kalau ikutkan hati.

ikutkan hati, memang aku tulis semua di sini.

bersajak berpuisi segala.

curahkan yang remuk redam,

luahkan yang berbuku di dalam.

ikutkan hati, memang aku lukiskan semua di sini.

berombak berbadai segala.

corakkan yang berliku siur,

warnakan dengan campuran rasa baur.

 

tapi,

takkan sekali-kali, jari ini. bukan di sini. bukan di ruang yang aku wakafkan untuk dakwah ini.

: )

 

semoga Allah jadikan aku meluah hanya pada Nya. semoga Allah jadikan aku puas dengan mengadu hanya pada Nya.

*ceh padahal ni kira luahan hati jugak la ni kan. ehhe. pointnya nak kata, cukup lah Allah bagi kita. tak perlu pun mengadu domba di laman muka buku atau blog segala, kalau kita benar-benar merasa cukup dengan kehadiran Allah di sisi. Allah lebih berkuasa meng-healing lebih dari apa pun juga. ^_^

-huda

penting ke pandangan orang terhadap kita?

bismillah..

terima kasih kepada si bijak pandai Sharifah Suhaibah kerana kemukakan idea untuk entry kali ni. permasalahan serius juga ni sebenarnya.

++++++++++++++++++++

kita ini kalau dah namanya hidup bermasyarakat, ke mana saja pergi akan bertemu orang itu orang ini, apa saja tingkah kita akan tampak di mata orang itu orang ini, jadi sudah tentu lah penampilan, percakapan dan perbuatan kita akan mengundang pandangan orang terhadap kita, kan?

maka terlahir lah kepedulian kita terhadap – apa lah agaknya pandangan orang itu pada kita, entah elok ke tidak?

“eish nanti apa pulak orang cakap..” dialog yang payah sungguh mahu surut. baik di bibir, atau dalam hati saja.

bermula dari sekadar tertanya-tanya, kita mula bertindak pula untuk mengawal pandangan orang itu terhadap kita dengan cara mengawal akan apa yang hendak ditampilkan. macam kata orang putih, you can’t control what people think of you, but you can always control what you want to show to people.

ok tak ada pun sebenarnya dalam kamus pepatah mereka, ini saya yang reka hehe. tapi secara umum nya, saya percaya ramai dari kita yang ada kala nya mengawal tingkah laku dan penampilan dengan mengambil kira apakah bentuk pandangan orang lain yang mungkin akan diberikan pada kita.

nah, ini lah yang bahaya nya. kerana kalau tersilap gaya, kita mungkin terjatuh ke lembah riak.

RIAK itu adalah apabila seseorang melakukan perbuatan yang berbentuk ketaatan kepada Allah, padahal niatnya bukan untuk Allah, sebaliknya dia kisah kan penghargaan dan pandangan dari manusia lain. (Syeikh Muhammad al-Barkuiy, dalam kitabnya Tariqah Al-Muhammadiyah)

contoh paling senang, kita ambil sedeqah. seperti yang dikisahkan oleh Tawuus tentang seorang lelaki yang datang menemui Nabi lalu bertanya,

“Ya Rasulullah, bagaimana keadaan seorang lelaki yang bersedekah sedangkan dia ingin agar dipuji dan diberi balasan.”

Baginda tidak memberi apa-apa jawapan, sehinggalah turunnya ayat (al-Kahf: 110)

Maka barang siapa mengharapkan menemui Tuhannya hendaklah dia beramal dengan amalan soleh dan tidak menyekutukan ibadahnya kepada Tuhan dengan sesuatu pun.

Dalam ayat ini Allah mengingatkan kita supaya kalau hendak beramal, jangan lah niat dan tujuan itu di pesong kan ke arah selain dari Allah semata-mata. ini sudah semestinya termasuk berniat/bertujuan dipandang baik oleh manusia.

baiklah itu kalau bersedeqah, atau amalan-amalan ibadah yang lain seperti solat, puasa, membaca alquran dan lain-lain.

kita pergi kepada isu yang lebih dekat dengan kita – macam mana pula dengan perbuatan-perbuatan seharian yang lain, kalau dalam perbuatan itu kita mengambil kira pandangan orang lain, kira riak ke? katanya tadi, riak tu perbuatan-perbuatan berupa amalan soleh saja?

haa jawab-jawab.

baiklah. perbuatan-perbuatan seharian yang lain, misalnya cara kita berpakaian, makan, minum, tempat yang kita pergi, kawan-kawan yang kita duduk bergaul bersama, ke mana kita sambung belajar, macam mana keputusan exam kita, apa pekerjaan kita, berapa gaji kita, siapa calon isteri/suami kita, berapa hantaran kahwin, bagaimana majlis kahwin (ok meleret-leret pula cakap pasal kahwin, ehhe) dan sebagainya lagi dari sekecil-kecil ke sebesar-besar keputusan kita – adakah itu semua, bukan ibadah?

nanti dulu. sebelum pergi lebih jauh, mari kita luruskan dulu mana-mana yang bengkok. bimbang terlupa, bahawa,

seharus dan sepatutnya, setiap satu dari pergerakan dan perbuatan kita adalah ibadah – lillahitaala.

makan, minum, study, tidur, mandi, berbual, berjalan, bercakap, kerja sebagai itu atau sebagai ini, kahwin dengan si dia itu atau si dia ini, semua ini seharus dan sepatutnya adalah untuk Allah – untuk kepentingan dan kebaikan agama kita dan juga orang yang terlibat. untuk Islam. maka semua ini adalah ibadah.

kenapa? sebab Allah bukan ciptakan kita untuk makan lepastu kenyang, itu saja. atau study lepastu jadi pandai, itu saja. atau hmm tidur lepastu hilang mengantuk, habis begitu saja. tapi Allah ciptakan kita untuk beribadah, untuk abdikan diri kepadanya melalui perbuatan-perbuatan itu semua.

dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku.

adz-dzariyat:56

jadi saya ulang supaya sama-sama dapat dengar, SEHARUS dan SEPATUTNYA semua aktiviti-aktiviti harian itu adalah ibadah kepada Allah. ok? settle.

baiklah sekarang, berbalik pada isu riak itu tadi.

Maka barang siapa mengharapkan menemui Tuhannya, hendaklah dia beramal dengan amalan soleh dan tidak menyekutukan ibadahnya kepada Tuhan dengan sesuatu pun.

al-kahf:110
Allah kata, JANGAN sekutukan reason atau sebab kita berbuat sesuatu ibadah itu dengan apa-apapun selain dari Allah semata-mata, KALAU (sila baca dengan nada stress di situ ya). semula, KALAU kita mengharapkan pertemuan dengan Allah. dalam kata lain, kalau kita mahukan pahala dan redha Allah.

maknanya, kalau kita tetap buat sesuatu itu atas sebab/tujuan lain, ambil kira pandangan selain dari pandangan Allah, macam mana kita nak dapat redha Nya?

“so what..riak aje pun..bukan dosa besar. bukan berzina pun. bukan pergi teguk arak pun.”

nauzubillah kalau ada antara kita yang berfikiran begini. bahaya-bahaya. kerana riak ni, tuan-tuan dan puan-puan, elok-elok tak pernah sembah berhala, elok-elok tak pernah sembah pokok atau matahari atau api, tak pasal-pasal seseorang itu boleh jadi syirik (kecil) hanya sebab dia riak. nauzubillah nauzubillah.

ini bukan saya yang cakap. tapi Nabi yang cakap.

Sadad bin Aus pernah menceritakan, saya pernah melihat Rasulullah menangis. (sedih kot, bayangkan, sampai menangis Rasulullah..hmm) Lalu saya bertanya kepada baginda kenapa baginda menangis.

Baginda menjawab:

“Sesungguhnya aku bimbang umatku ditimpa syirik. Benar mereka tidak menyembah berhala, tidak menyembah matahari, bulan dan tidak pula menyembah batu, akan tetapi mereka ingin menunjuk-nunjuk amalan mereka” – hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Para sahabat pernah bertanyakan baginda Rasulullah apa yang dimaksudkan dengan syirik kecil. Baginda menjawab bahawa yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu ialah riak. Baginda juga menyatakan bahawa kewujudan syirik jenis ini di kalangan umat Islam adalah lebih tersembunyi daripada rangkaian semut di waktu malam.

++++++++++++++++++++

sekarang. apakah masih penting pandangan orang lain terhadap kita? tingkah laku kita? percakapan, pemakaian, pergaulan, ilmu, rupa, status, dan akhlak kita?

tak kiralah kecil atau besar keputusan yang kita buat dalam hidup kita – dari baju apa yang hendak pakai, kepada berapa lama mahu bersolat, kepada berapa banyak mahu bersedeqah, kepada lagi dan lagi – pandangan siapakah yang mempengaruhi pilihan kita. manusia, atau Allah?

kalau manusia, maka kita rugi lah. rugi yang amat.

sebab sikit pun pandangan manusia itu tidak menatijahkan, atau memberi kesan kepada total pahala amalan kita yang kita hendak bawa ke alam akhirat sekejap lagi nanti. wallahualam, right? entah bila alam tu tiba-tiba dah depan mata kita. gulp.

kita hidup bukan untuk puaskan hati orang lain, atau sedapkan mata orang lain. dan bukan juga untuk memuaskan hati sendiri. tapi untuk memuaskan hati Allah. sedapkan mata Allah. mengabdikan sepenuh diri yang hina dan kecil dan lemah ini hanya pada Allah.

bukan saya yang cakap. tapi Dia yang ciptakan saya kita yang cakap.

dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku.

adz-dzariyat:56

dan jangan risau. siapa yang memperelokkan imej nya di mata Allah, nescaya Allah akan memperelokkan imej nya di mata manusia. 2 in 1, untung tak untung tu..

Sebuah hadith shahih menyebutkan,

“Sesungguhnya Allah jika mencintai seorang hamba. Ia akan mengatakan kepada Jibril, ‘Aku mencintai seseorang, maka cintailah orang itu!’ Jibril pun mencintainya. Setelah itu, dia bahkan menyeru penduduk langit, ‘Allah telah mencintai seseorang, maka cintailah orang itu!’ Penduduk langit pun mencintai orang itu. Kemudian ditempatkanlah rasa cinta pada dirinya dalam hati penghuni bumi. Jika membenci seseorang, Allah juga akan mengatakan kepada Jibril, ‘Aku membenci seseorang, maka bencilah orang itu!’ Jibril pun membencinya. Dia pun lantas menyeru penduduk langit, ‘Allah telah membenci seseorang, maka bencilah orang itu!’ Penduduk langit pun membencinya. Setelah itu, baginya diletakkan rasa benci pada dirinya dalam hati manusia di bumi.”

jadi jum lah, decide semuanya dengan ambil kira taste Allah sahaja. pandangan orang lain, well, memanglah akan affect keyakinan diri. tapi tak apa, sebab yang beri kekuatan dan yang beri keyakinan itu Allah juga. minta lah dengan Dia. lama-lama, kita mesti boleh jadi kuat untuk tak pedulikan kata orang, sebaliknya hanya kata Allah yang kita risaukan.

“eish..nanti apa pulak kata Allah..” dialog seorang mukmin sejati.

: )

*iba, this is for you. semoga bermanfaat untuk Oci terutamanya, dan Iba, dan sesiapa yang terbaca. uhibbukifillah wa jazakillah. if one day i ‘riak’, use this against me. promise, okay. ^^

-huda

lagi 5 hari untuk tinggalkan tanah air semula dan kembali berjuang di tanah sana pula. moga Allah redha.

tempat Allah dalam ingatan kita BUKAN di tepi.

bismillah..

jika dai’e nya sahaja lemah, tahajjud tak pernah buat, baca quran sekali sekala, mathurat setakat gitu-gitu sahaja, masih buang masa main games, chatting dengan perempuan/lelaki, umat ini mahu bergantung pada siapa lagi?- MKJ

ini baru namanya SENTAP.

++++++++++++++++++++

anyway. yang itu saringan saja, buat tatapan hati yang lalai ini. yang nak cerita nya, yang ini. pun, buat tatapan hati  yang lalai ini.

masih terkesan-kesan dengan fenomena yang dilihat semalam – ’90 minit’ yang meragut tumpuan dan perhatian betapa ramai umat islam, hanya Allah yang tahu jumlah nya. dan hanya Allah yang tahu apa masih di celah-celah sorakan dan sambutan hangat itu, fikiran dan tumpuan tak lari dari mengingati Allah. hanya Allah yang tahu, ok. saya tak tahu.

semalaman saya berfikir-fikir, zalim nya kita pada banyak masa. sebab anugerah hati dan akal fikiran yang Allah beri untuk mengingati-Nya ini, boleh pula kita pilih-pilih masa mahu ingat Dia atau tidak. ada masa, study yang lebih jadi focus. habis lecture, baru sambung balik ingat Allah. ada masa, tengok berita yang lebih focus, dah habis baru sambung ingat Allah. saya  tak tahu orang lain macam mana, tapi saya malas nak tipu, saya macam tu. zalim nya saya terhadap nikmat hati dan akal fikiran ini astaghfirullah..

tapi bila tiba sesuatu hari tertentu, sepanjang masa ingat Allah. study pun dah tak focus, makan dah tak lalu, jumpa orang berbual tapi fikiran melayang ingat Allah. bila tu? – bila ditimpa musibah. bila sedang susah.

Allah itu, Maha Penyayang dan Pengasih. eh, mesti semua orang pernah dengar kan? tapi pernah tak kita betul-betul pejam mata dan bayangkan kasih sayang Allah terhadap setiap satu dari kita. terhadap saya, dan awak. ya, awak. Awak la, siapa lagi. Awak je kan yang sedang baca ni.

cuba imagine seorang ibu yang sangat lembut sedang memandang anak nya dengan penuh rasa kasih, rasa sayang. dia mahu usap-usap kepala anaknya, sentiasa mahu jaga. eish, senang cakap memang ibu tu sayang sungguh la pada anak dia.

tapi cuba imagine kalau anak tu, tak pedulikan ibu nya. letak tepi sekejap.

“along…” si ibu memanggil lembut sambil tersenyum, matanya penuh kasih memandang anak kesayangan nya.

“apa dia mak..kejap la..along tengah tengok bola ni.. GOLL!!!!” jawab si anak. pandang pun tidak.

esok nya, “along…ulangkaji apa tu sayang.” si ibu menegur lagi dengan rasa kasih sebesar-besarnya terhadap anak itu.

“study legal..” jawab si anak pendek, angkat muka pun tidak, dahi nya berkerut-kerut.

ok malas nak tambah lagi. sampai sini pun dah sebak. tak sanggup nak teruskan.

itulah yang buat saya sedih. sedih. dan sangat sedih mengenangkan agak nya lebih kurang macam itulah saya perlakukan Allah selama ni. Dia TIDAK PERNAH SESAAT pun lupakan saya, endahkan saya, berhenti memandang saya dengan penuh kasih sayang yang terus-terusan mengalir untuk saya. bukan saya je ok, awak pun. dan semua hambanya. come on, Allah kan Maha Penyayang dan Pengasih, tadi kata semu orang pernah dengar?

malah, sebesar mana pun kasih sayang si ibu tadi tu pada anaknya, sikit pun tak dapat tandingi kasih sayang Allah pada saya. dan awak. kita lah senang cakap. pada kita.

Sayang sangat Allah pada kita. sayang sangat, tak henti-henti dia memelihara kita.

tapi kita?

90 minit menghadap itu, menumpukan pada itu, menjerit-jerit bersorak menyokong itu. entah di mana Allah dalam fikiran dan tumpuan kita pada masa itu.

atau study. atau baca berita. atau tengok movie. ah banyak lah, belum kira berhibur dengan kawan-kawan lagi. siapa tak pernah tengok movie, siapa tak pernah karaoke, siapa tak pernah berbual bergelak ketawa dengan teman-teman, baca komik, main game, shopping, main itu main ini. banyak. kita semua secara umumnya pernah.

padahal semua tu Allah yang jaga kan untuk make sure ia berlaku dengan baik dan selamat untuk  kita. tapi kita?

angkat muka pun tidak, tak pandang pun. berkerut-kerut dahi, focus punya pasal. lepastu,

“jap la mak sikit lagi ni.. ok dah siap. ye mak, hai mak..jum makan.. : ) ” selamba saja, tanpa sikit pun rasa bersalah.

tapi mak, mak sikit pun tak marah, malah terus layan dengan penuh kasih sayang. baiknya mak.

Apatah lagi  Allah? Maha Baik, Maha Sayang, Maha Kasih?

jadi lepasni apa, tak payah study? tak payah buat benda lain, duduk sembahyang saja, duduk atas sejadah saja?

mestila  bukan.

INGAT Allah, relate kan semua benda yang dapat dilihat dan nampak tu dengan Allah, jangan sekali pun ter-letak Allah itu di tepi dulu kemudian bila dah lega segala baru ambil balik, jangan. tolonglah jangan. tengah study, atau tengah tengok bola, atau tengah rancak berbual dengan kawan, semuanya.

kalau tak, percayalah, satu hari nanti awak akan menangis menyesal mengenangkan bagaimana awak layan Sang Pencinta awak yang paling agung itu. i did. and i still do.

ingatlah aku, dan aku pasti akan mengingati kamu. dan bersyukurlah kepadaku, serta jangan lah kufur terhadapku.

albaqarah:152

ya allah, ku zalimi diri ini. andainya kau tak ampuni, alangkah ruginya diri.

p/s: lagipun kalau ingatan sentiasa ditumpukan pada Allah melebihi segala-galanya, nescaya kita terselamat dari tiba-tiba mahu buat benda-benda tak elok dan lagha, kan. macam anak yang sentiasa ingat dan utamakan emaknya, mesti dia tak akan buat perkara yang dia tahu emaknya tak suka, meskipun waktu tu emak dia tak ada bersama. itu kalau emak, apatah lagi Allah.

-huda

90 minit itu.

auzubillahi minassyaitanirrajim.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi..” (al munafiqun:9)

Rabu 23 november, jam 8 malam, di Tanah Air.

sedih.

sedih melihat manusia berpusu-pusu. ke mana? tak apalah tak mahu sebut. yang pastinya, melihatkan status-status di facebook, saya pasti RAMAI yang sedang memperuntukkan 90 minit dari masa mereka berada di suatu tempat itu, dan sedang menonton itu. 90 minit kalau tak ada masa tambahan, kalau ada, lebih lagi.

ya betul, saya tak layak langsung untuk menghukum – “tu semua tu, duk semangat sangat tu mesti tak ingat Allah dah tu aih..”

pang, pang!! jaga mulut tu sikit PenaAbid.

tapi sekadar terfikir, di sebalik sorakan dan tepukan itu, di sebalik “wushhh sipi bro..”, di celah-celah semangat  berkobar-berkobar itu, Allah di mana dalam tumpuan dan fikiran kita?

jangan. jangan sekadar di tepi. dan selebihnya di arahkan kepada benda 90 minit itu.

kerana 90 minit itu, sesaat pun kita tidak di ketepikan dari ingatan dan tumpuan Allah. kalau tidak, pasti ada orang yang tiba-tiba jantungnya terhenti sebab Allah lupa hendak jalankan dia.

kepada bakal imam hidupku kelak, take note. im serious.

ya allah, peliharalah.

 

-huda

cerpen: Man jadda, wa jada

“hantar katalog kat mana harini?”

“jap. mana ek.. em, Adam street.”

“mak aih, yang dekat bukit tu? gulp. semput la den. kurus nya tak jugak, ahahha..”

++++++++++++++++++++++++

“kenapa ek, ada orang tak sembahyang, tak puasa.. kadang tu siap buat benda-benda haram. tapi hidup dia senang je. study excell. duit banyak, hidup senang. tak payah pun macam kita ni kena kerja-kerja part time distribute katalog. penat la hari-hari panjat bukit macam ni..”

aku diam. ambil nafas sebenarnya, semput tau tak. dah la angkut katalog satu beg, panjat bukit Adam ni. memang semput la. dengan sejuk nya lagi, oh mencabar sungguh.

“agak la..malam ni kena stay up pulak, esok ada test.” aku menjawab sambil termengah-mengah. eish, tak fit betul. nenek-nenek dekat sini steady aje panjat bukit.

“diorang still dapat hidup senang..sebab Allah tu maha adil.” aku menyambung.

“ok jap. aku bukan tak percaya atau sengaja  nak doubt, tapi macam mana pulak tu. orang tak sembahyang tak puasa, buat benda haram, tapi dapat hidup senang. and that is Allah being fare?”

“kau sembahyang sebab nak kumpul duit ke? kau puasa sebab nak kasi result gempak? and kau tak pergi minum arak sebab nak dapat harta banyak?”

“hmm.. kalau sembahyang kan Allah sayang. bila Allah sayang, dia bagi lah semua tu.”

“haa pandai pun kau. betul la tu. kita sembahyang, puasa, amar makruf nahi mungkar semua tu sebab nak dapat keredhaan Allah.. oit pegang ni jap, peti surat rumah orang ni buat dari emas ke apa, apesal payah sangat nak bukak ni. ha masuk pun kau. meh. “

“ok. so pastu?”

“pastu apa?”

“sambung la balik..eish.”

“hehe jangan la marah. bekeng teh. jadi, betul la tu. Allah tu maha adil. habis cite.”

“aaaaa habis apa pulak aku tak faham langsung apa kau cakap..”

“jap. dah habis kan katalog semua? kita duduk situ dulu lah, tak larat aku nak jalan balik kat kereta”

+++++++++++++++++++

“haa..apa dia tadi, adil ek. apa yang kau tak clear? hehe sorry. aku ni tak reti nak explain sangat.”

“tak de la..kau cakap orang-orang jahat tu still hidup senang sebab Allah maha adil.”

“hmm..first, kau kena clear, adil tu maksud nya letak something to where it belongs. nicely fitted. kalau orang tu kerja sejam, dia akan dapat gaji sejam. kerja dua jam, dia akan dapat gaji dua jam. tak kira lah dia jahat atau baik, sembahyang atau tak sembahyang. sebab, Allah tu adil, Dia bagi habuan atas kerja yang setimpal. manjadda wa jada. siapa yang berusaha, dia akan berjaya. fare enough.”

“habis kenapa orang yang sembahyang, puasa, tak buat dosa, kadang-kadang hidup susah?”

“sebab man jadda wa jada.”

“habis kau nak kata orang baik tak berusaha?”

“bukan tak berusaha, tapi tak berusaha macam orang jahat tu. hehe. tak setimpal la apa yang dia usaha kan kalau dia nak hasil nya sama dengan orang jahat tu. ok bukan jahat la, jahil. mana ada orang jahat. syaitan je jahat. orang-orang jahil pun, kalau dia study on time, dia manage duit ok, dia kerja siang malam, dia usaha gempak-gempak, hasil dia nanti akan gempak jugak. haa contoh paling senang, dulu masa kat malaysia kita selalu tension tengok student cina sebab diorang pandai-pandai kan. tulah dia, man jadda wa jada. Allah tu adil. Dia bagi tu berpadanan sudah.”

“tapi kan kalau baik, Allah sayang. kalau sayang, mesti Allah bagi kemudahan.”

“betul.” aku diam, buat muka selamba lalala.

“tu je? eish. cerita lah lagi.”

“hehe. jap, mana dia quran aku.”

“uish patutla beg kau berat, gedabak punya quran kau bawak gi mana-mana.”

“ohho mestila. kalau tak ada dalam beg ni, tak terjalan aku keluar rumah.”

“iphone sudaa..”

“nak buat camne, tak mampu..hehe. ok tengok sini, Allah kata..ehem ehem dengar ea,

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.

teka surah apa?”

“ar-ra’ad ayat 11.”

“haa pandai pun.”

“mananya tak, hari-hari pandang stick note yang kau tampal kat dalam bilik kita tu. hehe.”

“hehe. so, thats about it la. sembahyang la macam mana pun, berdoa la macam mana pun, selagi kita tak ubah habit kita yang suka procrastinate, shopping, kuat tidur, layan youtube lebih-lebih, selagi itu Allah tak akan ubah result kita. again, sebab Allah tu adil. Dia tak akan free-free letak habuan yangbesar dekat depan usaha yang kecil. fare enough.”

“hmm..ok la aku setuju la. tapi kau tak takut ke cakap macam ni nanti kot-kot aku dah malas sembahyang, asyik nak duduk study je. nauzubillah, nauzubillah.”

“haa tahu pun kau nak nauzubillah, kau pun tak nak jadi malas sembahyang, sebab kau sendiri tahu tak sembahyang tu tak boleh kan. kenapa?”

“sebab nanti Allah marah la. kalau redha Allah tak ada, huru hara la hidup.”

“ha pandai.. tanya aku macam-macam padahal kau sendiri dah  tahu semua. huhu. kita ni kau, buat itu  buat ini, bukan untuk dapat result gempak pun sepatutnya. well Allah akan bagi, kalau itu yang kita hendakkan. man jadda wa jada lah kan. tapi kalau setakat hidup senang, study excell, duit banyak, tapi Allah tak redha, bayangkanlah macam mana cara Allah pandang kita dari atas sana. nak ke kena pandang slack dengan Allah..hmm mati hidup semula aku tak mau..lagi rela result aku lepas fail, fail lagi, daripada Allah tak redha hidup aku.”

“so berbalik pada soalan kau, aku tak takut ke kau jadi malas sembahyang sebab asyik nak jadda jadda je lepas ni, of course la aku takut. sebab nanti kau akan jadi sama macam ‘diorang’ yang kita refer awal-awal tadi. remember how we put it, ‘orang jahat tapi hidup senang’ isn’t it. kau nak ke esok aku borak-borak dengan siapa-siapa, and diorang tanya aku soalan yang sama and refer pada kau.”

“mestila taknak..wuii..”

“and kita kena ingat, segala habuan yang kita dapat tak kiralah kecil atau besar, itu yang paling sesuai untuk kita handle. sebab Allah tahu, si A ni tak boleh bagi dapat HD, nanti dia ujub riak takbur segala, so kasi dia pass je dulu. si B ni pulak dah boleh handle HD, sebab level tawakkal dan taqwa dia dah sesuai, ditambah pula dengan usaha dia, jadi Allah bagilah dia HD. contoh la..”

“nak katanya, segala yang Allah put in place itu dah sesuai dan secure dengan setiap individu. baik pada masa nya, atau pada jumlahnya, atau pada bendanya. jadi yang kita kena buat hanyalah berusaha dengan penuh ikhlas, dan JANGAN sekali-kali abaikan kewajipan sebagai hamba Allah meskipun sibuk dengan kerja-kerja. sebab result, harta, habuan segala itu dah tertulis awal-awal berapa dan bila kita akan dapat. tapi redha Allah tu bergantung pada on going effort kita sepanjang hayat. so  yang itu kita kena kejar.”

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi..” (al munafiqun:9)

“perlu ke buat nada suara gitu..”

“hehe saja, kasi feeling sikit dengar ayat ni. anyway, ini TAK jugak bermakna kena sembahyang je sampai tak study. man jadda,..”

“wa jada” dia menyambung. eh dah tangkap dah nampaknya dia ni. bagus-bagus.

“grab the dunya, u’ll get the dunya. grab the akhirah, u’ll get the both of dunya, and akhirah.”

“hmmm…betul la. Allah tu adil. dah la Adil, pemurah pulak tu. uish jum jum balik study, esok test…”

“waaa malasnya nak jalan. oh kereta datang lah sini sendiri..”

“kalau kereta tu buleh bercakap, kau tahu dia kata apa?”

“erk, apa?”

“man jadda, wa jada. haha..”

dua-dua ketawa. betul, kan? kadang-kadang benda-benda kecil pun kita lupa yang kalau tak usaha, tak akan dapat. apatah lagi  benda-benda besar. dan paling besar – Jannah.

-huda

*watak dan jalan cerita adalah rekaan semata-mata, tapi inti perbualan diilhamkan dari pencerahan2 yang berkesempatan di alami.

sedikit tentang perjalanan pulang

segala pujian  bagi Allah, tuhan sekaliaaaaan alam yang telah mencaturkan perjalanan saya dari hobart ke melbourne, seterusnya dari melbourne ke tanah air tercinta ini. masa di atas kapal terbang tu, selesai solat subuh, saya jenguk la ke bawah..bila ternampak sahaja tanah Malaysia, spontan keluar air mata. he he,  tak pasti kenapa. mulut dan hati tak henti-henti menyebut kebesaran Allah. perlahan-lahan kapal semakin merendah. oh ye, berada di atas awan membuatkan saya rasa dekat dengan Allah. melihat kepulan awan, dan betapa luassss nya bentangan tanah – SEMUA milik Allah. gunung, tanah, sungai dan laut yang kelihatan dari atas itu seakan-akan kecil sangat – SEMUA di bawah penguasaan dan pemerintahan Allah. Besar nya Allah. besar sungguh. Hebat sungguh. Kuat sungguh. power, terer dan segalanya lah!

berada di balik awan yang sunyi pada waktu malam dalam objek yang bergerak sendirian itu, buat kan saya termenung memikirkan pemurah nya Allah sebab memberi kan itu berlaku. elok saja Dia jaga kapal itu bergerak. elok saja. Eish, tak tahu lah nak cakap. tapi perjalanan semalam memang banyak menjentik hati saya. sebab itu saya katakan, berada di atas awan membuat saya berasa dekat dengan Allah dan subhanallah walhamdulillah kerana Dia mengizinkan itu berlaku. kerana Dia tidak tenggelamkansaya dalam perasaan eksaited hendak berjumpa keluarga dan kawan-kawan di tanah air. berasa beruntung pabila hati yang mudah terlepas leka ini dipanggil untuk mengingatiNya hanya apabila terlihat awan yang bergantung di luar tingkap kapal terbang.

alhamdulillah, alhamdulillah, allahuakhbar, allahuakhbar.

semoga kepulangan ini di redhai Nya, dan akan diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat untuk beroleh redha Nya juga.

berjalanlah menentang arus deras itu

bismillah..

pernah berjalan di mall? atau pasar malam. atau bazar ramadhan. ok mestilah pernah. katakan lah semua orang sedang berjalan satu hala. tiba-tiba kita seorang berpusing dan berjalan melawan arus. pernah rasa susahnya, bersesak-sesak, bertolak-tolakan?

hm, pernah memandu? pernah tersalah masuk lorong one way? itu lagi jenuh nak harung tu.

melawan arus. pasti-pastinya lah benda yang bukan mudah. mana ada orang suka tiba-tiba ter-lawan arus. dah la sendiri susah, sesak, kena pandai mengelak takut terlanggar orang. ditambah pula dengan diri nampak pelik. awkward. “apesal orang ni?” “pinn….pinnnnn…. (hon kereta)”

macam mana kalau kita selamba saja jalan. langgar orang ke, jatuh tergolek-golek ke, tersasar sekejap ke tepi sekejap ke tengah ke, selamba saja jalan. oh sah dikatakan gila!

inilah yang dihadapi orang-orang yang ingin berubah. kesukaran melawan arus kehidupan semasa, yang mana sudah larut dalam persekitaran yang dia hidup dan udara yang dia hirup selama ini.

bila arus nya adalah semua orang ada boyfriend, semua orang pakai legging, semua orang make up cenggitu cenggini, semua orang buat “in relationship” dekat facebook, semua orang merokok, semua orang hang out di panggung wayang tiap-tiap minggu, semua orang pergi clubbing, semua orang pergi konsert, semua orang warna rambut biru kuning ping hijau. malah dalam keadaan sekarang, maaf la saya katakan, ada golongan yang membanding-bandingkan siapa sudah atau belum pernah melakukan hubungan seks. siapa sudah atau belum pernah minum arak. siapa real man, siapa cool, siapa pablo, siapa kamikaze. dengan bermacam bagai lagi corak dan gaya arus kehidupan yang sangat deras bertali sekarang, TIBA TIBA kita hendak melawan arus! cacat. pelik. sorang-sorang. asing sesuai tak? sesuai la. betul la tu. kerana Rasulullah saw berkata,

“Islam telah bermula dengan asing dan ia akan kembali asing, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia asing.”
– Hadith Riwayat Muslim

jadi, kalau kita berasa kita pelik sebab kita sorang-sorang saja sedang berjalan menentang arus, itu bermakna kita termasuk orang yang bersama dengan Islam.  dan rasulullah kata ‘berbahagialah..’

tak semua benda yang orang tak buat itu salah. dan tak semua benda yang orang buat itu betul. vice versa. tapi satu yang pasti, segala yang bertentangan dengan islam itu, tidak kiralah ramai atau sikit bilangan yang melakukannya, ia salah. dan segala yang selari dengan islam itu, tidak kiralah ramai atau sikit orang yang melakukannya, ia betul.

+++++++++++++++++++++

jadi ya, mungkin ramai yang sudah mahu menentang arus. ya! tak ragu lagi, mari!

sekarang persoalan kedua, bagaimana hendak melawan arus yang kuat dan deras itu?

baiklah itu adalah soalan yang sangat relevan, terima kasih kerana bertanya. (hehe memain.)

pernah tengok orang melawan arus sungai tak? dia pakai tali.

macam ok, kan? jadi apa yang kita perlu buat adalah, menggunakan tali juga. pasti akan dapat mengharungi dengan jayanya. maka apa yang perlu kita mulakan sekarang adalah mendapatkan tali, yang kuat, yang kukuh dan panjang untuk sampai ke hujung sana.

nah, Allah sudah sediakan tali untuk kita.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah.. (ali imran:103)

bagaimana agama boleh menjadi tali pula? kerana, agama itu cara hidup (deenul). dengan arus kehidupan bercorak kemaksiatan yang semakin deras sekarang, berbondong-bondong umat islam telah hanyut dan ia sudah menjadi satu gaya hidup masakini. couple, clubbing, berpakaian mendedahkan aurat, judi, semua sudah menjadi satu lifestyle. sudah sebati dalam diri, maka payah hendak dihakis. jadi apakah lawan nya yang hendak kita bawa? mestilah satu lifestyle juga, yaitu islamic lifestyle! 

cuma syarat nya, kita kena betul-betul hard core dalam mengamalkan lifestyle yang ini. jadikan solat, solat jemaah, mengunjungi masjid, membaca alquran, mendengar tazkirah-tazkirah, membaca buku-buku ilmu islam, akhlak bergariskan alquran dan bercontohkan Rasul, zikir sebagai humming, pakaian menutup aurat sebagai ‘trend pilihan’, dan banyak lagi gaya hidup seorang individu muslim, jadikan itu sebagai lifestyle kita dengan sungguh-sungguh. pedulikan orang, kan kita dah bersedia mahu menentang arus sekarang ni!

juga dimaksudkan dengan tali Allah itu adalah kitab suci alquran, dan hadis. mari karib-karibkan diri kita dengan dua panduan hidup ini. bawa, buka, baca, fahamkan, dan amalkan dalam aktiviti-aktiviti hidup. kita belajar bagaimana cara yang sebetulnya hendak berbuat itu ini yang Allah ajarkan dalam alquran, barulah islamic lifestyle yang kita mahu tuju itu sejajar dengan apa yang Allah mahu. Dalam hadis Abdullah yang di riwatkan oleh Ibnu mardawaih, bahwasannya Rasulullah saw bersabda: 

“Sesungguhnya Al-Qur’an adalah tali Allah yang kokoh, cahaya yang menerangi, penawar yang memberi manfaat, sebagai penjaga bagi orang yang berpegang teguh dengannya dan penyelamat bagi yang mengikutinya.”

dan, jangan dilupakan soal persekitaran. kalau menentang arus sendiri-sendiri, pastinya susah. tapi jangan fikir extreme sangat. kerana sesungguhnya kita tak sendiri pun. cuba tengok betul-betul sekeliling, sebenarnya ada juga individu-individu lain yang terkial-kial dengan segala kudrat sedang melawan arus noda itu juga. Allah tak biarkan kita seorang, percayalah.

jadi apa yang kita perlu buat adalah, hampiri orang itu, saling bahu-membahu. bersatu, dan jangan berpecah belah. kerana sesungguh nya biri-biri yang berseekor di luar kelompok itu lebih mudah dibaham serigala. demikian lah Allah berfirman dalam sambungan bagi ayat di atas,

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, (ali imran:103)

Ini barangkali sesuatu yang kita terlepas pandang, lantas kita tidak mengambil berat akan kepentingan dan keberkesanannya. Allah sesungguhnya menyatukan kita agar kita terselamat dari tercicir, terhanyut, atau ketinggalan jika bersendiri. maka apa yang perlu  kita lakukan adalah mendekati golongan-golongan ini, berdamping dengan mereka. kalau boleh kahwin tu, kahwin la lagi bagus hehe.

kalau dulu kita rasa kolot untuk hang out bersama orang-orang alim, kaki-kaki surau atau masjid, si tudung labuh atau budak sekolah agama, sekarang buanglah persepsi itu jauh-jauh. saya cakap macam ni sebab dulu saya pernah rasa macam ni, apakah teruk sungguh.

++++++++++++++++++++++++++

jadi..melawan arus. pasti-pastinya lah benda yang bukan mudah. mana ada orang suka tiba-tiba ter-lawan arus. dah la sendiri susah, sesak, kena pandai mengelak takut terlanggar orang. ditambah pula dengan diri nampak pelik. awkward. “apesal orang ni?” “pinn….pinnnnn…. (hon kereta)”

tapi mari kita berusaha, kita lawan arus kemungkaran itu, kita menuju ke arah yang lebih cerah. dan kita ajak orang lain bersama. jangan biarkan mereka terus mengikut arus yang mereka sedang telusuri itu. sebab di hujung sana ada api yang menyala-nyala menunggu. jangan biarkan. ajak lah mama, papa, kakak, abang, adik, tokki, jiran, bff, makteh, maksu, maklang, ajak semuaa.

“Islam telah bermula dengan asing dan ia akan kembali asing, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia asing.”
– Hadith Riwayat Muslim

apa yang dikatakan dan dijanjikan oleh Allah dan Rasul itu adalah benar belaka. tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. jadi, mari kita menjadi asing.

واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ ’{ال عـمران 103}

ertinya :

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk”

(Ali Imran ayat 103)

-huda