Ketakutan itu menyelamatkanmu.

Mungkin bagi yang berumah di tepi pantai, mereka fasih benar dengan bahasa ombak. Pukulannya. Hentamannya. Hempasannya. Badainya. Pasang surutnya. Ributnya, dan bermacam lagilah.

Seperti itulah kehidupan. Bagi yang hidup di tebing berliku, yaitu mereka yang seluruh masa dan tenaganya diikrarkan untuk berjuang mendapatkan kejayaan yang abadi, maka memang sah lah lutut dan sikunya berkali-kali terhantuk, sakit, pedih, lalu luka berdarah.

Menakjubkan sungguh bagaimana Allah menawarkan dan menyediakan jalan keluar serta penyelesaian dari ribut kesulitan, melalui lorong TAQWA.
Tapi lebih menakjubkan lagi ialah bagaimana manusia yang lemah lembik itu, TIDAK mahu memilih lorong itu.
..

Allah janji, Dia ganti.

semasa kecil mama n papa selalu pesan, kalau mahukan something, minta. Jangan ambil senyap-senyap. Jangan curi.
Minta pula, minta lah elok2. Kalau duk guling2 campak selipar dalam longkang, rebel, dapat cubit ade la. Heh. #truestory.

Nak katanya, kalau nak something, buat perangai elok2 sikit. Dengar kata. And yang paling penting kalau tak dapat tu, kena sabar.

Dengan Allah, kalau ada sesuatu yang kita nak sangat2 tapi sebab benda tu haram dan kerana takutkan Allah lalu kita tinggalkan, Allah PASTI akan berikan kemudian dengan cara yang halal, bersama redha Nya, plus lebih baik pula dari apa yang kita nakkan tadi.

“sekiranya Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hati kamu, Allah akan menggantikan apa yang telah diambil dari kamu dengan sesuatu yang lebih baik”
Al anfal ayat 70

Allah berjanji.
Tapi menakjubkan, manusia tidak peduli.
Manusia terus menurut lapar nya lalu meragut nikmat yang bukan haknya itu dengan rakus, dikunyahnya sehabis mulut, tanpa malu tanpa silu.
Menakjubkan.

Kita sudah mahu patuh, tapi tetap digoda hingga lemas. Kenapa?

Menahan diri dari menelan nikmat di depan mata yang bukan terhidang untuk diri, bukan senang. Tambahan lagi bila perut berkeroncong.

Menahan kaki dan tangan dari mendapatkan imbalan keseronokan, kepuasan dan keseronokan melalui jalan yang dilarang Allah itu, bukan senang. Malah kepayahannya berganda-ganda bila sang nafsu dan syaitan terus-terusan membisikkan kata pujuk rayu.

“Eish rimas lah! Aku nak jadi baik, berhenti ganggu aku boleh tak?!?..” diri menempelak.

Terbayang taring hodoh sambil terkekek-kekek si syaitan, “hihi, marah ke sayang..”

(Hm. kuat berimaginasi budak ni)

Pasti ada dari kalangan kita yang pernah rasa macam ni.

Lemas dan tercungap-cungap sudah melawan arus nafsu, tapi nyatanya semakin hari, tak berkurang kadar dugaannya. Tak henti-henti diasak. Bertubi-tubi, dari sejuta macam paksi dan penjuru. Semakin jelita menggoda-goda segala macam jenis nikmat dosa tu. ALLAHu.. Kenapa?

“apakah manusia mengira bahawa mereka tidak akan (lagi) diuji hanya setelah mereka mengatakan mereka telah beriman?”
Surah al ankabut ayat 2

 

Rasakan ‘tempelak’ Allah pula, hoho.

Sekali manusia berikrar untuk taat pada Allah sebagai lambang iman hakiki, berkali kali lah pula manusia pasti akan diduga imannya itu. Berkali kali menjadi sasaran syaitan. Kerana apa? Kerana darjatnya sedang diangkat oleh Allah melalui jalan jalan ujian itu..

Menakjubkan, Allah menyelit seribu satu bentuk kasih sayang Nya meskipun dalam kepahitan yang menikam.
Namun lebih menakjubkan, manusia berburuk sangka dengan Tuhannya yg Maha penyayang antara yang penyayang.

Jalan keluar, dengan taqwa.

Inilah hakikat jalan hidup yang amat panjang.
Untuk menghadapi pahitnya dugaan iman, Allah menawarkan kunci.

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memberinya jalan keluar..
Dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka..”
Surah at talaq ayat 1 dan 2

Wahai manusia, takut lah kepada Allah. Takut itu membantu mu. Takut itu membuka jalan bagimu. Takut itu bekalan untuk dirimu, kerana hutan semak samun kehidupan ini tak mungkin kamu dapat redah membuta tuli tanpa ada yang memandu langkahmu.

Lagipun. Allah itu memang satu satunya yang berhak ditakuti. Tidak ada yang lebih besar dan berkuasa dariNya.

Tapi, menakjubkan.
Manusia itu lebih takut pada hausnya kerongkong nafsu. Lebih takut pada berdarahnya jantung kerana sakit menahan keinginan dan kemahuan diri (yang salah). Seolahnya, itu pula yang menghidupkan mereka. Walhal, ceteknya kepuasan diri tak sedikit pun mampu membahayakan sesiapa sebenarnya. KALAU, seseorang itu mengerti bahawa dia itu hamba siapa.

“Sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah”.

Taqwa itu bagaimana?

Lambang ketakutan pada ilahi itu tercorak pada cara hidup dan tingkah seorang mukmin. Dan ada, Allah gariskan. Ada.

“Yaitu orang yang beriman dengan perkara ghaib..
Dan dia menunaikan solat..
Dan dia meletakkan harta nya di jalan Allah..
Dan dia beriman dengan kitab kitab Allah..
Dan dia yakin dengan hari akhirat..”
Surah al baqarah ayat 2

beriman dengan perkara ghaib, tandanya ialah, seseorang itu sepanjang masa bertindak mengambil kira apa yang dia tidak nampak dengan mata, tetapi Allah sebutkan bahawa ia ada. Malaikat. Syurga. Neraka. Malah Allah itu sendiri. Segalanya yang ghaib, tapi Allah menyebutkan ianya ada.

Menunaikan solat.
Pekerjaan yang dari kecil kita semua dah biasa dengar, dan inshaallah juga kita buat. Tapi ‘yuqiimussolat’ itu lebih dari sekadar menunaikan. Ok jum kita twist2 bahasa arab sikit. Pernah dengar perkataan qiyamullail? Maksud dia, qiyam: bangun. Lail: malam.
Pernah dengar perkataan hari qiyamat? Qiyamat: kebangkitan.
Jadi yuqiimussolat itu berlegar sekitar situ jugalah. Mendirikan. Membangunkan. Membangkitkan solat itu, di dalam kehidupan. Sedar tak betapa besarnya makna perkataan itu? Nyata, lebih dari sekadar gerak geri duduk bangun and salam kiri kanan.

Menginfakkan harta di jalan Allah. Maksudnya membelanja kan, menggunakan, menghabiskan, harta/sebarang bentuk milikan bagi manfaat agama Allah. Tak kiralah harta berbentuk duit atau selain darinya. Belanjakanlah. Jangan kedekut dan berkira. Kerana akan tiba hari di mana,

“harta dan anak pinak tidak berguna lagi, kecuali orang yang datang dengan hati yang sejahtera..”
Surah ash shuara ayat 88

Seterusnya ialah beriman dengan kitab kitab Allah, yakni mempercayai, mempelajari dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam alquran. Dalam semua segi. Baik daripada bagaimana hendak menggubal undang2 negara islam, hiinggalah kepada bagaimana nak membuat roti canai.

Dan akhir sekali, yakin dengan hari akhir. Yakin maksudnya adalah percaya hingga membuahkan tindakan, mempengaruhi pemikiran dan melahirkan ucapan (hah tunggang terbalik dah susunan, sori.) Seseorang yang mendustakan hari akhirat ialah dia yang semasa hidup nya berbuat suka hati, seolah dia tidak akan disoal atau dipertanggungjawabkan atas setiap inci perbuatannya.

apakah manusia mengira, bahawa dia akan dibiarkan tanpa dipertanggungjawabkan?”
Surah al qiyaamah ayat 36

 

Jadi, itulah orang yang bertaqwa. Itulah, orang orang yang dia benar benar takut pada Allah.

Lain dari itu, takutnya palsu. Dusta.

 

Menakjubkan, bagaimana Allah menawarkan bantuan sejak di dunia lagi, agar kita selamat hingga ke akhirat.
Lebih menakjubkan, sedikit sekali hambanya yang benar-benar mennghargai..

“dan sedikit sekali hambaKu yang bersyukur..” -Tuhan

 

Bertaqwalah. Jalanmu mungkin akan terus berliku. Namun Tuhanmu pasti akan memimpin. (:

:.

♥ Huda
Demi janji Tuhanmu yang maha pasti, bertahanlah.

saf kita

saat tangkai jantung seakan menggeletar,
menahan ribut kehidupan.
saat bahu terasa direntap,
oleh rakusnya tangan nafsu.
saat kerongkong hampir berdarah,
memujuk hati yang dihentam pedih dan perit nya duri perjuangan,

saat dada sempit,

saat turun naik nafas mu berombak penuh kasar

saat itu lah,
aku ingin sekali hadir di sisi mu,
mengucapkan satu potong ayat,

yang mengembalikan dirimu pada hakikat kehambaan,
yang memujukmu dengan indahnya janji Tuhan,
yang mencuitmu dengan manisnya sentuhan iman,
yang memimpin langkahmu, kembali ke satu landasan,

sayangnya, aku tidak punya kekuatan itu,
sayangnya, aku juga seorang insan,

yang jantungnya juga menggeletar di dalam ribut kehidupan,
yang bahuya juga sering direntap oleh kerakusan nafsu,
yang kerongkongnya juga puas bernanah dan berdarah memujuk hati sendiri,
yang dadanya juga acap kali sempit berombak kasar,
itu lah juga aku.

namun indahnya ukhuwah ini,
kerana ukhuwah ini dipintal dan disimpul iman,
disulam dan diwarnai aqidah,
disemai dan disubur oleh cinta dari Yang Esa,

maka pasti,
ribut kehidupan itu,
nafsu rakus itu,
duri perjuangan itu,
dan ombak kasar itu,
akan kita harungi, gagah..
di dalam satu saf yang AKAN KITA PERTAHANKAN hingga mati
berkiblatkan satu arah,
bertalikan satu kitab, satu sunnah,
dan berpenghulukan satu insan agung (muhammad saw),

hingga kaki kita ini,
berpijak di dipan syurga,
dengan hati yang sejahtera.

:.

♥ Huda. 6/11/2012

16 hari sebelum terbang ke tanah air. dan masih, bergelut dengan imtihan terakhir. *tapi sempat lagi tu buat kek c

 

Tenanglah. Ia pasti akan mudah. (:

Bismillah

Lama sungguh tak update. Dulu janji pada diri nak istiqomah update, biar pun sebaris dua. Tung tang tung tang dibadai kesibukan sket, exam sket, program sket, kerja itu ini sket, dah melayang ke mana janji pada diri tu…aaaa

Kononnya beli tablet sebab nak rancakkan karya menulis. Pun sama. Feeuuyyy melayang layang ke mana sudahhhh

Ok maafkanlah bebelan itu. Smemangnya betapa lemahnya kita ni, manusia. Nak penuhi janji pada diri pun susah. Sigh.

Anyway. Esk paper ketiga peperiksaan akhir tahun. (Baca: final exam). Aaaand malam ni saudari insomnia datang ziarah. Lama tak jenguk katanya. (Amboi hebat benar berimaginasi budak ni)

Memandangkan ada ‘tetamu’ ni, plus, semenjak dibadai dengan kesibukan ni bermacam corak ragam pula likuaan kehidupan (dugaan) yang kena lalu, maka marilah nak share benda ringkas. Ringkas sangat ni, amaran ya. Lepas baca ni jangan menyesal pulak, “hekeleh benda ni aku pun dah tahu..”

Heh.

Apa apa je lah.

Benda apa?

Hmm. Sepotong ayat yang diulang dua kali. Nak teka?

Tak payah la teka teka. Lambat. :p

“Fa innama’al ‘usri yusra. Innama’al ‘usri yusra”

Kita go through satu satu.

Fa – maka. Perkataan yang sifatnya ‘konfem’. Bila kita jumpa perkataan ‘maka’, sila maklum, bahawa CONFIRM sesuatu akan menyusul.

Inna – sesungguhnya. Oh yang ni simple je. Sifatnya macam “SERIOUSLY”

So bila bergabung tenaga dengan ‘fa’  tadi, yang sifatnya confirm tadi tu, jadinya nak kata, memang sangat sangat betul benar dan benar lah tu.

Benar apanya? Haa ni la nak cerita.

Ma – bersama. Merujuk pada position sesuatu. Bersama. Bukan sebelum. Bukan selepas. Bukan dekat2, bukan hampir2. Tapi BERSAMA. Melekaaaat betul2. Sentiasa ada. Kemana saja. Macam kembar siam.

Apa yg bersama nya? Ye..ni la nak cerita kasi habis ni.

‘al ‘usri – satu kesusahan. Satu ye. Sebab ada ‘al’ situ.

Yusra – kesenangan. Kalini, bukan satu. Tapi banyak.

..
..
Jadi. Eloklah kalau kita go through seluruh ayat ni, kalini dengan menghayati makna di sebalik setiap satu kata itu.

Maka
Sesungguhnya
Bersama
(satu) kesusahan itu,
ada nya (banyak) kesenangan.

And and.
Allah ulang DUA kali ayat ni dalam surah as syarh.

What do u think? (:

Tenanglah.
Kekal tabah..
..
..

image

-Huda