Allah tak uji dia, melainkan sebab dia mampu.

Semua orang dah balik, dia terduduk.

Sunyi.

Kosong.

Azan berbunyi, dia masih ada wudhuk. Sejadah pun masih terbentang. Jadi dia ambil position.

Dia pejam mata rapat-rapat,  rapatkan rahang. Cuba menahan benteng sebak dalam dadanya.

Ok, dia angkat takbir, dia baca segala yang perlu. Kerut-kerut dahinya, tahan, masih bertahan. Masa tu, seluruh tubuh dia dah macam menggeletar, dah semakin melemah. Mahu saja dia rebahkan diri ke katil lama-lama..tapi kena lah solat, dah azan kan.

Susahnya fikiran dia nak khusyuk. Agh. Paksa. Dia paksa. Ingat Allah. Kan tengah solat tu. Ergh!

Habis al fatihah, dia baca surah al baqarah ayat 286. Sambil tu, dia jiwai betul2 setiap makna ayat tu.

Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yg dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya. Mereka berdoa, ya tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami lakukan kesalahan. Ya tuhan kami, janganlah kau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana engkau bebankan orang2 sebelum kami. Ya tuhan kami..

Dia terhenti. Air mata dah macam hujan lebat yang melanda pantai timur baru-baru ni. Fuh.

Tahan. Dia bertahan. Dia kena habiskan..

Ya tuhan kami..janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami. Ampunilah kami. Dan rahmati lah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang2 kafir..

Selesai, dia rukuk…
Dan akhirnya masa sujud, dia tak dapat balance badan dia lagi. Dia tersungkur (nasib baik still dalam position sujud yang betul) dan menangis puas-puas dalam sujudnya..

..

..

Itulah. Kisah dia untuk hari itu.
Dan dia terus begitu for the next rakaat, and even for the next prayers.

Tapi. Lebih elok dia begitu. Menangia merintih pada Tuhannya. Daripada dia menangis merintih pada anak kucing mcm yang dia selalu buat dulu, hoho.

Ehm.
Doakanlah Allah bagi dia kuat. Doakanlah, Allah memudahkan untuk dia, urusannya dan perasaan hatinya. Doakanlah..Allah masih sudi mengubah apa yang baru dia dengar tu. Allah kan powerful (:

Dia ni budak lagi ni. Mentah lagi. Banyak lagi yang kena dia belajar.


Huda
“Ukhti. Jangan give up. Belum masanya untuk give up. Perjalanan kita masih panjang. And im sure there is something really good He prepares for us behind all these. May Allah grant us strentgh and calm..inshaallah, everything will be finee. (: “

Sayang, aku datang #7

Bismillah

Tentatif dah keluar. Padat dengan misi. Sepanjang 4 hingga 8, akan turun ke lapangan kerja. 2 dengan 9 tu out la, perjalanan je tu.

Ya allah, kau berikanlah aku ni kekuatan. Ni haa muscle2 ni ha, kasi tahan. Stamina ni, kasi kuat. Bagi lah aku chance utk berbakti sehabis-habis nya, huhu please Ya Allah..

Makin dekat dengan tarikh ni, makin tak tentu pulak rasa dalam hati ni. Berdebar. Tak sabar. Rindu. Takut pun ada. Confuse pun ada *tu la, sape suruh tak pergi briefing semalam*

Seriously, allowance baggage berapa ni?

Apa-apa pun, aku hanya berharap, diberikan kekuatan untuk extract sebanyak-banyak nya ibrah, yang kemudiannya menggerakkan hati dan anggota ni pula. Paling aku takut, ialah pergi dan balik tanpa any perubahan/pembaikan. Worse, kalau jadi makin teruk. Oh ya allah, ya allah…

Please. Please help me.

Labbaika
Labbaika ya aqsa.
Walaupun actually sekelumit pun kita tak dapat nak pasti lagi akan keberangkatan ini,
Labbaika ya aqsa.
Allahuma ameen..

image


Huda
Semalam. Hmmm. Letme just give up on yesterday for a while. (‘:

sayang, aku datang #6

bismillah..

tak pasti apa yang akan berlaku esok. tak ada siapa yang pasti. even, apa yang akan berlaku sekejap lagi pun, tak ada siapa yang boleh pasti.

Sekelip mata Allah boleh twist dan tukar. apa yang kita plan, Dia boleh cancelkan, atau ubah2 sikit, atau ubah2 banyak, atau perbaiki sikit, or maybe perbaiki banyak..aaaa, terpulang pada Dia. Hak dia.

tapi kita kena terus dan terus berdoa, jangan putus-putus minta dari Dia.

empat hari lagi.
tak pasti, apa benar aku akan sampai ke sana. tak ada siapa yang pasti. walaupun tiket flight dah ada, tentatif segala dah ada, tetap..tak siapa pasti.

aku cuma harap sungguh-sungguh, hadir ku ke sana, bermanfaat untuk ummat.

in the mean time, baik aku start packing. hehe.

eh, egypt air punya baggage allowance 23kg kan?


Huda
actually, hari ini, hari penting juga untuk aku.
semoga dimudahkan segala urusan. ameen ya mujib..

aku teringin

aku teringin sekali untuk menangis.
tapi aku lihat di sekelilingku, lebih ramai yang lebih lebih layak dan berhak untuk menangis, namin mereka memilih untuk tersenyum dan ketawa.

aku teringin sekali untuk ketawa gembira.
tapi aku melihat, lebih ramai yang lebih lebih layak dan berhak untuk tersenyum dan ketawa gembira, namun mereka memilih untuk menangis.

yang dimaksudkan dengan ‘lebih berhak untuk menangis namun mereka memilih untuk tersenyum ketawa’ ialah mereka yang hidupnya begitu, teramat, sukar. namun mereka tenang dan kekal bersangka baik dengan Allah, mereka meneruskan hidup dengan yakin dan kuat. contohnya, mereka di Gaza.

yang dimaksudkan dengan ‘lebih berhak untuk ketawa namun mereka memilih untuk menangis’ ialah golongan yang dijanjikan Allah kemenangan dan kebahagian, mereka istiqomah dalam amal mereka, mereka menegakkan makruf dan meruntuhkan mungkar. namun mereka menangis menagih keampunan dari Allah tidak henti-henti. contohnya, banyak. tapi aku suka, saidina umar.

ok, tata.


Huda
“dan sedikit sekali hambaKu yang bersyukur..

Sayang, aku datang. #5

Bismillah..

Semakin hari, semakin tak lena tidur aku. Aku kira-kira hari, aku pangkah-pangkah kalendar dalam tablet ni. Aku takut. Ya, aku takut. Tapi aku tak tahu, atas dasar apa Allah masih meneguhkan hati aku ni. Aku masih mahu ke sana, sungguh-sungguh, aku mahu. Berpeluh jugak hoii memperluruskan niat, yang aku sumpah, berjuta kali terpesong terbengkok. Malah masa tulis entry ni pun niat dah berbolak balik. ):

Tapi aku teruskan juga. Manalah tahu, ada hati yang tersentuh membaca ni, mudah2an aku dapat pahala juga kan.

Semakin hari, semakin tak senang duduk. Email aku cek sentiasa. Takut2 ada update dari aqsa syarif. Lagi2 tentang keadaan di mesir yang mungkin akan sebabkan misi ni ditunda, bahkan mungkin dibatalkan. Ya allah. )’:

Harini, aku dah lengkapkan segala borang yang dikirim. Wasiat dah diisi. First time aku buat wasiat, huhu. Surat surat cinta habis dah dikarang. Manalah tahu, aku pergi tak kembali, adalah juga ucapkan tata dekat orang tersayang kan. Vest dah pilih saiz. Aku mintak s, ukuran bahu 13-14 inci. Ye, aku ni kecik je orangnya. Tak faham kenapa aimi suka offend aku kata aku gemuk :p

Segala persiapan akan terus dan terus dibuat. Tapi, serious, aku masih tak pasti walau sekelumit pun, yang aku ni akan ke sana. Sebabnya, aku tak tahu apa benar Allah akan pilih aku. Aku tengok artis yang pergi tu, (ni kalau korang follow buletin aqsa syarif, korang tahu lah siapa artis yg aku maksudkan ni) dia balik dari sana, subhanallah, begitu dasyat semangat juangnya. Aku mendoakan dia terus berjuang dan masuk syurga. Best jgk kalau dkt syurga ada artis ni, kan. Hehe.

Aku?
Aku tak tahu. Aku tak tahu apa yang allah tuliskan dan rencanakan untuk aku.
Aku cuma mahuu…bertemu cintaNya, kemaruk cintaNya, mabuk cintaNya, hingga aku meluru mahu sakit dan mati demi cintaNya. Seperti, mereka yang di sana tu. Allahu..

Mana aku nak cari lubuk cintaNya tu?
Entahlah. Kalau di sana ada, maka,
Allahuma balighni bi ghazzah ya mujeeb. (‘:


Huda
Dulu aku pernah bercita2 mahu jejak mesir. Tapi untuk tujuan yang lain. Ah, itu dulu. Ini sekarang.

sayang, aku datang #4

bismillah

terima email,
missions are rescheduled.

tak lama kemudian,
terima mesej dari Dr Hafidzi, pengerusi aqsa syarif.

baru dpt maklumat. mesir akan ada referendum pd 15 dan 22 dis. kesan pd laluan ke Rafah. harap dpt gambaran jelas menjelang esok. insyaAllah. doakan yg terbaik.”

tunda?
batal?
allahumma balighna bi ghazzah, wa bil aqsa. ameeen ya rabb..

image


Huda
orang di sana hafaz alquran. aku ni juzuk amma pun tak abis. macamana nak gi sana.

sayang, aku datang #3

bismillah

di mana lagi di wajah bumi ini,
tempat,
yang tanahnya sendat padat dengan jiwa-jiwa yang berjuang untuk agama Allah,
yang tanahnya telah mengalir darah beribu-ribu syuhada,
yang langitnya terus-terusan bergema laungan jihad,
yang langitnya dijunjung oleh berjuta pejuang agama,
yang siang malam nya menyaksikan hati-hati yang hidup mati hanya kerana Allah.

di mana lagi di wajah bumi ini,
tempat,
barokah seperti itu?

dan layakkah aku ini,
untuk ke situ?

allahu allah..
balighna bi ghazzah ya allah..


Huda
apalah agaknya yang Kau tuliskan untukku. (‘: