panggilan pertama, panggilan kedua, panggilan ketiga.

bismillah..

iya, saya sedar. iya, saya tahu.

eish, saya mengakulah! memang dah lama blog ni tak ber update. maaf, maaf. sibuk sangat ke sana ke mari. hatta majalah jom juga tak berhantar artikel. maaf ya kak faie, kak aisyah..  T__T

 

jadi saya nekad, satu jam terakhir di bumi malaya ni, at least, satu entry di PenaAbid.  jum kita try.

Menyebut tentang “jam terakhir di bumi Malaya”, sebelum kembali ke medan jauh sana, medan yang asing lagi mengasingkan huhu, satu rasa yang sinonim dengan waktu2 begini, mestilah rasa sedih. rasa berat. rasa…payah sekali nak melangkah.

and seperti selalu, mesti ayat yang akan dikaitkan dengan waktu-waktu begini ialah surah at taubah kita, 

berangkatlah kamu, dalam keadaan berat mahupun ringan (ayat 41)

kalau kurang berbekas, sebelum ayat yang itu, ada juga ayat yang lebih melibas hati sanubari.

wahai orang2 yang beriman, mengapa apabila dikatakan kepada kamu pergilah berangkat untuk berjihad di jalan Allah, kamu merasa keberatan dan lebih suka untuk tinggal? adakah kamu lebih suka dengan kehidupan di dunia berbanding di akhirat? (ayat 38)

kalau tak cukup berdarah lagi, sambung lagi,,

Jika kamu tidak pergi, Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (ayat 39)

macamana sekarang? haa, lalu air mata pun mencurah-curah lah membasahi ruang hati, kaki terpaksa diangkut, tubuh terpaksa diusung, dan berangkatlah.. “bye bye lah kita ucapkan.” (bak kata mas’ul SGU13) *i just wish u’d never read this like seriously, never ever!*

Sesunguhnya, ini normal. malah, semakin bertambah2 normal buat mereka-mereka yang sudah faham akan tuntutan dakwah. bukan sekali dua benda begini berlaku. kalau sekali dua, aha itu yang tak normal sebenarnya.

panggilan apa yang lebih berat, dari panggilan jihad? memang tak akan jumpalah, tak payah cari. memang tak ada. sebab itu, orang-orang mukmin yang menyahut seruan jihad, baik jihad yang di medan tembak menembak, hingga ke jihad meninggalkan kemaksiatan, mereka ini beroleh ganjaran yang besar dan mulia di mata Allah!

yang ironinya, semakin kita meringankan diri untuk menyahut, semakin berat pula beban yang tergantung pada lutut, peha dan betis, memberatkan dan mematahkan lagi langkah. sebab Allah nak test betul-betul, nak tapis dengan baik, supaya di akhirnya nanti hanya pejuang-pejuang asli dan tulen sahaja yang berlegar-legar di taman syurga.

Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan, padahal belum lagi terbukti kepada Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu.. (9:16)

kemenangan yang paling benar, adalah apabila seseorang itu keluar berjihad dan meninggalkan kecintaannya kepada perkara lain, kecuali Allah sahaja. 

pusing ayat sikit – bukti kecintaan seseorang itu hanya lurus untuk Allah semata, dan tidak untuk perkara lain, adalah apabila dia benar-benar berangkat untuk berjihad. sebagaimana yang ditegur oleh Allah dalam surah attaubah lagi, ayat 24

Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

nak tahu tak,

sebelum pergi berjihad, seseorang itu akan melalui dua fasa seruan dahulu. kedua-dua seruan ini akan dia temui, dan hanya jika dia menyahut yang dua ini, inshaallah dia akan mampu menyahut tuntutan jihad pula.

dua tuntutan awal itu adalah tuntutan beriman, dan tuntutan berhijrah.

dimulakan dengan iman – perasan tak, ayat2 yang memerintahkan jihad, kebanyakannya ditujukan kepada orang2 yang beriman. perasan tak?

wahai orang-orang yang beriman, mengapa apabila dikatakan kepada kamu pergilah berangkat untuk berjihad di jalan Allah, kamu merasa keberatan dan lebih suka untuk tinggal? adakah kamu lebih suka dengan kehidupan di dunia berbanding di akhirat? (9: 38)

kan pelik, kenapa Allah ‘sound’ orang mukmin. dia kan dah baik?

haa itu lah sebab, dia (mereka) sudah beriman, cuma dia (mereka) masih belum berjihad. sudah beriman, tak bermakna dia sudah berjihad.

iman atau yakin – seseorang itu, bila dia mula mengenal erti sebenar beragama islam, dan dia diajak beriman (yakin dengan agama islam dan segala intinya), maka di situ akan ada halangan yang besar. malah bukan sikit aa, orang yang gagal melepasi fasa ni. sebab tu kita boleh nampak, bukan sedikit juga, orang yang TAHU hukum agama tapi TIDAK amalkan. iman/keyakinan belum meresap ke dalam hati mereka, lalu tidaklah berbuah dalam perbuatan mereka.

selepas fasa beriman, selepas keyakinan sudah hadir dan melekat, satu lagi seruan adalah – cuba teka?

lambat. takyah lah. :p

jawapannya, seruan berhijrah. seruan meninggalkan apa2 yang di belakang, dan menuju ke depan, kepada Allah. seperti yang kita faham hijrah di sini bermaksud melakukan perubahan – apa saja perubahan – perubahan tempat, perubahan gaya hidup, apa saja. dan perubahan ini dilakukan untuk tujuan pembaikan, kerana Allah.

“haa, dah yakin, dah percaya, tunggu apa lagi, berubah lah..” —> SEPATUTNYA.

Namun, juga, bukan sedikit bilangan yang gagal menyahut seruan ini. kerana bimbang, dan sayang hendak melepaskan serta meninggalkan apa-apa yang di belakang. tak kurang juga, yang sudah meninggalkan, tetapi tidak total. masih ada sisa-sisa yang di bawanya bersama, sedangkan, kalau kita tengok seerah peristiwa hijrah dulu, Allah memerintahkan kaum muhajirin meninggalkan segala sesuatu milikan dan maju ke hadapan. mereka berhijrah sehelai sepinggang. kemudian mulakan hidup baru, di tempat yang baru.

itu fasa berhijrah.

Akhir sekali, apabila seseorang tu dah menyahut kedua-dua seruan ini (beriman dan berhijrah) baru lah dia akan bertemu dengan seruan berjihad. Di sini, halangannya tak kecil. Malah, jangan kita fikir kebarangkalian untuk gagal nya tipis. Tak semestinya dah pass dua stage, yang last tu konfem lulus. huuuu, tak. kalau test lesen, jalan raya and bukit dah pass, parking pulak sangkut.

Cuma, kebiasaannya, kalau fasa iman dan hijrah berjaya disahut dengan baik, itu akan menjadi bekalan2 kekuatan untuk  menyahut seruan berjihad pula. Momentom nya terbawa-bawa, dan bantuan serta pertolongan Allah itu pastinya ada.

Rasulullah saw bersabda;

“setan duduk menghadang anak Adam di atas jalan iman, setan itu berkata kepadanya, “apakah kamu mau beriman dan meninggalkan agamamu dan agama bapamu?” Anak Adam itu tidak mempedulikannya dan terus beriman.

Kemudian setan duduk di jalan hijrah, ia berkata kepadanya, “apakah kamu mau berhijrah dengan menginggalkan harta dan keluargamu?” Dia tidak mempedulikannya dan terus berhijrah.

Kemudian setan duduk di atas jalan jihad, ia berkata kepadanya, “apakah kamu mau berjihad? nanti kamu terbunuh dan isterimu akan dinikahi orang, hartamu akan dibagi-bagikan kepada orang lain.” Dia kembali tidak mempedulikannya dan terus berjihad hingga terbunuh.

Siapa yang seperti ini keadaannya, menjadi hak Allah untuk memasukkannya ke dalam syurga.

(shahih bukhari, abu hurairah) [dari; Penyejuk Hati Aktivis Muslim, ms21]

jadi, bersempena dengan jam terakhir di bumi malaya ni, marilah kita merenung, sejauh mana kita sudah menyahut seruan-seruan untuk beriman, berhijrah dan berhijrah. rasa-rasa berat tu biasa lah, yang penting, sahut. berangkatlah. infiru!

Huda

Ada keindahan yang menanti, andai kita maju.

Ada kerugian yang menanti, andai kita mundur.

ok dah boarding time, pegi dulu.

byeeeee. (:

(Lcct, 6jam transit perjalanan singapore-melbourne)