dompet yang kosong.

image

image

bismillahil’azim

tak berani nak cek bila last update blog. sebab macam lama sangat-sangat je. benarlah, istiqomah itu buah iman. bukan buat minat atau kesukaan. minat belum tentu istiqomah. tapi iman, pasti akan istiqomah, meskipun tanpa minat.

autumn datang lagi di bumi Hobart. autumn ketiga yang saya alami seusia hidup saya ni. dekat Malaysia tak ada autumn. syukur Allah bagi nikmat datang ke bumi Tasmania ni, merasa juga musim kuning ni. (kuning?? haha abaikan.) mungkin autumn yang terakhir, kalau Allah tuliskan begitu. iyalah, mati itu sesugguhnya dekat, kan? Lagi dekat dari kita dengan degupan jantung kita yang seterusnya.

image

hidup kita ni adalah satu perjalanan. oh itu satu frasa yang sangat cliche. lol. tapi, yang cliche itu lah antara yang paling benar. sebab tu dia jadi cliche.

jadi, itulah dia. hidup kita ni, satu perjalanan. kita semua on the way ke satu kampung yang di sana nanti, segala2 nya kekal. apa yang kita kutip masa on the way ni, nanti di kampung tu nanti akan menentukan macamana kehidupan kita pada waktu itu.

itulah kampung akhirat.

akhirat yang abadi. tak ada hujung. tak ada tamat. abadi. infinity.

kalau baik kehidupannya, maka baiklah nan abadi. kalau siksa kehidupannya, siksalah nan abadi (walaupun ada siksaan yang akan tamat, tapi ia cukup lama, dan tak tertanggung.)

ya Allah. takutnya dengan neraka Mu. hmm.

Bila sebut tentang perjalanan, mestilah kena ada bekalan. paling basic pun, minyak kereta. kalau bukan naik kereta, duit tambang bas. atau kalau tak naik kenderaan, paling kurang pun kena ada beg galas nak pikul bekalan apa-apa.

Papan dalam gambar atas ni jumpa dalam maze di Tasmazia. Ala, maze yang macam Harry Porter tu. Pagar pusing2 yang dibina dari pokok.

Pesanan penaja: Dulu masa first time pergi, senang je jumpa jalan keluar. Kali kedua ni, konon dah terer la. At last, sesat. Akhirnya keluar, makan pancake lagi bes. Murah tapi mak sedap. Malas dah main, pening.

Huh, sedangkan dalam maze yang kecik tu pun boleh sesat jugak walaupun dah pernah tak sesat sekali, inikan pulak perjalanan hidup kita ni. Pesanan penaja tamat.

By the way, tulisan pada papan tu memang style. Thumbs up, yes. The heaviest baggage for a traveller is an empty wallet.

Indeed.

You might be strong enough to travel with 30kg baggage along, but an empty wallet will make you either slowing down, or completely stop. You wont finish with triumph. You just wont.

Jadi apa pulak kisahnya orang yang on the way ke kampung akhirat, dengan iman dan amal yang kosong? Atau daie yang menggerakkan jentolak daawah dengan dada yang kosong dari ilmu?

Mukmin kena rajin membaca. Wahyu pertama yang turun kan suruh kita iqra’. Jadi tak ada siapa boleh kata islam ni agamanya low education. Kalau ada, lol, dia lah yang low mungkin. Tak intai sejarah.

Mukmin kena rajin menuntut ilmu. Baik ilmu2 modern yang dia belajar di universiti, apatah lagi ilmu agama, ilmu daawah, ilmu hukum hakam dan sebagainya.

Mukmin kena jadi cerdik, dan kejar pencapaian akademik. Sebab tanpanya, dalam dunia yang berwarna warni dengan akademik pelbagai cabang ni, seorang mukmin tak akan mampu menyusup dalam kalangan masyarakat dan melakukan islah (reformasi/perubahan).

Mukmin kena mujahadah melawan rasa malas untuk belajar, mahupun melayan rasa lemah/patah semangat bila belajar dirasakan susah.

imam as syafie kata, sesiapa yang tidak tahan dengan payahnya belajar, dia akan menanggung peritnya kebodohan.

Loud and clear. Kan?

Jadi, marilah. Menjadi pengembara yang berisi dompetnya.

♥Huda
Hari rabu ni exam. Dan sebenarnya post ini untuk aku. Sebab subjek management ni lagi berputar belit dari akujanji parti politik. hehe

hatinya bernanah, amalnya membusuk.

bismillahil azim..
allahumma solli ala sayyidina muhammad. (:
alhamdulillah, innalhamdulillah..

Sejenak, mari kita berhitung congak perihal amal. Hingga hari ini, pada kelip mata yang kesekian kali kita ini, kalau diberikan bakul untuk ditimbang amalan kita, agaknya sudah berapa lori bakul-bakul yang ada?

Dari celik mata semasuknya waktu subuh, bahkan mungkin ramai juga yang celiknya lebih awal dari azan subuh terlaung yakni dia itu bangun di sepertiga akhir malam, hinggalah ke penghujung hari bila kelopak dua mata sudah merapat, pasti, banyak dan bermacam corak warna amal yang kita buat.

Senyum pada emak, senyum pada ayah, senyum pada adik kakak abang, malah pada jiran pun, itu amal.

Beri makan pada kucing, itu amal. Gosok-gosok belakang kucing sikit, itu pun amal.

‘Pass’ kan barang untuk kawan sebab dia malas nak bangun, itu amal.

Pergi sekolah, pergi kuliah, pikul beg berat-berat, lesu mata menghadap laptop dan buku, asahkan pensel, buka tutup tudung pen, tekan-tekan papan kekunci komputer, itu pun amal.

Makan minum, tidur petang sekejap, duduk bangun, rehat kumpul tenaga sikit, ya itu juga amal.

Apatah lagi solat pada kelima-lima waktunya, sunat rawatibnya, dhuhanya, setiap inci gerak sendi badannya dalam solat itu adalah amal, dari niat hingga ke salam kiri dan kanan.

Doanya adalah amal. Ameen nya adalah amal. Sapuan telapak tangan ke wajahnya adalah amal.

Diselaknya quran pula, dibacanya pula, di tadabbur nya lagi, itu amal.

Itu belum dikira turun naik kerja-kerja dakwah nya, jihadnya, infaknya di jalan Allah, yang pasti semuanya merupakan amalan mulia dan berpahala besar.

Dan lagi, lagi dan lagi…panjang ‘list’ nya kalau nak disenaraikan setiap satu. Begitu banyak nya amal, mashaallah. Dan tidak satu pun Allah terlepas pandang, semua, pasti akan dibalas.

Soalnya, kita mungkin boleh mengira, berapa bakul, bahkan berapa lori amal kita. Mungkin. Tapi apa benar amal itu diterima? Apa betul, amal itu semua diperakui, disambut dan diraikan Tuhan?

Ya. Mari bersangka baik dengan Allah. Tapi jangan culas untuk menyelidik dan membaiki diri, dan berlaku ihsan dalam amal.

Boleh jadi amal itu, tidak lebih dari sekadar rutin. Mungkin amal itu, bermatlamatkan dunia dan isinya. Mungkin amal itu, membuntuti nafsu. Mungkin amal itu, lantang pada gerak gerinya tapi kering kontang di hati dan jiwa. Boleh jadi, amal-amal itu dikerjakan selang-seli dengan kemaksiatan.

Paling ditakuti, kalau-kalau amal itu ada tercalit daki riak atau ujub. Lalu kotor bernanah lah hati, dan membusuklah amal itu. Busuk. Tahu busuk itu apa?

Baik, cuba sama-sama kita bayangkan ini – kita berjalan di satu lorong yang tersorok dan kotor, tiba-tiba ada segumpal sampah yang sangat-sangat busuk, ergh.

Apa agak-agaknya yang kita rasa? Oh tentu-tentulah bukannya rasa gembira, teruja, ta’ajub, atau apa-apalah yang adik beradik dengannya. Kita tentu, sebaliknya, rasa jijik, tak suka, tak senang, rimas, malah tak keterlaluan kalau nak gunakan perkataan ‘benci’. Setuju?

Jadi, begitu lah ‘busuk’. Dan begitulah kondisinya amal-amal kita, yang berpenat lelah dan berpeluh jerih kita bantingkan tulang duduk mengerjakannya itu, kalau ianya dituai seiring dengan ketidakikhlasan, riak, ujub, takabbur, serta tersasar dari niat yang satu iaitu – demi Allah dan redhaNya.

6336554928_e9b4ef4949_z

Itu satu perkara. Satu perkara lagi, sudahlah amal membusuk, hati pula ‘bernanah’. Maksudnya di sini, hati nya berpenyakit. Dan sudah tentulah, tidak bersih. Bayangkan. Hati  yang sakit, dan kotor..

Abu Hurairah berkata : “Hati adalah raja anggota tubuh. Dan anggota tubuh adalah para prajuritnya. Apabila raja baik, maka baik pulalah para prajuritnya. Dan apabila raja busuk, maka busuk pulalah para prajuritnya”.

Cuba kita terjemahkan, bagaimana gambarannya jika sebuah Negara itu, rajanya terlantar sakit, dan pengotor pula? Sah, huru hara lah jawab nya. Sah, rosak punah lah semuanya. Sah, merugilah. Di dunia sudah rugi, dan lebih lebih rugi lagi aapabila tiba..

“hari yang tidak berguna lagi harta dan anak pinak, kecuali orang yang datang bersama hati yang sejahtera.” 26: 88-89

Nah. Tepuk dada tanya diri, bakul-bakul dan lori-lori amal yang kita kumpulkan selama ini, agak-agaknya di hari yang disebutkan itu nanti, berguna atau tidak untuk kita? Tak kira lah amal apa saja, senyum pada emak ayah adik kakak, ‘pass’kan barang pada kawan, beri kucing makan, pergi sekolah, solat wajib, solat sunat, baca quran, apa saja amal, hitung lah..apa saja.

Begitulah. Betapa halusnya cucukan jarum perosak umat milik sang syaitanirrajiim, sering kita terlepas pandang dan terlepas ambil kira. Tanpa sedar, boleh jadi hidup kita ini rupanya enak dibonceng nafsu dan agenda busuk syaitan.

Wahai jiwa-jiwa yang diciptakan paling sempurna kejadiannya, dan paling tinggi darjatnya.
Janganlah dirimu beramal untuk Tuhan, tetapi beriringan pula dengan gerak-gerak kemaksiatan mengingkari Tuhan. Pasti tak ada seorang pun dari kita yang mahu, melihat muka sendiri diconteng riak terpinga-pinga dalam kebingungan dan kehampaan yang kekal.

Ibarat seorang yang berjalan di tanah kering, berhari-hari, betapa dahaganya dia. Tiba-tiba ternampaknya dari jauh, ada air di atas tanah. Tapi bila dihampiri, rupanya itu hanya bayangan. Hanya fatamorgana. Dahaganya tak tersuap setitik air, tekaknya terus kontang. Betapa kasihannya keadaan itu?

“Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama fatamorgana di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya” an nur: 39

Wahai jiwa-jiwa yang diciptakan paling sempurna kejadiannya, dan paling tinggi darjatnya.
Janganlah biarkan hatimu berpenyakit bernanah, hingga membusuk amal-amal mu. Janganlah meletakkan dirimu di ambang kehampaan yang besar dan kekal. Pasakkanlah segala niat dan tujuanmu sematanya untuk Allah dan redhaNya, untuk indahnya syurga abadi.

Bersihkanlah nanah-nanah di hati dengan gema zikir di segenap sudut qalbu. Harumkanlah lambakan amal dengan meluruskan niat dan keikhlasan ke arah Allah, dan kejarlah harapan menghinjak syurga firdaus dengan menyingkirkan segala daki kotoran kemaksiatan samada kecil mahupun besar.

Bermujahadahlah, meskipun itu menekanmu ke dasar bumi.

Bermujahadahlah, meskipun itu menghimpit dadamu hingga sesak.

Bermujahadahlah, demi janji Tuhanmu yang maha pasti!

~~

-Huda
“ukhti..selagi ada peluang untuk bermujahadah, bermujahadahlah. Allah mengira, dan pasti Dia akan ingat wajahmu ketika di masyar kelak.”

88 hari menuju takdir. namun bertaqwalah, kerana mati itu lebih dekat.