kita ini kuat, kerana amal.

bismillah..

terasa sungguh tegang urat leher dan kepala ini, bila membongkar kisah-kisah pejuang. baik yang dari sezaman rasul sahabat, ataupun geng-geng Hassan Al Banna, hatta pakcik-pakcik serta makcik yang masih wujud hari ini.

siapa mereka ini? ala takkan tak dapat tangkap lagi kot. hihi.

mereka ini adalah pewaris dakwah!

stress betul bila melihat mereka ni. kenapalah qowi sangat. kenapalah thabat sangat. istiqomah sampai ke tua. sampai nyawa diambil balik, mashaallah. mereka ni makan apa? gaji berapa? rumah dekat mana?

baru saya sedar. salah soalan tu. yang patut kita persoalkan sampai stress adalah, mereka ni tilawah berapa juzuk sehari? solat malam bangun jam berapa? solat sunat berapa rakaat, berapa salam? puasa berapa hari sebulan? infak berapa percent dari income? tidur berapa minit? hafazan berapa juzuk? bahasa arab fasih tahap apa? zikir mereka? maathurat mereka? USRAH tu haruslah kan, bukan dua kali seminggu lah, lebih.

oh. dan jangan lupa, tanyakan juga, akhlaq mereka. silaturrahim macam mana. ukhuwah macam mana. ithar mereka, salamatus sadr mereka. senyum macam mana, bantu-bantu urusan orang macam mana. bahasa, adab, tertib, macam mana. dan lain-lain lagi.

tak hairanlah jadinya, kalau mereka ini semua nya qowi-qowi, dan hebat dasyat meletup semuanya. Sehinggakan dakwah, hingga hari ini, masih mengalir bagaikan air sungai.

..

Sebenarnya, apa yang nak di highlight kan di sini adalah, bagaimana kita yang mewarisi dakwah hari ini?

tidak sedikit wujudnya, golongan yang menyampaikan inti dakwah, tetapi tidak bersama adab dan tertib dakwah. maka berlamak-lambaklah wujudnya pula golongan yang membenci dakwah, sebab apa? sebab daie nya menyampaikan islam, tapi tidak ada hikmah dan adab, disiplin, etika dan kesantunan yang benar, yang diajarkan oleh islam.

“woi. kau tahu tak mulut kau yang duk mengumpat tu, besok masuk neraka lumazah?”

“huh. kau budak. kau tahu apa, kau amal pun kurang lagi. dengar ni abang nak cerita hadis niat. kau kena dengar baik-baik ni.”

“hek eleh. apalah tujuan hidup kau ni. bangun pagi pergi kelas, dah habis kelas study lagi. lepastu exam, dapat cemerlang, lepastu? kau tau tak hari perhitungan itu pasti?”

“cakap cinta nabi. sambut maulud nabi bagai. tapi sunnah nabi kau tak hidupkan dalam hari-hari kau. kau agak, camtu boleh ke dapat syafaat?”

ahha. rasa nak tumbuk je kalau jumpa orang macam ni hehe.

kalau tak cakap depan-depan pun, sekarang, ramai pahlawan papankunci yang lantang bukan main dekat facebook tu. hentam kerajaan lah, hentam opposition la. Share video orang buat benda tak senonoh, sambil caption kutuk-kutuk.

ok mungkin itu contoh extreme.

ada juga yang tak lah extreme macam tu, dia sopan sikit. cakap sambil senyum, sambil cedok nasik dalam pinggan lagi. tapi sindir-sindir, ayat tak tapis dulu, attack terus ke dasar sanubari orang tu. Allah…….apa semua ni?

ataupun, yang agak kontroversi, kes compete-compete jemaah ni. Ok, tak mahu ulas lanjut hal competition. Tapi kalau bersaing sampai menyakiti pihak pesaing, tercalar ukhuwah tercarik silaturahim, jihad apakah ini…?

sedangkan Rasulullah saw mewariskan dakwah ini kepada kita, bukan isi dan intinya sahaja. Baginda ajarkan serba serbi, bagaimana kaedah dan cara, apa kelembutan dan kesantunannya yang perlu ada, kalau hendak menyampaikan dakwah ini.

Kita menyambut dakwah ini, bukan intinya sahaja. Bukan DUM DUM DUM syahadatul haq sana sini, sayonara jahiliyyah dan segalanya, tapi adab dan etika ditolak tepi. Bukan begitu.

Kita menyambut dakwah ini, isinya dan kaedahnya. intinya, dan tatatertib nya.

 

 

Bukan itu saja, kita mewarisi dakwah ini juga, bersama dengan pengorbanan yang datang bersama nya. Amal fardhi kita. Solat kita, puasa kita, zikir kita, doa kita, MUJAHADAH kita, macam mana?

Amal jamaie kita bagaimana? Itu juga pengorbanan, dan itu lah yang menguatkan kita. Kerana itu Rasulullah saw wariskan dakwah ini, bersama senaraiii amal yang panjang untuk kita ikuti dan kita hidupi. Diajarnya kita tahajjud, diajarnya kita dhuha. Diajarnya kita zikir dan doa itu ini. Kita ini kuat, kerana amal.

 

Kerana Rasulullah mahu dakwah ini berjaya. Kita pula?