan kaedah yang bertepatan, barulah ia akan berjaya.

Selaklah semua kisah dakwah para nabi. Nabi mana yang herdik kaumnya? Sedangkan nabi Luth itu, kaumnya berbuat dosa yang belum pernah dibuat sebelum itu pun, dia marah la juga, tapi dengan kasih sayang dan ada pujukannya.

“aku ada puteri, kahwini lah puteri-puteriku..” macam tu dia offer. Punyalah nak suruh kaum dia tinggalkan seks songsang.

Nabi Muhammad? Kena hambat sambil kena baling dengan batu sampai berdarah-darah, tapi berkata “maafkanlah mereka, mereka tidak tahu.” waktu malaikat offer nak hempap gunung pada kaum di Thaif tu. Lepastu siap berdoa lagii, Ya Allah, keluarkan dari kalangan mereka umat yang terbaik imannya. So a while kemudian dari kaum itu lah lahirnya mukmin-mukmin yang berkualiti.

See. Macam tu Nabi buat dakwah. Macam tu sahabat, tabii tabiin buat dakwah, kerana itu kita harini dapat merasa islam. dan mahu pula menyambut dakwah ini bersama.

Kalau, kita tak bersikap macam tu, ada harapan ke dakwah kita akan sampai kepada orang lain? entahlah.

Kita berdakwah mengikut alquran dan sunnah. Bukan alquran semata, tapi juga sunnah.

Jika dari alquran itu kita cedok intinya, maka dari sunnah kita cedok kaedahnya.

..

Buat kita yang mewarisi,

Warisilah dakwah ini sebagaimana yang ianya diwariskan kepada kita. Bersamanya ada adab, tertib, disiplin dan etika. Ada kasih sayang dan cinta yang menjadi tunjang.

Barulah namanya khalifah. Pemakmur muka bumi.

..

– Huda

Dan dengan mengerjakan dakwah ini jugalah, kita membentuk diri kita menjadi lebih muslim dari sebelumnya.

dakwah dan komitmen lain.

Bismillah.

 

Dakwah tidak sepatutnya mengganggu komitmen seorang daie itu terhadap perkara lainnya. Baik dia itu sedang belajar, bekerja, menguruskan rumah tangga, menjalankan perniagaan, melayani ibu bapa, memegang jawatan penghulu kampong mahupun ADUN kawasan, apa-apa sajalah…dakwah yang dipikul tidak sepatutnya mengganggu komitmen dirinya dengan lain-lain hal berikut.

 

Melainkan, jika dakwahnya itu ada kecelaruan niat.

Dalam erti kata lain, tidak lurus hanya kerana Allah.

 

Seorang yang mengerti erti dakwah dan berikrar mendukungnya, sepatutnya hanya menjadikan dirinya lebih komited dengan tanggungjawab-tanggungjawab lain. Kerana, kalau benar dia mengerti apa itu dakwah, apa itu khalifah dan apa itu abid, seharusnya, dia akan mengerti juga bahawa tugasnya sebagai pelajar, pekerja, anak, peniaga, penghulu kampung ataupun ADUN kawasan itu, atau apa-apa sajalah..adalah juga merupakan bahagian besar dalam dakwahnya. Maka, sebagaimana dia bekerja kuat menjayakan dakwahnya, seperti itu jugalah dia akan bekerja kuat menjalankan tanggungjawabnya yang lain.

Tidak wajar jika ada daie yang sangat bertungkus lumus menjaga usrah, menguasai bahan tarbiyyah, berprogram sana dan sini, tetapi pelajaran/kerjanya dibuat ala kadar sahaja.

 

Melainkan, jika dakwahnya itu ada kecelaruan niat.

Susah hendak diterima sebagai logik, jika dakwahnya kerana Allah taala, tetapi dia tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran/kerja. Sedangkan, pelajaran/kerjanya itukan sepatutnya dakwah juga, dan haruslah kerana Allah taala juga?

 

Melainkan, dia begitu komited dengan dakwah kerana ada niat lain.

Niat yang….hanya Allah tahu. Hmmm.

 

Semoga seluruh para daie dapat menilai dan memuhasabah kembali prestasi dan komitmen diri dalam hal lain. Jadikan itu sedikit sebanyak sebagai indikator keikhlasan perjuangan ini. Kalau terasa seperti diri tidak menitikberatkan tanggungjawab-tanggungjawab lain, tetapi dakwah cemerlang pula, maka marilah periksa, ini dakwah kerana Allah ke, atau kerana sesuatu yang lain?

 

Daie itu sepatutnya rajin orangnya. Komited. Boleh diharap. Dalam segala hal dalam sisi kehidupannya.

 

– Huda

sebenarnya,
aku menampar diri. T__T