berpaling dari hari akhirat.

bismillah..

syukur banyak-banyak ke hadrat Allah kerana memberikan saya kesihatan hari ini untuk jenguk blog ni. painkiller itu, walaupun dia menyebabkan nausea yang dasyat, tapi at least sakit hilang. ^^ di gagahkan juga membuka blog. sebab tak senang hati rasanya biar blog lama tak berupdate dengan isi-isi yang memperingati diri sendiri (dan sesiapa yang terbaca) insyaallah wa radhiallah.

selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, sejenak, jum kita kenang jasa dan pengorbanan baginda semata-mata untuk make sure kita hari ini kenal apa itu sejadah, apa itu quran, apa itu solat, apa itu islam. dan jum kita muhasabah sama-sama, sejauh mana kita benar2 kenal akan semua tu. setara ke tidak dengan jumlah pengorbanan baginda dulu. allahummasolli ala muhammad..

dan selawat dan salam juga kepada Nabi Ayub a.s yang beberapa hari ini banyak menjadi qudwah kepada keadaan kesihatan saya bila memikirkan ketabahan beliau untuk terus bersangka baik dengan Allah padahal sakit dia masa tu sangat lah dasyat. isteri tinggal dia, tak ada facebook tak ada iphone, hanya ada Allah dan ulat2 yang memakan tubuh dia. tapi dia tetap berterima kasih pada Allah, ya arhamarrahimiin (Maha Penyayang antara yang penyayang) katanya. saya ni, bila housemate terpaksa keluar sekejap, dah rasa helpless. padahal phone ada kot. and bukannya sakit parah sangat pun. hais.

baiklah.

muslimin muslimat yang di cintai Allah sekalian, betul ke tidak, ada masa, kita memang mudah sangat terlarut dalam suasana yang menjauhkan kita dari Allah. kita mungkin jadi baik dan tawadhuk bila kita berada dalam kalangan orang2 soleh. tapi bila tiba-tiba kita balik kampung jumpa geng-geng lepak yang lama (hehe) atau bila kita berjumpa dengan kawan-kawan yang ‘happy go lucky’ (maaf, ini happy go lucky versi yang melalaikan ye), atau kita tiba2 buka tv/youtube cerita best2 yang melalaikan, atau stumble upon things yang best dan melalaikan, betul ke tidak yang kita akan terlarut?

kita yang tadinya penuh tawadhuk aje, tiba-tiba tersasar ke tepi. kadang-kadang sikit. kadang-kadang banyak. nauzubillah, kadang-kadang tu ambil masa yang sangaaaaat panjang untuk kita kembali semula ke atas landasan yang lurus tu.

betul, kan? (eh, ke saya syok sendiri je ni.)

hakikatnya kita ni manusia. yang mana imannya turun dan naik –> fluctuate. mengalahkan suhu dan cuaca di Hobart ni ha. (fyi, Hobart ni boleh dikatakan 4 seasons in a day. sukahati dia nak hujan, kemudian panas, then tiba2 boleh je dia salji kat atas gunung tu dalam satu hari)

iman dalam dada kita ni memang berbolak balik. hati, berbolak balik. ok kuiz sikit – siapa yang kata, sesungguhnya hati manusia itu lebih mudah berbolak balik daripada air di dalam periuk. siapa yang kata? (ok sebenarnya saya lupa, buat2 la mcm kuiz kan. hehe silalah komen ye kalau anda tahu. sharing is caring. kesian la dekat saya ni tak sihat, tak larat sangat nak search..kikikih)

anyway.

hish suka sangat melencong keluar topik PenaAbid nih.

ye, ye nak sambung la ni.. jangan la nangis.

anyway, itulah dia hati kita. ada masa, kita sangat merasakan perhitungan dan pembalasan itu pasti hingga kita memang nekad nekad nekad nak jadi baik. nak solat dengan khusyuk. nak beramal dengan sempurna. nak jauh dari benda2 lagha tu. memang, ada masa memang kita rasa macam tu. specially kalau berada dalam kalangan orang2 soleh la kan. bagus sebenarnya. sebab tu, sahabat yang beriman itu adalah anugerah Allah.

tapi ada masa, bila kita tergelincir ke dalam kalangan orang-orang yang belum mendapat hidayah, kita mudah sangat terlarut. kita jadi lupa pada perhitungan dan pembalasan yang pasti itu.

memang la kita still percaya yang hari akhirat tu akan tiba, tapi masalahnya, lagak perbuatan kita seolah macam kita ni tak percaya sangat. saya bukan menghukum sesiapa. saya hanya melempang diri sendiri yang adakala selalu sangat berseronok bergelak ketawa, berbuat sesuatu seolah-olah lupa yang kiamat itu hampir dan setiap saat yang saya spend dalam hidup saya akan di soal

“apa yang kamu lakukan dengan usia mu?”

nak jawab apa? “err…every morning aku pergi sembahyang jemaah dekat masjid, lepastu ada la tilawah sikit. tapi on the way balik tu terserempak dengan kawan lama, dia ajak tengok movie sampai malam baru habis.”

dush dush. memang sebijik macam saya la tu. Allahu Allah..

++++++++++++++++++++++++++++

itu lah kita. kita mudah dilarutkan dalam keseronokan dunia, hingga kita dengan lalai dan leka nya menginjakkan kaki ni ke tempat2 yang tak ada mana pun manfaatnya. mulut ni berkata tentang yang tak berfaedah pun. mata ni melihat yang tak baik. telinga ni mendengar yang tak elok. dan kita campur gaul dengan benda2 baik jugak – pergi masjid, baca quran, belajar ilmu agama, etc. kita campur kan.

“ok la tu…at least dia buat jugak. daripada tak buat langsung..slow-slow la.. eish. drastik tak bagus la!”

hmm hmm hmm, yes yes, you get it correct there. ^^

i cant say much. just let Allah do the talk,

sesungguhnya hari kiamat itu akan datang. Aku merahsiakan waktunya agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan.

maka sekali-kali janganlah kamu dipalingkan daripadanya oleh orang yang tidak beriman kepadanya dan oleh orang yang mengikuti hawa nafsunya, yang menyebabkan kamu jadi binasa.

surah Ta Ha: 15 & 16

again, saya tidak mahu menghukum sesiapa. saya bukan nak kata, uish jangan kawan dengan si kiah (bukan nama sebenar) tu sebab dia fasik!

Allah Allah, tidak..

malah Allah pun bukan melarang dari berkawan. cuma, jangan terlarut. jangan. syaitan tu pandai mencucuk-cucuk..

mujahadah ya! kuatlah wahai hati. tegakkan islam dalam dirimu, nescaya ia tertegak di watan (tanah air) mu.

-huda

*i just realize, im not good at giving title to my entries. heheh.

and tak dapat jumpa gambar yang sesuai. sori buah ceri.

nausea~~~~~~~ oh pramin.

Doa nabi Ayub.

Bismillah..

“dan ingatlah kisah Ayyub, ketika dia menyeru Tuhannya; Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit, dan Engkau lah Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang”

Puas mencari2 ayat ni. (doa nabi Ayub masa dia sakit)
Tahu yang doa ni ada, tapi tak jumpa2. Nak google tak ada line pulak, hee. Puas la duk selak2 quran sampai la sorang sahabat hadiahkan.

Masyaallah. Masyaallah. ^^
Terima kasih ye sahabat.

“Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.”

Al anbiya; ayat 83-84

Yang untungnya orang islam ni, bila dia sakit, selain ada doktor dan ubat dan ambulance, mereka ada Allah. Pencipta penyakit, pencipta ubat, pemilik doktor and ambulance tu sendiri jugak hehe.

Mereka ada alquran – yang juga merupakan cure atau penyembuh.
Dan alquran ada kata-kata jiwang yang datang dari Allah sendiri, yg mampu pujuk dan tenangkan hati mereka.

Rasulullah saw bersabda:

“sesungguhnya Al-Qur’an adalah tali Allah yang kokoh, cahaya yang menerangi, penawar yang memberi manfaat, sebagai penjaga bagi orang yang berpegang teguh dengannya dan penyelamat bagi yang mengikutinya.”

Mereka di delete kan dosa-dosa pada setiap kesakitan tu. Walaupun morfin disuntik atau prodeine forte ditelan, still kira, okkay.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) bahkan duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).

Selepas itu, bila sakit dia dah lari kan, Allah bagi pulak dia kenikmatan2 yang lebih baik dari keadaan sedia kala dia. Macam ayat 84 surah al anbiya tadi..

Dan, orang yang beriman, melalui ujian sakit tu, dia akan menjadi lebih beriman, lebih bertaqwa dan lebih sabar. Dia akan jadi better. And sabar tu dapat pahala ^^ itu lah yang paling best nya!

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Luar biasa betul keadaan orang-orang yang beriman, semua urusannya adalah kebaikan. Tidak ada manusia yang menyamai orang yang beriman. Apabila ia beroleh kesenangan ia lalu bersyukur, maka ia mendapat balasan pahala. Apabila ia ditimpa musibah lalu ia bersabar, maka ia diberikan pahala.” (HR. Muslim)

Aww untung kan..jadi orang islam. Sakit pun ada macam2 untung.
Itu lah kurnia Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.

Ulang suara, Yang Maha Penyayang antara yang penyayang. Sweet!

Itulah Allah yang Maha Lembut tadbirNya terhadap hambaNya. Yang mengrezekikan sesiapa yang Dia kehendaki. Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Jaga kesihatan baik-baik ok. Badan ni pinjam je (bak kata seorang ukhti semalam) tapi kalau dah sakit juga, dont worry. Ada untungnya. ^^

**********

-huda.
*Royal hobart hospital punya emergency department tak emergency sangat pun. Maybe boleh tukar – slow and relax steady department.
Sib baik free. Tapi staff semua excellent. ^^

“oih huda buat ape main phone tu?”

“huh? Blogging. Hehe.”

“dalam bas blogging, kat airport blogging, ni dalam wad tengah sakit pun blogging. Bila masa yang hang tak blogging?”

“hihi. Entahnye. Kalau dapat meninggal sambil blogging pun ok. Dripada meninggal sambil duk huha huha bercakap merepek.. nak meninggal syahid dalam perang tak tahu berani ke tak ada peluang ke tak. Nak meninggal sambil berdakwah dekat sana sini, takut diri tak hebat pulak. Dakwah pena ni lah yang pulun, hehe”

Al kisah.. 😉
Drugged by codeine. Tidur~~

Independent la sangat.

Bismillah..

Kenapa bila ditimpa musibah, kita mencari2 somebody untuk kita mengadu, atau nak dia tahu, atau nak dia ada dekat situ dengan kita. Tak kisahlah siapa. Bestfriend ke, kakak senior yang paling rapat ke, SPECIAL friend ke, atau parents atau anyone la.

Sometimes, kita simply call for just anyone. Even yang tak rapat pun. We just crave to have someone, either by ourside, or tak kisahlah ada ke tidak asalkan dia tahu. Kiranya nak share la kan.

Adakah kita nakkan simpati? For some people, well, mungkin.

Ke kita just nak ada another human being dengan kita sebab kita takut sorang2. So, Nak rely dengan someone. Hmm juga mungkin.

Tak salah pun. Kita manusia kan, and indeed memang allah jadikan kita ni hidup saling bahu menbahu. We have to be there for someone, and someone will have to be there for us. So, tak salah pun rasa macam tu.

Cuma, i think, kalau kita tak dapat cari anyone, jangan pressure.

Specially bila dalam keadaan yang memang kita tengah helpless sangat, tapi nak buat mcmama dah tak ada orang, kan.. Jangan pressure.

Sebab Allah tak pernah tinggal kita. Dia ada, jaga kita.

Benda ni mungkin nampak teori. Dah biasa dengar kot – “jangan takut, Allah ada..”

Tapikan sebenarnya bila kita memang dalam situasi macam tu, maksudnya, bila kita mencari2 someone untuk share musibah kita tu sebab kita rasa lega sikit kalau dia tahu, tapi tak ada orang – masa tu kena sangat2 ingatkan diri yang Allah ada. And, masa tu memang kita akan rasa dekat dengan Allah, berdua je dengan Dia.

Alamak tak tahu lah apa yang saya membebel ni berbelit2 pulak.

Macam ni lah, pointnya, boleh je nak rely pada orang. Specially bila ditimpa musibah. Mengerang sakit pinggang ke, meraung menangis putus cinta ke, tension result tak bagus ke, apa apa lah – ok je nak rely dekat orang, as in, merasakan nak ada orang tahu atau teman.

Tapi jangan pressure kalau tak ada. Sebab, Allah ada. Kan time macam tu kan kita akan extra memanggil2 dan mencari Allah kan, jadi ingatlah bahawa selangkah kita mendekati Allah, berlangkah2 Allah seakan berlari kepada kita.

Di saat kita benar2 berpaut pada Dia, takkanlah Dia lepaskan tangan kita.

^ ^

Err, ok. Macam awkward je entry kalini. Harap ada yang faham lah! Hehe.

-huda.
Menanti siang nak pergi xray.
Dupdap. Doakan saya kembali sihat untuk terus menulis. Manalah tahu, bermanfaat. (:

Sure ke dah tawakkal ni..

Bismillah..

Sering, sering, sering dan seringgg berlaku..kita kecewa bila apa yang kita usahakan tak dapat.

Kita sedih.. Kita kecewa.. Dan kita ‘merajuk’ dengan Allah..

*bunyi guruh petir sebagai background*

Lepastu, kita seakan nak claim..

“aku dah berusaha, and aku bertawakkal..tapi kenapa fail jugak..” T.T

Ok mungkin tak semua orang sebut ni kat mulut. Tapi dalam hati dia, timbul rasa ni. Saya lah tu.

“aku dah berusaha..and aku dah tawakkal..tapi knapa fail jugak..”

Perasan tak silapnya dekat situ?

Kita guna kan tawakkal tu sebagai point untuk kata yang kita ni patut dapat apa yang kita nak. Maknanya bila kita tawakkal tu, kita langsung tak bertawakkal la. Sebab tawakkal tu bukannya satu stage; well, biasanya kan…

“yup aku dah usaha semua. Sekarang tawakkal je la tnggu outcome nya.”

No. Tawakkal tu bukan satu stage yang kita kena lalui untuk high chance kan lagi kejayaan kita (uish apa grammar tu).

Tawakkal tu adalah rasa tunduk dan akur, ikhlas dan pasrah, ready and betul2 promise untuk biar Dia je yang pilih untuk kita. Dan kita memang aware yang ada kemungkinan Dia akan pilih something yang tak bes tu sbagai outcome usaha kita. Tapi, haa…kat sinilah kemuncak tawakkal – yaitu, walaupun benda tu tak bes and kita nak yang the other one tuuuu, tapi kita tetap trust dia. Tetap terus bertawakkal/trust Dia dengan hasil yang dia pilih tu.

Bila kita tawakkal, kita bukan beserah pada Dia untuk make sure kita dapat yang kita nak and happy. Instead tuan tuan dan puan puan, kita tawakkal tu ialah kita beserah pada Dia untuk make sure kita safe and secured. If unpleasant then be it la. Asalkan selamat.

“yeke selamat..sedih kot. Kalau protect, protect la dari rasa sedih tu. Sobsss. Sampai hati..” (kata2 di kala emosi tak stabil.)

Haaa ini lah namanya trust. Walaupun payah and tak bes untuk kita (sebab tak meet apa yang kita nak), kita kena trust yang itulah the best and the most harmless untuk kita. And later, siap benefit kita lagi. Serious. Ni bukan main teka je tau, Allah sendiri cakap okkay.

“boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Albaqarah ayat 216.

Jadi macam yang disebut tadi, di point inilah ketulenan tawakkal kita tu diuji. I mean, Inilah kemuncak tawakkal kita tu. Samada kita serious serahkan SEMUA dekat Dia, atau kita just cakap

“aku tawakkal je..”

Sebab nak sedapkan hati sendiri and harap itu jadi point untuk kita dapat apa yang kita nak.

Kesimpulan nya, saya ni, silap konsep selama ni. Saya perasan. Ingatkan diri dah tawakkal. Rupanya di dasar hati saya, saya bukan betul2 tawakkal/berserah pada Dia. Sebaliknya, saya sbenarnya still nak pilih sendiri outcome untuk usaha saya. Bukan biar Dia yang pilihkan.

Itu yang jadinya episod air mata duka berpanjangan tu, hihi.

Apa pun yang berlaku, well yes, kita manusia so kita memang la akan sedih kan. Tak apa. Tapi, keep ourselves to trust Allah. Percayalah, kalau kita dah trust Dia, serious tak mungkin Dia sambil lewa je ruin kan kita. Seriously ohh tak tahu nak cakap macam mana, tapi betul… Di saat kita betul3 berpaut pada Dia, ingat Dia akan lepaskan tangan kita?

Tak. Allah bukan macam tu. Sekali2 tidak.

Jadi, kesat air mata tu sikit, sapu2 mucus berlebihan di rongga pernafasan tu sikit, gain our trust on Him back – and bounce back. This time, with Him, we’ll go higher. : )

” Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman ”

Al maidah ayat 23.

Jika benar2 kita orang beriman. Sobss. Terpukul di situ.

Serahkan pada Dia. Biar Dia pilih. Betul2 biar Dia pilihkan. Allah al alim. Maha Luas knowledge nya.

-huda

Sure ke dah tawakkal ni..

Bismillah..

Sering, sering, sering dan seringgg berlaku..kita kecewa bila apa yang kita usahakan tak dapat.

Kita sedih.. Kita kecewa.. Dan kita ‘merajuk’ dengan Allah..

*bunyi guruh petir sebagai background*

Lepastu, kita seakan nak claim..

“aku dah berusaha, and aku bertawakkal..tapi kenapa fail jugak..” T.T

Ok mungkin tak semua orang sebut ni kat mulut. Tapi dalam hati dia, timbul rasa ni. Saya lah tu.

“aku dah berusaha..and aku dah tawakkal..tapi knapa fail jugak..”

Perasan tak silapnya dekat situ?

Kita guna kan tawakkal tu sebagai point untuk kata yang kita ni patut dapat apa yang kita nak. Maknanya bila kita tawakkal tu, kita langsung tak bertawakkal la. Sebab tawakkal tu bukannya satu stage; well, biasanya kan…

“yup aku dah usaha semua. Sekarang tawakkal je la tnggu outcome nya.”

No. Tawakkal tu bukan satu stage yang kita kena lalui untuk high chance kan lagi kejayaan kita (uish apa grammar tu).

Tawakkal tu adalah rasa tunduk dan akur, ikhlas dan pasrah, ready and betul2 promise untuk biar Dia je yang pilih untuk kita. Dan kita memang aware yang ada kemungkinan Dia akan pilih something yang tak bes tu sbagai outcome usaha kita. Tapi, haa…kat sinilah kemuncak tawakkal – yaitu, walaupun benda tu tak bes and kita nak yang the other one tuuuu, tapi kita tetap trust dia. Tetap terus bertawakkal/trust Dia dengan hasil yang dia pilih tu.

 

Bila kita tawakkal, kita bukan beserah pada Dia untuk make sure kita dapat yang kita nak and happy. Instead tuan tuan dan puan puan, kita tawakkal tu ialah kita beserah pada Dia untuk make sure kita safe and secured. If unpleasant then be it la. Asalkan selamat.

“yeke selamat..sedih kot. Kalau protect, protect la dari rasa sedih tu. Sobsss. Sampai hati..” (kata2 di kala emosi tak stabil.)

 

Haaa ini lah namanya trust. Walaupun payah and tak bes untuk kita (sebab tak meet apa yang kita nak), kita kena trust yang itulah the best and the most harmless untuk kita. And later, siap benefit kita lagi. Serious. Ni bukan main teka je tau, Allah sendiri cakap okkay.

“boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Albaqarah ayat 216.

Jadi macam yang disebut tadi, di point inilah ketulenan tawakkal kita tu diuji. I mean, Inilah kemuncak tawakkal kita tu. Samada kita serious serahkan SEMUA dekat Dia, atau kita just cakap

“aku tawakkal je..”

Sebab nak sedapkan hati sendiri and harap itu jadi point untuk kita dapat apa yang kita nak.

Kesimpulan nya, saya ni, silap konsep selama ni. Saya perasan. Ingatkan diri dah tawakkal. Rupanya di dasar hati saya, saya bukan betul2 tawakkal/berserah pada Dia. Sebaliknya, saya sbenarnya still nak pilih sendiri outcome untuk usaha saya. Bukan biar Dia yang pilihkan.

Itu yang jadinya episod air mata duka berpanjangan tu, hihi.

Apa pun yang berlaku, well yes, kita manusia so kita memang la akan sedih kan. Tak apa. Tapi, keep ourselves to trust Allah. Percayalah, kalau kita dah trust Dia, serious tak mungkin Dia sambil lewa je ruin kan kita. Seriously ohh tak tahu nak cakap macam mana, tapi betul… Di saat kita betul3 berpaut pada Dia, ingat Dia akan lepaskan tangan kita?

Tak. Allah bukan macam tu. Sekali2 tidak.

Jadi, kesat air mata tu sikit, sapu2 mucus berlebihan di rongga pernafasan tu sikit, gain our trust on Him back – and bounce back. This time, with Him, we’ll go higher. : )

” Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman ”

Al maidah ayat 23.

Jika benar2 kita orang beriman. Sobss. Terpukul di situ.

Serahkan pada Dia. Biar Dia pilih. Betul2 biar Dia pilihkan. Allah al alim. Maha Luas knowledge nya.

-huda

Bukan amal yang bawa kita ke syurga.

Bismillah…

Kenapa kita beramal. Haih kenapalah?

sebab nak masuk syurgalah..”

Hurmm. Kalau betul lah beramal itu yang membawa kita ke syurga, maka mata point untuk melayakkan kita ke syurga tu boleh di catat dan di kira lah, macam tu?

Kira-kira, dah berapa kali solat, dah berapa kali baca quran, dah berapa kali puasa sunat, dah berapa kali sedeqah, dah berapa entry blog, dah berapa kali kahwin (well kahwin kan ibadah juga, he he) dan sebagainya, jadi kira-kira. Bila dah banyak, kita dapat la masuk syurga.

Iye ke?

Malang nya tak. Ya, saya pun kecewa, haih..

Tak sorang pun dari kita yang akan masuk syurga kerana total amal kita. Tak sorang pun, not even nabi sendiri.

Kalau tak, maknanya harga syurga tu boleh di hitung la.

Yang membawa kita ke syurga ialah rahmat Allah. Redha Dia, belas kasih Dia pada kita. The moment kita berdiri tertunduk dan helpless di depan Dia nanti, amal berbakul2 yang kita galas tu tak akan jadi boarding pass untuk kita masuk syurga. Tapi, decision Allah, kehendak, permission dan hak Dia saja yang akan tentukan kita dapat masuk syurga atau tak. Dan of course, Dia decide dengan penuh adil. Equivalent dengan prestasi dan performance kita.

So tak payah beramal la?

Mestilah bukan. Sebab beramal tu untuk menagih rahmat dan redha Allah. ‘ambil hati’ Allah. Kalau tak beramal, macam mana nak expect Allah akan free2 bagi masuk syurga?

Nak katanya dekat sini, bukan total amal tu yang kita landaskan sebagai ukuran untuk estimate berapa chance kita masuk syurga. Tapi keikhlasan, ketundukkan, kepatuhan, kesugguhan, kesusahpayahan, dan segala jenis ‘ke’ lagi yang lahirnya dari dalam hati seorang yang benar2 mengaku hamba kepada Allah, dan akur bahawa Allah yang berkuasa penuh ke atas nasib dia di hari pembalasan nanti – ini yang mengundang rahmat dan belas kasih Allah pada kita, lantas membolehkan kita ke syurga di saat2 genting itu nanti.

Dan rasa2 ini lebih payah nak diwujudkan, berbanding membanting tulang empat kerat untuk beramal bakti.

Sebab rasa ini lahir dari jiwa yang bersih, yang dalamnya ada iman, ada taqwa, ada aqidah yang benar2 kukuh, dan jiwa yang betul2 tulus mengesakan keagungan Allah.

Bukan lahir dari hati yang kadang2 je baca quran, kalau baca pun lelaju. Mana ada tadabbur atau memahami isi penyampaiannya.

Bukan lahir dari hati insan yang solat nya di lengah2, dan solatnya pun nak cepat habis. Laju.

Bukan lahir dari jiwa yang masih mencintai keindahan dunia – dia teringin berhibur di tempat sana sini, dia pantang nampak ada sale, dia melekat depan tv/laptop sebab tengok movie, dia turun ke mall setiap minggu, dan lain2 lagi. Tapi nanti dulu, tak semua benda2 ini salah. kalau ada manfaat nya, dan kalau berpada2 mengikut syariat, tak salah. Yang jadikan dia salah ialah apabila benda2 ini lebih dipuja puji sedangkan amal solehnya masih banyak cacat, ilmu nya masih sangat cetek, tajwid makhraj pun ke mana-mana, hafazan setakat 3 qul dengan fatihah, hmm..tapi ada masa pula nak hala ke lain. Mana mungkin hati begini mengundang rahmat dan belas kasih Allah.

Dan banyak lagi perkara yang rasanya kita semua sedar dan boleh fikir; samada ia mampu atau tidak untuk melayakkan kita terima rahmat Allah.

Dan lagi sekali, bukan jumlah amal yang membawa kita ke syurga. Tak sorang pun dari kita akan ke syurga kerana amal kita. Not even nabi sendiri.

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata,

“Rasulullah bersabda, ‘Mirip-miripkanlah dan tepatkanlah. Ketahuilah, sesungguhnya tidak ada seorang pun dari kalian yang selamat kerana amalnya.’ Para sahabat bertanya, ‘Juga termasuk anda, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, ‘Juga termasuk aku, kecuali jika Allah melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya.”

[HR Muslim, Kitab: Iman 1/65 No. 38]

Teruskan beramal, dan mari kita jangan berbangga dengan amal kita (walaupun berbangga dalam hati sendiri). ^^

-huda

Asyik cakap ‘insyaallah’ je.

Bismillah…

Saya sangat risau dan bimbang. Haish. Tak senang duduk.

Dalam semua benda yang saya buat – tidur, bangun, mandi, solat, breakfast, pergi kelas, study dekat library, lunch, rehat, tidur, buat assignment, berkawan, berjalan dan bersukan, tulis blog, keluar masuk rumah, pergi sana sini, plan itu plan ini, beli itu beli ini – ok banyak! Semua la, semua.

Semua benda yang saya buat, saya sangat risau..,

Memikirkan..,

Adakah..,

..

Lululu..

Hehe ok, suspen pulak.

Baiklah. Sebenarnya, saya sangat risaukan samada Allah redha atau tak dengan apa yang saya buat.

“laa..dah kau buat tu, Allah ok je la tu. Kalau tak, Dia tak bagi pulak kau buat..”

Oh no no, ur so wrong my friend.

ALLAH IZIN TAK BERMAKNA ALLAH REDHA.

Kalau tak, tak wujud la orang2 kufur dan maksiat. Tak adala kes-kes rompak bank, curi beskal, siksa ayam, dan jenayah2. Benda2 ni tetap wujud sebab Allah izinkan. Tapi Allah tak redha. Well ada sebabnya Allah bagi dia jadi juga. Tu namanya hikmah, kan.

Back to redha, hm saya susah hati betul la fikirkan soal ni. Specially bila tengah happy2 buat something, tiba2 isu ni datang dalam fikiran, spoil habis mood. Hmm.

Analogi: kalau kita ni student dekat sebuah uni, dan kita ni terlibat dalam satu persatuan. Untuk buat segala bagai gerak kerja persatuan, mestilah kita nak full approval dari pihak uni kan? Kalau tak, satu nya payah nak aktif. Satu lagi nya sebab, kita tak sedap hati la nak berkempen segala. Padahal walaupun persatuan kita tu persatuan baik je – contohnya persatuan menjahit la haa. Hm tapi tetap lain jadinya, kalau kita teruskan giat tanpa kelulusan penuh dari uni. Then kalau one day, guru besar uni sendiri dtg jumpa kita dan cakap, “mulai hari ni, persatuan menjahit ni, i approve everything. Jangan kacau dia, biarlah dia buat kerja dia susah senang usaha sendiri.” mesti rasa lega kan?

Analogi lagi: kalau kita bawa kereta yang tak register betul2, body pun potong pasang. Eh tapi kita guna untuk bawa opah pergi hospital sebab opah kena regular check up setiap minggu. Bukan guna buat benda tak baik. Mesti kita rasa risau kan, sebabnya tahu yang polis marah. Then kalau pulak satu hari ketua jabatan polis negara (haa siapa nama dia, cepat teka siapa cepat dia dapat) terjumpa kita dan cakap; dengan kuasa yang dia ada, dia izinkan kita terus guna kereta tu, tak siapa boleh kacau. Mesti rasa lega, kan?

Jadi sekarang, aktiviti seharian2 yang kita buat, sudah buat atau bakal buat nanti, kita dah check ke samada Allah redha?

Sangat seriusli, saya susah hati. Esok saya nak pergi kerja dekat city, Allah redha ke tak? Nanti saya nak ke sana ke sini, nak buat itu ini dengan orang itu ini, Allah benar2 redha ke?

Nanti saya nak grad, nak kerja, nak kahwin segala, Allah redha ke?

Saya risau. Saya sangat tak tahu adakah Dia benar2 redha seakan2 sambil ‘tersenyum’ membenarkan saya buat semua tu.

Kita selalu sebut ‘insyaallah’. Semua benda pun, insyaallah. Which is very good la, jangan fikir saya cakap tak elok sebut pula. Cumanya nak kata, kita lebih sangat concern dengan izin Allah untuk buat something, kita nak sangat benda tu berlaku sampai kita sangat harap Allah izinkan – tapi kita lupa nak harapkan Allah redha. Kita lupa nak ‘tanya’ Allah, Dia redha ke tidak.

Bila dapat something yang kita nak, kita yayyy alhamdulillah! Again, ya itu bagus sangat. Tapi, kita lupa nak pick a stop and ‘ask’,

“Allah…kau redha sudah ke dengan ini dan ini?”

Haa ni lah part spoil mood yang saya cakap tadi. Haish.

Redha Allah penting sangat. Saya tak nak sangat diri saya, dan kita semua, jadi terlalu mengharapkan izin Allah sehingga lupa pada something yang begitu paling penting yaitu Redha Nya dalam segala hal dan urusan.

Jadi marilah kita lepas ni, cakap baik2 dengan Allah bila kita nak something, bahawa kalau Dia redha sahaja maka izinkanlah. Kalau Dia tak redha sepenuhnya maka tak usah la. Sebab yang kita kena kejar adalah bukan izin Nya, tapi izin DAN redha Nya.

Apalah guna kita dapat apa yang kita nak, kalau Allah tak redha. Ibarat macam, apalah guna kita pindah masuk rumah banglo besar2 dekat bandar, kalau mak di kampung sembunyikan terkilan dalam hatinya.

Allah…. 😥

Itu kalau benda2 yang tak salah. Macam mana pulak kalau buat benda2 yang salah, tapi Allah izinkan. Of course tanpa redha. Dan kita seenak rasa saja buat. Follow telunjuk nafsu dan syaitan. Hmm.

Semoga kita terpelihara. Semoga kita selalu sepanjang masa berusaha buat benda yang high chance Allah nak redha. Sentiasa lah merayu dan meminta padaNya supaya Dia redha sepenuhnya sambil Dia izinkan. Sentiasalah take a pick stop and ‘ask’

“Allah..kau redha sudah ke dengan ini dan ini?
Andai kau tak redha, jangan lah bagi ya allah. Biar aku terkilan tak dapat apa yang aku nak, asalkan aku tak terlepas tanpa redha dari redha mu..”

Arakian, insyaallah wa radhiallah, jumpa lagi nanti.

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan solat, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.

Ar ra’d:22

 

 

-huda