pikatlah dunia kepada islam melalui akhlak seorang Muslim.

bismillah.

oke ini entry serius. serius yang butuhkan kerut2 dahi bagai la, (:

no, seriously.

 

bercakap mengenai keadaan dunia sekarang yang rata-rata nya ada kezaliman bertapak, di segenap sudut,  mungkin kita patut kaji hingga ke akar umbi, dari mana kezaliman tu muncul di awal nya.

zalim atau meletakkan sesuatu bukan di tempat betul nya, jelas, terang dan nyatalah menggugat keseimbangan yang wujud. tak ada ragu di situ. dan keseimbangan yang lawa dan molek tu semestinya ialah – KESEMPURNAAN. setuju? sebab memandangkan tak ada apa yang sempurna di dunia ni, dan definisi sempurna tu sendiri sangat subjektif bagi individu, maka yang paling hampir dengan kesempurnaan ialah seimbang lah. elok terletak. yang itu ke situ, yang ini ke sana, ya, begitulah.

sebagai muslim, kita wajib beriman dengan kenyataan bahawa cara hidup (atau, agama) yang paling sempurna (seimbang) ialah Islam. hanya islam dengan sifat nya yang syamil, kamil dan mutakamil itu sahaja yang mampu menyeimbangkan seluruh planet.

tapi sedihnya, kezaliman yang banyak bertapak sekarang, telah meragut keseimbangan itu. dan yang lebih sedihnya, kezaliman itu muncul bukanlah tiba-tiba jatuh dari angkasa lepas lalu menghempas bumi macam komet, sebaliknya kezaliman tu bangkit dari dalam diri umatnya (islam) sendiri.

huh?

ya. masih ramai yang meragui, apa benar islam ni agama yang sempurna? agama keamanan?

oh maka tak hairan bila banyak page-page di facebook yang mengecam islam, banyak pihak yang menghina islam, atau lebih tepat menuduh islam sebagai “cakap tak serupa bikin”.

 

 

 

 

terkejut? inilah sebahagian “bukti-bukti” yang dikemukakan pihak bukan islam untuk menuduh islam sebagai begitu dan begini. mereka menyindir islam yang digelar ‘religion of peace’.

rasa nak melenting? ya saya pun geram. tapi cuba kita duduk sejenak, dan cuba me-rasional-kan semua ini.

mereka bertindak macam ni, sebenarnya kerana, hakikatnya manusia terdesak menginginkan keamanan. keharmonian. kebahagiaan. keseimbangan dunia dan kesempurnaan alam sejagat.

mana ada manusia yang memang lahir-lahir lagi hati dan sanubari dia memendam cinta mendalam pada kekejaman, eish. tak ada. Allah tak pernah dan tak akan menzalimi sesiapa macam tu. biasanya orang2 yang lakukan jenayah kejam ke, kezaliman ke, mereka ni mesti ada sesuatu dalam diri mereka yang mendesak.

mungkin, mereka ni sendiri mangsa ketidakadilan. baik dalam keluarga, masyarakat mahupun negara. ibaratnya, negara yang memelihara kebajikan penduduknya mempunyai catatan jenayah yang jauh lebih rendah dari negara yang tak  begitu membela kebajikan rakyatnya. sebab, keterdesakan tak ada. maka jenayah pun tak perlu ada. buat apa nak mencuri, kalau duit semua cukup? contoh.. betul ke tidak?

jadi, begitulah. hakikatnya manusia terdesak mahukan keseimbangan dan kesempurnaan dunia. islam datang dan menawarkan, tapi bila apa yang mereka nampak hanyalah keganasan, huru hara, kucar kacir, ketamakkan, penindasan, kezaliman, mereka marah la. itu logik. kan? rasa tertipu.

sebab tu lah ramai yang meragui bahawa  islam tu agama atau cara hidup yang paling sempurna dan seimbang. jangan katakan kafir saja, orang islam sendiri ramai yang meragui, dan sebagai natijah, ada yang berpaling meninggalkan jalan hidup ini. again, mereka mencari-cari cara hidup lain yang memungkinkan mereka menemui keseimbangan.

jadi adakah  betul, kesempurnaan agama Allah itu diragui?

mestilah tidak. sama sekali tidak.

di sini lah penting nya peranan akhlak. sesebuah agama itu, kalau nak tengok indah atau tidaknya dia , tengok lah di sisi akhlaknya. akhlak siapa, kalau bukan akhlak umat nya?

Rasulullah sendiri memikat manusia kepada islam dengan akhlak nya. kenapa kita tak mahu? kita nak berjuang, nak menegakkan agama islam, tapi kita malas nak berbaik-baik, bermesra-mesra dengan alam dan manusia. kita sibuk jadi selfish, kita lebih utamakan kepentingan kita, kita tak mau kompromi sikit untuk membahagiakan orang lain.

tapi jangan salah faham, akhlak yang indah tu bukan kena dipaksa-paksa. itu yang jadinya malas, sebab penat asyik duk paksa. berlakon.

sebaliknya, akhlak yang indah tu akan automatik terpamer bila individu tu beriman dengan Allah dan RasulNya, kitab Nya, malaikat Nya, hari akhirat Nya serta qada’ dan qadar Nya. beriman dan yakin dengan semua enam perkara ni dengan sebenar-benar yakin dan percaya sepatutnya akan semulajadi terzahirkan pada akhlak.

dan menjadilah seorang muslim dan mukmin itu, pemilik akhlak dan pekerti yang indah. indah  hingga memikat mata-mata dan hati-hati di luar sana yang terdesak dahagakan keseimbangan dan kesempurnaan dunia.

bayangkan kalau satu keluarga berakhlak indah. dan satu kampung, dan satu negeri, dan satu negara, dan satu dunia. bukankah dunia sememangnya akan berubah menjadi “fairy-tale”? berwarna warni dan berseri. macam wah! terlalu comel.

adakah ini too good to be true?

dengan islam, tidak. kerana islam itu bukan datang nya dari sesiapa, dari mana2 tokoh atau mana2 formula ciptaan pakar-pakar sosiologi. tapi islam itu agama yang dari Allah. pencipta sekalian alam. pemilik mutlak segala hal.

akhir kata, sama-samalah kita berusaha sebatikan islam dan iman dalam diri kita. biar automatik akhlak indah itu, jadi identiti kita. kembalikan keseimbangan dan kesempurnaan dunia, di kala manusia sedang terdesak dahagakan dia. dan lihatlah demikian, manusia akan berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah. seriously. it happened. terukir terpahat dalam lipatan sejarah – pembukaan kota Mekkah.

hablun minallah, wa hablun minannas.

kesempurnaan itu ialah keseimbangan.
dan islam itu agama (cara hidup) yang sempurna. tapi, klau kita tak hidupi cara islam tu dgn sempurna (spenuhnya dalam semua aspek) mcmana nak nampak ksempurnaan dia.

bantulah agama Allah. dengan akhlak mu dan lidahmu.

nescaya Allah akan membantu hidup mu.

 

-huda

kerana aku susah hendak berakhlak indah. masih keanak-anakan dengan sikap pentingkan diri sendiri aku ini.  ):

Image

Merak.

20120425-031051.jpg

Pernah sorang kanak2 tanya pada kami si sini. Kalau Allah tu sangat berkuasa, kenapa Dia tak buat saja semua orang patuh pada Dia?

Hm.
Sana sini, umat islam ditindas. Baik dari segi fizikal mahupun mental.

Ada yang terang2an, satu dunia boleh nampak. Ingat lagi, palestina sana?
Hm ada yang sorok2.

Ada yang sedar, dia ditindas. Mestilah, dah terang2 kot. dan sedihnya, RAMAI yang tak sedar. Tak sedar dia tengah kena tindas dengan kafir.

Ditindas dari sudut pemikiran.

Muslim tanggalkan pakaian islam, pakai ala barat ala korea segala, kafir gembira.

Muslim tak jejak sejadah, sebaliknya jejak disko, parti bagai, kafir bahagia.

Muslim jauhi masjid, dekati arak judi dan zina, kafir suka.

Muslim buang alquran dari hidup, hidupi pulak budaya kotor barat sana, kafir merdeka!

Lepastu, bila sana bombing, sini bombing, ramai yang bertanya. Apa dah jadi? Macam mana kita nak hentikan semua ni?

Islam akan menang. Itu janji Allah swt.

Allah berkuasa nak buat islam menang, malam ni jugak, kalau Dia nak. Habis israel2 yahudi sana tu ranap. Kalau Dia nak.

Tapi, islam takkan menang selagi umat pada zaman tu masih ada yg sama dengan kafir.

Bila datang nya zaman, umat pada waktu tu hebat iman nya, tegak jihadnya, kukuh amal solehnya, waktu itulah islam akan menang.

Sebab Allah berjanji, kemenangan dan kekuasaan adalah milik islam – bila umatnya beriman!

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.”

an-nur: 55

Dan burung2 akan terus terbanh selama mana Allah mahukan ia terbang. (:

-huda

Teruskan berharap! Huh.

Bismillah..

Sebetulnya, kecewa lah jugak.
Hm.
Try buat ayat ala-ala novel*

 

++++++++++++++++++++

“baiklah, assalamualaikum..”

“waalaikumussalam..”

Putus saja talian, dia mengangkat wajah. Mulanya mahu dia lontarkan pandangan ke hamparan luas air laut di depannya tu. tapi akhirnya yang mampu dia buat adalah pejam kedua mata, bernafas dalam-dalam.

Dibiarkan angin petang menyapu-nyapu muka. Manalah tahu, hilang sikit rasa terkilan nya tu.

Berita tadi, hm. Meremukkan hatinya yang sudah memang remuk redam.

Sakit.

Ish, retak juga lah hati dia.

Sakit.

Saat itulah dia sedar, rupanya dia tak cukup bertawakkal lagi pada Rabbi..

Kecewa hati dia. Dengan manusia itu. Manusia yang di hatinya tu, yang sentiasa dalam doanya tu.

Tapi itulah..dia la yang salah. Pergi berharap pada manusia, kenapa..

Beberapa hari berlalu. Masih sakit. Masih perit, masih ohh berperang dengan air mata.

Banyak kali jugak lah dia putus asa, rasa dah tak mahu teruskan apa-apa. Tapi setiap kali tu juga lah, dia ingat balik,

Selagi Allah ada, selagi tu dia boleh berharap. Selagi tu dia boleh minta.

‘aku dah habis ikhtiar…aku penat..’
Nah. Jatuh lagi air mata dia.

Lagi sekali, benar, kecewa benar dia dengan manusia itu. Hm.

 

+++++++++++++++++++++++++

Sudah lah. Meleret2 cerita pun, tak ke mana jugak.

Sebetulnya, terus dan teruslah berharap pada Allah. Manusia mungkin kecewakan kan kita, tapi Allah takkan mungkin. Takkan sekali2.

Selagi Allah ada, selagi tu kita boleh berharap. Ya, walaupun sekelilig dah nampak macam tak ada jalan langsung dah.

Jangan penat minta doa. Jangan padam semangat tu, jangan. Jangan putus asa dari berikhtiar.

Yang penting, jangan expect apa2 dari sesiapa, mana-mana manusia. Kecuali ALLAH.

‘fainnama ‘al ‘usri yusra
Innama ‘al ‘usri yusra
Faiza farogh tafansob
Wa ila rabbika farghob’
Oh surat cinta bertajuk as-syarh ni, memang kegemaran. (‘:

 

 

-huda
ya rabbi auzi’ni
Ya rabbi auzi’ni

luruskan niat, mudahkan urusan.

bismillah..

kalau kita niat kan satu benda tu betul-betul sebab Allah, contohnya, nak buat benda tu supaya kita dapat jauh/hindar dari berbuat maksiat, atau pun, kita nak buat something tu supaya dapat dekatkan lagi diri dengan Allah, mesti Allah akan tolong. mesti Allah akan bagi benda tu terjadi dengan mudah.

eh ape berbelit-belit ni.

tak, semula2. macam ni..contohnya, Doremon (bukan nama sebenar) nak kahwin, sebab dia  betul2 ikhlas nak jaga kehormatan diri dia. dia betul2 rasa, dia nak kahwin supaya dengan kahwin, dia dapat terhindar dari dosa zina mata, hati, dan sebagainya lah. dia takut Allah marah. dia tak nak Allah marah kalau dia ter buat jugak dosa tu tiba-tiba nanti. jadi, dia nak kawen.

jadi, mesti Allah akan tolong dia. elok-elok tak ada orang nak dekat dia sebab dia gemuk, pendek dan biru, tiba-tiba ada orang nak, misalnya lah.

ok ini contoh la ye.

nak katanya, bila kita buat something, bila tiba-tiba kita rasa susah, sulit. banyak cabaran sungguh, dah doa-doa dah minta Allah permudahkan tapi tetap rasa macam asyik diduga je.. bila situasi macam ni, mungkin elok kita cek balik niat kita.

nak buat tu, sebab apa sebenarnya..kerana apa. dorongan nafsu, atau dorongan iman.

kalau dorongan nafsu, bermakna dorongan rasa suka sendiri lah. nak puaskan kehendak diri.

kalau dorongan iman pulak, untuk memelihara diri dari dosa, demi redha Allah. SEMATA-MATA, ya.

jadi, elok sangat lah bila kita rasa macam susah je di pertengahan urusan something tu, kita cek balik niat. dan betulkan balik lah. nabi ajar, betulkan niat sebelum, semasa dan selepas buat satu benda tu kan..

inshaallah, lepas tu akan dipermudah. kalau Allah tak mudahkan dari segi urusan luaran, Dia mudahkan dari segi urusan hati pulak. jadi tenang-tenang je. tak serabut-serabut. urusan bukan main complicated pun, dia cool je. ouh..ketenangan yang macam tu, hanya Allah yang dapat hembuskan ke dalam hati-hati insan.

jadi, tu lah ya. bila susah, sulit, payah..jangan asyik sangat mengeluh, mengadu domba. ambil masa, muhasabah, dan cek balik niat. luruskan balik. luruskan sebetulnya.

rabbuna yusahilna. (:

ps:// kepada yang nak berkahwin macam Doremon, tapi susah dan sulit, pekata betulkan niat. jadikan harapan baitul muslim tu, adalah untuk membina madrassah islam yang kukuh sebagai teratak untuk mendidik anak-anak islam yang betul2 sejati nanti.yang mujadid! jadikan harapan dan perancangan baitul muslim tu, bukan untuk penuhi kehendak diri dan pasangan semata, tapi untuk menyumbang dan membantu agama Allah. kan Allah kata, intansurullaha yansurkum. siapa yang bantu agama Dia, Dia akan bantu orang tu balik. (muhammad: 7) ^_^

hah, buat bakal imamku, take note lah ya. *wah wah* hoho. (:

-huda