cinta dan pengorbanan

bismillah

ironi sungguh. waktu nak final exam ni ler tak sihat masuk hospital segala. kerja pulak boleh tahan bertimbun. tapi ini semua membawa aku kepada satu rasa – PENGORBANAN.

kalau lah kita ini Ibrahim, yang kecintaan kita adalah Ismail, barangkali saatnya kita diperintah untuk menyembelih tengkuk si Ismail itu, apalah gaya kita kan?

Syahdu sungguh bila aku memikirkan kisah seorang wanita ni. Yang suaminya seorang nabi, malah khalilullah, kekasih Allah. Tak punya anak, hinggalah satu hari di usia tua, setelah lama menunggu dengan doa yang tak pernah padam.

Dapat pula anak, suaminya tinggalkan dia berdua dengan si bayinya itu di tengah padang pasir. Bukan di stesen minyak di lebuhraya ok. Di tengah alam tak berhuni.

Haruslah dia hairan, kanapa? Atas sebab apa?

tanpa perlu suaminya menjawab, dia grab sendiri – oh okay, Allah yang perintahkan ek? kalau macam tu, lets do it. Gitu.

pengorbanan?

ok. dibesarkan anak itu. dengan apa yang ada pada dirinya, dengan berkalan iman dan cinta, hingga membesar anak itu menjadi seorang nabi juga. Satu hari si suami tadi, pulang. Pulang untuk, menyembelih si anaknya.

pengorbanan?

Sifir mudah, Sebelum adanya pengorbanan, datang dahulu cinta.

sebelum adanya pengorbanan, datang dahulu cinta.

sebelum datangnya cinta, wujudnya dahulu iman.

iman.

iman – cinta – pengorbanan

sifir mudah.

tidak berlaku pengorbanan, kerana tidak ada cinta. tidak ada cinta, kerana tidak ada keimanan.

exam? kerja? health?

cintailah dahulu, sepenuhnya.

baru kau akan tergamak mengangkat parang itu, untuk ke tengkuk seorang ‘ismail’ dalam hidupmu.

Jangan tangkap debunga itu, sabar. Ia akan hinggap sendiri.

Musim semi di Canberra, Australia, Oktober 2013.

Seluruh kawasan universiti penuh dengan debunga yang gugur dari pokok, dan berterbangan, penuh, merata-rata. Serius, memang penuh seluruh ruang udara di situ. Aku tak pasti debunga jenis apa, tapi bila aku dapat pegang satu, rupa bentuk dia lebih kurang kapas. Mungkin sebab itulah dia mudah sangat dibawa angin.

Aku berjalan di perkarangan universiti sambil tergelak dalam hati, melihat gelagat orang ramai. Ada yang mengipas-ngipaskan tangan, gaya macam halau lalat. Ada yang tekup sapu tangan ke hidung dan mulut. Ada yang cuba kejar, tak dapat-dapat. Ada yang memang betul-betul rimas sampai berkerut dahinya. Tak kurang juga, yang berlagak biasa saja.

Aku berjalan di samping suami tercinta. Kami baru sudah settle kan sedikit kerja masing-masing di Chifley Library, dan sekarang nak balik ke rumah. Masak dinner, lepastu malam nanti ada usrah.

Sambil si dia berjalan menolak basikal, aku di sebelahnya ini duk melompat-lompat kecil (sambil control ayu), cuba untuk tangkap debunga/kapas yang berterbangan itu. Geram jugak, asyik melintas betul-betul depan hidung depan mata, tapi tak dapat-dapat jugak.

“Dapat tak tu..” Soalnya bernada usik. Aku tercabar la jugak, huh.

“Alah..dapatnya. iyahh!” aku membalas, sambil terus berusaha untuk tangkap debunga-debunga tu. Eii geram sungguh. Satu pun tak ada yang hinggap.

Suamiku ketawa. Amboi, suka nya eh?

“Eleh..abang pun takkan dapatnya..cubalah kalau terer!” aku mencabar.

Aku yakin jugalah dia tak akan dapat. Sebab aku dah buat satu teori, debunga tu memang tak akan dapat ditangkap. Sebab dia ringan, agaknya. Entah, eish, apa-apalah.

Suamiku hanya tersenyum. Dia memang selalu macam tu, dalam semua urusan pun dia sentiasa tersenyum. kawan-kawan dia kata, sikapnya yang satu ni persis Rasulullah saw. Sejuk hati siapa saja yang terpandang. Aku setujulah. Tapi boleh jadi ini biased, he he.

Matanya tertumpu pada satu debunga yang makin mendekat. Aku jerit excited, “haa cepat abang, cepat!”

Aku pasti, bila dia angkat tangan dia untuk tangkap debunga tu nanti, mesti benda tu akan lari lebih jauh. Sebab, itulah yang jadi dekat aku sejak tadi.

Perlahan, dia tadahkan tangannya, dan dibawa ke arah debunga tu.

Perlahan juga, debunga itu hinggap di atas tapak tangannya, seolah memang itu rumahnya. Cantik dan comel. Lembut, dan tenang.

Aku hampir ternganga, kagum dengan apa yang aku baru lihat. Tapi mujurlah sempat kawal riak muka.

Suamiku masih tersenyum, dan dia berikan debunga di dalam tapak tangannya itu kepadaku. Aku hanya tengok, tak mahu pegang. Saja, malas. Lagipun, aku takut nanti dia terbang semula. Waktu itulah aku lihat, yang debunga itu bentuk dia macam kapas.

Sekejap kemudian, suamiku membiarkan angin membawanya pergi.

Aku tersenyum gembira, puas. Then aku rangkul kemas lengan dia, dan kami teruskan berjalan sambil bercerita macam-macam.

..

Di dalam fikiran, aku terbayang-bayang kenangan tiga tahun dahulu. Sewaktu, aku mula-mula bertemu dengan erti sebenar kehidupan, iaitu pada saat aku mula bernafas di dalam dunia tarbiyah dan dakwah. Aku rasa, aku seperti itulah, debunga kapas itu. Cuba ditangkap-tangkap, tapi aku hanya lari lebih jauh. Bila dibiarkan, aku sendiri yang datang bertandang. Sebab hakikatnya, tarbiyah itu sangat memikat dan menggoda. Cuma kena petik suis yang betul saja. hihi.

Begitulah dakwah.Penuh seni, serius la adik kakak, tak tipu ni. Kita bukan berurusan dengan robot atau haiwan, tapi kita berurusan dengan manusia. Yang macam-macam hati, macam-macam jiwa, macam-macam rupa.

Kita tak akan mampu menawan manusia melalui dakwah ini, kalau asyik hendak gopoh dan memaksa-maksa, mengejar dan menangkap tanpa sabar dan hikmah sebagai kunci.

Manusia – hanya mampu ditawan oleh cinta dan kasih sayang. Sebab tu, Allah hadiahkan setiap manusia dengan anugerah hati dan cinta setiap seorang. Bukan cuma untuk dinikmati sendiri-sendiri, tapi untuk digunakan membawa sesama manusia ke jalan syurga ilahi.

Hassan Al Banna ada gariskan di dalam risalah dakwatuna, bahawa betapa kita ini berkerja dengan dakwah ini, atas dasar sayang sesama kita. Kita nak kita dan semua orang, selamat dan bahagia di dalam syurga abadi. Kita nak kita dan semua orang, terselamat dari azab neraka punya api.

Betapa kita, akan mengorbankan seluruh harta dan jiwa kita untuk orang lain. Sebab kita sayangkan mereka, sayang sungguh-sungguh, bukan main-main.

..

Jadi, berlembutlah. Bersabarlah. Bertenanglah, dan berhaluslah.

Tawanlah manusia dengan cinta, confirm hati mereka akan tertambat kemas nanti.

Siapa nak lebih feel, jemputlah datang ANU Canberra. Tengok sendiri macam mana seluruh uni penuh dengan benda debunga kapas tu terbang-terbang.

And, cubalah tangkap.  (:

** 3 jam selepas siap entry ni, baru jumpa satu artikel. Nama benda tu fluff rupanya. Nah, buka link ni kalau tak caye:
http://the-riotact.com/images-of-canberra-a-bumper-year-for-fluff/30034

lushpup-fluff_fall_101022

ini gambar sebenar tau

 

~~

Huda

cintailah. nescaya kamu akan ke syurga bersama orang yang kamu cinta.