maksiat vs ibadah

bismillah..

pernah tak rasa, bila solat tu, kosong je hati. baca quran sampai serak suara dah, tapi tetap rasa empty. layu je. hati rasa jauh, diri rasa jauh. jauh dari Allah. cuba sebut2 nama Allah banyak kali, tapi entah kenapa rasa ‘tak sampai’. cuba zikir-zikir, still, kosong. sujud dah hilang nikmatnya. saat kening bertemu sejadah, macam angin lalu je. bacaan dalam solat, dah puas dihayati tapi entah magic apa tak tahu, tiba2 imam dah bagi salam, dah habis dah solatnya. khusyuk dah tak ada.

jauh. kosong. kering. jauh!

kemanisan tu hilang. kemanisan dalam ibadah tu hilang. satu masa dulu, pernah ada, nikmat sangat. tapi sekarang dah hilang.

pastu kita cuba lah fikir, kenapa agak nya ek. sebab busy ke? ke, sebab tak sihat? ke, sebab tengah tak ada masalah, al maklumlah bila ada masalah kan kita ni memang terasa dekat dengan Allah. sebab apa ek. bosan? malas?

sebenarnya jawapan dia mudah je. hilangnya kemanisan dalam beribadah tu tak lain tak bukan sebab ‘kemanisan’ maksiat mula menyibuk dalam ruang hati. sikit-sikit dia ambik tempat.

analogi. bayangkan satu kertas warna merah. kertas A4 la senang. ok. then, tiba-tiba ada warna kuning tercalit sikit dekat atas dia. mestilah (ukuran) area yang warna merah dah kurang, sebabnya dah di-replace-kan dengan warna kuning, betul kan? lepastu bayangkan warna kuning tu semakin besar dan besaaar dan besaaaarrr, dia makan lah lagi dan lagi ruang warna merah tadi kan?

macam tu lah maksiat dan ibadah. bila kemanisan maksiat mula makan area dalam hati kita, kemanisan ibadah akan kurang.

dia solat. rajin, tak pernah tinggal. rajin pulak baca quran, solat sunat. kadang2 bangun qiam. tapi pada masa yang sama dia bermaksiat. dia syok layan movie tu, movie ni. yang duk tayang macam-macam adegan yang tak bagus untuk mata. dia juga bergelumang dengan zina. zina hati, zina mata, zina mulut – duk ingat lelaki itu, berangan kahwin dengan perempuan ini, tengok gambar2 lelaki itu, mesej dengan perempuan ini. dia couple!

hati dia masih seronok, teruja, bila di-offer dengan benda2 lagha. ha, itulah maknanya, ‘kemanisan’ maksiat tu dah mula menjalar2 dekat sudut hati dia. lama-lama, makin dan makin berkurang kemanisan ibadah. solat tak lagi khusyuk. baca quran tak lagi menyerap sampai ke hati. berdoa dah semakin ringkas dan pendek, tak ada lagi merayu-rayu lama-lama, merintih pada Allah.

syaitan ni pandai, dia tak terus  suruh manusia ni tinggal ibadah. dia introduce dulu maksiat. bila maksiat dah dapat tempat dekat hati  manusia,  sikit-sikit manusia tu sendiri yang akan menghakis ibadah dari rutin hidup dia. last sekali, cukup pakej, MAKSIAT dan KUFUR.

( maksiat: melakukan perkara yang Allah larang, kufur: meninggalkan perkara yang Allah suruh )

solat sepatutnya mencegah kita manusia ni dari kemungkaran. selalu dengar kan? tapi pernah tak rasa pelik, kenapalah aku ni banyak je lagi buat dosa. padahal aku ni dari kecik solat tak pernah tinggal.

dah macam mana solat tu nak memelihara, nak mencegah dari melakukan kemungkaran, kalau ‘manis’ nya solat tu dah tak ada? khuyuk dah tak ada, sujud dah tak begitu sujud (maksud di sini, badan sujud, tapi hati tak betul2 sujud/tunduk pada pengaturan Allah)

dan macam mana kemanisan ibadah tu nak rasa, kalau kemanisan maksiat tak hilang-hilang?

benda ni circuitous. nampak tak? circuitous tu macam cycle gitu. maknanya,

habis, sampai ke sudah lah macam tu?

dasyat kan, penangan maksiat.

hmm.

we need a new cycle.

 

-huda

Malaikat merayu untuk kita.

bismillah..

lama betul tak update blog. dilanda kesibukan dan kedemaman. maklum lah, sekolah dah nak start.. banyak preparation nak kena buat. lepastu, dekat sini sekarang tengah transition dari summer kepada autumn. kami ni dekat sini kalau peralihan musim memang demam biasanya..

haritu tengah menung-menung lah fikirkan khilaf-khilaf diri ni, pastu ter-relate la dengan taubat.

taubat ni satu benda yang berani saya katakan; dalam pada ramai yang buat ni, kita SEMUA takut ianya tak diterima Allah, walaupun dah 20 tahun bertaubat misalnya. taubat ni satu benda yang ramai nak buat, kan. ada yang masih berkira-kira, ada yang dah lama mula. ada yang kadang buat kadang skip, ada yang constant dari dulu. ada yang taubatnya nampak jelas pada perubahan diri dia – betul-betul nampak dia dah lain, dah berubah. ada pulak yang taubatnya tak nampak jelas pun, hanya Allah saja yang tahu sejauh mana dia betul-betul bertaubat.

bila kita ni banyak berbuat dosa, kemudian kita insaf and nak bertaubat, yang paling kita risaukan mestilah kalau taubat tu tak diterima kan.mestilah. semua orang takut kalau maaf nya tak diterima. apatah lagi kalau tak diterima oleh Allah.

hmm. kita sememangnya kena terus dan sentiasa berusaha meng-nasuha-kan taubat kita. dalam kata lain, men-sejatikan taubat kita tu. memang elok pun ada rasa takut kalau2 taubat tu tak diterima. nanti kalau confident sangat taubat tu diterima, silap haribulan hati dah tak bersungguh memohon ampun.

bila bertaubat, kita memang kena bersungguh-sungguh. kena penuhi elemen-elemen taubat yang sejati tu.

kesal, kena betul-betul kesal.

janji, kena betul-betul janji tak mau ulang lagi.

tinggal, kena betul-betul tinggal dosa/maksiat tu.

mujahadah, wooh memang kena betul-betul mujahadah untuk lawan kehendak bermaksiat itu lagi.

benci, ha ini penting, kena betul-betul benci maksiat itu. benci untuk kembali. benci untuk ingat dekat dia sekalipun.

ringkasnya, bila bertaubat ni, kena betul-betul penuhi ciri-ciri dan syarat-syarat taubat. kena serious la, bukan main-main. bukan cuba-cuba. bukan buat syarat je asalkan ‘dah taubat’. kiranya, memanglah rahmat dan keampunan Allah tu Maha Luas. tapi tak bermakna kita boleh ambik mudah, bukan semudah tu siapa-siapa je boleh dapat. Allah tahu setiap hati kot. kalau dah tak beria pun taubat nya, jangan lah berangan dosa nak kena delete. wallahualam.

inshaallah, yang ini semua dah tahu kot.

ni saya nak kongsikan satu fakta amazing tentang taubat, yang saya jumpa pada ayat 7,8 dan 9 dalam surat cinta ke 4o, bertajuk surah Ghaffir (bermaksud Maha Pengampun) juga dikenali dengan nama surah al Mu’min. ok jujurnya saya pun baru tahu rupanya surah ni ada dua nama.

fakta ni khas buat orang-orang yang betul-betul dah berusaha memenuhi kriteria2 taubat macam di atas tadi, tapi dia risau dan takut taubatnya tak diterima. mudah-mudahan, keyakinan terhadap sifat Maha Pengampun Allah tu akan lebih mantap lagi bila kita dengar benda ni.

benda apa nya?

macam ni. kita semua tahu kan, para malaikat tu adalah makhluk Allah, pesuruh Allah dan hamba Allah yang suci. dah lah suci, taat setia mereka pada Allah tu memang tak payah buat isu lah. jadi bayangkanlah betapa meaningful nya kalau para2 malaikat tu menyebut nama kita sambil berdoa direct pada Allah.

tak mau cakap panjang, jum tengok ayat ni.


Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): “Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.

“Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga “Adn” yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

“Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya)”.

Itu dia. Boleh imagine? Ni memang satu fakta tentang para pentaubat yang maybe kita tak pernah tahu. Rupanya, orang yang bertaubat sungguh2, dia ada malaikat sebagai ‘orang dalam’.

Tengok betapa special nya orang2 ni, sampaikan para malaikat merayu pada Allah supaya ampunkan mereka. Tak cukup dengan ampunkan, diorang mintak pula Allah masukkan orang2 tadi ni ke dalam syurga.

Siap family sekali tu.

Dan bukan tu saja, para malaikat tadi ni jugak merayu minta Allah protect orang2 tadi tu dari apa2 harm yang disebabkan oleh dosa dan silap mereka.

Doa rayu dari para malaikat suci tu, agak2 Allah nak tolak ke?

Seriously? Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang tu?

Hoho tak mungkin. Tak mungkin.

Cuna soalannya, layak dah ke kita ni nak dapat doa dari para malaikat?

-huda

Daie kita.

Bismillah..

“Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi RasulKu.

“Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa tanda-tanda kekuasaanKu, dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku.

(surah ta ha: 41 & 42)

Alkisahnya, Nabi Musa nak pergi jumpa Firaun. Firaun, ok. Kalau daie kita hari ni kena jumpa firaun, ketaq lutut kot. Wallahualam.

Tapi tengok Allah kata apa?

Pergi dan jangan cuai, jangan lalai dalam mengingati Dia. Jangan sekali2.

Daie kita hari ni? Ada je yang berusrah, berprogram, berdaurah segala sampai solat dilewatkan, mutabaah amal tak terjaga. Kalau hang out dengan kawan tu still lagi bergelak ketawa kosong, kalau masa terluang tu still je selit buat benda2 lagha. Lepas tu hairan lah sendiri,

hais, kenapalah aku ni rasa payah sangat nak approach hati adik2. Bila bercakap tu, kering je rasa..

Cuai tu, lalai tu..buang~~

“mana mungkin hati yang mati mampu nak menghidupkan hati-hati mati yang lain..”

-huda
House hunting lagi.

akar yang lembik, pokok nak tumbang.

bismillah..

baru ni saya didatangi dengan soalan yang sangat membuatkan saya sendiri termenung berfikir. hmmh.

ok this might sound very common, tapi kita ni, memang selalu rasa lemah kan? ala ala jangan kontrol macho, mengaku aje lah. dalam hati, bila berdepan dengan masalah-masalah yang bermacam jenis tu – study ke, duit ke, relationship ke, atau just konflik2 dalam diri; misalnya,

kenapalah aku ni payah sangat nak berubah? orang lain semua dah berubah, semakin maju. aku ni, masih di takuk ni jugak. tak kuat. bila nak berubah ke arah yang lebih baik, entah kenapalah aku takut sangat bila fikirkan mata-mata orang. padahal nya benda baik.

kenapalah aku ni lemah. kenapalah orang lain bila ada problem, nampak chill je. ok maybe they hide it, but they least they can hide it. aku ni? bila ada problem, satu dunia tahu. sebab tak pandai nak cover. down tu memang terang2 nampak kat muka.

kenapa bila ada problem, aku stress macam nak sakit jiwa. they said when you have problem, dont run, but face it. so okay la i sat down to face it, hah, memang sepanjang malam la jawabnya aku menangis tak berlagu sampai lenguh2 urat hidung dan dahi aku tau tak. then they said some more, masalah ni jangan difikirkan sangat. ah pulak?

kenapa aku lemah? orang boleh la kata aku nampak ok, aku nampak happy, aku nampak berkerjaya, sophisticated, confident, charismatic, successfull, brave, enthusiastic like flying high to the sky of my dream and grab the highest cloud of my aims but sebenarya bila ada problem, aku ni lah yang terbang jatuh melulu ke kerak bumi tahu tak. kenapalah aku rasa lemah. kenapa aku rasa helpless, terkapai-kapai sangat. pathetic, ohh!

baik, jadi itulah luahan hati saya contoh-contoh dialog yang bermain dekat fikiran kita ni bila kita lemah. which is – very frequent. kita ni selalu rasa lemah, demotivated. kan..

benda ni betul-betul buat saya terfikir, nabi dulu, dia punya problem bukan macam kita ni. dasyat berkali-kali ganda lebih dasyat! fizikal dan mental kena torture kot. dah la kena caci herdik macam-macam, kena rumors dengan benda-benda yang serious kalau kena dekat kita memang dasyat lah, lepastu kena pulak pukul, baling-baling dengan batu sampai berdarah-darah. kena baling dengan najis, sampah, kena sihir lagi pulak tu. macam-macam, saya percaya kita semua tahu kisah2 macam mana nabi kena buli kan.

tapi macam mana nabi boleh hadapi semua tu ek? kenapa nabi chill je, tenang, steady je. stay focus dengan kerja dan urusan dia. tak ada pun moody2 ke apa. indeed, siap boleh layan bebaik lagi orang2 yang jahat dengan dia tu. tahu kan kisah si buta yang nabi suapkan roti tu?

macam dekat pasar, ada sorang si buta. masa nabi muhammad hidup, baginda selalu pergi suap makan orang buta tu. yang si buta ni pulak, biasalah, mangsa media massa, jadi dia termakan la cerita yang mengatakan nabi muhammad tu jahat. and dia punya lah benci pada nabi muhammad tu, kerja dia nak kuuuuutuk aje. caci maki segala lah. masa nabi muhammad suap dia makan, (oh saya sebak. seb baik type, bukan cakap) masa nabi suap dia makan, si buta ni duk mengutuk2 nabi muhammad. dia tak tahu padahal yang suap dia tu nabi. nabi muhammah suap je baik-baik, tak cakap apa-apa. then lepas baginda dah wafat, saidina umar dapat tahu yang nabi selalu pergi suap orang buta tu makan. jadi dia pun pergilah nak suap jugak.

tahu apa orang buta tu tanya? dia kata, mana orang yang selalu suap dia tu, sebab dia tahu yang itu bukan orang yang sama. dia kata, orang yang selalu suap dia tu, dia akan khancur-hancurkan dulu roti tu (ada yang kata, gigit-gigit) bagi lembut, then suap dekat dia dengan sangat lembut. dengar kan itu, Umar menangis. then Umar bagitahu dia, yang selalu suap dia tu Muhammad, dan dia sudah wafat. haa barulah menangis si buta tu.

imagine that. no, seriously, imagine that. kalau kita, dah lama tinggalkan roti tu dekat situ, ha kau makan lah sendiri. i kecik hati tau.

tapi tengok lah Nabi, dia ada kekuatan untuk steady macam tu.

“ala dia nabi..lain..”

“awak, nabi pun manusia..sama macam kita.”

hmmh dekat sini lah saya terfikir; kita ni selalu fikir, apa yang nabi buat tu ridiculously baik and kita tak kan mampu buat. lepastu tetiba ada orang akan kata, tapi nabi pun manusia. sama macam kita. kalau nabi mampu buat, kenapa kita tak boleh nya?

bagi saya kan, actually, ada bezanya nabi dengan kita (duh..obviously). dan perbezaan itu ialah – Nabi hatinya bersih dan suci. itu yang ada pada dia dan tak ada pada kita yang membuatkan kita tak mampu achieve akhlak nabi. sipi-sipi pun payah.

kan? jadi, valid lah statement tu untuk digunapakai. “itu lain..itu nabi…”

tapi tapi dan tapi, walaupun tak ada pada kita, tapi benda tu achievable oleh humankind. buktinya, nah, guna statement ni pulak, “nabi pun manusia..sama macam kita..”

ya betul, akhlak nabi tu sumpah terpuji. memang kadang tu kita pelik, entah macam manalah dia boleh sampai dasyat macam itu. tapi itulah, nabi pun manusia, dan apa yang nabi lakukan untuk dapat hati bersih suci murni tu boleh jugak kita lakukan sebenarnya.

tengok ni,

pokok, kalau akar dia kuat mencengkam bumi, besar, macam dalam gambar ni tengok haa besar akar daripada pokok nya huhu. kalau macam ni, mesti pokok tu kukuh kan. tak adalah nak tumbang2 kalau datang angin taufan ke apa.

macam mana nabi boleh jadi ‘pokok yang begitu kukuh’? mestilah sebab nabi ada ‘akar yang kuat’.

apa akar yang kuat itu? itulah dia HABLUN MINALLAH – hubungan dengan Allah. nabi dengan Allah tu, macam bestfriend. oh jap, bukan bestfriend, kekasih! dia punya lah rapat dengan Allah, pergi mana-mana, buat apa-apa, semua dia refer Allah. mengadu pada Allah, minta dengan Allah, monolog dengan Allah, memang rapat lah. memang attach habis. jadi, tengok lah macam mana Allah jaga nabi, didik nabi, sampai nabi jadi ‘pokok yang kuat’. siapa kata kalau Allah sayang, Allah tak bagi ujian? salah sama sekali.

tengok nabi, humanbeing yang paling dicintai Allah, macam mana ujian dia Allah bagi? dasyat! the greater the tests, the greater the love actually. dan Allah beri ujian tu supaya kita lebih cari Dia, maka lebih rapat la kita dengan Dia, so – lebih kuat la akar kita kan.

jadi, berbalik pada isu atas-atas tadi, yang penuh dengan luahan hati saya dialog-dialog tadi, kenapalah kita ni lemah? ternyata, jawapan nya, sebab kita ni tak ada akar yang kuat. kita tak rapat dengan Allah secukupnya. kita lebih banyak sharing dengan orang, dengan facebook, berbanding Allah. kita fikirkan Allah bila solat je, tidak bila kita buat benda2 lain. main sikit, happy sikit, busy sikit, lupa Allah..

kita jarang ber-monolog dengan Allah. kita tak rasakan kehadiran Allah tu dekat dengan kita. oh senang cakap, kita tak rapat dengan Allah la, padahal Allah tu sentiasa mendampingi kita.

sebab itu akar kita tak kuat, dan jadilah kita pokok yang mudah bergoyang and mungkin satu masa nanti tumbang.

conclusion dan solution? heee. saya tinggal untuk anda fikir sendiri lah. think, and act. sama-sama lah kita ye ^_^

“when my servants ask you concerning Me, i am indeed close to them. I listen to the prayer of every supplicant when he calls on me..”

Albaqarah:186

-huda

*sekali lagi, fail bagi tajuk.

Bila “AL-Bashiir” itu terhakis dari minda manusia

Bismillah..

“wah wah, suka hati je nak ‘haki-hakis’. sifat Allah tu, tahu tak?”

Ya, tahu…… bising la cik kak ni. orang tak start lagi.

Muslimin muslimat,

Kita semua tahu, Allah itu maha luas sifat dan kemampuan Nya, tak terbatas. No limit. Kalau nak disebutkan satu-satu, jawab nya memang tak habis. Dah kata kan, sifat Dia tu tak ada penghujung, tak ada kesudahan. Jadi macam mana nak habis menyebutnya kan.

Satu sifat Nya yang terhakis dari pemikiran manusia umat islam hari ini ialah – Maha Melihat, atau AL-Bashiir.

“ha tengok tu, suka hati je nak hakis-hakis. sifat Allah tu tahu tak?”

iya..sabar lah nak cerita ni..uish.

well, banyak lagi sebenarnya sifat Allah yang sudah tak lagi meresap dalam jiwa umat islam. Sifat2 yang umat islam tu tahu sebut, tahu list kan, tahu mengiakan. Tapi habis setakat di mulut, atau di atas kertas exam.

Kenapa saya pilih Maha Melihat, banyak sebab. Bagi saya, menarik untuk dibincangkan. Dekat dengan kita.

Kalau hitung2 balik diri kita ni, tepuklah dada dan tanyalah diri sendiri – betul tak, ada masa kita malu nak berbuat maksiat sebab  kita tahu ada orang sekeliling yang akan nampak. Tapi pada masa yang sama, kita tak malu bermaksiat bila kita berseorangan. Di belakang mata-mata manusia. Jauh dari pandangan manusia.

Inilah bukti jelas yang menunjukkan sifat Allah Maha Melihat tu tak lagi meresap dalam-dalam jauh ke hati. ‘kamera pengawasan’ Allah tak lagi dirasakan ada. Ihsan (beribadah seolah2 kita melihat Allah, dan Allah melihat kita) tak ada. Muraqabah tak ada. (merasakan keagungan Allah swt di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiran-Nya walaupun di saat kita bersendirian ataupun berada di khalayak ramai) seolah raqib dan atid cuti.

haa. jelas?

oo..jelas2. yang tu i setuju..

good, now excuse me, orang tengah mode serious ni ok.

 

Biah

Biah itu suasana. Dan biah yang mendukung itu ialah suasana yang mendukung – atau membantu menjaga seseorang tu dari melakukan dosa. Lebih ringkas: biah itu ialah keberadaan orang2 atau kawan2 di sekeliling dia yang akan marah dia kalau dia buat maksiat. Itu yang lebih tepat kalau nak ditujukan pada kita ni sebenarnya. Kalau tak marah pun, keberadaan orang tu akan buat dia malu lah nak  bermaksiat.

Bagi mereka yang tak hidup dalam biah yang mendukung, nasihat saya ialah seriously – go and get one. Cari. Cari orang2 yang kamu allergic sangat tu, yaitu orang2 alim, ‘tudung labuh dan pakai kopiah’, kaki surau dan muka usrah tu, cari dan hidup lah dengan mereka. “Kalau betul kamu nak jadi wangi, kawan lah dengan orang buat perfume.”

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Jangan lah sombong. Sudah-sudah lah tu, jangan bimbang sangat untuk di-cop “poyo”. Kalau kamu bersendiri, memang payah nak berubah. Sebab biri-biri yang seekor diri dan jauh dari kawanan tu lebih mudah nak di baham harimau, atau cheetah, atau raksasa, atau t-rex, atau apa-apa sajalah, lebih mudah.

Tapi bagi mereka yang sudah ada biah – Alhamdulillah. Bagus. Satu langkah yang tepat dan bijak, dan kamu bijak sebab memilih langkah tu. Tapi masalah nya di sini, jangan ingat kamu dah ada biah, jangan ingat kamu duduk serumah dengan kaki-kaki usrah, kamu sekelas dengan muka-muka yang jejak surau, kamu sebilik dengan budak sekolah agama yang warak, kamu belajar di pusat pengajian islam, kamu tinggal di kawasan perumahan yang penuh dengan tok-tok lebai tua dan muda, kamu kahwin dengan pasangan alim, jangan ingat kamu tak jadi sasaran syaitan.

Bila kamu bersendiri – masa tu lah syaitan akan attack betul2. Bila kamu sorang2 dalam bilik, depan laptop misalnya, masa tu lah Sarjan syaitan durjana tu attend kamu. Nak jugak, nak jugak pancing kamu sampai kamu buat dosa.

Akhirnya, bila kamu dah seronok macam tu – yaitu, bila sorang diri kamu berani buat dosa, kemudian kamu keluar berhadapan biah yang tadi dengan gaya selamba – lama2 benda tu jadi habit. Kamu mula cari masa untuk withdraw dari mereka. Kamu sukakan privacy. Dan perlahan, kamu tinggalkan biah itu.

Itulah yang berlaku bila “Allah Maha Melihat” terhakis dari minda. Ihsan, muraqabah, hilang. Cctv atau kamera pengawasan Allah tak dirasakan ada. Raqib dan Atid dilupa2kan.

 

Perkara ni tak akan berlaku kalau kita betul2 beriman dengan sifat Nya yang satu tu. Takkan berlaku. Kalau kita sedar yang Allah ada di mana2 saja, Allah nampak segala benda, Allah tak angkat pandanganNya pada kita walau sesaat pun, semua ni takkan berlaku.

Malang buat kita, kita hanya beriman dengan ‘manusia melihat’. Sebab apa, sebab kita nampak mereka melihat lah. Walhal Allah, kita tak nampak Dia sedang tengok pada kita. Dan di situ lah iman/kepercayaan kita diuji – apa kah kita akan percaya dengan sungguh-sungguh percaya pada kemampuan Allah, walaupun tanpa melihat Dia.

Saya yakin, tanpa perlu bercakap panjang, kita sudah ada kesimpulan.

  1. Kita ni tahu sebut, tapi kita tak betul2 resapi sifat AL Bashiir Allah itu dalam jiwa.
  2. Kita KENA check balik sejauh mana kita beriman dengan Allah dan sifatnya. Masalah besar tu, masalah besar. Sebab, rukun iman yang pertama sekali ialah beriman dengan Allah. Kalau yang itu tak settle, apa cerita dengan yang lagi 5?

 

Ini lah ancaman besar kepada umat islam sekarang. Kalau yang terang-terangan buat dosa tak pedulikan orang melihat tu, ya itu jugak satu masalah tapi sekurang nya kita tahu dan tak terkelabu mata. Dan juga, kita boleh usahakan untuk bantu mereka berubah.

Yang bahayanya, ini, yang nampak sudah baik suci murni ni, tapi sebenarnya dia yang bermasalah besar dengan Islam nya. Penyakit yang tak menampakkan symptom tu memang lebih berbahaya dan ditakuti dari penyakit yang terang2 menunjukkan symptom, kan.

Allah Al-Bashiir. Maha Melihat segalanya, sepanjang masa. Tak susah untuk sebut. Tapi untuk betul-betul beriman dengan sifat Nya yang itu – SUSAH.

Sebab tu lah, IMAN tu jadi isu sejak dulu lagi, kan.

Jadi apa penyelesaian nya untuk ini? Banyak yang kita boleh fikirkan sendiri. Taqarrub ilallah – yaitu dekatkan diri dengan Allah. Rasakan kehadiran Allah sentiasa. Dekati ayat-ayat Nya, resapi ke dalam jiwa dan hati kita ni. Tahajjud, ber-qiamullail. Beristighfar dan zikir, lazimi lah itu. Serius. Rindukanlah ilmu2 agama, dampingai bahan2 bacaan atau bahan2 ilmiah aqidah dan tauhid – kukuhkan balik. Jauhi persekitaran yang bertentangan dengan mujahadah kita, itu common sense.

Dan banyak lagi. Ya, memang banyak yang boleh difikirkan. Tapi apa-apapun, berbalik pada diri kita sendiri, sejauh mana kita betul-betul mahu dan sejauh mana kita akan berkorban untuknya. Syurga tu mahal harganya, kan?

Jangan putus asa. Jangan putus asa. Jangan rasa lemah, jangan mudah mengalah.

Saya pun menghadapi masalah yang sama sebenarnya. Jadi jangan pressure atau stress baca ni, sebaliknya, sama-samalah kita berusaha lagi. Allah tahu kalau kita betul2 nak, Allah tahu.

 

Orang-orang mukmin itu, mereka menjaga perbuatan dan perkataan mereka dari kemurkaan Allah bila mereka di hadapan orang ramai, dan bila mereka bersendiri.

 

-huda

Ini baru satu sifat Allah. Macam mana dengan sifat-sifat yang lain?

syukur.

Bismillahirrahmanirrahim

bersyukur.

bila Allah jawab doa kita

tapi macam mana kita ekspresikan syukur kita?

ada yang menyebut alhamdulillah

ada yang sujud syukur

ada yang menangis memuji2 Allah

ada yang kongsikan dengan orang lain

baik berita itu, atau pemberian itu

ada juga yang berparty – oh itu biasa

dan lagu2 bermacam tema pun berkumandang,

sekarang si ITU yang nyanyi, sekejap lagi si INI

ada yang buat benda haram – oh, takkan tak biasa

dapat kejayaan, raikan di kelab

teguk arak, kepit perempuan

beryukur

macam mana kita ekspressikan syukur kita?

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

ad dhuha:11

-huda

never thought last night wud be the night, He finally answered me. :’) jadikanlah aku orang2 yang bersyukur padaMu ya Allah – beryukur dalam pengucapan dan perbuatanku.