kuatkuasa sudah.

Akta Keterangan (pindaan) 2012 akan dikuatkuasakan in about,..,, 3, 2, 1, now. Google la ye.

kebebasan bersuara?
Oh, saya lebih percaya yang harga minyak akan turun. Atau paling tidak, ptptn dmansuhkan. Atau malaysia menang worldcup?

Go harimau malaya. (:

-huda
“dan janganlah kamu menyembunyi yang benar, sedangkan kamu tahu..” firman Allah.

Tidak ada tajuk. Sekian.

sebagaimana kelopak daun keladi yang setia menengadahkan wajahnya ke langit,
kau tetap memilih yang hitam.
celik. Tapi sayang..

sepertinya, mengail di kuala setiap senja dan mencatat di dalam diari merah jambu bereben biru.

dan hakikatnya, menyimpul ikatan serat lebih romantik dari mengira bintang di bawah pohon nangka bla3..

Itulah kehidupan. merpati, bukan untuk hidangan bulan. biar kan saja si pungguk.

*Hikhikhik x faham latu. bukan utk dfahamkan pun*

jgn di asah kerikil. Tajamnya nnti, mggores langit. bimbang hujan, menangis si serindik. 😉

Dan kalaupun aku serindik,
Biarlah serindik yang bertuhan.
bukan seperti helang mengoyak daging, paruh berbau kuku berbucu.

dan di akhir waktu, si ketam mengiring pulang, itu yang lebih sirna.

“terangkan padaKu manusia yg mnjadikan hwa nafsu sbagai tuhannya?” tempelak furqan, memukul hati yang bagai rebung digilis lesung

Moga kijang temukan jalan. Moga singa, bertepuk.

Dan menarilah wahai malam,
kepada rentak kebisuan yang menjerit di kerongkong iman.

kelak akan Dia ajarkan,
memecah kesunyian.

The end. Godnight bai.

-huda
Dahlamatakbersastera. Bahasayangcuma akudanDia bisamengerti.

Rindu.

Aku tahu aku tak layak
Aku terlalu hina untuk dia
Tapi apakan daya, hati ini terlalu rindukan dia

Izinkan aku,
walau sekali dan sekilas, mimpikan wajahnya, wahai tuhan..

Kerana aku mahu cinta ini
Semakin mekar dan membara
Bila wajahnya yang bagaikan bulan itu
Dapat aku lihat
Walau..
Walaupun..sekilas

Rindunya. )’:

-huda
Dia menyebut dan merindukan, “ummati, ummati, ummati..”

true or false?

“The statement below, is true.

The statement above, is false.

Which ever statement between those two above that is true, is actually false.

And the conclusion of this whole thing, is actually false.

But the statement above, is true.”

~~

Confusing isnt it? Dah tak tahu dah mana betul and mana salah, aish.

Tapi luckily, dalam islam, ada solution nya kpd situasi yang macam gini.

“yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya, ialah syubuhah (samar2). Sesiapa yg memelihara dirinya dari syubuhah, maka terpeliharalah agamanya dan akhlaknya. Tetapi sesiapa yang jatuh ke dalam syubuhah, maka seolah dia terjatuh ke dalam yang haram.”
-bdasarkan hadith 6 arba’in an nawawi

-huda
Islam itu mudah sebabtu dia indah, tapi jangan suka2 je ambik mudah atau buat tak endah. Nanti punah! ^_^

Kau jangan jadi macam Robinhood!

Bismillah

Dalam semua benda yang kita buat, rajin2 la cek, dasar nya atau basic nya tu Allah redha ke tidak. Allah berkenan ke tidak. TERUTAMA, benda yang nampak macam betul.

Contohnya, macam robinhood. Nak tolong orang. Ok niat nya baik, perbuatannya lagilah baik. Tapi basic method yang dia pakai ialah – rompak orang lain, untuk bantu orang lain. Oh oh!

tapi niat dia kan baik, bukan ke basic ssuatu pekerjaan tu ialah niat?”

Yes thanks for the question. Betul, niat dia baik. Dan ya memang apa yang tentukan kdudukan perkerjaan kita tu di sisi Allah ialah NIAT kita. Ni Nabi saw cakap dalam hadis pertama (arba’in an nawawi)

Tapi jangan lupa, nak pasang niat pun, dia ada niat dia sendiri, yg menjawab soalan – knapa kita berniat?

And NIAT yang PALING basic dalam memasang niat pulak, haruslah kan, semuanya bertujuan untuk melaksanakan perintah Allah, dan meninggalkan larangan Nya

so, kalau niat nya nak tolong orang, tapi tak selari dengan basic of the basic nawaitu, which is untuk laksanakan perintah dan tinggalkan larangan tadi, tu lah yang jadinya – niat baik, tapi cara salah. Caranya, bercanggah dengan rules dalam agama.

Erk faham tak?

So, sebelum buat apa-apa, dan sebelum declare yang niat kita untuk itulah, untuk ini lah, apakata declare dulu yang basic niatnya ialah sbb nak laksanakan printah Allah dan tinggal larangan Dia.

Eh sori. Bukan sbelum. Tapi sebelum, semasa, dan selepas.

Semoga, lepastu, apa jua niat yang menyusul dan method yang muncul tu pun akan selary dengan niat basic tadi.

Pokok, kalau akar dia dah ternoda racun, macam mana dahan, ranting, pucuk, daun dan buah nya nak elok.

Wallahualam. Hamba menegur diri.

-huda
jgn kita perasan, igt kan dah byk buat baik, sekali kat akhirat nanti jadi asbab utk dcampakkan ke neraka. Ya allah lindungilah kami..

Harapan pada Dia, subur kembali

Wahai tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qohhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang menggunung
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghaffar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan dijiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Wahai tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qohhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang menggunung
Setiap hari setiap ketika

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harus ku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaran-Mu
Ya Allah tuhanku bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

-nashid “harapan padamu subur kembali” oleh nazrey johani.

-huda
tears shedding

siapa nak berubah? 3 tips free.

Bismillah..

Cuba bagitau sikit, siapa yang tak nak bertaubat? Siapa yang tak hingin (ops sori terkasar bahasa) untuk kembali ke pangkal jalan? Siapa yang takde interest langsung nak kesahkan tentang macamana nak selamat dekat akhirat nanti, siapa?

Mana ada..

Sebab fitrahnya kita semua ni dilahirkan sebagai hamba Allah. Masa tak keluar ke dunia lagi, kita dah ikat janji dengan Allah, untuk lahir dan bersaksi atas keesaan Allah.

Fitrahnya, kita semua ada ‘tautan hati’dengan nama Allah. Cuma kekufuran, menutup fitrah tu.

Selain dari ‘ingkar’, kufur atau kafir tu maksud asalnya adalah ‘tutup’. Sebab tu kalau sakit, orang kata ‘moga jadi kafarah dosa’. Perkataan ‘kafarah’dekat situ maksudnya ‘penutup/penghapus/penghijab’dosa lah. Jadi, orang yang berlaku kufur ialah orang yang dah tutup fitrah asal dia (yaitu, ISLAM). Menafikan fitrah asal dia.

So, again, cuba bagitau, siapa yang taknak bertaubat? Siapa yang tak hingin, untuk kembali ke pangkal jalan? Siapa yang takde interest langsung nak kesahkan tentang macamana nak selamat dekat akhirat nanti, siapa?

Mana ada..

Apa yang menghalang nya?

NAFSU. Nafsu, makhluk yang dah setuju untuk goda-goda kita, sebab Allah nak tengok siapa dalam ramai-ramai kita ni, yang betul-betul akan fight demi Dia!

Jadi macam mana? Macam mana caranya? Macam mana? Kita semua nak betulkan keadaan, betul tak? kita semua nak berubah, kita semua nak kembali ke pangkal jalan, kita semua taknak ditimpa azab neraka..

ada tiga benda, inshaallah boleh jadi tips. (kenyit mata sambil naik jari ‘best’) hihi.

1. Buat benda baik. Buat amal soleh. Yang wajib, dah memang wajib la kan, so jangan skip, jangan ngelat. Yang sunat, tingkat-tingkatkan. Lepastu buat baik pulak pada orang sekeliling, sambil pakai lencana islam tu. amar makruf, dan nahi mungkar. Kenapa?

Sebab bila buat amal soleh, kita menyumbang pada kekuatan agama. Sebab, agama islam ni, dia akan kuat bila dia diberkati Allah. Dan untuk diberkati Allah, umat-umat nya kena betul-betul taat setiap seorang. Jadi, bila beramal soleh, kita menyumbang pada kekuatan agama.

Dah tu, sebab apa pulak nak kena buat baik dekat orang sekeliling? Haa supaya, orang tertarik dan jatuh cinta dengan keindahan islam, sebagai agama yang sempurna dan indah akhlak pekerti nya. Dengan tu, maka kita dapat lagi menyumbang pada agama.

So macam mana nya benda-benda ni boleh bantu kita untuk berubah, untuk kembali ke pangkal jalan, untuk bertaubat dan terpelihara dari azab neraka tadi? Sebab..Allah berfirman,

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membantu (ugama) Allah nescaya Allah membantu kamu, dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

(muhammad 47:7)

Nampak tak, Allah kata, kalau kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita. Tak cukup dengan bantu tunjukkan jalan yang betul, Dia teguhkan pulak kita dekat atas jalan tu. senang tak? bagus tak? (kenyit mata sambil angkat jari ‘best’)

2. mujahadah lawan nafsu. atau dalam bahasa yang orang banyak ‘allergik’ sikit hehe, JIHAD. jihad ni, tak semestinya perang je. kalau negara aman, kalau  bukan duduk dekat palestine pun, still boleh jihad – lawan nafsu, tu jihad.

nafsu malas, nafsu sombong, nafsu ego, nafsu kuat makan, nafsu kuat tidur, nafsu suka berhibur berlagha, nafsu syahwat, dan macam2 lagilah, lawan sungguh-sungguh! Lawan benda2 ni, bukan setakat dapat pahala pastu selamat dari kepunahan dunia akhirat. Tapi, ha cuba angkat tangan balik siapa yang berubah tadi, yang nak bertaubat tadi, and kembali ke pangkal jalan tadi? ni Allah ada offer,

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh berjihad (untuk mencari keredhaan) Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

al ankabut 29:69

best tak? (ok dah malas kenyit mata bagai. letih.)

3. mohon ampun. banyakkan istighfar. suara kuat ke, suara slow ke, even dalam hati je pun, istighfar. busy ke, free ke, rajin ke malas ke, istighfar. feeling ke, tak feeling ke, istighfar, lama-lama feeling lah tu. bahasa arab ke bahasa melayu ke, english ke, korea ke, istighfar. aish senang kata, istighfar banyak-banyak. minta lah ampun. buat salah ke, tak buat salah ke (amboi sure ke?) istighfaaaarrr je. minta maaf dengan Allah. cakap sorry dengan Allah.

sebab, dalam sorry-sorry tu, ada nya kekuatan.

 “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” 

Surah hud ayat 52

kita ni nak berubah, perlukan kekuatan. nak maintain lepas  berubah tu pun, perlukan kekuatan. dan kekuatan tu kan datang perginya, dari sisi Allah. and cara untuk dapatkan kekuatan tu salah satunya ialah dengan minta ampun. jadi minta lah ampun. jadikan istighfar tu lekat di mulut, atau kalau lenguh, dalam hati pun boleh. yang penting, minta ampun.

bertindalah, tips dah ada.

haah, tau, salah eja. biarlah, saja nak tengok alert ke tak :p

BERTINDAKLAH. tips dah ada. sebab kita percaya, siapa yang tak nak bertaubat? Siapa yang tak hingin (ops sori terkasar bahasa) untuk kembali ke pangkal jalan? Siapa yang takde interest langsung nak kesahkan tentang macamana nak selamat dekat akhirat nanti, siapa?

Mana ada..

jadi bertindaklah.

bantu agama Allah melalui amal soleh, berjihad melawan nafsu, dan minta ampun dari Allah. dengan sifat Dia yang Maha Pemurah dan Penyayang tu, inshaallah, jalan akan terbuka luas.

wallahualam..

-huda

yakin!