‘eleh. setakat puasa sebab takut mak marah, baik tak payah..’

gambar ni bukan saya punya

“haa tak puasa! bagitahu mama!” kata si kakak nya sambil bercekak pinggang berdiri memandang adiknya yang kantoi curi biskut cornflake dalam oven. (kental tu. dalam oven lagi dia dah sapu)

atau

“siapa tak puasa, bagi nama dekat warden asrama.” berkata ketua dorm aspuri, menjalankan tugas.

atau

“eish, dah tahu tak puasa, cerdiknya pergi makan dekat tempat public. memang la kena tangkap dengan jakim”  respon si pemuda bila terjumpa kisah orang kena tangkap dengan jakim sebab tak puasa, dalam paper. (sila google JAKIM tu apa, hihi,)

..

maka, berikutan dari dialog2 di atas ni, kemudian berhasil lah pula,

“kalau setakat puasa sebab takut mak marah, warden denda, atau jakim tangkap, baik tak payahhh..”

atau boleh juga dikaitkan dengan benda2 lain. contohnya

“kalau setakat solat sebab takut mak  marah, war…,,, bla3.”

atau, apa-apa lagilah yang bersaudara dengannya.

..

ok. Bismillah..

alhamdulillah, dah masuk hari ke 5 umat islam berpuasa. tapi ada certain tempat yang dah 6 kan? alhamdulillah.

semoga beroleh lebih dari sekadar lapar dan dahaga.

jadi, apa kisahnya berdialog-dialog bagai kat atas sana tu?

saja. mahu menegur diri, dan orang lain.

kita ni, seronok benar duk kata orang tu tak ikhlas, orang ini tak ikhlas. orang itu riak, orang ini riak. sampaikan, orang yang berbuat baik atau meninggalkan dosa sebab adanya ‘mata-mata’ yang memandang/mengambil tindakan tu selalu kena condemn.

“baik tak payahhh…….”

siapa yang suka sangat kata macam tu, tuh? mari sini nak jentik hidung.

BUKAN  ke mencegah kemungkaran (which is, wajib) tu salah satu nya ialah dengan tangan (yaitu, kuasa). jadi kalau dia effective, kalau dapat mencegah, habis tu apa yang ‘baik tak payah‘ nya? tak kisah la, emak ke, warden asrama ke, JAKIM ke, malah roomate, classmate, housemate, teamate, semua wajib saling ber amar makruf nahi mungkar selagi mana mereka bersaudara seaqidah. titik.

“habis tu, kang tak ikhlas pulak..” zass. tuddia, counter argument. thanks.

betul. ikhlas tu penting. malah syarat wajib untuk amalan yang diterima Allah.

tapi, well, sambil paksa, sambil semaikan ikhlas lah. itu lebih baik daripada duk biaaarr kemungkaran berleluasa hanya sebab nak tunggu ikhlas tu datang bertimpuh lawa-lawa depan dada.

amalan itu memupuk ikhlas.

maaf la ya kalau tak setuju. tapi amar makruf nahi mungkar tu wajib. pada diri, pada saudara. (:

DAN sambil-sambil tu, tetap, berusahalah untuk beramal hanya untuk Allah. do something for Allah, leave something for Allah. help each other.. sebab kita kan nak jadi orang beriman.. ^_^

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan dan mecegah daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)

sempena bulan puasa ni, kita adjust sikit bagi masuk dengan tema lah ya,

“berpuasalah bukan sekadar untuk mata manusia yang melihat. 
tapi untuk Yang Maha Melihat.
maka tahanlah bukan sekadar lapar dan dahaga.
tapi tahan juga kehendak dan nafsu yang tak sepatutnya.”

..

sedikit tentang puasa..bulan puasa ni, bulan untuk bina taqwa. la’allakum tattaquun, kata Allah masa syariatkan ibadah puasa. silalah rujuk surah albaqarah ayat 183 ye.

jadi bulan puasa ni sepatutnya menambahkan ketaqwaan kita. yaitu perasaan takut akan azab Allah hingga kita berhati-hati dan menjauhi perbuatan dosa.

bulan puasa, ialah bulan kita menahan diri kita. menahan diri daripada; yang semua orang tahu, of course lah menahan diri dari lapar dan dahaga. tapi jangan lupa, kena juga menahan diri dari berbuat benda2 yang ikut kehendak (sebab  nak seronok lah senang kata nya) dan nafsu. kalau bulan tak puasa kita suka tidur banyak2 contohnya, bulan puasa ni cubalah pelihara pahala puasa dgn cara kurangkan tidur tu sikit. pastu train2, sampailah dapat kekal macam tu even lepas habis bulan puasa nanti.

ha ni satu contoh tadika2 je lah saya bagi. inshaallah, brainstorm sendiri k. hihi. *teruknye PenaAbid ni,  pemalas*

:.

-Huda

selamat menyambut bulan ‘menahan diri’. (:

sakit nya sabar, itu nikmat.

bismillah..

dulu, lama dulu, sorang hamba Allah ni pernah cakap pada saya, kata Nabi, nikmat terbesar bagi orang islam itu ialah SABAR.

orang yang sabar, ialah orang yang janji ALLAH tu pasti-pasti akan tertunai ke atas dia. asalkan, dia sanggup bersabar.

sabar tu, ialah sikap di mana dia berkeras menahan hati, kata-kata, dan perbuatannya, dari benda-benda yang tak berentak seirama dengan alunan iman, islam dan ihsan. seorang yang sabar tu, apa-apa perasaan yang tak sepatutnya dia rasa, dia tahan hati dia dari merasakan itu.apa-apa perkataan yang tak sepatutnya dia ucap, dia tahan lidahnya dari berkata. lebih baik, diam. dan apa saja perbuatan yang tak sepatutnya dia buat, walaupun dia kadang-kadang naaak sangat buat, dia tahan tangan dan kakinya, dia tahan anggotanya, dari berbuat itu.

bunyi pahit, kan?

oh, salah tu. bukan bunyi je. tapi memang rasanya pun pahit pahit dan pahit. pedih, sakit dan mematah-matahkan kepingan-kepingan hati. menahan diri, BUKAN benda mudah. menahan marah, menahan geram, menahan sakit, menahan rasa malas, atau  mungkin juga menahan rindu (pada sesuatu yang tak sepatutnya), menahan rasa mahu, dan lagi-lagi, ish ini semua bukan lah kerja senang. kalau tak, tak adalah orang panggil dia mujahadah, kan? (jihad)

begitu jugak dengan menahan kata-kata dan perbuatan. pun, bukan kerja senang. semuanya sama pahit, sama pedih dan sama perit. itulah sabar. sekarang, baru faham kan, kenapa masa kecik-kecik dulu selalu dengar orang kata ‘sabar itu sebahagian dari iman’. sebab keyakinan kita kepada ALLAH (ketentuanNya) memang sebahagian besarnya dinilai dari sejauh mana kita mampu menahan diri. atau, SABAR.

 

disakiti di jalan sabar itu, ialah disakiti di jalan Allah. oleh sebab itu, maka teruskanlah bersabar. teruskanlah, dan bergembiralah. betul lah, memang nikmat terbesar orang islam tu ialah SABAR. melalui jalan sabar, seribu satu kemanisan Allah datangkan untuk mereka.

 “maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti di jalanKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)”.

ali imran 3:195

“sabran ala sabran”, kata allahyarham ustaz rahmat abdullah (sila tengok filem Sang Murabbi). maksudnya, bersabarlah di atas kesabaranmu. ohh. memang menuntut air mata.

-huda

mari. bersabar. kerana sabar itu indah. sabar itu cinta. (:

manual ada, kenapa tak nak pakai?

bismillah

orang-orang yang menyombongkan diri dari Quran tu, sama seperti orang yang baru beli satu mesin canggih yang dia tak tahu menahu tentangnya, tapi bajet reti so malas tengok/rujuk manual yang ada berbungkus sekali dalam plastik/kotak mesin tu.

berlagak tahu. pastu mula lah, silap sana sikit, silap sini sikit. lama-lama, dari sikit, jadi banyak. dari banyak, jadi banyak-banyak. akhirnya, punah habis.

lain pulak kisahnya dengan orang yang bila dia baru beli satu mesin canggih, manualnya tu, dia cari, dia buka and baca, satu satu. dia ikut. dia rujuk. kalau ikut sunnatullah (atau dalam kata lain juga, logik akal) sepatutnya inshaallah dia akan guna mesin tu dengan baik lah, kan.

macam tu lah sepatutnya kita. orang mukmin yang dari kecik duk belajar nih, yang rukun iman tu, salah satunya ialah beriman/yakin & percaya dengan alquran. yakin, percaya, bergantung, berpandukan, rujuk dan amalkan isi kandungan kitab alquran. beriman lah tu, ya. jadi macam tu lah sepatutnya kita. menjadikan alquran tu sebagai manual untuk seluruh hidup kita yang kita langsung tak tahu menahu ni.

Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita  kepada cahaya yang terang-benderang. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.

al hadid 57: 9

berpaling dari alquran tu, hakikatnya, memakan diri.

rosak, punah ‘mesin’.

jadi tak payah la cuba-cuba, ya.

sedarlah diri, kita ni tak tahu menahu tentang diri dan kehidupan kita. apatah lagi kesudahan kita dekat akhirat sana. jadi jangan lah berlagak tahu, dan tak mau rujuk manual yang diberi oleh Pencipta kita.

“dan mengapakah mereka tidak memperhatikan alquran?”

-huda

*ya ALLAH, berzaman blog tak berjenguk. puhh puhh sapu habuk sikit.

maaf ya. baru balik dari bermusafir dan bermukhayyam. (: