DONT GIVE UP.

bismillah..

kadang-kadang, Allah memang sengaja “freeze” kan sebarang bentuk usaha lain,

Dia matikan ilham, Dia tak hadirkan siapa-siapa, Dia tutup ikhtiar dan jalan..supaya, kita belajar untuk kembali bertawakkal dan berusaha HANYA  kepada Dia saja.

Apabila kaki dan tangan seakan diikat dan ditambat, kaku, jangan lupa..Bahawa hati dan lisan masih bebas untuk berdoa dan merayu sebanyak-banyaknya kepada Dia.

Jangan berhenti dari terus berharap dengan pertolongan Allah. Sedangkan matahari dan bulan pun Allah yang alih dan ubah, inikan pula hati manusia. Mudah bagi Allah yang Maha Perkasa, amat mudah. Dan ditambah pula dengan Maha Pemurah nya Dia, ahh..itu yang kamu kira, sudah tidak ada harapan? masih besar sebenarnya, masih terlalu besar dan hampir.

Kenapa berhenti meminta?

Jangan. Hanya orang yang kafir sahaja, berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah (surah yusuf ayat 87)

Kenapa berputus asa?

Usah. Kerana jika Allah menolongmu, tidak ada sesuatu apa pun yang dapat mengalahkanmu (ali imran ayat 160)

Kenapa gelisah dan bimbang?

Tenanglah.. Bersama setiap kesukaran itu, pasti, ada pelbagai kemudahan yang menanti di balik tirai (surah as syarh ayat 5 & 6)

la takhof, wa la tahzan. innallaha ma ana..

la takhof, wa la tahzan. innallaha ma ana..

 

Huda

tidak ada jalan yang tertutup, jika kamu melangkah bersama Allah.

kembalikan segala urusan kepada Dia dengan jujur, dan Dia akan kembalikan segala urusan mu kepada dirimu dengan indah.

siapa kata pergi Gaza akan jadi lebih baik?

bismillah..

Dalam hidup ni, tak ada benda yang mudah. Apatah lagi, kalau nak jadi muslim yang lebih baik, sah-sah la tak ada shortcut.

Siapa kata pergi Gaza akan jadi lebih baik? Amboi. Ingat bumi Gaza tu macam food processor ke? huhu.

Tanpa usaha berterusan, keinginan dan azam tekad yang kuat, pergi lah ke tanah mana sekalipun..hatta ke Mekah Madinah lima enam kali sekalipun, tidak ada apa  yang percuma-percuma akan mengangkat kita menjadi muslim yang mukmin yang lebih baik sekembalinya.

Kalau lah, dengan ke tanah jihad Gaza itu, insan boleh auto-auto jadi lebih baik, lebih beriman dan lebih bertaqwa, haa kumpul sajalah 6k, kemudian pergilah. Selesai. *6k je? rendah nya nilai sebuah pembaikan.*

Tidak, ya. Tidak sama sekali.

Dalam agama ini, tidak ada  yang automatik2. Semuanya manual.

Bayangkan situasi seorang yang mahu ke Gaza dengan niat tulus untuk menemui cinta ilahi, mahu berjihad. Dan ya, bayangkan, di sana dia memang temui cinta ilahi. Banyak ibrah dia dapat, banyak ilmu dan tarbiyyah dia peroleh. Tapi, kalau baliknya itu dia goyang kaki dan hidup dengan cara lama, jangan mimpilah cinta ilahi tadi tu akan stay and applied dengan semulajadi. *wa nauzhubillah*

Allah mengajar kita untuk mencari pembaikan, meragut, mencapai, mengejar, menyimpan dan memelihara pembaikan diri itu. Dalam kata lain, Allah mengajar kita berusaha untuk dapatkan hidayahNya. walaupun ya, man yahdihillahi fa la mudhillalah “sesiapa yang Allah hendakkan hidayah untuknya, tidak ada apa yang akan menyesatkan dia”

Allah boleh sangat untuk berikan begitu saja, percuma dan automatik saja, kepada siapa-siapa saja. Tapi tidak. Maha adil nya Allah, Dia berikan hidayah dan taufik itu kepada sesiapa yang berusaha saja.

..

Mari sini kita tanya diri. “Hal ataaka hadithu musa?” (sudah sampaikah kepada kamu kisah Musa?) 

Allah Taala berfirman: “Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!”

Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.

Allah berfirman: “Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.

“Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.

“(berlaku yang demikian) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar.

“Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas”.

surah ta ha: 19-25

 

Perhatikan. Campakkanlah, Allah kata. walhal Dia boleh tukar tongkat tu jadi ular macam tu saja, tak perlu pun Nabi Musa baling-baling atau campak-campak. Kemudian tangkaplah ia, dan janganlah engkau takut, Allah nak tukar balik tongkat tu jadi kayu. Allah nak ‘betulkan’ keadaan, tapi Dia suruh nabi Musa beranikan diri ambil tongkat tu dulu.

dan kepitlah tanganmu, Allah suruh, sebelum Dia berikan keajaiban (mukjizat) itu pada nabi Musa. Allah mahu tunjukkan, tanda-tanda kekuasaanNya, untuk kita fikirkan dan kemudiannya manfaatkan untuk kebaikan.

dan akhir sekali, after everything, Allah kata pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas. Perhatikan, Allah telah menutup tirai ‘pertemuan dan  perbualan’ itu, dengan satu amanat dan pesanan, agar nabi Musa menggunakan segala yang telah Allah  bekalkan tadi itu, untuk menjatuhkan kezaliman. Bukannya untuk balik rumah, simpan, duduk dalam bilik dan tenung2 sambil senyum sorang-sorang. erk.

inilah yang dimaksudkan, Allah mendidik kita supaya mengambil inisiatif dan berusaha untuk dapatkan apa saja, meskipun benda yang kita mahu dapatkan tu, Allah sendiri pun suka. perlu ada langkah2 yang dimulakan, perlu ada langkah2 yang diteruskan, teguh, dan barulah akan ada langkah2 yang akan memenangkan.

sama lah seperti pergi ke Gaza, atau ke Mekah, atau ke Madinah, mana-mana sajalah tempat barokah..

ataupun, dalam konteks yang lebih dekat dengan kita, bila kita pergi daurah, usrah, ceramah itu ini, jumpa tokoh dan ulamak itu ini, malah bangun tahajjud sendiri-sendiri pun, semua nya perlukan usaha dan azam kental yang berterusan hingga ke ‘post-event’ itu juga, barulah impak pembaikannya akan terasa, akan kekal dan yang penting akan membuahkan amal yang bermanfaat untuk diri dan ummat.

macam solat, tidak akan mencegah insan dari kemungkaran free2 saja, kalau insan itu terlebih dahulu tidak berusaha menghayati dan khusyuk dengan ibadah solat itu. simple kan? *zasss*

bila kita berkobar-kobar hendak pergi ke sesebuah tempat, contohnya, err Gaza lah kan.. atau bila kita sudah pergi ke sana, *ehem*, kita tanya diri. untuk apa?

mahu berjihad?

mahu cari tarbiyyah, mahu cari ilmu berguna?

mahu cari redha Allah?

boleh, silakan. tapi jangan kita fikir, dengan pergi itu, automatik kita dapat semua tu. again, tidak ada yang automatik-automatik ya dalam agama kita ni. semuanya manual. kita tak akan balik jadi lebih baik. siapa kata pergi Gaza akan jadi lebih baik? mari sini nak jentik hidung.

pergi Gaza (atau mana2 sajalah tempat lain, saya sebut Gaza sebab isu ni masih panas lagi dekat diri saya sekarang ni hehhe),

TIDAK akan membuat kita jadi lebih baik, KALAU KITA TAK MAHU letakkan usaha yang kekal dan berterusan selepas balik dari sana itu nanti.

..

jadi sekarang. tak payah lah planning untuk pergi Palestin.

hehe gurau je. MESTILAH SEMUA ORANG KENA. kita kenalah bercita-cita, untuk jejak ke masjid kita di Baitulmaqdis tu.

cuma yang penting, sediakan minda kita dengan matlamat dan strategi yang jelas, iaitu, jika ingin beroleh kebaikan dari sana, PILIH LAH untuk men-generate kebaikan itu hasil dari pengalaman yang Allah kurniakan itu.

akhir sekali, saya rasa saya ni kena banyak2 ingatkan diri..selepas ni, kemana saja kita pergi, peluang apa saja yang kita perolehi, tutuplah tirai itu dengan mengingati amanat Allah..,

“pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas..”

iaitu, gunakanlah segala ilmu dan pengalaman yang kita perolehi itu untuk mencegah kezaliman. baik kezaliman yang dibuat oleh firaun (pemerintah yang zalim), mahupun kezaliman yang kita sendiri buat *aduh*

IMG_20130108_070735

IMG_20130106_110142

IMG_20130108_095656

IMG_20130105_145957

 

IMG_20130105_133503

IMG_20130104_084050

Huda

memarahi diri sendiri, agar lebih qowi.

Min malizi, ila Ghazzah #1

Bismillah..

*ehem. Amboii. Sejak pergi ke sana tu, sepi terus dekat blog*

Err err. ^_^’ Baiklah.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Surah al israa, ayat 1

Syukur ke hadrat Allah, bumi Gaza dijejaki dengan hati yang melonjak-lonjak mahu mencari cinta ilahi. Tak mungkin. Tak mungkin diri yang kerdil, insignificant, hina, penuh noda dan dosa ini, layak untuk ke sana, melainkan dengan izin dan kehendak Allah.

Sebenarnya saya takut. Takut benar, kalau perginya ke sana ni, tak ada manfaat apa pun untuk rakyat Palestin, dan baliknya pula, tak ada apa manfaat pun untuk ummat. Kerana sesungguhnya, Allah itu, bawa kami ke sana, bukan untuk bagi kami bersuka-suka, berjalan, ambil gambar, instagram and then balik dengan gembira and thats all. Tidak. Tapi, Allah nak tunjukkan kekuasaan Dia. Allah nak suruh kutip ibrah, yang kemudiannya wajib digunakan untuk menegakkan agamaNya pula. *Bukan simpan sorang-sorang ya.

Jadi, hah. Itulah dia. Itulah dia rasa yang berjoget2 dalam hati sanubari saya sebelum, semasa dan selepas saya ke bumi barokah sana tu. Dan saya bersyukur, kerana ramai yang di sekeliling saya, benar-benar peduli untuk mengingatkan saya supaya TAK PUTUS menjaga niat, meluruskan tujuan, agar hanya lillahitaala. And in fact, saya bahagia melayan respond2 yang seakan tak setuju saya ke sana, berbanding respond2 yang memuji2, dan melambung2 saya dengan kata2 enak, hihi.

kerana pujian itu, memuliakan kita di mata manusia, tapi mungkin, kelak binasa di depan Tuhan.

manakala tentangan itu, menetapkan kaki kita di jalan yang haq. inshaallah.

(‘:

Okei. Secara umumnya, kembara di bumi Gaza banyak benar mengajar. Banyak benar-benar. Hinggakan, saya takut kalau tak mampu nak sampaikan, kongsikan, kepada semua orang, amanah yg mulia ni. Saya teringat kata-kata seorang ukhti yang bersama-sama di dalam misi, kata dia, dia bimbang..mampu ke untuk dia sempurnakan tanggungjawab nanti bila dah jadi mata dan telinga kepada masyarakat.

Sungguh. Kembara ni, di samping merupakan satu peluang, bagi saya, ia lebih kepada satu amanah. Amanah yang PASTI akan disoal balik nanti dekat depan Allah. Setiap sen, saat, dan tenaga yang dibelanjakan di sana, akan ditanya. Akan diminta tunjukkan, mana hasilnya, mana manfaatnya, mana?? Mari nak tengok??

*Fuhh berpeluh. Cop2. Lap peluh jap.*

Jadi. Dalam entry kalini, saya rasa saya hanya nak kongsikan fasa ‘sebelum’ pemergian saja dulu. Heeee.

Fasa ‘selepas’ dan ‘semasa’ tu, nanti lah ya. Surprise. And saya tak bercadang untuk disclose banyak pun di blog, sebab maybe, maybe ya..saya akan hasilkan buku untuk itu. Sebab, memang salah satu aim dan expectation ahli misi adalah untuk hasilkan penulisan selepas pulang dari sana. Jadi doakanlah, inshaallah, andai diberi kekuatan dan keazaman yang qowi, akan terhasillah buku itu. DAN anda, anda, dan juga anda *aiceyy* yang sudi mem-follow Pena Abid ni, akan jadi orang terawal yang tahu berkaitan perkembangan buku itu nanti, inshaallah.

doakanlah, ya. (:

fasa-fasa mempersiapkan diri menuju hari keberangkatan, adalah fasa yang, jujurnya, sangat blurr bagi saya. paling menyayat hati, masa menulis wasiat. mulalah meleleh2 air mata dan hingus sebab tulis ayat-ayat jiwang alhamdulilah wasiat ditulis dengan jayanya, dan penuh karisma serta profesional. ehhem.

saya juga ada siapkan insurans. walaupun, untuk pengetahuan anda, insurans tak akan cover apa2 yg berlaku pada kita akibat dari peperangan kalau didapati kita sengaja2 pergi masuk ke dalam kawasan peperangan tu (contoh paling besar, kes pergi Gaza ni lah. kalau kena apache, insurans tak akan cover) tapi sekurangnya kalau berlaku kemalangan yang bukan berbentuk serangan war, contohnya terjatuh masa naik unta ke, dia still akan cover. *ok ok ini sekadar maklumat tambahan*

eh yang bestnya, insurans saya tu, kalau berlaku apa-apa (kematian atau kecacatan kekal) pada saya, dia akan tolong bayarkan hutang saya. hihi.

saya juga ada compile segala password yang penting2, macam akaun bank, facebook, email, fon, tablet, laptop, dsb. dan bagi pada somebody yang dipercayai. jadi lepasni kalau akaun mana2 kena hack, saya tahu lah nak pukul siapa. :p

saya juga kemas bilik and rumah cantik2. saya makan vitamin c. saya makan supplement vegetable (sebab saya ni tak makan sayur, jadi kenalah ambil supplement sayur), saya minum banyak air masak, saya biasakan KURANG mandi supaya di Gaza nanti kalau tak mandi pun badan tak terkejut. saya bersenam jugak sikit tapi err, still lembik, but its okay. naah.

itu semua, persiapan fizikal lah. saya  juga wajib memfokuskan kepada persiapan hati, rohani.

pergi ini, saya sedar, mungkin tak kembali. pergi ni, saya sedar, bukan melancong. bukan sekadar ziarah dan melihat-lihat. tapi pergi ini, sepatutnya, saya ulang, SEPATUTNYA, adalah jihad fisabilillah.

samada menjadi atau tidak, itu saya tak tahu, kerana ‘assignment’ dah di submit, Allah saja yang boleh semak dan bagi markah. *nampaknya gagal untuk temui syahid di sana buat masa ni, sebab kembali dengan sihat dan gemuk. huhu*

wallahualam. teruskan bercita-cita ya.

anyway, jadi, untuk memastikan kepergian ini terjaga dan terpelihara dari apa2 yang Allah tidak redha, and bagi memastikan juga kepergian ini benar2 bermanfaat untuk umat, saya banyak berhubung dengan naqibah saya, akhwat lain yang turut di dalam misi, dan juga murabbi super senior saya. kami perbanyakkan berbincang dan berdiskusi, tentang apa2 kemungkinan dan penyelesaian untuk masalah hati  yang timbul.

maklumlah. muka and nama keluaq tivi, keluaq merata2 dekat facebook dan youtube, bohonglah kalau hati ni tak terusik.

saya berusaha banyakkan juga mentadabbur alquran, terutama surah al israa. perbanyakkan membaca2 mengulangkaji seerah, terutama seerah perjuangan salahuddin al ayubi membebaskan jurusalem satu ketika dulu, dan sebagainya. oh lupa nak sebut, saya juga cuba untuk hadam segala projek2 aqsa syarif di sana. nanti wartawan tanya, kalau tergagap-gagap, hilang comel lah :p

yang paling mencabar, adalah untuk beristighfar jutajuta kali. ini adalah proses untuk mem-protect hati ya saudara-saudari. sebab apa mencabar? sebab mudah sangat nak ter-stop and ter-leka dengan benda lain. sedar2, satu jam berlalu dengan sedikit istighfar ):

Saya akui, sangat mencabar fasa ini. Ditakdirkan Allah, beberapa hari sebelum pergi, saya diuji dengan satu berita yang sedih, yang membuatkan saya menangis tak henti-henti hingga saya mula tersalah niat untuk ke Gaza, kononnya nak cari ketenangan di sana jadi lagi-lagilah proses itu jadi sukar. fokuS dah lari. persiapan dah kemana-mana. tapi, apapun, saya bersyukur. sebab di sebalik semua itu, ada banyak tarbiyyah dan ibrah yang Allah mahu hadiahkan. (:

itu saja kot buat masa ni, maaf la, tak banyak yang kongsikan. banyak membebel je.

harapan saya, bagi anda di luar sana yang sangat-sangat mahu pergi ke Gaza, sampaikanlah hatimu ke sana. inshaallah, Allah akan smapaikan jasadmu ke sana.

persiapkanlah diri. bila-bila masa saja, undangan itu boleh tiba. believe me. saya kan, hanya tiga bulan hati terdetik mahu ke sana, tiba-tiba Allah dah bukakan jalan. alhamdulillah. alhamdulillah.

sedangkan, ramaiiii je anda di luar sana, saya sedar, yang lebih lama dulu lagi sudah tanam azam untuk ke sana, malah anda lebih mencintai dan merindui tanah itu berbanding saya. tapi yakinlah, Allah pasti AKAN sampaikan anda ke sana, pada masa yang terbaik.

perjuangan kita bukanlah diukur dengan sejauh mana kita sudah menghampiri medan sana. sebaliknya, sedalam mana kita sudah menyatukan hati kita dengan pejuang2 di sana.

perjuangan kita untuk membebaskan al aqsa, tak semestinya hanya akan sempurna bila kita pergi ke sana. tidak. berapa ramai yang sudah ke Gaza, malah sudah jejak masjid al aqsa pun, tetapi pulangnya dia, habis cerita. *oh ya allah mudah2an kita semua tak jadi macam tu*

perjuangan kita,

ialah bila kita tegakkan peraturan islam sungguh-sungguh dalam diri kita, hingga ia tertegak di tanah air kita. itulah kunci-kunci yang akhirnya akan membuka pintu kemenangan buat islam, dan terbebasnya bumi Palestin.

jangan kecoh nak  boikot Mcd atau nestle atau loreal atau cocacola, kalau solat subuh berjemaah pun kita tak endah. *zassss. pedihnya*

tapi kecohla untuk kejut semua orang ajak subuh berjemaah, sambil kecoh juga untuk boikot. itu baru cool. itu baru comel. (:

akhir kata, jum kita semua imagine..kalau kita semua ni  benar2 akan ke Gaza esok lusa, agak2 nya, apa yang kita patut buat sekarang?

sebab, sebenarnya, kita sudah pun ‘berada’ di Gaza. kita juga warga Palestin. tanah itu kan, tanah kita. cuma bezanya, kita berumah di Malaysia. huhu. eh faham tak maksud saya?

tak apalah. lain kali lah.

tata

WTP

 

154496_524688180888188_204544831_n

196984_584762831538903_432265531_n

 

tak dapat saya lupakan, saya terhutang dengan insan-insan2 yang bermurah hati menaja pemergian saya ke sana. mudah2an jika ada barokah dan pahala yang saya peroleh, mereka insan-insan ini juga mendapat habuannya. (‘:

:.

-Huda

merindukan bumi itu. mahu kembali ke sana, dengan jiwa yang lebih besar. inshaallah, ameen.