kesal

baru kau rasa, inilah penangan ingkar.

segunung kesal itu akhirnya menghempap kau sendiri.

yang lemas tersepit sakit akhirnya kau sendiri.

noda yang kau pikul tu akhirnya mematahkan tulang dan sendi kau sendiri.

yang terkulai, terdampar, mati itu, akhirnya kau sendiri.

 

baru kau tahu dunia ini penjara.

baru kau buka mata pada hodoh dan jeliknya tipu daya mainan dunia yang selama ni kau kejar tak ingat apa.

dulu kau takut mati, baru sekarang kau harap Dia jemput kau keluar dari sini, bila kau dah terlalu hina dan kotor untuk jejak ruang di sisi Nya.

dulu kau alpa. kauasyik dengan apa yang kau  buat. kau cari lagi dan lagi keseronokan di sebalik jijik dosa. baru sekarang kau merayu merintih mahu Dia jangan hidangkan jerat itu pada kau lagi. baru kau tahu,itu sebenarnya jerat yang tajam! baru kau mahu terkial-kial cari jalan pulang, bila kau rasa makin kau cari makin kau tersesar, baru kau tahu hendak sungkurkan diri kau, sujud, letakkan dahi kau di lantai mohon Dia pandukan kau ke lorong yang Haq.

 

tapi jangan kau lupa, kau masih di atas dunia. jangan bila azabnya jahannam di depan mata, baru kau mahu menangis.

kau masih bernafas. kau masih ada ruang dan waktu.

 

Allah itu sungguh lembut dan penyantun. maka bertaqwalah. bertaqwalah dengan sebenar-benar taqwa.

 

penyesalan yang kau rasa ini satu anugerah. agar JANGAN kau ulang lagi.

rindukanlah pertemuan denganNya sebenar-benar rindu.

dan kau masih ada dahan untuk berpaut.

 

 

-huda

couple. hohoho.

bismillah..

hmm. couple. antara isu yang paling banyakkkkk dan hangat diperkatakan sekarang. halal haramnya, baik buruknya, salah betul nya, banyak sudah blog-blog, buku-buku, artikel-artikel, ceramah-ceramah dan sebagainya yang menyentuh isu ini.

saya tidak mahu bercakap banyak tentang itu. sebab dah banyak. cuma kesimpulannya, couple itu haram. tak kiralah declare atau tak declare. dating atau tak dating. skype atau tak skype, mesej atau tak  mesej. jauh atau dekat, i you, saya awak, atau ana enti, i love you atau uhibbuki fillah, couple itu haram. selagi tak nikah, perhubungan dan perasaan itu tidak sepatutnya wujud dalam diri.

yang saya mahu cakap sekarang adalah, dalam pada kita sibuk mengejar cinta manusia, atau kalau yang alhamdulillah tahu couple itu haram so dia tunggu jodoh datang tapi lama sangat so tension sebab tak dapat-dapat merasai cinta halal itu, marilah kita lihat sejenak kepada seorang kekasih yang sangat merindui kita. sangat setia mendambakan kita. sangat ingin membalas cinta kita. sangat sangat bersedia bercinta dengan kita.

itulah Allah. Dia merindui ingatan kita terhadapnya, suara kita memanggil-manggilnya. Dia merindui rintih rayu kita. Dia sentiasa bersedia membalas cinta kita. sedangkan Dia tak perlukan kita pun. bahkan Dia yang ciptakan kita, yangberikan segala sesuatu pada kita, yang menolong kita bila kita susah, dan kita pula yang sebenarnya sangat-sangat perlukan Dia. tapi Dia yang sentiasa  ingin bercinta dengan kita.

dan kita?

bukalah mata kita besar-besar, Allah itu baik sangat. bayangkan, emak sendiri pun kita tak sanggup  biarkan dia termangu merindukan panggilan telefon dari kita. inikan pula Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Lembut, Maha pemurah dengan segala bagai jenis nikmat.

bilanya kita ni hendak rasa terharu, tersentap dan menangis kerana mengenangkan kasih sayang Allah terhadap kita itu. bayangkan, setiap kali kita ditimpa kesusahan, baru kita mahu berdoa-doa pada Allah. lalu malaikat berkata, Tuhanku, hambamu itu meminta dengan mu, maka berikanlah apa yang dia minta. tahu apa yang Allah jawab? Allah kata, biarkan hambaku itu, biarkan dia berdoa lagi, aku suka  mendengar suaranya meminta padaku, aku rindukan suaranya memohon padaku begitu.

hmm. Allah sentiasa akan membalas cinta kita. kalau kita datang terkedek-kedek membawa diri yang hina dan kotor ini, tapi kalau kita ikhlas benar-benar mahu datang bercinta dengan Nya, Dia sambut kita dengan penuh kasih sayang. baik nya Allah tu, kenapalah kita buta. kita nak kawan dengan orang yang baik-baik sahaja. padahal Allah itu paling  baik, Maha Baik, dan dia sentiasa ada menunggu-nunggu kedatangan kita.

bila nya kita ni hendak menangis kerana menyedari yang selama ni kita membiarkan Allah rindu pada kita?

memang Allah itu azabnya pedih. tapi sebolehnya Dia tidak mahu mengazab kita sebab dia sayang pada kita. jadi marilah kita kejar-kejar cinta Allah. kita mula bercinta dengan Allah, kita declare couple dengan Allah. dan kita i love you dengan Allah, kita rindu rindu, ingat ingat dan sayang sayang dengan Allah. Dia akan membalas, percayalah. Dia akan membalas. 🙂

sedangkan cinta manusia itu manis, apatah lagi cinta Tuhan segala manusia.

“ya allah..kalau aku akan bercinta dengan makhlukmu, cintakan aku pada dia yang hatinya begitu asyik dalam mencintaiMu..”

-huda

kadang banyak sungguh nak dikata.

tapi rasanya cukup Allah saja, Dia tahu semua tanpa perlu aku kata apa.

kadang banyak sungguh nak diminta.

tapi rasanya cukup Allah saja, Dia tahu nak beri yang mana.

kadang rasa hati menjerit-jerit, tak tahu nak minta tolong macam mana dengan Allah.

tapi Allah kata, mintalah tolong dengan sabar dan solat.

kena sabar. slow-slow. jangan la desak-desak. kena tenang. kena sabar betul-betul.

dan yang penting kena solat.

hmm.

 

-huda

menjadi promoter yang baik

bismillah..

promoter. jika bekerja sebagai promoter/tukang promosi sesuatu produk, pasti lah kita akan mempamerkan sebaik mungkin segala kebaikan produk itu. maklumlah, nak dapatkan komisen lebih. mungkin produk itu ada kelemahannya tapi kita akan cuba sebunyikan, atau paling tidak pun membuatkannya kelihatan sebagai kelemahan kecil sahaja jika dibanding kan dengan kelebihan produk tersebut.

sekiranya kita mempromosikan dengan baik, maka orang akan beranggapan produk itu sememangnya baik dan tertarik terhadapnya. sebaliknya jika kita mempamerkan keburukan produk itu, sudah pastinya orang akan membenci produk tersebut. cukup ringkas, bukan?

sekarang mari kita lihat kepada satu produk ini. produk yang tidak ada langsung kelemahan. tak perlu susah payah disembunyikan atau di hujah kan untuk melindungi kekurangannya, kerana ia memang tidak ada kekurangan. sempurna.

itulah islam. satu produk yang dianugerah oleh Allah, terlalu sempurna hingga ia menjadi nikmat buat sekalian manusia yang menemui manisnya.

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kalian dan Aku ridha Islam sebagai agama kalian.” (Al-Maa’idah: 3)

jadi apa kaitannya islam dengan promoter? baiklah. cuba fikir. islam – kita. islam itu produk. jadi kita + produk = promoter.

nampak?

ya benar. kita lah promoter kepada islam. kita lah yang memikul tugas mempromosikan kebaikan  islam.

kenapa saya potong perkataan kebaikan? oh, ringkasnya kerana islam itu sendiri adalah kebaikan. tiada langsung kekurangan apatah lagi keburukan. tak perlu mempromosikan kebaikan islam, kerana islam itu sendiri memang sudah tersedia sebagai suatu kebaikan. kiranya kita berusaha mempromosikan kebaikan islam, maknanya ada kekurangan islam yang kita selindungkan. tapi di sini, tidak ada.

jadi, promoter. setiap manusia yang beragama islam sebenarnya telah mempromosikan agama islam kepada manusia lain setiap kali dia tampil di hadapan orang ramai. jika produk misalnya, mestilah para pengguna mahu melihat hasil nya, sebelum – selepas, bukan begitu?

maka, setiap inci percakapan dan perbuatan kita sebenarnya memberi impak kepada perspektif masyarakat terhadap agama islam.

lagi, promoter. sekiranya dia menyampaikan maklumat yang salah dan tidak elok tentang produk nya, apabila pengguna menyalah fahami produk itu dan tidak berminat untuk membelinya, apa kah dia promoter yang baik? sudah tentu tidak.

begitu lah setiap dari kita sebagai umat islam. apabila percakapan, perbuatan dan akhlak yang kita pamerkan itu tidak elok, bimbang orang yang melihat akan menyalah fahami produk islam yang kita promosikan. nauzubillah, semoga itu tidak  berlaku. namun jika ia berlaku, siapa yang bertanggungjawab di atas ‘kehilangan pelanggan’ itu?

ayat kegemaran saya,

“apakah manusia mengira dia akan dibiar begitu sahaja tanpa dipertanggungjawabkan?” al qiyaamah 36.

kita sering melihat dan mendengar masyarakat mencemuh islam gara-gara wujudnya segelintir umat islam yang berakhlak buruk, sedangkan itu tidak terdapat pun di dalam islam. dia tipu, itu bukan ajaran dalam islam, jangan tengok dia!

habis, mahu tengok siapa?

jawapannya, KITA lah. kita SEMUA adalah duta islam. ala-ala macam duta produk kecantikan tu, haa..

jadi, semoga kita tidak menjadi faktor masyarakat tidak berminat dengan ‘produk’ yang kita promosikan ini.

jadi mari, tingkatkan diri, ber-islam lah dengan sepenuh islam, lantas kebaikan itu akan terpamer pada diri kita. jika dari situ masyarakat mula tertarik dengan keindahan islam, kita telah pun menjalankan kerja promoter kita dengan baik, pasti komisen nya sungguh besar. =)

 

-huda

petiklah suis lampu itu, agar kita keluar dari kegelapan

bismillah..

tertarik untuk berkongsi ayat ini.

“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya kepada sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus..” (assyura:52)

buku itu. buku yang dukacitanya diberitahu bahawa rata-rata umat hari ini memandang nya enteng. dibiar di tepi. berhabuk di dalam almari. elok berbungkus tidak berbuka. tidak di baca. tidak di telaah. buku itu padahal satu cahaya! semasa manusia di dalam kegelapan, terkapai-kapai, tidak tahu apa itu islam, tidak merasa nikmat manisnya iman kerana lemas dalam pahitnya jahiliyah, buku itu Allah jadikan dan berikan sebagai penerang! seperti satu kampung yang baru disambungkan talian elektrik. dapat bayangkan?

Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”. (alfurqan:30)

bila nya Rasul berkata demikian? bila di akhirat kelak, bila manusia-manusia yang zalim menggigit jari. kerana apa, kerana meletakkan sesuatu bukan di tempat nya – meletakkan alquran sekadar sebagai hiasan di dalam almari!

ibarat seperti sebuah kampung yang sudah lama bergelap gelita, bila disambungkan talian elektrik, tidak diendahkannya. bila malam, tidak dibuka segala lampu. mampukah mereka teruskan sampai ke siang?  hiduplah dalam gelap begitu kalau rasa tak perlu bergantung pada cahaya itu. mungkin mereka sudah biasa. tapi hakikatnya mereka nampak sungguh kasihan, teraba-raba dalam gelap, terkapai-kapai macam si buta tidak bertongkat. sungguh kasihan. bahkan, entah bertemu siang entahkan tidak. dalam gelap begitu, bahaya di mana-mana.

kalau kita berjumpa kampung begini, yang kita fikirkan pastinya, ‘sombong.. tidak tahu bersyukur..’

jadi, apakah pula manusia yang menyombongkan diri dari cahaya yang di anugerahkan Allah?

“Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: “Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?” (al furqan:27)

semoga berjaya bertemu siang. bukalah lampu itu. hadiah dari Nya untuk kita. tanda kasih sayang Nya pada kita yang lemah dan amat memerlukan huluran bantuan dari Nya.

itulah kalam suci al quran, pemberian dari Nya untuk kita semua. Allah itu baik sekali..

-huda

dai’e yang maintain dan steady

seorang dai’e, apabila ujian-ujian mendampingi, adakala tergugat komitmen nya dengan dakwah. sampai satu masa, dia kena ambil pick-stop.

blog akan lama tak ber-update. status akan lama tak bertukar. muayasyah di luar terhenti seketika. usrah tetap pergi, tapi hatinya tiada di situ. daurah masih giat, tapi fizikal saja. rohani nya tidak tenggelam dalam lautan pencerahan itu. bacaan semakin berkurang. walau cuba, tidak mampu dihadam. akhirnya dia sendiri kering.

dia rasa tertinggal. orang lain sedang rancak mara dan mara tetapi dia tersangkut pula tak mampu ke depan.

dia cuba kumpul kekuatan untuk menyentap apa yang menghalang kaki nya dari terus maju, tapi dia tak cukup kekuatan. akhirnya dia duduk sejenak – itulah pick stop.

seorang dai’e kena kuasai teknik pengurusan masalah. supaya walaupun study tengah serabut, perhubungan dengan kawan sedang suram, kewangan tidak stabil, dia tetap mampu ‘berkerja’. tetap maintain dengan penulisan blog misalnya. tetap steady menziarahi ber-muayasyah. tetap ‘hidup’ dalam halaqah.

wahai dai’e, allah sedang menguji ‘kadar emas’ mu, apa benar kau emas tulen, di campakkanNya itu dan ini untuk menganggu gugat komitmen mu. bukan untuk menyingkirmu dari jalan ini, bukan untuk mencari silapmu agar dirimu terjatuh, bukan untuk melemahkan semangatmu. tapi untuk menjadi kan perjuangan mu lebih asli dan tulen.

kuasai teknik pengurusan masalah. pengurusan masa. komunikasi berkesan. pengurusan wang. dan sebagai nya lagi teknik2 untuk memantapkan dirimu. yang penting, istiqamah dengan amal mu. dan bertaqwa lah. Allah itu baik sekali, dia sedang melatih mu.

jadi wahai dai’e, maintain, steady. manage it. : )

 

-huda

silent

its been a while she keeps everything silent.

she just prefers for things to remain unspoken.

she’s been doing fine just to hold her gaze, back-leaned, and bring out one by one of the images.

then she just wait for His plan, being very sure He got a fine one for her.

and the gaze gets weaker, it does. next, the silent continues, and things do remain unspoken.

oh allah, u hear me. and that is more than enough.