sejenak between 31 december dan 1 januari.

bismillah..

ini adalah entry jiwang dan serious. sila baca dengan nada jiwang dan serious. v(^^) eh silap emoticon. ( ‘_’ ) ok.

++++++++++++++++++++

2012 akan menjengah dalam kurang tiga jam dari sekarang kalau Allah bagi. masa saya sedang tulis ni, dekat luar sana dentum2 bunyi mercun. orang hobart ni tak kurang hebat juga mereka sambut tahun baru. di facebook pun rancak semua orang berkata tentang tahun baru.

saya? jujurnya, saya betul-betul lupa yang dah nak masuk tahun baru. sehinggalah semalam masa bekerja, pelanggan-pelanggan mengucapkan happy new year selepas slesai membeli. saya pun tak tahu kenapa saya benar-benar lupa. mungkin kerana banyak benda yang difikirkan. tapi rasanya tak lah banyak sangat, entah. and for the record,tahun baru kali ini saya tak ada di Malaysia. and for another record, sikit pun saya tak rasa apa hehe. dulu-dulu saya teruja juga dengan tahun baru. kalau malam new year tak ada apa-apa, saya rasa tak best. lepastu buat lah status “its new year and im alone..” di facebook. sekarang saya rasa biasa je dengan kedatangan tahun baru. nak kata bersyukur, Allah, tak payah tunggu tahun baru kot kalau benar nak bersyukur sebab Allah bagi chance untuk bernafas lagi. dapat bangun esok pagi pun Allahuakhbar..baiknya Allah tu. bukanlah saya tak bersyukur jangan la silap tangkap pula. maksud saya, saya tak amalkan bila ada tarikh2 special lafaz syukurnya lebih dari bila ada tarikh2 tak special. sebab SETIAP saat yang Allah lanjutkan untuk kita tu adalah peluang. dan peluang yang datangnya dari Allah adalah sebesar-besar nikmat di dunia ini.

muhasabah. atau reflect. hehe ni satu lagi (sorry kalau tak setuju).

reflect diri tak payah tunggu tahun baru kot. muhasabah amal tak perlu tunggu tahun baru. kira dosa tak perlu tunggu countdown. muhasabah, reflect dan kira dosa setiap waktu. tapi mungkin ada orang selesa collect and review banyak2 sikit. saya..entahlah. saya ni banyak khilaf. saya ni banyak sangat cuai dan lalai, sering tergelincir dari landasan mujahadah. malah untuk bermuhasabah itu sendiri pun saya perlukan satu muhasabah special – hitung diri, berapa kerap aku bermuhasabah.

azam. resolusi bahasa canggih sikitnya, pun sama. saya secara peribadinya kena refresh azam saya setiap waktu. mungkin kerana saya ni jenis yang sangat lemah istiqomah nya tak seperti antum. setiap hari saya bangun pagi dengan doa dan harapan dan azam untuk tak tinggal solat 5 waktu hari untuk itu. selesai subuh, saya doa supaya saya tak tingggal zohor nanti. selesai zohor, saya doa pula supaya tak tinggal asar nanti. begitulah seterus dan seterusnya. sebab syaitan tu sentiasa menyelit. dan saya bukanlah iman bak gunung, tapi macam kulit bawang. between subuh dan zohor, bila2 masa hati saya boleh dilalaikan wa nauzubillah. saya langsung tak konfiden yang sekejap lagi saya memang akan tunaikan isyak, tanpa izin Allah dan bimbingan dariNya untuk mujahadah dan istiqomah. begitu juga dengan azam2 lain. saya lebih prefer untuk pasakkan azam, dan refresh momentum setiap waktu dan bukan extra bila tiba tarikh2 special. jadi saya tak layan sangat orang tanya apa azam tahun baru hehe. sombong nyeww. :p

baiklah sebenarnya apa yang saya nak kongsikan di sini adalah, untuk mendekati Allah, untuk cambahkan iman, tuaikan taqwa, pupuk ikhlas, didik istiqomah, untuk kejar dan kejar cinta Allah – waktu dan ketikanya adalah SETIAP SAAT DI MANA SAJA. terpulanglah kalau ada yang mahu kongsikan azam tahun barunya, azam bulan barunya, azam minggu barunya; atau mahu muhasabah amalan tahunannya, bulanan mahupun mingguan; terpulang  sebenarnya. bagi saya itu bukan salah pun. ok je malah bagus apa daripada tak ada langsung. cuma, janganlah hadkan untuk waktu2 itu saja. jangan. kenapa?

kerana syaitan bersumpah dia akan sesatkan kita. serious. bukan dia main-main atau acah-acah saja, memang serious dia sumpah akan buat.

“Iblis berkata: Wahai Tuhanku, oleh sebab engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka” 
[al-Hijr, 15:39-40]
jadi kalau setahun sekali saja kita refresh, banyak lah chance untuk si iblis durjana tu cucuk-cucuk kita kan. auzubillahiminassyaitanirrajim.
apa pun, rasanya, kita semua tahu bahawa solat mencegah dari kemungkaran. jadi dengan izin Allah semoga solat-solat kita menjaga dan memelihara kita.
baiklah akhir kata, teruskan muhasabah. teruskan berazam. semoga esok 1 januari kita lebih baik dari hari ini 31 december. dan kmudian lusa 2 januari kita lebih baik dari 1 januari, dan begitulah seterus seterusnya.
for the record, dah setahun saya menulis blog. entah bermanfaat atau tidak, entah dicatit Raqib atau dicatit Atid.
..
..
..
kalau dapat ku intai ke balik helaian
kitab amal tinta si Raqib dan Atid
apakah mampu aku terus tersenyum.
..
lagi aku langkah, lagi kaki ku seakan tercalar
namun sesekali takkan aku  berpaling
kerna ini hakikat berkemudi di bumi Tuhan
menjunjung kalimat tauhid, melaung takbir memuji Ilahi
memang payah menelan segala
namun Allah tak pernah tinggalkan aku.
 jadi biarkan aku terus berpura;
seakan oh akulah mujahidah yang kuat
lagak serikandi yang pantang di acah
hakikatnya aku lah gadis yang ingin bermanja,
ingin tertawa riang seperti puteri kecil Papa dan Mama satu tika dulu.
jangan ganggu,
biarkan aku terus berpura.
kerna pura-pura itu mungkin satu hari nanti – meresap dalam dalam.
..
andai dapat ku intai ke balik helaian
kitab amal tinta si Raqib dan Atid,
pasti aku benar-benar tak  mahu bermanja lagi.
kerna aku sudah berkuda
ke medan sana aku tujui,
ya Allah temani aku. ya allah temani aku. ya allah temani aku.
..
..
-huda
31 december 2011
hobart, tasmania.

Kenapa kena ikhlas.

Bismillah..

Banyak benda di sekeliling yang akan cuba menghalang kamu dari terus berjalan ke depan.

Sebab tu kamu kena ikhlas. Dan bila bercakap pasal ikhlas, sebagai muslim, hanya satu sahaja yang dikira sebagai ikhlas. Yaitu apabila kamu berbuat apa-apa kerana Allah semata.

Habis kenapa pula bila ikhlas ia dapat overcome masalah benda sekeliling yang cuba halang kamu tu?

Kerana, bila kamu berbuat sesuatu itu, kamu perlukan sebab. Dan bila sebab itu hilang maka habis lah kerjaan kamu.

Hanya satu sahaja yang tak akan hilang dan akan kekal, and automatik menjadi sebab kerjaan kamu tak akan terhenti walau dasyat macam mana pun yang di sekeliling itu cuba menghalang.

Sebab itu adalah – Allah.

Sandarkan tujuan kamu pada yang Maha Kekal. Itulah dinamakan ikhlas.

Dan kamu pasti akan kekal di dalam kerjaan kamu.

-huda demotivated kerana benda benda sisi. Nampak sangat selama ni dia tak ikhlas kerana Allah. 😦

kenapa saya tulis blog.

bismillah..

hm macam mana nak cakap ek.

saya malu sebenarnya menulis-nulis ni. sebabnya saya tak lah wholefully sudah apply apa yang saya tulis. saya tulis ini, tujuan utama nya adalah supaya esok-esok bila saya memerlukan peringatan yang berkaitan, saya boleh buka blog saya ni, scroll balik dan baca balik sebagai reminder untuk saya. contoh nya kalau saya down and hilang sabar, saya tahu entry mana saya nak klik and baca then ingatkan diri ni balik.

keduanya, saya tulis sebab saya tak nak termasuk golongan yang rugi. sebab – tak berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran. kenapa rugi? well,

demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran danberpesan-pesan dengan kesabaran

surah al-asr

Allah sendiri bersumpah bahawa saya akan rugi kalau saya tak berpesan-pesan. dah la saya ni iman macam kulit bawang. amal soleh jauh dari sempurnanya. habis kalau berpesan-pesan pun saya tak buat, macam mana saya tak rugi?

demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran danberpesan-pesan dengan kesabaran

surah al-asr

jadi lagi sekali, sebenarnya saya ni malu hendak tulis-tulis blog ni. sebab saya tak lah sama macam penulisan saya pun. kata orang, penulisan mu tak menggambarkan dirimu, oh begitu tepat sekali kata-kata itu pada saya. sebab nya – memang, saya BUKAN menulis sesuatu yang menggambarkan saya. tapi saya menulis sesuatu yang saya hendak jadi. dan saya pesan kan itu pada orang lain juga. sebab saya tak nak rugi. saya tak nak buat blog cerita pasal saya makan itu , masak ini, pergi sana, buat itu, jumpa ini TANPA diselitkan dengan pesanan. sori. sebab Allah dah bersumpah, saya konfem akan rugi kalau saya tak selitkan pesanan untuk diri dan sesiapa yang terbaca.

kerana itu saya memilih medium blog ini.

DAN tak dilupakan. saya sedar yang saya tak ada la dah apply semua yang saya tulis dalam blog ni. kiranya saya ni, tulis bukan main padahal in real life saya pun slack sana sini jugak. malah orang yang tak buat blog pun jauh lebih baik dari saya.

tapi saya jugak tahu, SEDAR saja tak cukup. actually saya pun dah kena sound ok, Allah kata

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

(as-saf:1-3)

so sebab itu dekat blog saya, sebelah kanan tu saya ada tinggalkan nota kecil untuk sesiapa yang terbaca. yang berbunyi “tolong doakan saya jadi wanita solehah.” sebab saya perlu berusaha membaiki diri saya lebih dari saya berusaha berpesan-pesan. dan untuk itu, saya perlukan hati kuat, mujahadah yang mantap, jiwa yang taqwa, panduan yang dekat, biah yang mendukung, DAN doa kalian.

dan akhir sekali, bak kata tabi’in imam hassan al basri, juga seperti yang saya tampalkan di dinding kanan blog saya ni; “sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”

jadi untuk mengakhiri, mari lah kita saling berpesan-pesan. kalau tak kita jadi orang rugi. dan sambil pesan-pesan tu, marilah kita buat jugak apa yang dipesan tu, kalau tak Allah benci. aduh, takmau…takmau 😥

so itulah dia sebabnya kenapa saya tulis blog. asallahu ayyanfa’una biha.

-huda

saya nak jadi baik. macam mana nak jadi baik?

bismillah..

semua orang nak jadi baik. walaupun kita nampak dia hard core sungguh jahil nya, atau suam-suam je, atau dah kira ok la cuma kena tacap-tacap sikit – mereka semua mahu jadi lebih baik.

mari buka mata besar-besar. kerana hakikatnya, setiap hari kita berhadapan dengan individu-individu yang berperang dengan diri mereka sendiri, berlawan, untuk meninggalkan tabiat-tabiat buruk dan mengamalkan tabiat-tabiat baik. jadi, jangan lah kita judge mereka.

kita tak tahu apa yang dah mereka lalui. kita tak tahu (atau tahu tapi mungkin lupa), sebenarnya mereka sedang berusaha berpahitan hendak berubah menjadi lebih baik. in fact, mungkin keburukan yang kita nampak pada dia tu, yang kita tak suka-tak suka tu, yang kita tension melayan tu, yang kita kadang-kadang mengumpat tu, mungkin sebenarnya itu dah kira improved berbanding dengan keburukan pada diri dia sebelum kita kenal dia tu. dalam kata lain, mungkin itu kira dah elok sikit, kalau dulu, lagi dasyat. pointnya ialah – semua orang sedang berusaha.

now. macam mana mahu jadi baik? entah saya pun tak tahu sebab saya tak pernah pula terima sijil yang saya dah sah menamatkan kursus menjadi baik.

tapi jangan tak tahu, atau bagi yang sudah tahu tu jangan buat buat lupa, atau yang memang benar-benar lupa tu jangan tutup telinga untuk dengarkan ini : hakikatnya kita diberi banyak guideline tentang macam mana nak jadi baik.

sebut tentang guideline, suka saya hendak peringati diri sendiri ini dan juga kalian yang terbaca entry ini bahawa guideline bagi kita umat islam sudah tersedia dari dulu lagi. diberi oleh Yang Maha Power sendiri, dan keberkesanan nya memang no doubt, 100% guaranteed memang bagus.

kalau tak percaya, jum kita buka muka surat yang awal-awal dalam Kitab Suci. selepas ummul kitab al fatihah, ada satu surah panjang sangat yang Allah mulakan dengan;

alif lam mim. kitab ini tiada keraguan padanya. petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa

albaqarah: 1-2

dekat entrance lagi Allah dah bagi overview awal-awal tentang kitab itu. yaitu, ia TIDAK ada keraguan – menangkis segala persoalan2 yang berbunyi; betul ke ni, berkesan ke ni, boleh apply ke ni, tak bahaya ke ni, relevan ke ni, dan lain-lain lagi bentuk keraguan yang berpotensi untuk timbul di benak pemikiran manusia. biasalah, manusia ini kan ada akal. rajin berfikir dan mencari-cari rasional di sebalik semua yang dia nampak. Maka Allah dengan confident nya cakap awal-awal, tak perlu nak fikir lebih-lebih, memang tak ada keraguan pada SETIAP kata-kata yang tercatat dalam kitab suci ini.

dan selepas tu Allah berkata pula, ia adalah petunjuk. atau reference; bagi segolongan orang ini. siapa? yaitu orang-orang yang sentiasa tunduk takut pada Allah – itulah dia golongan muttaqiin. (bertaqwa) golongan yang sentiasa ingin dan akan berjaga-jaga takut-takut terbuat Allah marah. golongan yang sangat berhati-hati dalam setiap inci perbuatan nya sebab tak mahu tercalar dengan noda yang akan buat Allah murka. golongan yang hatinya sentiasa tunduk pada kekuasaan Allah.  dan untuk golongan-golongan ini, Allah sediakan guideline untuk mereka ikut. ituah dia kalam suci Alquran.

aha jangan lupa, guideline satu lagi adalah sunnah yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita Rasulullah saw. baik kata-kata, mahupun perbuatan yang datang nya dari baginda, itulah sebaik-baik guideline untuk kita contohi seperti mana yang baginda katakan;

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

( Riwayat Ahmad )

++++++++++++++++++++

jadi, baiklah. berbalik pada tajuk utama tadi – bagaimana mahu jadi ‘baik’.

seperti yang kita semua setuju insyaallah, terdapat baaanyak panduan dan kaedah yang ditulis di dalam notacinta kiriman Allah itu tentang bagaimana hendak jadi seorang yang ‘baik’.

salah satu kaedah yang boleh di ambil ialah, ahha ni la nak cerita ni.

muslimin muslimat yang dikasihi Allah sekalian,

sebenarnya tips untuk menjadi ‘baik’ itu ada pada makna perkataan ‘baik’ itu sendiri. kalau kita benar-benar dapat faham makna ‘baik’, insyaallah lebih jelas la apakah kaedah yang dapat kita gunakan untuk transform diri menjadi seseorang yang lebih baik.

jum jum kita kupas, insyaallah.

BAIK itu dalam bahasa arabnya Allah menyebut sebagai IHSAN. berlaku baik adalah berlaku ihsan. contoh nya di dalam surah al-isra’ ayat 23,

Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik (ihsan) kepada ibu bapa..

so baik itu adalah ihsan la kan. sekarang apakah pula maksud ihsan? haaaaa…

untungnya kita sebab persoalan ini telah pun dijawab oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw ketika sang jibril datang hendak test baginda. diceritakan dalam hadis ke-2 koleksi imam an-nawawi, yang lebih kurang begini maksudnya.

suatu hari, sedang nabi dan sahabat duduk-duduk, tiba-tiba di tempat mereka sedang berkumpul tu masukla seorang lelaki. dia pakai baju putih bersih, rambut dia hitam pekat. nak kata musafir, tak ada gaya macam berjalan jauh pun. tapi nak kata orang situ, tak ada siapa pun yang recognize dia. lelaki ini masuk dan straight pergi dekat nabi, dia duduk betul-betul depan nabi sampai berlaga lutut. lepastu, haa..begini dialognya seperti yang diriwayatkan oleh Muslim, yaitu Umar radhiallahuanhu yang re-tell insiden ini.

“ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”,

maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “,

kemudian dia berkata: ” anda benar” . Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang  membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “anda benar”.

Kemudian dia berkata lagi: “Beritahukan aku tentang ihsan”. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” .

Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata:  “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda:  “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian)  berlomba-lomba meninggikan bangunannya “

dan kata Umar, selepas lelaki itu berlalu, Rasulullah memberitahu pada dia dan mereka yang ada di situ bahawa itu adalah Jibril as yang datang untuk mengajarkan agama kepada mereka. boleh google ya untuk versi full hadis ni.

jadi, andainya kita tidak tahu, atau tahu tapi terlupa, atau tidak lupa tapi tidak clear – ihsan itu maksudnya adalah beribadah kepada Allah seolah-olah kita dapat nampak Allah tu depan kita. dan kalau tak dapat nak rasa macam tu, kita kena ingat bahawa Allah pasti-pasti nya dapat nampak kita.

Dalam kata lain, kita sentiasa cover baik depan Allah. dan bila sebut depan Allah ni, bila waktunya specifically tu? mestilah SEPANJANG MASA di mana saja.

jadi, makna ihsan itu sendiri telah mengupaskan tips bagaimana kita hendak menjadi ihsan, atau – menjadi BAIK.

1. ketika bersolat, berpuasa, bersedeqah, ber-segala bentuk ibadah (termasuk lah tolong mak ayah, berbaik-baik dengan jiran, bagi makan kucing, masak untuk suami, study dan sebagainya) kita hendaklah sentiasa cover depan Allah (again, ini bermakna di sepanjang masa). dengan itu, kita sepatutnya akan terdorong untuk melakukan segala sesuatu dengan sehabis baik dan sopan santun. sebab nya, kita sedang dperhatikan dan diberi markah. mestila kena buat betul-betul. dan kita sepatutnya akan tidak berani/mahu mencacatkan perlakuan kita itu dengan apa-apa yang Allah tak suka. untuk ini, wajib lah untuk kita belajar apa yang boleh dan tidak boleh dalam Islam. kecil mahupun besar, kena strict. ingat, kita sedang diperhatikan!

2. harus diingat, Allah dapat nampak kita bukan sahaja fizikal dan ekspresi wajah, tapi setiap bisikan hati pun Allah lihat (dengar/tahu). maka, kalau ikut konsep IHSAN, apa yang keluar masuk ke dalam hati  kita pun mesti kena cover. dengan ini, kita sepatutnya terpelihara dari berasa riak/angkuh, berhasad dengki, berburuk sangka, tamak, dan berbagai macam perasaan2 yang tak sepatutnya ada kalau nak jadi seorang yang BAIK.

++++++++++++++++++++

kesimpulannya, menyedari hakikat yang semua orang nak jadi  baik dan lebih baik termasuk kita sendiri, kita wajar lah hentikan budaya judgemental. lepastu, kita berusaha ke arah menjadi baik – ihsan. dan untuk itu, semoga makna/konsep ihsan seperti yang diajarkan oleh islam itu dapat memberi gambaran pada kita tentang apa yang perlu kita buat kalau nak jadi BAIK.

nah. semua orang minta peluang. maksud saya, semua orang apabila ditegur kesalahan nya, mereka (termasuk saya) akan menyebut

“saya masih sedang perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik..insyaallah. berikan saya masa..”

jadi, inilah masanya.

inilah salah satu caranya.

jom berusaha jadi baik.

-huda

ambil kesempatan masa ditimpa musibah

inilah yang terjadi bila pandai tulis tapi tak pandai aplikasikan. sobb sobb.

bismillah..

terima kasih Allah sebab buat saya tersedar.

al kisahnya, duit dalam akaun bank sebanyak 900 dollar lesap. ketaq lutut dekat depan atm machine, huhu.

selepas berbagai-bagai lagi kes melibatkan wang yang menimpa semenjak dua ni, transaksi ribu-ribu (duit orang, okei. saya dahulukan saja) yang sekejap jadi, sekejap hilang, lepastu ada balik, kemudian settle. tiba-tiba hari ni lesap pula 900 dollar, memang rasa mau pitam je drive balik rumah tadi. perasaan bercampur campur. rasa mahu nangis, tapi air mata tak  mau keluar. rasa takut tapi jantung steady je tak pula palpitate lebih-lebih.

rasa macam “ini masalah naya, its a huge amount! i am so dead!” tapi ekspresi wajah sikit tak ubah macam “lapar la..nak masak megi ke nak goreng nasik.

tiba-tiba teringat, baru je buat status dekat facebook tentang SABAR. baru je intai duatiga kali ciri-ciri orang yang sabar dalam surah albaqarah ayat 156 sebelum insiden berlaku. nampak sangat awal-awal Allah macam dah bagi hint kan.

yaitu orang-orang yang apabila ditimpa kesusahan, mereka mengucapkan innalillahi wainna ilaihi rajiun. (albaqarah 2:156)

lantas teringat, saya pernah menulis entry berkenaan ayat ini. kata saya, orang yang sabar tu, bila mereka terima musibah, mereka akur yang nikmat/kesenangan itu milik Allah maka Allah berhak mengambil semula. mereka sikit pun tak rasa terkilan. sebab tu mereka ucapkan innalillai wainna ilaihi rajiun. kan kan?

tapi malangnya saya  gagal untuk aplikasikan benda itu bila menghadapi musibah tadi. sobb sobb.

tapi lama-lama, bila kawan-kawan mengingatkan supaya bersabar, bila drive dah ke kiri ke kanan sambil berfikir, bila termenung depan laptop meneliti butir transaksi bank yang aneh tu sambil HAMPIR menangis (hampir saja oke), saya mula berfikir..bahawa Allah tu ada, Allah tu baik sangat. mustahil..mustahil ini berlaku tanpa ada  hikmah indah mindah yang bakal menyusur lepas ni.

saya berfikir lagi, Allah tu baik sangat..Allah tu bersantun dan berlembut sangat dengan hambaNya (al latif), tak mungkin Dia suka-suka hati sengaja-sengaja mahu lihat saya sedih down dan menangis-nangis. kalau boleh, Dia pun tak mahu saya sedih langsung. jadi mesti, pasti dan tak ragu lagi ini semua ada hikmahnya.

terus saya rasa gembira dan redha dengan anugerah ujian ini. sebab bila didatangi ujian ni sebenarnya Allah bagi kita chance untuk meminta-minta apa saja dengan Dia. kan doa orang teraniaya tu mudah termakbul? haaa, inilah masanya nak minta-minta pun! ujian itu satu nikmat sebenarnya..kan.

terus saya rasa Eishhh touching nya..touching sebab semua ini sungguh sweet. bicara Allah pada saya. Allah ‘menyapa’ saya. sobb sobb.

ok saya pun tak pasti apa point yang hendak disampaikan dalam entry ni. cuma, kalau ada lah sesiapa di luar sana yang rasa sedih dan pilu macam saya bila ditimpa musibah, harap-harap ini membantu anda.

“bersabarlah…Aku bersamamu..” Allah kata.

by the way, saya jarang buat entry berformat narrative begini. kalau ada yang tak suka minta maaf ye. ^^

-huda

macam mana kita mati nanti.

ring..ring..

“yelloww..” bersuara girang.

“bro. kira-kira 2 minit setengah, kitorang sampai.”

“cun.”

kira-kira 5 minit kemudian.

pinn..pinn!!

“cekadak sungguh 2 minit setengah kau orang, aku dah timing baik dah nak escape dari mak aku.”

“kau tanya si Lan ni ha, dia yang sibuk ayat awek kat simpang depan tadi tu dari dalam kereta.”

“ayat awek, ayat awek gak laa..aku sempat kena ayat pedih dengan mak aku tadi. huh.”

“hoho chill la bang,  macam tak biase. kau ingat kau sorang? kereta bapak aku ni aku kebas dediam je tau. balik ni tunggu mati je hoho. semuanya demi projek kita malam ni. ”

“haih aku baru nak sambung marah, sejuk hati aku bro, kau sebut projek kite bro..indahnya hidupppp….”

“ha macam ni la baru syok, hidup memang indah bro, memang indah! hahaha..”

ketawa berderai. volume lagu dikuatkan. rokok dikeluarkan. pedal minyak ditekan.

“Lan, motor Lan.”

“eish semak betul la pakcik lebai ni, tahu la nak gi masjid tak yah la makan jalan orang.”

pantas, tanpa menoleh, Lan membelok untuk memotong.

PINNNNNN!!!!!! sebuah lori dari arah bertentangan.

“Allah, Lan!!”

“mak..!”

Boooomm.

LALU lintas perlahan. sebuah proton wira hancur remuk kerana bertembung dengan sebuah lori balak. ketiga-tiga penumpang mati di tempat kejadian.

+++++++++++++++++

wahai orang-orang yang beriman. bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan lah kamu mati melainkan kamu mati dalam islam.

ali imran:102

islam bermakna berserah diri. mati dalam islam bermakna mati dalam berserah diri kepada Allah. bukan time nak mati tu baru jerit nama Allah, tapi on the way nak mati tu hati dan jiwa sepanjang masa sepenuhnya tunduk pada Allah.

hari-hari macam-macam kita nampak orang mati. ada yang kemalangan, ada yang sakit. ada yang kena bunuh. ada juga yang berperang melawan kezaliman macam yang dekat Palestin sana tu.

entah esok atau lusa, next week atau lepas maghrib kejap lagi, saya mati. atau anda, anda mati. kalau lah muslimin muslimat yang dicintai fillah sekalian, kalaulah ditakdir kan kita mati sekarang, kepada apa agaknya yang  kita sedang berserah diri?

study?

kerja?

duit?

hiburan?

kehendak nafsu?

jangan salah ambil pula. bukan nak kata, study and kerja tu salah. tapi kalau itu lah yang kita jadikan tempat kita commit diri kita sepenuhnya selama ni sampai kewajiban sebagai hamba Allah terabai, memang study dan kerja tu salah.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi..” (al munafiqun:9

++++++++++++++++++++++++

“kamu nak keluar lagi Zul? kot ye pun zohor lah dulu. kamu dengar azan tu kan.”

“ala mak ni.. orang  tahulah. nanti-nantilah, tak lari nya masjid tu. orang pergi dulu lah, kawan orang dah sampai.”

“zul..tunggu dulu mak nak cakap ni, zul!”

broooommm. enjin kereta wira memacu meninggalkan perkarangan rumah.

-huda

*cerita dan watak adalah imaginasi semata-mata. sekarang, imagine pula aktiviti-aktiviti seharian kita, dan bubuh part eksiden tu kat mana-mana antara nya. gulp.

aku zalim kerana sayang pada kamu.

bismillah..

aku memang amat mencintai kamu,
tapi aku lebih amat tidak mahu kehilangan cintaNya.
aku memang mendambakan hidup dengan kamu,
tapi aku lebih mendambakan hidup dengan redha Nya..”

best kan? mestila best, ini puisi dalam novel ketika cinta bertasbih. tapi ini pun dah diubah-ubah sebab saya lupa macam mana ayat-ayat dia yang sebenar. google-google, tak pula jumpa. tapi yang sebenar punya lagi best la.

ZALIM

sebelum apa-apa, mula-mula dahulu saya nak sentuh tentang zalim. seperti yang selalu diulang-ulang dalam blog saya ni entah sudah berapa kali saya pun tak tahu, zalim tu bermaksud meletakkan sesuatu ke tempat yang tak sepatutnya. dia adalah lawan kepada adil. kalau ada orang mengikuti blog saya ni, dia perasan la, hee.

Allah kan Maha Pengasih. Maha Penyayang. malah cinta dan kasih sayang itu sendiri Dia yang reka dan kemudian taburkan ke serata alam ini. itu sebabnya saya rasa sikit, anda rasa sikit, semua orang rasa. Dia lah pemilik asal usul kejadian cinta, pemilik kasih sayang. ok? settle.

jadi tentulah Dia suka sangat kalau ada hambanya yang saling berkasih sayang. Allah gembira bila sesama hambanya saling berbaik-baik, beramah mesra dan berhadapan sesama sendiri dengan penuh rasa sayang dalam hati.

macam sekolah la. guru besar dia mesti suka kalau sesama pelajar dia saling berbaik-baik sesama mereka. tak ada gaduh-gaduh dan kelahi-kelahi, semua saling ikhlas bersayang-sayang.

ingat tak abu hurairah meriwayatkan hadis rasulullah yang berbunyi,

“Tidaklah kamu masuk syurga tanpa beriman dan tidaklah sempurna iman kamu tanpa berkasih sayang, inginkan kamu ku tunjukkan sesuatu apabila kamu kerjakan, terwujudlah kasih sayang di kalangan kamu? Semarakkanlah salam di kalangan kamu.”

jadi kalau kita orang islam dan kita beriman, kita kenalah berkasih sayang.

tapi nak kena diingat, tak bermakna Allah suka, benda ni tak akan ter-gelincir menjadi satu perbuatan yang zalim. bila agaknya sayang menyayang tu bertukar menjadi zalim?

biar benor PenaAbid ni, tadi kata Allah suka..ni tetibe zalim. ala pulak..” -_-‘

hoho.

izinkan saya petik satu hadis lagi yang diriwayatkan oleh bukhari dalam bab halawatul iman. jeng jeng. bunyinya selepas diterjemah oleh Ustaz Kamarul Salam adalah lebih kurang  begini,

tiga perkara sesiapa yang ada padanya dia akan mendapat kemanisan iman; hendaklah allah dan rasulnya dikasihi oleh nya melebihi selain dari keduanya. dan hendaklah tidak mengasihi seseorang melainkan kerana allah, dan dia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci jika dicampakkan ke dalam api.

dulu saya pernah kupas tentang perkara ketiga itu, yaitu tentang kembali kepada kekufuran. carilah kalau rajin, tajuk dia ‘tak mahu masuk syurga sebab sayang nak tinggalkan neraka’. lebih kurang la.

anyway, dua perkara pertama dalam hadis di atas, haa yang itulah yang kita nak sentuh ni.

1. Allah dan Rasulnya hendaklah dikasihi LEBIH dari apa-apa saja yang selain dari kedua itu.

2. sayang sesiapa HANYA kerana Allah. bukan kerana objektif-objektif lain. duit ka, study ka, sebab dia baik ka, sebab dia ada chemistry dengan kita ka, sebab dia cantik ka, dan sebagainya. apatah lagi sebab menuruti syahwat, lagilah tak boleh.

jadi apa kaitan nya dengan zalim? senang sahaja.  kalau zalim bermakna meletakkan sesuatu di tempat yang tak sepatutnya, jadi kalau dalam berkasih sayang sesama kita, dua perkara di atas tak dituruti, kira tak sepatutnya lah kan? jadi, kira zalim lah.

haa. kan dah kata, walaupun Allah suka, tak bermakna tak akan tergelincir jadi benda zalim.

KITA BERLAKU ZALIM DALAM BERKASIH SAYANG

Hee skema nya tajuk. sori, tak ada idea. tapi walaupun skema apa salahnya, kalau dah memang tepat.

jadi memang tepat lah, rata-rata kita hari ini  zalim dalam melakukan perkara yang Allah suka. dia macam, nampak baik dan betul, tapi sebenarnya salah. bahaya, danger dan explosive.

1. berkawan. semua orang berkawan, kan. dan kalau kawan tu baik sangat, memang kita akan sayang dia. orang kata, friendship sejati lah. susah senang bersama. ada satu quote orang putih tu kata, a true friend is someone who will help you to remove the dead body. kira nya, kalau kita terbunuh orang, a true friend is the one yang akan tolong kita cover la. hehe. jangan ikut ye adik-adik. point nya nak kata, rasanya semua orang akan ada kawan yang memang dia sayang sungguh-sungguh la. Allah suka. ya, Allah suka.

tapi silap nya adalah apabila, tak menepati dua rules dalam hadis tadi. sayangkan kawan lebih dari sayang Allah dan rasul. salah satu contoh nya itulah, demi kawan, sanggup tolong cover pembunuhan. hehe. ok serious, demi sayangkan kawan, sanggup diturutkan walaupun benda-benda yang membelakangi, or even menepikan Allah. solat ke mana apa ke mana, gara-gara keluar hang out dengan kawan. sanggup bersusah demi nak belanja kawan, tapi susah sungguh nak keluarkan duit bersedeqah di jalan Allah. sanggup keluar walau pun redah jalan jem, hari hujan atau panas terik demi kawan. tapi susah sekali nak ke masjid. sanggup bangun pepagi buta demi plan dengan kawan, tapi solat subuh liat benor.

keduanya, bila kita sayang kawan tu sebab kriteria-kriteria yang ada pada dia yang tiba-tiba kita rasa macam, eish, memang ngam la dengan dia ni. memang betul-betul la sayang dia, bukan tipu. cuma silapnya, reason itu bukanlah Allah. bukanlah sayang dia kerana Allah suruh. bukanlah sayang dia kerana nak kejar redha Allah atas orang2 yang berkasih sayang. itu yang jadinya, bila ada salah faham sikit, terlepas cakap sikit, habis terasa pastu gaduh2. sedangkan kalau sayang sebab Allah, berkawan tu sebab Allah, berlapang dada tu akan jadi lebih mudah. apa juga kriteria pada kawan nya itu, akan dia terima baik buruknya, lebih kurangnya. sebab – bukan kriteria tu yang mengikat hati nya, tapi redha Allah yang mengikat  nya di situ – di dalam persahabatan itu. sweet kan?

2. berkeluarga. konsep nya sama juga, sayang emak, ayah, adik abang kakak atuk nenek makteh maklang segala, pun mesti tak lebih dari Allah dan Rasul. menangis-nangis sebab mak marah. ok memang la tak salah, tapi ada tak  kita menangis sebab takut Allah marah? mahu jaga hati keluarga, luangkan masa dan wang bagai, dan macam tu juga ke kita jaga hati Allah, luangkan masa dan wang dan tenaga segala?

benar, redha Allah itu letaknya pada redha kedua ibu bapa. tapi tetap, sayang kepada ibu bapa, atau mana-mana ahli keluarga tak sepatutnya melebihi sayang kita kepada Allah.

haa sini ada satu contoh. kisah Mus’ab bin Umair pada zaman nabi dulu. dia sangat sangat sangat sayangkan mak dia. sebabnya Mus’ab ni asalnya pemuda kacak yang anak orang kaya raya. kira nya mak dia memang sayang dia, bagi semua kemewahan pada dia, dan dia memang sayang pada mak dia. selepas memeluk islam, Mus’ab ni tinggalkan segala hidup mewah tu. sampaikan baju jubah dia senteng je.

lepastu, mak dia tak suka dia memeluk islam. dipendekkan cerita, mak dia mogok tak mahu makan. lepastu bila Mus’ab still tak mahu tinggalkan islam, last sekali mak dia ugut mahu bunuh diri. Mus’ab kesian sangat masa ni. mau nya tak, mestilah tak tergamak biar mak sendiri bunuh diri. tapi sebab sayang nya Mus’ab pada Allah dan Rasul tu lebih dari dia sayang kan mak, dia tetap tak mahu tinggalkan islam. dia cakap pada mak dia, memang dia sayang kan mak dia dan dia mestilah sedih kalau mak dia bunuh diri, tapi dia tetap tak akan tinggalkan islam. jadi tak payah lah bunuh diri. dia cakap baik-baik pada mak dia. tapi masa tu dia dah redha dah kalau mak dia memang still akan bunuh diri. akhirnya mak dia tak bunuh diri pun.

nak katanya, hebat sungguh kasih sayang seorang pemuda pada Allah dan Rasul sehingga lebih dari dia sayang emak dia sendiri. kita macam mana? sekali lagi, tak salah sayangkan keluarga. tapi tak sepatutnya lebih dari sayang pada Allah dan Rasul.

kedua pula, sayangkan keluarga juga perlu kerana Allah SAHAJA. ambil contoh emak lagi, bukan di samping sayang emak sebab mak masak sedap, atau mak lahirkan kita, atau sebab mak baik, sebab yang paling besar dan utama adalah, Allah yang suruh sayang. and bila buat apa yang Allah suruh, dapat lah keredhaan Allah. bukan masakan mak yang sedap tu yang mengikat hati kita, tapi redha Allah yang dikejar tu yang mengikat hati dalam perhubungan kekeluargaan itu. barulah comply dengan cara sayang menyayang yang sepatutnya.

3. berpasangan. hmm ni isu yang paling hangat la ni. soal berpasangan yang halal, itu kira keluarga la kan. kena sama la juga, sayang pasangan itu tak lebih dari sayang kepada Allah dan Rasul. sanggup menuruti dan ambil hati pasangan itu mesti tak lebih dari sanggup nya kita menuruti dan ambil hati Allah dan Rasul. sama je. oh dan juga, bakal-bakal pasangan halal (tunang), semoga hati sentiasa diawasi, pergaulan/taaruf sentiasa dilandasi syariat, dan niat sentiasa diperlurus agar harapan baitulmuslim itu berpaksikan taqwa dan dipayungi redha ilahi.

yang jadi isunya ni berpasangan sebelum berkahwin. yang tidak halal. so automatik, haram la. malas nak cakap banyak. sebab dah terang lagi bersuluh, kalau berkasih sayang sebelum berkahwin tu memang terang-terangan lah membelakangkan Allah, dan mengetepikan Allah. meskipun jaga batas-batas, dan sayang tu kerana Allah, ya, bagus, tapi tetap haram. mana mungkin boleh nak mengaku yang kita sayang dia tak lebih dari kita sayang Allah, kalau kita turutkan kemahuan hati sendiri mahupun hati dia untuk berhubungan sedangkan itu terang-terang dilarang oleh Allah.

lebih sedih, yang terjebak ke lembah maksiat dan zina, atas alasan sayang. ya, sayang itu (kalau benar tulus) adalah baik. tapi kalau sayang yang menurut syahwat, sah-sah la bukan kerana Allah. haram. berbuahkan dosa-dosa yang kalau tak bertaubat, esok-esok ke nerakalah bersama pasangan itu. nauzubillah, semoga Allah melindungi dan mengampuni.

ok TERZALIM. SO SEKARANG MAHU BUAT APA?

duduk membebel ni sebenarnya bukan apa, satu ayat yang menyentap tangkai jantung saya hihi, dalam novel ayat-ayat cinta. Allah berfirman,

Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.

Az-zukhruf:67

sedih sekali. sedih sekali kalau insan-insan kesayangan kita di dunia ni, kelak di akhirat jadi musuh kita. duk berkelahi, saling tuding jari depan Allah. sebabnya, masa saling berkasih sayang bagai nak rak dulu tu, di dunia dulu saling tak menasihati, saling membiarkan melanggar syariat Allah.

bayangkan, marahkan emak dan ayah depan Allah. sungguh-sungguh bergaduh, sedihnya.

bayangkan, saling membenci antara suami/isteri. serious gaduh. sedihnya.

bayangkan..kalau berkasih sayang di dunia tak disulami taqwa, syariat dilanggar, nanti kehilangan mereka di akhirat. sedihnya.

berkasih sayang lah sampai ke syurga. jangan diturutkan hati, mahu macam tu macam ni, sampai terbelakangkan dan terketepikan Allah, akhirnya kemanisan kasih sayang itu tak sampai ke alam kekal. malah berubah jadi api kemarahan dan kebencian yang kekal. rugi dan sangat sedih. sangat sedih.

aku memang amat mencintai kamu,
tapi aku lebih amat tidak mahu kehilangan cintaNya.
aku memang mendambakan hidup dengan kamu,
tapi aku lebih mendambakan hidup dengan redha Nya..”

berkawan, berkeluarga atau berpasangan (halal), paksikan ia pada satu tali yang mengikat hati-hati kita dekat situ. yaitu – REDHA ilahi. hapuskan kezaliman, gantikan dengan keadilan. sungguh Allah berserta orang-orang yang berlaku adil.

-huda