tanggal 31..atau tanggal iman, tanggal aqidah?

bismillah..

ya Allah, sori sangat. sebab tajuknya memang agak harsh (kasor.) apakan daya, kadang-kadang seketul daging bernama hati ni, memang nak kena disenjah ganas dengan hidangan realiti. ya, cukup dengan realiti. realiti yang menggigit. biar terjaga sikit, manalah tahu asyik sangat berbuaikan fantasi.

55 tahun berlalu, dan hari ini 31 ogos menjelang lagi. oleh sebab berada jauh dari tanah air, maka saya memang tak expect lah akan ada bunga api gergasi tepat detik 12 malam kejap lagi dekat luar tingkap ni. tapi disebabkan sebelum fly dulu dah kena pergi kem BTN, maka alhamdulillah masih terasa lagilah kehangatan ulangtahun kemerdekaan tanah air tercinta ni. hihi.

55 tahun yang lepas, Allah izinkan perjuangan tokoh-tokoh negara kita berbuah sesuatu yang sangat  bermakna. yaitu, kemerdekaan. turunnya bendera union jack dan berkibarnya bendera malaysia, jalur gemilang.

tung tang sana tung tang sini, belek lah buku teks sejarah, telusuri lah macam mana proses-proses nak mencapai kemerdekaan negara tu, memang bukan senang. memang penuh jerih dan payah, penuh luka dan darah. jadi memang wajarlah kita sebagai generasi yang dapat hidup aman damai dalam negara tercinta kita hari ini untuk memperingati tarikh bes ni. siap ada lagu lagi,

“tanggal 31..bulan lapan, lima puluh tujuh..

hari yang mulia, hari bahagia..sambut dengan, jiwa yang merdeka..”

SAMBUT DENGAN JIWA YANG MERDEKA.

menghayati nilai kemerdekaan dengan semangat patriotik akan membuatkan kita begitu menghargai martabat bangsa dan negara kita. tak lupa juga adat dan budaya asli negara kita.

tapi, kita, sebagai muslim dan mukmin, itu saja tak cukup. kita sepatutnya menghayati nilai pembebasan/kemerdekaan ini dengan semangat/kacamata tarbiyyah. yang mana seterusnya akan membuatkan kita begitu menghargai martabat agama kita terlebih dahulu, barulah diikuti martabat bangsa, negara, adat dan budaya asli negara kita.

jiwa yang merdeka, adalah jiwa yang bebas. Adalah juga jiwa yang TIDAK terikat dengan apa-apa corak, tuntutan mahupun atur cara agenda-agenda lain selain apa yang dipilihnya sendiri.

jadi haruslah, jiwa muslim dan mukmin yang merdeka, adalah jiwa yang bebas. Adalah juga jiwa yang TIDAK terikat dengan apa-apa corak, tuntutan mahupun atur cara agenda-agenda lain selain ISLAM dan IMAN.

jadinya, meraikan kemerdekaan dengan warna warni budaya barat, jahiliyyah dan kemaksiatan, bukanlah jiwa muslim dan mukmin yang merdeka. sebaliknya, dia masih terikat dengan corak, tuntutan dan atur cara agenda syaitan. padahal Allah kata,

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata

al baqarah 2:208

 

rasanya, tak perlulah kita bangkit-bangkit kan segala jenis gejala moral negatif yang kerap kali berpesta riang pada malam-malam sambutan kemerdekaan saban tahun. saya yakin, esok harinya, dalam buletin utama mesti keluar liputan apa yang berlaku malam sebelumnya tu. ada yang kena tangkap sebab lumba haram lah, seks bebas lah, jenayah lah, dan macam-macam. (eh, bangkitkan jugak. kata takmau. huhu) flip over saja lah rekod-rekod tahun-tahun sebelum ni. memang ada. ini bukan rekaan.

tapi jangan pulak kita fikir, yang pergi buat benda tu saja yang salah. yang pergi konsert count down misalnya – yang sorak sana sorak sini, berlaga tubuh lelaki dan perempuan, aurat dibuka, berjam-jam berhibur dan lalai dari mengingati Allah – walaupun dia tak lumba haram atau terjebak dengan seks bebas, eh dia pun sama salah. mungkin bukan di mata polis dan buletin utama, tapi di mata Maha Pencipta polis dan buletin utama tu sendiri. sebab benda tu pun tak sepatutnya berlaku dalam kalangan kita , KALAU, kita masih berminat untuk ada dalam senarai jiwa muslim dan mukmin yang merdeka. alahai maaf la straight to the point sangat, tapi inilah hakikat dan realiti.

:.

:.

tidaklah dikatakan bebas seorang hamba itu, kalau setelah dilepaskan pergi dia masih terikat dengan aturan/cara hidup bekas tuannya.

maka tidaklah dikatakan merdeka seorang manusia atau sebuah negara itu, jika selepas diberi kemerdekaan dia masih ‘terikat’ dengan cara hidup bekas penjajahnya. boleh jadi barat. boleh jadi, nafsu sendiri?

semoga ulang tahun kemerdekaan ini tidak kita raikan dengan warna warni budaya penjajah. baik penjajahan barat mahupun penjajahan hawa nafsu yang tak habis-habis minta disuapkan dengan tawa keseronokan. merdeka itu nikmat yang harus disyukuri dengan hati, lidah dan perbuatan. bukan dikufuri dengan jalan-jalan pesta keraian yang bercanggah dengan apa yang Allah tetapkan.

marilah wahai rakyat Malaysia yang beragama islam, dekat mana pun kita tengah duduk, siapa pun kita, baik yang di atas mahupun yang di bawah, marilah kita usaha kuat-kuat, supaya jangan lagi kita jadikan malam tanggal 31 ini, menjadi malam tertanggalnya iman dan aqidah umat, tertanggalnya pakaian-pakaian islam, tertanggalnya nilai-nilai islam, tertanggalnya aturan-aturan Allah, tertanggalnya serba-satu nikmat kesejahteraan. (ni baru cerita pasal malam merdeka, belum lagi malam tahun baru, malam-malam minggu, dll)

ya, ya..mungkin, kalau tak keluar celebrate merdeka nanti dikatakan tak cool, tak sporting. kalau tak join parti atau konsert nanti dikatakan ketinggalan zaman, kesian. kalau tak up to date dengan fesyen barat, nanti tak hebat, boring pula, kesian juga. tapi, alahai..tenang..,

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).

al baqarah 2:212

berimanlah dengan janji Allah ni. Merdeka ini, bebaskanlah diri dengan sebenar-benar bebas dari apa-apa yang selain dari aturcara hidup berlandaskan syariat sahaja.

sebagai beragama islam dan beriman, bagi kita sepatutnya, merdeka sebenar tak cukup hanya degan berkibarnya bendera. tapi mestilah dengan suci dan bersih dari sebarang bentuk perhambaan, ketaatan dan keterikatan kepada apa-apa kecuali Allah Yang Esa.

sebab dekat akhirat nanti, yang dikira bukan apa warganera kita.

tapi apa agama (cara hidup) kita masa dekat dunia dulu tu. hmmm.

wallahualam. hamba tulus menegur diri. maafkan ya (:

:.

Huda

*notakaki: ‘budaya barat’ yang disebutkan adalah merujuk kepada budaya yang bercanggah dengan nilai islam, contohnya  aspek hiburan, pakaian, dan apa-apa lagi lah yg berbentuk kemaksiatan (apa yg Allah kata jangan tapi kita buat, itu namanya maksiat. apa yang Allah kata buat tapi kita takmau, itu namanya kufur/ingkar). saya tegaskan hal ni kat sini sebab ada juga budaya hidup masyarakat barat yang tidak bercanggah dengan nilai islam. aman! (^_^)v

*antara penjajah besar yang sukahati ‘mentadbir’ umat kita sekarang ialah, penjajah bernama MALAS. #dush.

tak payah nak tarbiyyah sangat la kan.

bismillah..

setiap orang, setiap dari kita, ada harapan dan doanya masing-masing.

ada yang berdoa minta mahu dapat duit, ada yang mahu jodoh, ada yang mahu kerja bagus, ada yang mahu zuriat, ada yang mahu sambung belajar, ada yang mahu kerusi meja baru, ada yang mahu kereta baru, macam2 lah.

memetik kata-kata Ustaz Asri Zainal Abidin, sebenarnya bila kita minta itu semua, yang kita mahukan ialah bahagia.

ya. kita minta duit, sebab kita fikir, bila ada duit kita akan bahagia. kita minta jodoh sebab kita fikir bila ada pasangan kita akan bahagia. begitulah juga bila kita minta kerja bagus, minta zuriat, minta sambung belajar, minta kerusi meja baru, minta kereta baru, dan lain-lain. semuanya kita minta, sebab kita fikir bila ada benda tu, kita akan bahagia. (:

jadinya, bahagia itu ialah pemikiran, bahagia itu ialah di minda. bahagia itu, bermula dari sini *tunjuk2 dekat sebelah kanan kepala.hihi.*

kalau mahu bahagia, berfikirlah dalam rangka tarbiyyah.

“huh. tarbiyyah? yang orang nampak alim-alim, pastu ada ayat-ayat quran and ceramah-ceramah agama tu? aduh benda ni lagi. lately ni serious makin banyak orang mention pasal ni. tarbiyah, tarbiyah, tarbiyah. tak payah nak tarbiyah sangat la kan..”

yes. aha, yang itulah, tarbiyyah. mari sini nak cerita kenapa lately ni makin banyak orang mention pasal dia.

tarbiyyah itu ialah satu anugerah yg best. bila kita mula mampu untuk melihat semua benda yang berlaku dari sudut tarbiyyah, kita mesti akan mampu kecapi bahagia. yang real.

bila kita memandang perkara dari sudut tarbiyyah, imagine lah ya, kesukaran akan jadi pembakar semangat. kesenangan akan membuahkan syukur. kepahitan akan improve kekurangan kita, kemanisan akan melatih zuhud dalam diri kita. kita jadi optimis. kita jadi confident. kita jadi berani. kita juga akan jadi cantik, hihi.

sebab, ada banyak hujah-hujah dalam kitab suci yang kita akan yakini. misalnya bila Allah mengkhabarkan yang Dia tak akan menguji kita di  luar kemampuan kita. Atau bila Dia katakan bahawa kalau kita bersyukur, Dia akan lipatgandakan nikmat. Atau bila Dia katakan,
paling berjayalah orang yang menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan lagi, lagi dan lagi.

Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita kepada cahaya (iman) yang terang-benderang.

Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.

al hadid 57:9

dengan sentuhan tarbiyyah, kita yakini janji-janji ini. HANYA dengan sentuhan tarbiyyah. maka tak ada lah rasa takut, melainkan hanya kepada Allah.

bukan ke tu bahagia? yes. beruntunglah org yang mendapat tarbiyyah.

maka kecapilah bahagia itu, dengan mencari tarbiyyah.

:.

:.

Huda

42jam sebelum meninggalkan tanah air. eh, ada istilah ‘cuti raya’ ke dalam tarbiyyah?

Faith.

Bismillah..

Faith or iman.

What keeps you safe, is your faith in Allah.
With faith, good things wont make you kufur, bad things will make you syukur.
With faith, you fear nothing, but Allah.
With faith, pains and cuts hurt less.
With faith, you’ll always know where to go, what to hold on to. Always. Never a second, ur helpless.

With faith, a dark past makes you learn and improve, while a bright one makes you be more careful and of course grateful.
With faith, u feel all the time happy. Because u’d husnu zhon. In everything, especially in Allah himself.

With faith, tomorrow without the long awaited one is a chance of increasing taqarrub illallah. And tomorrow with a granted wish, is a huge bless, which later u’d be careful not to went too excited about it (zuhud).

With faith, everything is possible.
And you, if you read this – that includes FORGETTING YOU. (:
:.
:.
Its hard. But Allah is the greatest planner.

(:

Huda
Ambang.1.syawal.2012
*aidilfitri di kampung halaman. Syukur. Allah..kurniakan aku ketenangan. To be back to square one is a huge tribulance to my little fragile heart.*

20120818-183134.jpg

bagi yang sedang lelah berjuang

bismillah

bukanlah namanya mendaki gunung, kalau lelahnya tak terasa, lenguh nya tak menggigit, calar segaris pun tak ada, luka sejalur pun tak nampak. bukanlah namanya mendaki.

sebuah perjalanan panjang yang di hujung hentiannya itu manis, TAK AKAN dapat dikecap manisnya kalau tulang-tulang kaki berat nak melangkah, atau pun tulang dua kerat tu berpatah balik di setengah perjalanan. masih ingat peristiwa 1 muharram?

Yang Maha Hidup dan Maha berdiri itu menjanjikan pengakhiran yang sempurna kepada jiwa-jiwa yang betul-betul MAHU menuju kesempurnaan dalam agamanya. tapi, hendak menyulam sabar dan taqwa dalam lembaran sebuah kain bernama “kehidupan” itu LANGSUNG TAK MUDAH. dan banyak pula alasannya,

payah lah,

susah lah,

lupa lah,

tak berkesempatan lah,

tak tahu lah,

tak cukup support lah,

tak sengaja lah,

macam-macam lagilah. Dan akhirnya, menjadilah lembaran itu kosong tak berhias, lalu satu masa nanti, di tengah hamparan sebuah padang luas bernama masyar, kain kosong itulah yang kita persembahkan pada Raja Yang Satu. yepp, after have been given this and that macam-macam nikmat, datang balik bawak kain  kosong je. malu kan?

Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya.

Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri,

meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya (surah al qiyamah: 13, 14 & 15)

ya benar, susah. ya benar, payah. sulit sungguh. tapi, cubalah.

kalau gagal? cuba lagi.

kalau gagal lagi? cuba lagi. dan lagi. dan lagi.

sampai bila?

sampai mati.

hidup ni memang perjuangan. setiap sisi setiap penjuru, selagi bernafas dan selagi nadi tick tack tick tack (macam tu ke  bunyi nadi?hoho) selagiitulah bertubi-tubi berkali-kali badai datang. time nak jadi baik tu lah paling banyak nya ujian, datang melambat-lambatkan tulang kaki untuk melangkah lari jauh-jauh dari lubuk kegelapan. kesian kan?

ya, tapi jangan lupa, Allah tu Maha Mengasihani. Penuh kasih sayang. Dia akan tolong. Dia sedang tolong. Dia sedang mengangkat kita bangkit. saya, awak, mahupun umat ini seluruhnya.

kenapa berlemah-lemah dan hilang asa?

.

.

Huda

entahlah saya pun tak tahu apa yang saya repekkan ni. yang pasti, ada cinta sedang berusaha dituai dalam merepek-repek ni.

cinta. dan kehambaan yang letaknya puncak segala KEBEBASAN.

*ramadhanIS.LEAVING.i.hate.SAYING.goodbye*

**semakin lama semakin jiwang pula hamba ni hui2**

jangan main-main dengan futur.

Bismillah..

ada virus taun melanda, misalnya. menyerang sesiapa yang tak bekisah pun nak ambil langkah jaga-jaga, sesiapa saja, tak kiralah dia orang kaya atau dia sederhana2 saja. Dia tua ke, muda belia ke, tak kira.

Rasanya, cuma orang tak siuman saja yang takmau/malas nak berjaga-jaga. Orang lain semuanya punyalah risau, hati-hati, dia selamba je. Masih bahagia dengan hidup dia, kesana kemari tak peduli pun orang kecoh sana sini.

Ok itu contoh situasi. Nanti saya akan jelaskan apa kaitannya dengan hal yang saya nak bebelkan ni.

Sbelum tu,

“fattaqullaha mas tato’tum..” (at taghabun:16)

Maksudnya, takutlah kepada Allah sebanyak mungkin!

jadi. kita tahulah, andai hati jadi keras, sepi dan menjauh dari Allah, itu bukan benda best. Setuju?

tahukah kita, apa benda nya futur?
Yang pastinya dia lebih menakutkan dari virus taun.

Futur tu apa? Itulah merundum iman. Ibadah jadi tawar. Yang wajib asal settle je, yang sunat langsung malas.

Fasa yang, menakutkan. Melesukan hati, memalapkan sumbu iman, menghilangkan kilauan-kilauan islam. Mematikan hati. Menjauhkan seorang hamba, dari Tuhannya Yang Maha Memegang ubun-ubunnya. Bahkan menguasai dan memiliki segala satu macam khazanah alam dunia ni.

Lagi sekali, jadi kita tahulah, andai hati jadi keras, sepi dan menjauh dari Allah, itu bukan benda best. Setuju?

Maka fattaqullaha mastato’tum..”

takutlah kepada Allah, takutlah kepada kefuturan, dengan sebanyak-banyaknya!

Yang pasti, bukan relax steady je. Confident je yang dia akan selamat, hoho bukan.

cuma orang tak siuman saja yang takmau/malas nak berjaga-jaga. Orang lain semuanya punyalah risau, hati-hati, dia punyalah selamba je. Masih bahagia dengan hidup dia, kesana kemari tak peduli pun orang kecoh sana sini.

:.

Futur itu ancaman kepada sesuatu yang bahaya.
Jangan malas untuk ambil langkah jaga-jaga.

:.
Huda
ramadhan & lailatulqadr. Hati tamakkan keberkatannya. Tapi sayang, tubuh ‘jual mahal’. Lagi tamakkan selimut & katil empuk.
T____T

pembebasan.

Bismillah..

MACAM MANA KALAU,

“ok dengar sini semua. hujung tahun nanti, semua yang ada kat sini akan dimasukkan ke dalam between dua tempat je. Samada korang akan meringkuk dalam penjara, xde letrik xde aircond xde internet xde katil tilam bagai, xde. ada torture je. atau, korang masuk banglo mewah yang bes tu. semua yang korang nak semua ada. And tu semua depend pada macamana korang perform sepanjang tahun ni lah.”

“eh jap. Dia cakap kat sini, tapi, ada satu tempoh ni, pihak management offer ‘pembebasan dari penjara’. Errr, hmm let’s see, dia cakap, kalau korang nak appeal ke nak rayu ke apa ke supaya nama korang straight away di-outlisted-kan dari penjara, masa tempoh tu korang boleh. Kiranya, kalau korang guna betul2 tempoh tu, ada peluang untuk nama korang takkan termasuk kat dalam list orang yang masuk penjara la. faham ke? Sebab sekarang kan korang semua tak sure lagi korang ni ke mana nanti. Ha so, gunalah tempoh tu baik2. Good luck.”

:.

ramadhan itu ada 3 fasa.
Fasa akhirnya, lailatul qadar dan pembebasan dari api neraka.
*by the way, yang di atas tu ialah analogi ya*

:.
huda
19 Ramadhan.