jihad yang membawa fitnah.

bismillah..

 

hari ni, pelik.

harini, orang mencerca caci benda biasa. tapi yang peliknya, yang bersongkok berkopiah, bertudung berjubah pun buat sama.

hari ni, alhamdulillah ramai yang nak berjihad. yang nak berjuang. tak takut apa, tak takut siapa, “sedangkan firaun sekalipun akan aku hadapi” katanya. demi Agama, tambahnya.

kelakar? oh, langsung tak. ini sedih, ok. sedih.

sebab ramai orang kita hari ni yang nak berjuang untuk Agama, tapi tak mau jadikan Rasulullah sebagai ikutan dalam berjuang. akhlak Rasulullah, cara Rasulullah handle tentangan, tak nak tengok. tak nak teladani. inilah hakikat segelintir pejuang-pejuang hari ni.

itu lah yang jadinya lantang sangat menggelar itu dan ini sesama umat, label-kan begitu begini, malah tak segan tak silu dan tak malu pun tujukan kata-kata kesat bila ada yang tak sependapat. baik perkara furu’ atau perkara usul, ah sudahlah, sama saja.

panduan kita, reference kita, ALQURAN dan SUNNAH. alhamdulillah ramai yang ikut alquran. tapi sunnah letak tepi. mungkin..mungkin sebab tu lah islam lambat nak menang. partisipasi ada. ya, kita ada kekuatan. kita ada syabab-syabab hebat. tapi, yang betul-betul berdakwah dengan akhlak dan cara Rasulullah tak banyak.

elok ke macam tu? elok ke, kalau sampai orang terfikir-fikir, ‘boleh ea mengherdik hamun kalau untuk bela agama?’

ini yang kita nak hidangkan pada anak-anak kita nanti, seni perjuangan yang macam ni?

senang je. bila nak react pada sesuatu situasi, fikir balik, kalau Rasulullah, dia buat tak macam ni dan macam ni. Rasulullah akan share ke link dekat facebook sambil tulis kata-kata kesat? Rasulullah akan record dan upload dekat youtube ke? Rasulullah akan buat status atau entry blog lengkap dengan nama dan gambar orang tu ke?

*ok mungkin terkena dekat PenaAbid sendiri. alhamdulillah so far takde lagi letak gambar/sebut nama siapa2. nauzubillah mindzalik*

nak katanya..jangan kita jadi fitnah pada Agama. jangan sebab kita, orang menjauhi agama. kita nak perjuangkan agama, kita nak membawa islam – yaitu agama yang harmoni dan sejahtera. jadi kenapa kita nak bawa dia, sambil kita sendiri you know, tak harmoni dan tak sejahtera?

sahabat-sahabat yang saya sayangi sekalian *sejahtera tak? hehe*

bukanlah berniat nak sound pedas-pedas atau perli-perli atau singgung siapa2. cuma rasanya, ayat sentap tu lebih terkesan kan hehe.

kita ni..kalau pakai lencana islam, kena jaga tingkah laku. sebab kalau kita buat perangai tak molek, orang terus tengok lencana di dada tu dulu. itu satu.

satu laginya, kita ni, kalau nak berjuang untuk agama, kena patuh la dengan cara yang agama ajar. yaitu penuh hikmah. well attitude. iya, tahu la ada orang yang terang-terang melanggar agama yang kita perjuangkan ni. tapi siapa lah kita sekadar manusia ni nak labelkan diorang itu dan ini, kecam diorang begitu dan begini, mereka ni tak tahu.

sedangkan Nabi yang direct kena attack fizikal tu pun bila malaikat nak hempap gunung atas orang-orang tu nabi kata jangan, maafkanlah mereka, mereka tak tahu.

inikan pulak kita yang cuma kena attack lisan. tak sependapat. dah nak doakan keburukan dekat orang tu.

Allah..ini ke yang kita nak katakan berjuang untuk agama? agama mana? islam? tapi islam tak ada caci caci, herdik herdik, aib mengaib macam tu.

mungkin kita kena selalu ingatkan diri sendiri. termasuk saya. panduan kita ada dua. ALQURAN dan SUNNAH. ambil dua-dua. ikut dua-dua.

 

wallahualam.

 

-huda

jangan ingat mereka tak pernah tergoda.

auzubillahiminassyaitanirrajiim,

“Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan

kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya,

yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini,

untuk Kami menguji mereka padanya;

sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.”

Ta Ha:131

 

masih ingat lagi tak tentang syaitan bersumpah akan menjadikan maksiat tu nampak indah? dan memang ya, kan. memang kadang-kadang kita nampak maksiat tu indah. best. dalam diam, kita intai-intai dia. kita jeling-jeling dia.

syukur, iman di dada, dan biah di sekeliling mematikan langkah, kalau-kalau lah ada yang pernah cuba-cuba nak hampiri. eh tapi, jangan bertawakkal pada kehadiran orang-orang di sekeliling pulak supaya diri terhindar dari dosa. sebaliknya, bertawakkal dan berlindunglah dengan Allah. semoga, ALLAH terus melindungi dan menjauhkan kita dari godaan syaitan yang di rejam tu.

bagaimanapun, hakikat yang kita ni adalah manusia tu tak lari jauh. kita bukan malaikat. iman di dada ni, turun dan naik, fluctuate macam apa. hati berbolak balik, lebih dasyat dari air yang tengah boiling dalam periuk.

sesiapa pun, mesti pernah hati dia terjentik dek keindahan duniawi. mesti pernah, rasa teringin, tertarik dan terpikat. sesekali, mesti dia terfikir-fikir dan teringat-ingat pada keindahan duniawi tu.

sebab kita ni manusia. bila mana semua orang berlumba-lumba ke arena kegemilangan di pentas dunia, takkan lah kita nak ketinggalan. kita pun nak compete, kita pun nak berlari sama. tak dapat lebih laju pun tak apa, asalkan seiring.

dan di masa macam ni lah, kita mudah untuk tiba-tiba tergelincir. tergelincir apa? haa, tegelincir la, dari mengejar akhirat, kepada mengejar dunia.

bila semua orang show off fesyen itu dan ini, bila ramai yang dipuja puji kerana miliki teman begitu dan begini, bila di facebook berpuluh-puluh kali naik ‘share’ video-video sweet, Allah..hati siapa tak terjentik. hati siapa tak terusik. walau dia nampak berkopiah 24 jam, bertudung labuh segala, sibuk beramal soleh, berdakwah hingga lelah..tapi dia juga manusia. (ini ditujukan kepada fesyen, teman, dan video apa-apa yang bercanggah dengan syarak dan berbentuk maksiat la ya. ‘video sweet’ pulak biasanya video-video cintan-cintun ini lah)

jangan ingat si tudung labuh tak pernah langsung terasa nak try pakai lilit-lilit warna-warni (yang tak menutup aurat dengan sempurna) tu. jangan ingat si kopiah tak pernah langsung terasa cemburu tengok kawan lain ada girlfriend. jangan ingat orang yang rajin solat dan baca quran tak pernah langsung rasa nak cuba ke konsert-konsert artis barat atau k-pop atau sebagainya ni. jangan ingat, orang yang kaki surau/masjid tak pernah langsung rasa teringin nak tengok-tengok wayang.

kerana mereka ni juga manusia. jangan lupa, fakta yang satu ni. mereka manusia, bukan robokop atau terminator.

bagi yang mampu menepis rasa indah tu, dan automatik rasa rimas tengok benda-benda tu,tak ingin langsung, oh please! maka, alhamdulillah. sekurangnya, kamu tak berkemelut dengan diri sendiri. moga terus mantap!

tapi bagi yang tak mampu menepis, bagi yang sekilas hati dia masih rasa nak jugak, tapi memikirkan keutamaan syarak maka segala keinginan tu ditelan pahit, jangan bimbang kerana kamu bukan spesis pelik. bukan mutasi atau kecacatan kromosom. ketahuilah, ramai yang macam tu. kerana?

kerana kita juga manusia.

jadi, bersabarlah. kalau kita meninggalkan sesuatu yang haram  (tapi kita nak sangat) semata-mata kerana Allah, Allah akan berikan benda tu pada kita dengan jalan yang dia redha. malah, lebih baik dari itu.

 

“Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan

kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya,

yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini,

untuk Kami menguji mereka padanya;

sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.”

Ta Ha:131

 

masalahnya, kita payah benar nak yakin dengan janji Allah ni. memang la tak kata dekat mulut. kalau nak nama naik dekat muka depan paper atau newsfeed, silakan berani lah buat statement kan. tapi, bila anggota badan bertindak sejajar dengan kemahuan dalam diri, itu dah cukup untuk mempamerkan kekurangyakinan manusia pada janji Rabb nya. kalau dia benar-benar yakin, tak ada ragu lagi, semua yang pahit semua dia harung. semua yang kelat semua dia gigit. semua yang pedih semua dia tanggung. nak takut apa, Allah janji akan balas kan. tapi, itulah. keyakinan tu kurang. iman senipis kulit bawang.

tapi bukan itu saja sebab nya. kadang-kadang, dah yakin, sangat yakin. cuma, suara nafsu lebih kuat menjerit-jerit dalam diri. siap bergema dan bergelombang lagi, sampai ke seluruh bucu sudut fikiran. akhirnya, tenggelam semua keyakinan dan ingatan terhadap Tuhan. tenggelam pesanan-pesanan dan ilmu-ilmu hikmah yang selama ni memandu diri. sebaliknya, tinggallah sang nafsu yang memandu diri.

kadang-kadang tu pandai pulak memutar belit dalam diri sendiri, mencari alasan nak membenarkan apa yang dia buat. (maksiat)

lama-lama, manusia semakin jauh dan jauh dari Allah.

eish, seram kan?

jadi, yakinlah. mari kita mantapkan keyakinan. mantapkan iman. macam mana tu? latih diri dengan sabar. sabar kan dah separuh dari iman, (:

sabar dalam berkata-kata, dalam berkelakuan dan dalam berfikiran. ihsan setiap masa.

karibkan diri dengan Allah dengan cara membaca dan memahami ayat-ayat Nya. kata-kata siapa lagi yang dapat sentuh hati kita, kalau bukan kata-kata Allah sendiri?

banyakkan berzikir mengingati Allah. bukan kena membanting tulang pun, tak payah gerak mulut pun dah boleh kalau nak berzikir. jangan malas-malas. kan mengingati Allah tu buat hati jadi tenang? (13:28)

dan terus-terusanlah berusaha membaiki diri. jangan putus asa, jangan. terus-terusan membantu agama Allah. mengajak diri dan orang lain ke arah makruf, dan melarang diri dan orang lain dari yang mungkar. sebab kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita juga, dan Dia akan teguhkan kedudukan kita. teguhkan pendirian kita. teguhkan iman dan taqwa kita, tetap di atas jalan Nya.

wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong mu dan meneguhkan kedudukan mu

muhammad:7

 

jadi, yang pertama, pejamkan mata pada kenikmatan dunia yang sementara. ya, walaupun semua tu sangat menyelerakan, ya.. kedua, yakin dengan janji Allah. dan ketiga, bantulah agama Allah agar iman terpelihara, supaya keyakinan pada Rabb takkan sekali-kali luntur.

si kedekut yang confirm rugi.

AWAS! SI KEDEKUT DIHADAPAN.

 

Bismillahirrahmanirrahiim.

maaf lah ya gambar besar sangat. saja nak tarik perhatian. (:

Baiklah. Bayangkan seorang manusia yang kedekut. Berkira.

Sekarang, bayangkan seorang manusia yang kedekut dan berkira dengan orang yang dah sara, jaga dan bagi dia macam-macam.

Dan sekarang, bayangkan pula seorang manusia yang kedekut dengan Tuhan nya. Berkira dengan Tuhan nya.

Nak lebih sentap, bayangkan seorang manusia yang gelar diri dia daie, dan dia kedekut, berkira, dengan Tuhan nya.

Baiklah. Siapa yang kedekut ni?

Inilah manusia-manusia yang lokek hendak memberi ‘pinjaman’ kepada Allah. Lokek dan bakhil benar dengan apa yang dia ada tu, tak mau lepas, tak mau bagi Allah pinjam sekejap. Padahal nanti bila Allah pulang, Dia pulang yang berganda-ganda lebih baik. Tapi manusia-manusia kedekut ni, mereka tak mau. Tak mau bagi, tak mau serah.

Pinjaman apa nya?

Oh banyak. Banyak sungguh.

Antaranya, masa. Berapa ramai manusia yang kedekut nak pinjamkan masa yang dia ada tu kepada Allah, (gunakan untuk mengerjakan amal soleh). Dia sayang masa-masa yang dia ada tu, dia nak guna buat urusan-urusan hidup dia yang dia suka. Yang seronok. Dia rasa rugi benar kalau masa yang dia boleh guna untuk pergi ice skating tu (contohnya) dia guna buat baca quran. Dia rasa rugi benar kalau masa tidur dia tu dia bangun dan qiamullail. Dia rasa rugi benar kalau weekend kena datang usrah, sebab weekend la dia boleh rehat, keluar dengan kawan-kawan berseronok tanpa hala tujuan.

Lagi, harta. Oh ni memang sinonim sangat la dengan isu lokek, kedekut, bakhil atau yang seangkatan dengan nya. Berapa ramai manusia yang rasa sayang sangat nak lepaskan duit yang dia ada, yang dia kumpul tu, untuk disedeqahkan. Rasa rugi benar kalau duit yang dia kumpul target nak buat beli ipad 3 tu tiba-tiba nak kena short sikit jumlah nya untuk disedeqahkan ke tabung Palestine. (contoh)

“Dah cukup dah nak beli ipad 3. Kalau tarik 50, kena kumpul lagi. Aish.”

Itu baru short sikit. Semua, memang tak lah..huhu.

Lagi, tenaga.

Lagi, usaha.

Lagi, barang-barang. Keseronokan. Kegembiraan. Kepuasan peribadi.

Lagi, orang. Haa..berapa ramai manusia yang kedekut nak lepaskan orang yang dia sayang demi Allah (couple, crush, dan sebagainya yang bercanggah dengan syarak). Sekali dia dah dapat, 3 tahun duduk mengorat, hantar surat bunga dan segala akhirnya dapat. Tapi tiba-tiba dia kena clash sebab hubungan itu haram di sisi Allah. Nak nikah tak mampu lagi. Jadi macam mana? Tak mau. Tak mau ‘pinjamkan’ kepada Allah. Kedekut, lokek dan bakhil dengan apa yang dia ada.

Padahal, semua tu, dari Allah juga.

Memang betul, Allah berikan kita itu dan ini segala macam tu adalah untuk menguji kita, kan? Menguji sejauh mana kita ni bersedia untuk bila-bila masa saja serahkan balik kalau Allah nak ambil balik. Kalau iman, taqwa dan jihad menuntut.

Menguji, siapa antara kita yang akan memberi pinjaman kepada Allah, kerana yakin yang Allah akan pulangkan semula nanti.

Sebab tu lah Allah bertanya,

“Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!” (al hadid: 11)

Manusia yang kedekut, lokek dan bakhil dengan Allah itu, tak lain dan tak bukan adalah RUGI. Itu saja. Full stop. Allah dah offer, berganda-ganda balasannya dan jugak pahala yang besar. Tapi dia tak nak, aduh.

Apalagi manusia yang gelar dirinya daie, tapi masih kedekut dengan Allah, masih sayang jahiliyyah-jahiliyyah di sisinya tu, keseronokan tu, tak mau lepaskannya untuk Allah, lebih-lebih lagilah RUGI.

Jadi, siapa nak berikan pinjaman kepada Allah,

angkat tangan! (^_^)

berlumba-lumbalah.

 

-huda

*mujahadah all out Huda, mujahadah all out! (‘:

masalah dengan kita ni.

bismillah..

masalah nya dengan kita manusia ni, kita mudah sangat nak bergantung harap pada benda di sekeliling kita. bila dah lasssst sekali, bila benda di sekeliling kita tu tak dapat tolong kita, baru lah kita nak kembali berharap pada Allah. Allah jadi tempat terakhir, Allah jadi pilihan terhujung bila dah tak ada pilihan. malah selalu saja kita kembali beserah pada Allah tu bila kita dah berputus asa dengan yang lain.

“dah lah..aku dah tak larat dah. aku dah buat macam-macam, semua tak berjaya. aku serah pada Allah je lah.”

ouh ouh.

ruginya kita, kan? sedangkan kuasa yang terbesar tu lah sepatutnya kita rely mula-mula, sepatutnya terus rely di sepanjang proses, dan kekal rely sampai bila-bila. (..takkan berakhir. Allah ialah tempat pengharapan yang tak akan berakhir)

tapi kita pilih untuk rely, untuk berharap dan bergantung kepada benda-benda di sekeliling kita dulu. benda-benda yang langsung tak kekal, langsung sikit pun tak dapat natijahkan hasil, langsung tak dapat affect apa-apa pun.

bergantung pada orang. pada masa. pada kualiti. pada kuantiti.

pada medium. bergantung pada jarak. bergantung pada itu, itu , itu dan itu, banyak lah.

sebab tu lah, manusia selalu rasa kecewa. rasa insecure. sebab nya, bila bergantung pada benda-benda tu semua, satu nya, benda-benda tu memang tak dapat tolong. keduanya, benda-benda tu tak dapat tenangkan hati kita ni. ketiganya, benda-benda tu diam-diam buat kita rasa kita berhak dapat hasil yang kita nak tu sebab kita cenderung untuk ukur berapa banyak usaha yang kita dah buat dan kita ramal-ramalkan yang dengan ukuran sekian-sekian, ok boleh la ni nak dapat hasil yang kita nak tu. sedangkan kalau bergantung pada Allah, kita tak ada ukuran.

maksud nya, kita tak boleh nak timbang berapa banyak dah kita berharap pada Allah dan kemudian ramal-ramal kan pulak agak-agak Allah akan bagi tak. kiranya, tak ada expectation la. and when no expectation, no hurt hurt.

berbelit-belit ke? ok macam ni la. contoh yg sensitif sikit ni, tapi, hakikat.

bayangkan orang yang bukan islam, mereka ni usaha. study la, contohnya. kalau lah dah gigih sangat-sangat mereka study, mesti la mereka akan ada letak expectation (berdasarkan jumlah usaha gigihnya mereka study tu) dekat result mereka. kan? mereka timbang usaha mereka dan yakin dengan itu. sedangkan kalau orang islam yang beriman dengan Allah, dan berharap bertawakkal HANYA pada Allah, dia takkan confident gitu-gitu je yang result dia akan equal dengan total usaha dia. jadi, dia tak letak expectation. ok mungkin ada la, tapi tak begitu tinggi. less expectation, less hurt hurt.

……..

….

..

masalah nya dengan kita manusia ni, kita mudah sangat nak bergantung harap pada benda di sekeliling kita. bila dah lasssst sekali, bila benda di sekeliling kita tu tak dapat tolong kita, baru lah kita nak kembali berharap pada Allah. Allah jadi tempat terakhir, Allah jadi pilihan terhujung bila dah tak ada pilihan. malah selalu saja kita kembali beserah pada Allah tu bila kita dah berputus asa dengan yang lain.

“dah lah..aku dah tak larat dah. aku dah buat macam-macam, semua tak berjaya. aku serah pada Allah je lah.”

bertawakkal lah. dari mula, semasa, dan hingga ke akhirnya. bukan akhirnya urusan, tapi akhirnya hidup. malah akhirat sana juga, hanya Allah tempat berharap. bertawakkal lah, sandarkan segalanya pada Dia. bertawakkal lah, percaya dengan plan Dia, takkan sekali-kali Dia nak spoil kan kita. bertawakkal lah, berharap lah, hanya pada Allah..

 

-huda

*aku belum settle isu tawakkal ni. sebab tu aku kecewa.

VOIP -17 MARCH 2012

*credit kepada awin atas video osem ini.

alhamdulillah walhamdulillah, tsummalhamdulillah. setelah 2 bulan setengah merancang, program VOIP berjaya dijalankan.

kerjasama dari banyak pihak sangat2 lah menggalakkan. saya rasa kalau Allah tak hantarkan mereka, susah jugak saya huhu. tak terucap kalau nak cakap terima kasih. but still, may Allah reward all those who involved.

kami bertuah kerana berpeluang menerima Prof Assoc. Dr Hafidzi Mohd Noor (wakil Aqsa Syarif dan presiden PACE) sebagai jurucakap pada hari itu. bukan senang ok, nak dapat dia. ^_^

moga2 dan mudah2an, menerusi program ini, semangat juang dalam diri perserta akan dipertingkat, biar semua orang nak berjuang demi ummat, takbir!

alhamdulillah… (:

-huda

sori lama tak update. dan sori tak dapat update panjang. banyak komitmen bertangguh yang kena diselesaikan. esok ada test, err seram.

‘hadiah’

bismillah…

tak tahu nak cakap macam mana, tapi perasaan ni, tuhan saja yang tahu betapa happy nya.

^_^

mcm ni rupanya rasa dia.

bila kemanisan islam dan iman tu, orang tersayang pun mula rasa dan mula mendekati.

apalagi yg lebih manis, dari dapat berpimpin tangan di atas satu jalan yang sama, yaitu jalan kembali menuju Rabb?

“betul ni nak usrah, macam Oci?”

“betul..cepatla bawak datang siapa-siapa kawan mu tu.”

“serious? dia once a week tau at least.” aku mengusik.

“yeke? hehe. ok la tu. asalkan ada transport, takut la bawak moto sorang malam-malam.”

aku senyum. senyum di bibir, senyum di hati.

“ha tengok lah nanti..kalau Oci ada kawan dekat area tu.” aku saja berbunyi uncertain. saja menduga.

“ala carilah betul-betul..” sedikit nyaring suara dia.

Subhanallah!

“ye..ye..nantilah..” aku seolah berdalih. kononnya aku tak bersungguh sangat la.

padahal, hang up je phone, segala nombor yang aku tahu dekat area Shah Alam tu aku contact. tak kiralah merentas sempadan antarabangsa skalipun. habis semua aku call, hihi, aseef ya ukhti-ukhti.

subhanallah, subhanallah!

hidayah itu milik Allah, meskipun aku separuh mati mahukannya untuk somebody-somebody, dia tetap decision Allah. sebab tu the moment orang yang istimewa dalam hidup aku dihinggapi hidayah, AKU RASA NAK TERBANG~~

moga dimudahkan, moga ini batu loncatannya. Rabbana, la tuzigh qulubana, ba’da idh hadaytana. ameen.

-huda

cincin di jari manis saya.

sebenarnya,

aku menahan jari-jari ini dari menulis tentang cinta, hati, perasaan dan jodoh.

walhal banyak je idea. idea yang berasal dari buku hati sendiri, heh.

kerana aku juga seorang perempuan, ok.

dan aku..,

ah malas lah. tahan saja jari-jari ni.

sibukkan diri. dengan berkerja untuk Allah.

yoh!!

 

 

..

 

-huda

ya, kerana aku  masih seorang prempuan. tengok video2 sweet sikit, tengok gegambor kawan2 lain, dengar berita teman2 lain,

aku masih cemburu. (:

kerana cincin di jari manis aku ni, well, aku beli sendiri pakai duit sendiri dekat east coast mall kuantan. dengan mizah. huhu.