Sedangkan api pun menjadi bardan wa salaman, yakinlah.

Auzubillahi minasshaytannirrajiim

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?

Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”

Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Al Baqarah :214

:.

Nah. Bilamana sang pencipta sendiri menyebutkan, bahawa akan sampai satu saat itu, golongan manusia yang tinggi iman dan keyakinannya juga akan lesu dihinjak satu demi satu rintangan. Hingga terpacul akhirnya dari mulut mereka, “Bilakah datang nya pertolongan Allah?”

Betapa di dalam hidup ini, kesulitan itu sepertinya halaman yang berumput. Seratus kali dicantas, seratus kali lah dia tumbuh semula. Susah dan senang itu, datang dan pergi. Hadir dan hilang. Dekat dan menjauh. Tenggelam dan timbul. Ahh..begitulah sunnah hidup.

Lebih lagi kalau hidup itu, katanya mahu memikat Allah. Mahu mencari redha Allah. Mahu berjihad, berjuang. Sah sah lagilah memang akan extra pahit sikit rintangannya. Maklumlah. Syurga tu mahal. Exclusive.

Tapi, itulah. Jangan mudah berhenti. Sejenak luntur semangat tu maybe boleh diterima. Iman tu kan yazid wa yankus. Turun dan naik. Kita manusia. Hidup di zaman fitnah dajjal pula tu.

Tapi jangan sampai berhenti.
Kerana apa? Mudah saja. Kerana bila mana para rasul dan orang beriman yg bersamanya bertanya di manakah pertolongan Allah? Allah menjawab sesungguhnya pertolongan Dia tu tersangat dekat. (:

Selidiki sirah. Masih ingat kisah nabi ibrahim nak kena bakar tu? Bayangkan api, yg sifatnya panas dan membakar tu pun boleh jadi bardan wa salaman ala ibrahim (dingin dan menyelamatkan) ke atas ibrahim. Dah last minit dah tu. Allah kirimkan pertolongan Nya. Hatta, fitrah alam pun berubah lalu menjadi tenteraNya. (:

Jangan berhenti. Bangkitlah semula. Pertolongan Allah itu sangaaaat hampir.

:.

Huda
“Jika kamu bersyukur, pasti Aku akan tambahkan untuk kamu..”
image