sujudnya.

“huda, umi nak share. waktu dini hari, pakcik terlalu lama dalam sujudnya. ummi risau dan terdetik adakah itu sujud teakhirnya? alhamdulillah pakcik masih bernafas. tapi sampai saat ini air mata ummi masih mengalir. betapa lazatnya sujud itu.

sms ummi diterima jam 10 pagi.

berkali2 aku baca, scroll lagi dan lagi.

macam terpegun semacam.

patutlah keluarganya sejahtera, anak-anaknya hebat. terutama anaknya yang sorang tu.

keluarga dia adalah keluarga yang dibina atas paksi dakwah, yang berkembang  biak pun dalam kompas dakwah. suami isteri rancak, anak-anak pun ikut jejak. hmm, memang dia pemimpin keluarga yang baik, selayaknya miliki sebuah bait al islami macam tu.

dan sekarang aku tahu, macam mana dia boleh jadi manusia paling tenang yang pernah aku jumpa.

dia bersujud dengan penuh cinta dan kehambaan.

.

.

-huda

aku tak layak.tapi aku seriously akan usaha. ^^

ummi pun wanita, isteri dan ibu yang  hebat. teringin sangat nak berjumpa dengan ummi.

seperti Syu’aib di Madyan. bertegaslah.

bismillah..

Allah lah yang berkenan keluarkan kita dari lumpur hitam kemaksiatan, dosa dan noda.

tapi lepas itu, dengan bangga dan butanya, kita pegi main-main di tepi kalinya. masih rindukan kebusukan.

agama tu cara hidup kan? yes. dan, dulu masa kita berhidup cara (atau boleh juga kata, beragama lah kan?) dengan yang selain islam, cara hidup yang ber ‘ulam-sayur’ kan kemaksiatan, lepas itu Allah juga lah yang penuh kasih, penuh sayang, kutip kita balik dan baiki cara hidup kita. agama kita.

Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam. (Ali ‘Imran 3: 19)

Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Ali ‘Imran 3: 85)

tapi, tengoklah kita. kita menapak balik ke lubuk tu. kita campur adukkan balik agama (again, cara hidup) kita dengan yang islami dan dengan yang bukan islami. apa dia tadi, ber ‘ulam sayur’ kan kemaksiatan.

jahiliyyah yang busuk tu, kita rindukan dan kita intai2 balik. bukan setakat tu, tak lama kemudian, kita ‘bercinta’ balik dengan dia. menurut ajakan nafsu.

maka menjadi lah kita golongan manusia-manusia yang berbohong pada Allah. yang berpura-pura kepada Allah. Huh, ‘berani’ sungguh kita.

berkata Syu’aib:

“..Sesungguhnya kami adalah berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada ugama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim”. (al a’araf 7:89)

jum ambik semangat Nabi Syu’aib. dengan bangga dan yakin nya, dia menolak ajakan pembesar-pembesar kafir Madyan.

‘tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali!!’

kekal sabar dan tabah,ya. (:

 

 

-huda

sesungguhnya, pada sepertiga akhir malam itu, adanya udara ‘penghidupan’ bagi hati-hati yang sudah hampir ‘kematian’. maka bernafas lah di di situ. (‘:

*limaharisebelumbertemu.akhwat.tercinta.diAdelaide.inshaallah (:

bila hati tak lagi rindu..

a’uzubillahiminassyaitanirrajiim

“dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

al baqarah:216

bila kemuncaknya hati kita rindukan saat-saat mengadu merayu pada Allah, rindukan sujud merintih pertolongan Dia? mestinya, bila kita dalam saat-saat genting diuji, dihentak dengan satu musibah.

masa tu, kita harap benar pada satu pautan. seakan-akan tak nak berganjak dari bertimpuh dalam tahajjud..seolah-olah tak nak angkat dahi ni dari mengadap kiblat mencium lantai.

hati tiba-tiba jadi tak sabar tunggu waktu solat, tak sabar tunggu untuk menghinjak pintu-pintu masjid, meronta-ronta nak belek mukasurat2 kitab suci mencari-cari kata-kata dari Dia untuk pujuk hati. setiap saat, bibir dan hati serentak berlumba-lumba panjatkan doa..

ah senang kata, time tengah susah tu la jadi tawadhuk semacam, alim semacam. qowi!

tak lama kemudian, dugaan tu berlalu. habis. settle. fainnama al usri yusra, seperti yang dijanjikan. betul?

yes.

sayangnya, beberapa ketika berlalu..hati tak lagi rindu. dah tak ada lagi ternanti-nanti jam empat/llima pagi nak bertahajjud bermunajat. tak ada lagi teringat-ingat bayangan sejadah. tak ada lagi hati yang menjerit-jerit nak bersujud lama-lama, bermonolog dengan Allah. rindu tu..hilang.

rindu mana boleh dipaksa, kan?

lalu kemudian, kerana penuh sayang, Allah titipkan balik rindu tu dalam hati kita. dengan cara, Dia kirimkan benda yang kita tak suka tu. yang dinamakan, ujian. musibah.

supaya rindu itu kembali, datang balik. kerana rindu tu, mampu jadikan kita penghuni syurga.

kita tak sukakan musibah. tapi kalau musibah tak ada, agaknya ada ke ruang rindu untuk Yang Esa?

hm. semua yang Allah buat, semua nya untuk pastikan kita masuk syurga. tapi manusia tetap pilih yang bukan syurga.

Image

-huda

akujugamanusia.akujugapernah,kehilanganrinduitu.

mereka dicantas kepala. kita dicantas iman.

bismillah. allahurabbil ‘alamin, innaka antal musta’an, innaka ni’mal mawla wa ni’man  nasir.

sedih, sakit, geram, marah, bila tengok saudara islam di cantas kepala, kaki dan tangan. tapi lagi sedih, lagi sakit, lagi geram dan marah, bila tengok saudara islam dicantas imannya.

kalau penyakit kudis puncanya kuman (kuman apa entah nama spesifik dia,) penyakit hati pula puncanya kekeringan. bukan kering tak cukup air. tapi kering dari zikrullah, ayat-ayat suci, dan amal soleh.

kalau penyakit kudis bila dah teruk dasyat satu badan, orang nya akan perlahan-lahan seakan binasa. begitu jugalah islam, bila umatnya berpenyakit hati, umat itu sendiri secara keseluruhannya akan perlahan-lahan binasa.

ini bukan teori rekaan, ini sunnatullah. ketetapan Allah.

Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya, serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja,

serta mereka tetap ditimpa laknat. Di mana sahaja mereka ditemui, mereka ditangkap dan dibunuh habis-habisan.


Yang demikian adalah menurut “Sunnatullah” (ketetapan Allah) yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “Sunnatullah” itu.

al ahzab: 60-62

Dulu, Andalus, tragedi berdarah Holocaust. Kemudian Baghdad, diganyang Hulagu Khan menunggang kekuatan tentera Mongul. Kemudian ottoman bagaikan ‘dikunyah hancur’ di  Bosnia. Juga Tambun. Juga, Palestine. Kini, tahu apa yang jadi pada muslim di Syria? Tahu apa yang jadi di Myanmar Rohingya?

google sendiri ya.

Kemudian itu, apa yang kita rasa? mungkin ada lah yang tak rasa apa-apa langsung. kalau ya, maka silakanlah pejam mata sekejap dan bayangkan yang diperlakukan macam tu ialah ayah kamu. ibu kamu. adik beradik, saudara kamu.

mungkin ada yang rasa berapi-api. geram. sakit hati dan rasa tak adil sungguh dunia ni. kalau ada yang rasa begitu, maka silakanlah periksa-periksa iman dan amal masing-masing. solat subuh berjemaah jaga ke tidak? solat2 lain? alquran baca ke tidak, tadabbur ke tidak? zikir lekat ke tidak? apa khabar pula mujahadahmu? kerja dakwah macamana? tangga-tangga tarbiyah, apa cerita?

ke mana masa mu? ke mana harta mu? ke mana tenaga mu? ke mana usia mu?

sayangnya, ke lorong-lorong indah keseronokan dan kepuasan duniawi.

bermula dari diri kamu, ‘penyakit’ ni menular dalam keluargamu. kemudian masyarakat mu. kemudian negerimu. kemudian seluruh umat duniamu.

lalu gugurlah pakaian-pakaian islam, digantinya pakaian orang putih. ranaplah rumah-rumah islam, terbinanya pusat-pusat maksiat. hilanglah ilmu-ilmu islam, tersebarnya rancangan-rancangan hiburan merata-rata. ulamak dikeji, diketepi. sang pelaku maksiat, sang penyebar virus hiburan yang melalaikan pula diberi penghargaan istimewa, hidup senang kaya raya, sedangkan sekolah-sekolah pondok yang mengkaji alquran tak cukup duit nak bina musolla pun. wanita? ah, jadi bahan penyedap mata. mungkin lebih dari itu. maaf. lelaki? ada kampung yang tak berkumandang azan, sebab pemudanya tak ada yang mahu. imam solat jemaah masih si tua yang dah serak perlahan suaranya, terketar-ketar angkat takbir. (note, dia lebih beruntung.)

alquran? itu sana, cantik di dinding sana, di frame buat hiasan. tapi jangan terkejut, silap gaya, tuan rumahnya sendiri tak tahu baca apa benda yang ditulis di situ. jauh sekali nak faham maknanya, hayati dan amalkan jadi panduan.

maka tercantas lah iman. dan tercantaslah kepala-kepala orang islam di sana sini. putuslah kaki dan tangan, dengan hayunan parang tak berperikemanusiaan, tumpahlah darah anak-anak kecil, gugurlah maruah gadis-gadis diratah oleh manusia binatang, terbakarlah rumah-rumah keluarga islam, runtuhlah masjid-masjid, bertepuk gembiralah kafir laknatullah dan bersorak rianglah syaitanirrajiim.

kemudian apa yang kamu  buat? share link dekat facebook, cacimaki israel yahudi. tapi lepastu, kembali membuntuti nafsu.

islam tak akan dimuliakan dimata dunia, selagi umatnya tak benar-benar memuliakan kedudukan islam dalam hati mereka terlebih dahulu.

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

annur:55

kau lah Huda. bukan orang lain. ini untuk kau sendiri jugak. sedarlah, buka lah mata!!

nak tunggu apa lagi?

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)

al hadid:16

-huda

berapa banyak darah orang islam lagi perlu tumpah, baru kau hendak beriman dengan sebenar-benar iman?

*moga mereka yang terkorban, dikurniakan syahid. wallahualam.

taknak campur tangan? wah.

bismillahirrahmanirrahim

bertupperware-kan kesedaran yang tak semestinya semua benda yang keluar dekat media tu adalah sahih, maka saya pun tak ada lah nak kata apa sangat dekat nama yang disebut tu. takut2 lah tak benar, nanti jadi fitnah ke atas dia pula.

tapi saya rasa kita semua patut sedih dan kesal la kalau betul benda ni terjadi, tak kiralah siapa pun yang buat, walau bukan ahli dewan rakyat sekalipun.

 jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah.. (al hujurat:9)

 

BUKANNYA TIDAK MAHU CAMPUR TANGAN! sama sekali bukan.

hm. rindukan kepimpinan Nabi saw, dan Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. rindukan kecaknaan Salahuddin al Ayubi. rindukan kepedulian seperti Umar Abdul Aziz. Rindukan api semangat Mohamad al Fatih.

 

rindukan khalifah islam kembali tertegak. rinduuu.

*dan apa yang aku dah buat untuk tu?*   uwaa. T__________T

 

-huda

Image

Bertahanlah.

20120613-113634.jpg

Allah menghadiahkan kita perjalanan panjang dan penuh liku. Allah menganugerahkan kita mujahadah pahit dan bisa yang perlu kita telan, dengan air mata dan kepedihan sebagai pengiring.

Namun, apalah sangat nilai kepayahan ini, yang sekadar ingin membina baitul islam kecil sesama kita ini,
Jika hendak dibandingkan dengan luka berdarah yang mewarnai hidup para Rasul dan sahabat agung, dalam membina empayar islam di seluruh wajah bumi dan langit.

Siapa saja kamu, di mana saja kamu,
Bertahanlah.
Pertolongan Allah itu sesungguhnya sudah terlalu hampir saja. Terlalu qarib.

Jalan panjang berliku ini, kita tempuh lah dengan tawakkal dan doa merayuNya. Air mata dan kepedihan ini, kita genggamlah biar kelak, jadi titip-titip semangat, untuk kita pertahankan baitul islam itu yang pastinya akan turut berantakan dalam corak ujian Nya yang tersendiri.

Tak lain tak bukan, agar kita lebih bertaqwa, kerana syurga itu tinggi nilainya.

Orang beriman, memang akan terus diuji. Tapi kerana dia beriman, maka dia bertahan dalam yakin dan tawakkalnya, lalu itu menjadi jambatan untuk dia ke syurga.

Bertahanlah.
Ala inna nasrallahi qariib.

-Eu.