gadh-dhul bashar

bak kata bruno mars,

“her eyes, her eyes, make the stars look like they’re not shining..”

R. Azmi pulak kata,

“dari kerana mata, yang mempunyai kuasa..oo aku tergoda, aku tergoda terkecewa..”

Awang Spanar pulak kata,

“mata bertentang, kasihku mula mendatang, siang dan malam rasa terbayang..”

haa. betul la tu. ungkapan “dari mata turun ke hati” memang cukup terkenal dalam kalangan orang melayu kita. malah, teori “cinta pandang pertama” juga merupakan salah satu dari berjuta teori yang membicarakan bagaimana bermulanya episod lebiu lebiu si teruna dan dara ini, dan ternyata ia bermula dari pandangan sepasang mata.

mari kita lihat, apa pula kata ALLAH tentang isu ini.

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur [24]: 30-31)

hadis rasulullah pula berbunyi:

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ نَظَرِ الْفُجَاءَةِ فَأَمَرَنِي أَنْ أَصْرِفَ بَصَرِي  (رواه مسلم).

Dari Jarir bin Abdillah ra berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah saw tentang pandangan tiba-tiba (tanpa sengaja), lalu beliau memerintahkanku untuk memalingkannya. (HR. Muslim).

((يَا عَلِيُّ، لاَ تُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ؟ فَإِنَّ لَكَ الأُوْلَى، وَلَيْسَتْ لَكَ الآخِرَةُ)) [رواه الترمذي وأبو داود وحسنه الألباني].
Wahai Ali, jangan kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya, karena yang pertama itu boleh (dimaafkan) sedangkan yang berikutnya tidak. (HR. Tirmidzi dan Abu Dawud dan di-hasan-kan oleh Al-Bani).

((الْعَيْنَانِ تَزْنِيَانِ، وَزِنَاهُمَا النَّظَرُ)) [متفق عليه].
Dua mata itu berzina, dan zinanya adalah memandang. (Muttafaq ‘alaih).

haa. maka tidak disangkal lagi, relevan lah pepatah melayu itu, “dari mata turun ke hati”. sebab itu lah Allah memerintahkan sekalian manusia, laki-laki dan perempuan, agar meng-limitkan pandangan nya.

dalam surah an nur di atas, ulamak tafsir menyebutkan kata “min” pada “min absharihim” bermaksud sebahagian. ini bermakna, yang diharamkan adalah pandangan yang disengajakan bertujuan menurut keinginan yang kuat untuk menjamu mata dengan keelokkan rupa paras lelaki/wanita bukan mahram. cuci mata, kata orang. pandangan yang tidak disengajakan adalah tidak diharamkan.

gadh-dhul bashar bererti menahan, mengurangi atau menundukkan pandangan. yakni, membatasi. atau dalam kata lain, berpada-padalah. bukan bermakna kita kena jalan tengok tanah sepanjang masa, bahaya jugak tu, nanti terlanggar segala susah jugak.

kata orang putih, eye contact itu penting dalam komunikasi. body language. to please the other party, making them feel comfortable, concerned and appreciated. hehe. ye la memang betul la eye contact mampu menghasilkan perasaan2 seperti itu. haa itu yang bahaya tu! PLEASED, COMFORTABLE, CONCERNED AND APPRECIATED.. kalau sesama perempuan, atau sesama lelaki tu bagus la, berukhuwah itu kan saranan islam, seperti yang dikatakan oleh rasulullah saw,

“tidak beriman seseorang itu sebelum dia mencintai sahabatnya lebih dari dia mencintai dirinya sendiri.”

malah dalam surah al  hujurat ayat 10 Allah berfirman, “sesungguhnya orang beriman itu bersadaura..”

tapi kalau yang pleased, comfortable, concerned dan appreciated itu yang bukan mahram, parah tu! itu yang jadinya mandi tak basah, makan tak kenyang, dan mulalah stalk-stalk dekat facebook. hihi

ok dah jauh saya pergi ni, sorry2. nak katanya, keberkesanan eye contact semasa berkomunikasi itu memang betul, dan memang sepatutnya diamalkan dalam berkukhuwah. tapi silap la pula kalau sebagai muslimin atau muslimat, kita aplikasikan itu apabila berkomunikasi dengan lawan jantina.

bukan nya nak jadi sombong. eh kejap, haah, memang nak sombong pun! sombong akhawat dan ikhwah ini sombong yang betul. ‘sombong’ yang kerana Allah. sombong yang sepatut nya tidak disalah tafsirkan kalau benar dia seorang ikhwah/akhawat yang faham. kenapa kena sampai macam tu sekali?

jawabnya, senang sahaja. kerana  “dari mata jatuh ke hati”.

nanti dah duk tatap berkali-kali, mulalah teringat-ingat.

“dia tu tembam, tapi bila tengok tengok, comel jugak sebenarnya. specially bila dia senyum.”

“dia tu gelap sikit..tapi ada jugak manis nya. suka tengok hidung dia.”

“nampak macam garang..tapi sweet bila gelabah-gelabah macam tadi.”

dush dush.

syaitan tu terer, ada je skill dia nak selit2 zina itu ke dalam hati. dan hati kita manusia ni, sangat lah fragile.

“eh, ana yakin tak..ana boleh kontrol..” 

ah sudahlah wahai ikhwah dan akhawat. jangan berlagak tahu. jangan ingat kamu berkopiah/bertudung labuh, kamu ‘selamat’ untuk melingaskan pandangan mata. allah yang ciptakan kita, Dia tahu la apa yang elok dan tak elok untuk kita. kalau Dia kata jauhi tu, haa jauhi la. inikan pula kalau dia kata hentikan tu, hentikanlah.

Allah tak turunkan solution tiba-tiba, kalau tak kerana Dia dah boleh expect masalah akan timbul.

maka masalah kepada zina hati adalah pandangan mata. dan solution kepada itu ialah gadh-dhul bashar.

jadi para ihkwah, tak perlulah nak berkecil hati sangat kalau akhawat lalu depan kalian tapi tak pandang langsung macam tak pernah kenal. padahal bila ada kerja-kerja berat yang tak mampu akhawat itu laksanakan, kalian jugak yang mereka consult kan.

akhwat pulak, tak perlu lah nak tacing sangat kalau ketika berurusan dengan ikhwah, dah la tanya sepatah jawab sepatah, pandang pun tidak.

sedarilah sebenarnya ikhwah/akhawat itu sedang menyahut kata-kata allah supaya menahan pandangan mereka. ‘sombong’ yang dituntut oleh syarak, demi menjaga kesucian hati mereka dan kalian sendiri juga.

tolong menolong amalan mulia, 😉 barulah namanya berukhuwah kerana allah, yakni tolong menolong semasa di dunia agar dapat bersama ke jannah kelak.

begitu juga apabila akhwat reply mesej ikhwah pendek je, takde langsung emoticon2 bagai. itu pun kalau untung, kalau lagi bes, tidak di reply langsung.

akhawat pun sama, kalau ikhwah tak approve kat facebook ke, faham-faham la. mungkin bagi antuna, itu tidak mendatangkan masalah. facebook je kot. tapi mungkin ikhwah itu pernah ada sejarah jahiliah dekat facebook ni, jadi dia tak mahu friend dengan perempuan dah.

dont worry, kalau betul-betul ada urusan, ikhwah dan akhawat itu ada je kat situ ha. tak de la sampai tak nak berhubung langsung even hal penting. tak dinafikan, ada saja segelintir ikhwah/akhwat yang macam tu. jadi, tepuk dada tanya rasionaliti anda. 🙂

jadi ayuh, tundukkan pandangan. saya  pun belum lah sempurna lagi menjaga pandangan, but hey, it takes two to tango. let’s hit the dance floor. kalau i tertengok u, u jangan lah tengok i balik. :p

esok lepas nikah, tengok la puas2..buat wallpaper phone, wallpaper laptop, buat profile picture besar2 pun buat lah. dah halal dah, tak ada siapa nak marah. malah berbuah pahala lagi tu. hik hik. insyaallah.

berusahalah menjadi ikhwah dan akhawat yang benar-benar FAHAM dan saling MEMAHAMI.

-huda

di sebalik 60 saat alunan ummul kitab.

“Allahumma rabba hazihid da’ watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah. Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah. Innaka laatukhliful mi’ad..” perlahan suaranya, sayup kedengaran di hujung telinga nya sendiri sambil telapak tangan di hadapkan ke wajah. Sesaat dia berhenti.

“Rabbighfirli waliwalidaiya..rabbighfirli waliwalidaiya..Rabbighfirli waliwalidaiya. Warhamhuma kama rabbayani saghira. Wasollallahu ‘ala saiyidina Muhammadiw wa’alihi wasahbihi wassallam.”  Sambungnya lagi sejurus sebelum ditekupkan tangan ke muka. Itu lah bait bait yang dia jadikan amalan setiap kali usai laungan azan.

“Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda”  begitu maksudnya. Ringkas tapi sungguh bermakna.

Dalam berkain sembahyang putih lusuh itu, dia mengatur langkah ke rak pakaian. Dicarinya sejadah coklat yang dilipat rapi, lalu dihamparkan menghadap qiblat. Sedikit senget ke bucu dinding ruang bilik tidur nya yang sederhana luas itu. Elok dia berdiri..buat sesaat dua dia kaku, menyiapkan diri berjumpa Sang Kekasih. Diamalkan beristighfar beberapa kali. Ditarik nafas dalam-dalam dan,

“usolli fardhol maghribi thalatha rakaatin, adaa anlillahita’ala..”

Takbir diangkat. Tangan di kiam. Ta’awuz ditutur dalam-dalam, iftitah dimulakan perlahan. Usai itu, ta’awuz di lafaz lagi, lantas ummul furqan meniti di bibir. Dengan upaya, dia mengupas makna di sebalik lafaz ayat suci itu..

“Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji bagi allah..tuhan sekalian alam..”

Mata dipejam rapat. Berkerut dahinya. Tergambar segala nikmat kurniaan allah ke atas dirinya. Islam dan iman. Ibu dan bapa. Saudara, teman. Anggota badan, akal fikiran, tubuh yang sihat, udara yang dihirup. Siang dan malam, seluruh…seluruh penciptaan Nya..memang hanya Dia layak untuk segala pujian itu..

“yang menguasai hari pembalasan..”

Terasa gentar hatinya. Hari pembalasan. Tidak tergambar dek akal nya. Tidak tahu bagaimana rupanya hari itu nanti. Yang pasti, semua makhluk pada hari itu akan  bernaung di bawah kekuasaan Allah. Tiada lagi pertolongan mama, papa, adik, abang, kakak, teman-teman. Atau naqibah, atau ustazah di sekolah. Hanya Allah yang mempu menawarkan pertolongan masa itu nanti, bilamana manusia bertelanjang bersesak-sesak menanti hitung, mendukung amal sebagai bukti kesaksian semasa hayat di dunia..  tergolong kah dia antara yang wajah bercahaya?

“pada Mu kami menyembah, dan padaMu lah kami meminta pertolongan..

Seakan meggigil badan nya setiba di bait itu. Terasa malu pada Raja yang mutlak, kerana dia sering melampaui batas, kerana dia berulang kali melakukan kesilapan, berduyun kali dia mengingkari..sedang dia tahu hanya pada Raja itu lah tempat sekalian makhluk meminta pertolongan..tapi sungguh malu pun, ke mana lagi dia mahu minta, kalau bukan kepada yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani itu..

Sayu hatinya. Air jernih bergenang di kelopak mata, menanti masa jatuh ke pipi.

“tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus..”

Berkerut lagi dahinya. Betapa..itulah sebesar-besar pengharapan seorang hamba yang lemah, yakni di tuntun kaki nya ke haluan yang tepat. Yang menjanjikan sinar di hujung jalan. Seorang hamba yang setelah kian lama mengatur jejak langkah, makin fasih mentafsir liku hidup. Diri terlepas bebas dan leka tanpa arah, bagai menabur benih sang lalang; yang kemudian tumbuh meliar.

Terasa ingin diulang-ulang baris itu. Namun terus dia menyambung..

“yaitu jalan orang-orang yang kau beri nikmat, bukan jalan orang yang engkau murkai..”

  “Dan bukan jalan mereka yang sesat..”

Jatuh akhirnya butir-butir jernih yang ditahan tadi ke pipi nya..

Betapa kerdil terasa dirinya di hadapan Tuhan. Kecil dan hina. Tiada daya upaya, langsung tiada. Hanya di situlah tempat dia bergantung harap, bergantung badan, bergantung nyawa..

Sebak menghiris-hiris dia rasakan tatkala mengenangkan betapa kasih sayang Allah sentiasa tersedia, keampunan Nya seluas langit dan bumi, disediakan untuk setiap jiwa yang mengharapkan keredhaan Nya. Tapi dia ‘sombong’.  Dia lebihkan dunia, dia kejar nikmat dunia yang konon nya indah tiada berpenghujung.

Hari-hari dia merayu minta ditunjukkan jalan yang lurus.  Paling kurang, 17 kali sehari di bacakan ummur furqan al fatihah itu. kerana dia tahu, hidayah itu hanya milik Allah. Allah yang pilih orang, Allah yang mahu beri atau tidak.

Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tapi dalam pada dia minta-minta itu, kemudiannya dia sendiri juga yang menyesarkan diri dari landasan mustaqim. Mujahadah nya apa lah sangat, pahit sikit sudah diluah tak tertelan. Tadhiyah nya berapa lah sangat, itu pun sesudah terpaksa tiada pilihan.

Kenapa tidak dirangkul kemas hidayah yang memancar..yang berkali-kali dia minta..kenapa dia biarkan berlalu pergi meski dia sedar, berjuta kali ia datang menjengah..

Teringat bait suci,

            “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” al-jatsiyah ayat 23.

Kelu.

Membaca 7 ayat itu sudah cukup membuat nya kelu. Hanya air mata yang mampu menyusun kata menggambar rasa hatinya. Dia tak mahu menjadi golongan seperti yang disebut dalam surah al jatsiyah ayat 23 itu. Tak mahu!! Sangat-sangat tak mahu!!

Tak boleh. Dia kena kuat, dia kena kuat lagi.

Biar dia berusaha lagi. Teladani sirah hidup para nabi dan sahabat, ambil pedoman, jadikan ikutan. Basahkan lidah dengan zikrullah. Muraqabah, taqarrub ilallah, biar kuat hubungan dia dengan Tuhan. Telaah al quran, karibkan diri dengan qalam suci itu, surat dari Allah itu. Biar syaitannirrajiim kesempitan ruang untuk hampir dengan dirinya

            “Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur’an), Kami adakan baginya setan (yang menyesatkan) maka setan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Surah az-zukhruf ayat 36

Dia mungkin lemah. Mungkin terkadang sangat mudah tergelincir. Kadang pula, suasana sekeliling tidak selari dengan tekadnya, lantas membantutkan langkah.

Namun dia kena sentiasa ingat, kekuatan telah dijanjikan Allah, yang dia perlu buat hanya lah bertaubat, dan beristighfar setiap kali hatinya terjentik dengan pesona palsu di sebalik mungkar.

            “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” Surah hud ayat 52

Sesaat dua berlalu, dia masih berdiri kaku dalam esakkannya. Berbau sedikit cahaya di hujung lorong. Langkah akan diteruskan.

Lantas diteruskan solatnya dengan bacaan surah lazim diikuti rukun-rukun seterusnya. Satu persatu pergerakan dan bacaannya ditatap makna olehnya, setiap dari nya pun menyentuh hati, sehinggalah usai menyapa si Raqib dan Atid dengan salam.

Bersyukur.

Kerana di syariatkan fardhu sembahyang ini, yang memberi ruang buat dirinya ‘bertemu’ Sang Kekasih lewat lelah perjuangan dan kesibukan yang menghimpit dan kelekaan yang mengejar.

Bertahmid hatinya, ummul furqan yang dipelajari itu sempurna strukturnya. Bermula dengan memuji-muji kebesaran allah, mengakui kebesaranNya, diikuti memohon bantuan dan pertolongan Nya, lengkap mencakupi segala yang dia perlu katakan kepada Sang Kekasih yang tak  mungkin mampu dia susun bait-bait nya dengan apa bahasa sekalipun untuk betul-betul menepati maksud hatinya. Benarlah, ayat-ayat Allah itu tiada tandingan kejadiannya..

           “Katakanlah sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa dengan al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan membuat yang menyerupainya sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu kepada sebahagian yang lain”  surah al isra’ ayat 88.

 

-huda

sami’na wa ato’na

Rebellious. Itu norma biasa hari ini.

Kerana hari ini, semua orang belajar tinggi, semua orang kumpul bahan bacaan, semua orang berfikir, semua orang mampu utarakan hujah.

Kalau masa kecil mak suruh basuh kaki sebelum tidur sebab takut mengigau, kita ikut.

Lepas belajar matapelajaran sains, mak suruh basuh kaki sebelum tidur sebab takut mengigau kita dah boleh explain, “alorr mak ni tak ada kena mengena pun basuh kaki dengan mimpi ngeri sebab mimpi tu melibatkan cognitive dan emotion. Bukan nya kaki dah bilas atau tak. So tak basuh pun tak apa lah, hehe..”

Kalau masa kecik nenek pesan anak dara jangan menyanyi sambil masak dekat dapur nanti dapat suami tua. “Hah. Lagilah. Entah fakta mana pulak yang mengaitkan gelombang bunyi yang keluar dari anak tekak semasa memasak di dapur akan menarik perhatian lelaki berusia 40 ke atas lantas datang meminang untuk dijadikan isteri, dan anak dara tersebut akan automatik terdorong untuk terima dan mereka hidup bahagia ke anak cucu.”

Haa itu kalau berkaitan pantang larang orang terdahulu yang saya kira masih boleh di-toleransi jika ada individu yang memilih untuk rebel.

Yang hairan nya, bila ada segelintir manusia yang tanpa segan silu rebel atau dalam kata lain ingkar tidak sependapat dengan pantang larang ALLAH.

Lagi ironinya, semasa kecil mereka patuh. Bila besar sikit, akal mula berkembang lebih sikit, ilmu mula bertambah sikit, mulut dah pandai bercakap sikit, maka mulalah memutarbelit mencari alasan melepaskan diri dari menunaikan kewajipan kepada allah.

Tidak perlulah kita melihat jauh kepada golongan yang mengutarakan hujah akal untuk menidakkan hukum allah seperti isu perlaksanaan hukum hudud itu lagi. kita slow-slow dulu. Di sini, saya lebih berminat untuk mengajak  diri saya dan sesiapa yang terbaca blog saya ini untuk mengintai ketidakpatuhan yang wujud dalam diri kita sendiri dan mungkin tanpa sedar kita mencipta alasan menggunakan akal yang semakin ‘berkembang’  ini untuk melepaskan diri dari menunaikan hak allah.

Sms si lelaki dan si perempuan yang berlarutan setiap hari – Tak apa, sms hantar tazkirah dan saling menasihati. Bukan borak benda kosong pun.

Tudung – belum ikhlas lagi nak pakai tudung kerana allah, jadi tak apa lah, nanti sudah sedia baru lah pakai.

Duit yang tidak halal – ala jangan la buat beli makanan, tak la jadi darah daging.

Menipu – tipu sunat, jaga hati orang.

Mengambil hak orang lain – dah terdesak nak pakai duit.

Mengumpat – bukanlah nak mengumpat, Cuma, dah benda betul. (apeni?)

Itu baru dilihat benda-benda kecil yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Belum dikira benda-benda besar seperti minum arak, berzina, kurafat, dan sebagainya, lagi hebat alasan dan hujah yang dikeluarkan. manusia kan bijak.

Hakikatnya manusia itu akan sentiasa mencari-cari alasan untuk setiap ketidakpatuhan yang dia lakukan. Dengan alasan, “allah tahu situasi sebenar..”

Sedangkan, dia belum berusaha sepenuhnya untuk mengelak ketidakpatuhan itu. Bahkan lebih  berusaha mencari alasan.

Semua ni tidak lain kerja si syaitannirrajiim itulah. Kepala segala pencari alasan. Buktinya, semasa allah memerintahkan sekalian malaikat sujud kepada adam, si iblis dengan bijaknya menggunakan akal nya mencari alasan bahawa dia diciptakan dari api yang sifatnya menjulang ke atas, manakala adam diciptakan dari tanah yang sifatnya di bawah, kerana itu si iblis tidak mahu sujud kepada adam dan allah menggolongkan dia (iblis) dalam golongan kafir. Ha lepastu si iblis ni pun giat lah mengajarkan kepada anak-anak adam ini pula ‘taktik beralasan’ itu. Kalau kita ikut pula, maknanya kita ini sama sahaja lah dengan,, hmm tak nak la sebut. Sebab terkena pada saya sendiri juga sebenarnya. Hmm.

ALA KALAU TAK TAHU TAK APA.

Hah, ini satu lagi, paling famous dalam kalangan kita. Melepaskan diri setelah melakukan kemungkaran, atau melepaskan diri dari menunaikan kewajipan dengan alasan “kalau tak tahu tak apa..”

Ramai yang salah faham. Benda ni hanya apply kepada golongan yang sudah berusaha sebaiknya untuk belajar ilmu-ilmu agama. Kalau tidak pernah peduli pun untuk mengambil tahu dan belajar, mana boleh pakai alasan ini. Bukankah menuntut ilmu itu satu KEWAJIPAN. Fardhu ayn, fardhu kifayah. Ha  kali ini bolehlah guna, “allah tahu situasi sebenar..”

“apakah manusia mengira dia akan dibiar begitu sahaja tanpa dipertanggungjawabkan?” al qiyaamah:36

Mari kita lihat satu analogi ini. Kita belajar di sekolah, atau universiti mahupun kolej. Dan semasa exam, kita tak dapat jawab soalan. Boleh ke kita fikir “oh tak tahu tak apa lah..skip je soalan ni.”

Lepastu nanti bila cikgu tanya, kita jawab, “saya tak tahu cikgu..”

Rasanya kalau kita ni pelajar yang proaktif dalam kelas, selalu consult cikgu tanya itu tanya ini, rajin buat soalan past year dan ulangkaji, cikgu tu boleh tolerate la kan..tapi kalau sepanjang tahun tu dalam kelas tidur, tutorial tak datang, past year tak buat, bila cikgu tanya ada apa-apa soalan tak, kita dengan nada penuh tak berminat menjawab “tak ada cikgu..”, berani ke nak bagi alasan ‘tak tahu’?

Hmm siapa kata ‘tak tahu tak apa’.

Cukup la beralasan. Itu semua skill si iblis yang diturunkan kepada kita. Nak ke gunapakai?

Mari menjadi generasi Sami’na wa ato’na.

Kami dengar, dan kami patuh.

Yang jelas wajip itu tetap wajip, usah diperdebat atau di alasankan. Yang jelas salah itu tetap salah, usah diperdebat atau di alasankan.

Yang banyak khilaf itu lain cerita lah. sebab itu kita ada ulama’. Lagipun alquran dan sunnah depan mata. Kalau malas sangat nak belek mukasurat, google saja. Ilmu agama itu merata-rata sekarang. Mahu cari atau tidak saja. Ingat, “allah tahu situasi sebenar..”

Jadi, marilah. Lestarikan. Kita dah dengar, sekarang kita patuh. Jangan nanti  ‘dapat suami tua’  pula :p

Wallahualam bisshawab

-huda

aku menulis bukan kerna nama..

 

“dengarkanlah teman,

dengarkan bersama,

aku menulis bukan kerna nama..”

 

haa, begitu kata ramli sarip dalam lagu dia. bukan kerana nama.. tapi nama saya terpampang besar dekat atas tu.

nak kena remove ni. hehe.

 

( kalau memang kerana nama pun, tak de dapat nama nya lah..orang nak baca pun belum tentu. tak apa. yang penting saya baca. )

 

“kerna sifat kasih,

pada sesama insan,

dan menyatakan kasih sayangku..

kita sama, semuanya sama.

apa yang ada hanyalah kehidupan..”

 

menyampaikan islam itu bukan tugas ustaz ustazah sahaja. ia tugas setiap muslim. kita SEMUA adalah dai’e

 

-huda

penjara

sungguh,
orang beriman itu baginya dunia ini penjara.

sebab,
sebab orang beriman pun manusia juga. ada hati.
ada keinginan ada nafsu.
ditambah dengan indahnya juadah dunia.
sini enak, sana enak.
orang beriman pun mahu itu, mahu ini.
cuma bezanya orang beriman menahan diri.
taqwa – takut.
dan menahan diri itu bukanlah enak, bahkan sakit dan pedih.
dunia pula, kiri kanan semua yang indah.
orang beriman semakin sakit..semakin pedih.
lepas satu satu datang menduga.
iman tergoncang.
mujahadah itu pahit sangat. orang beriman telan.
kerana satu saja. satu saja.
kerana ALLAH.
kerana itu lah, bagi orang beriman, dunia ini penjara.
kiri dan kanan penuh duri.
dan orang  beriman merindukan pertemuan dengan Tuhan.
dia tidak merasa rugi untuk melepaskan dunia.
bahkan mereka lah yang paling beruntung kelak.
sebab Allah bukan macam manusia, yang segelintir nya tidak memegang janji.
Allah janjikan para mutaqin dengan Jannati tajril tahtihal anhar.
orang beriman akan dapat itu nanti.

ali imran : 15-17
Untuk orang-orang yang bertaqwa pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya dan ada istri yang suci serta keridaan Allah. dan Allah Maha Melihat hamba-hambanya.
Yaitu orang yang berdoa, ” ya Tuhan kami, sesunguhnya kami telah beriman, maka ampunilah kami dan peliharalah kami dari siksaan neraka”
Dan orang orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) dan memohon ampun di waktu sahur
kira diri – bagaimana kita.
sudah terasakan kita akan sakit menahan diri itu?
sudah tertelankah oleh kita pahit mujahadah itu?
sudah menjerit-jeritkah hati kita, mahu jauh dari indahnya dunia itu?
sudah tidak tahan lagikah kita, dunia ibarat penjara ini?
sudah terlalu rindukah kita, akan pertemuan dengan Allah?
penyakit wahan – cintakan dunia, takutkan mati.
sedang mati itu PASTI. tak lama lagi dah. semakin hampir sudah.
~_~
-huda

antara kita dan orang kafir, perbezaan atau persamaan?

Soalan ringkas. Apakah perbezaan antara orang islam dan orang kafir?
Kita tengok dulu definisi kafir itu sendiri.

kafir berasal dari perkataan kafaro.
kata kafaro berasal dari bahasa arab bererti menolak, ingkar dan tidak percaya.

Kafir/kufur kepada allah ialah: menolak, ingkar, tidak percaya dan mendustakan; ayat2 allah, manajemen allah,  hukum (syariat) allah
Bila mana berbicara soal perbezaan, bermacam bagai jenis ketidaksamaan yang kita boleh sebutkan. Terutama apabila kita berada di pihak yang lebih bagus. Sebagai orang islam, kita tahu bahawa darjat kita lebih mulia dari orang-orang kafir.  Jadi, bermacam bagai lah “benda yang kita buat tapi mereka tak buat” yang boleh kita highlight untuk tunjukkan perbezaan tu. Contohnya, kita solat 5 waktu, mereka tidak. Kita berpuasa dan bersahur, mereka puasa tapi tak sahur. Kita menutup aurat, mereka tidak. Kita mempunyai batas ikhtilat/pergaulan, mereka tidak. Kita itu, mereka tidak. Kita ini, mereka tidak. (walaupun hakikatnya terdapat segelintir ‘kita’ yang tidak menunaikan tuntutan2 sebagai muslim, tapi itu tetap antara perbezaan2 yang kita akan utarakan utk membezakan kita dengan golongan kafir)
Benar. Tidak salah. Memang itu yang membezakan kita dengan golongan kafir.
Tapi rasanya tak salah kalau untuk menilai perbezaan, kita melihat dari sudut kesamaan. Ya. Mencari kesamaan untuk melihat perbezaan. Dan percayalah, hasilnya tidak selalu sama seperti mencari ketidaksamaan untuk melihat perbezaan. Dua perspektif berbeza. Dua kaca mata berbeza.
Pejamkan mata pada ketidaksamaan, dan celiklah seluasnya pada kesamaan – dan cari, apa bezanya orang islam dengan orang kafir.
Berbalik pada definisi kafir tadi; menolak, ingkar dan tidak percaya.
Jadi apa bezanya kita dengan orang kafir, jika kita  _________   sama seperti orang kafir   ________ .
Hmm banyak boleh diisi di tempat kosong tu.
Menipu, pecah amanah, menerima rasuah, berkata kesat, melengahkan solat, bergaul bebas lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat, mengumpat, meringankan ibadah wajib, meninggalkan ibadah wajib, merosakkan silaturahim, melawan ibu bapa, merosakkan harta awam, menipu dalam jual beli, tidak menjaga kebersihan, melawan suami, meringankan perkara haram, campur aduk halal haram, menindas golongan lemah, mempromosikan maksiat, melakukan maksiat, pergi ke tempat maksiat, mempermainkan hukum, mempersendakan agama, bersangka buruk,..
Dan bermacam lagi perkara2 yang bersifat menolak, ingkar dan tidak percaya dengan ayat2 allah, ketetapan allah dan hukum syariat allah.
Di sini bukanlah untuk mengkafirkan sesiapa. Tidak sama sekali berniat demikian. Bahkan kita dilarang untuk sewenangnya mengkafirkan sesiapa. Ini kerana setiap individu yang mungkin dilihat melakukan sesuatu yang maksiat dan kufur, hanya allah yang mengetahui mujahadah mereka, isi hati mereka, alasan mereka dan ilmu mereka disebalik perlakuan itu. (melakukan perkara yang dilarang ialah maksiat, meninggalkan perkara yang diwajibkan ialah kufur –imam ibnu rajab al hambali, dalam Himpunan Ilmu dan Hikmah Huraian 50 Hadis Jawami’ Al-Kalim).
Tetapi adalah sangat digalakkan untuk menghitung diri sendiri, tatkala melihat kembali kesamaan yang ada pada kita, dengan golongan kafir . tepuk dada tanya iman – di mana kita?
Di sini adalah untuk mengajak semua untuk sama-sama menyedari akan kehilangan sebuah permata sangat berharga  yang selama ini disangka berada di dalam genggaman.
Sepertimana ruginya kita rasa kalau tiba2 menyedari bahawa kita kehilangan handphone, ipad, laptop, kereta (lupa nak tarik handbreak
masa parking dekat bukit lepastu dia bergolek lepastu masuk gaung, lepastu kita lambat sedar) seperti itulah kita sepatutnya merasa rugi apabila menyedari akan kehilangan permata paling bernilai yang kita ada, yang membezakan kita dengan golongan kafir – tiket ke syurga, yang mana, mereka tidak ada.
Dan sebenarnya, itulah kerugian yang lebih besar, dan terbesar, tidak terbanding dengan kehilangan handphone, ipad, laptop, mahupun kereta.
-Hasil kupasan penulisan abu a’la al maududi.
*rasa macam kena lempang je lepas baca tulisan dia yang ni.

Wahai jiwa yang dipayungi mawaddah allah..
Seperti mana seorang ibu akan memberikan susu kepada anaknya hanya bila si anak itu menangis dahagakan susu,
Seperti itulah hidayah allah hanya Dia berikan kepada hamba yang merintih dahagakan hidayahNya.

-huda