dakwah dan komitmen lain.

Bismillah.

 

Dakwah tidak sepatutnya mengganggu komitmen seorang daie itu terhadap perkara lainnya. Baik dia itu sedang belajar, bekerja, menguruskan rumah tangga, menjalankan perniagaan, melayani ibu bapa, memegang jawatan penghulu kampong mahupun ADUN kawasan, apa-apa sajalah…dakwah yang dipikul tidak sepatutnya mengganggu komitmen dirinya dengan lain-lain hal berikut.

 

Melainkan, jika dakwahnya itu ada kecelaruan niat.

Dalam erti kata lain, tidak lurus hanya kerana Allah.

 

Seorang yang mengerti erti dakwah dan berikrar mendukungnya, sepatutnya hanya menjadikan dirinya lebih komited dengan tanggungjawab-tanggungjawab lain. Kerana, kalau benar dia mengerti apa itu dakwah, apa itu khalifah dan apa itu abid, seharusnya, dia akan mengerti juga bahawa tugasnya sebagai pelajar, pekerja, anak, peniaga, penghulu kampung ataupun ADUN kawasan itu, atau apa-apa sajalah..adalah juga merupakan bahagian besar dalam dakwahnya. Maka, sebagaimana dia bekerja kuat menjayakan dakwahnya, seperti itu jugalah dia akan bekerja kuat menjalankan tanggungjawabnya yang lain.

Tidak wajar jika ada daie yang sangat bertungkus lumus menjaga usrah, menguasai bahan tarbiyyah, berprogram sana dan sini, tetapi pelajaran/kerjanya dibuat ala kadar sahaja.

 

Melainkan, jika dakwahnya itu ada kecelaruan niat.

Susah hendak diterima sebagai logik, jika dakwahnya kerana Allah taala, tetapi dia tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran/kerja. Sedangkan, pelajaran/kerjanya itukan sepatutnya dakwah juga, dan haruslah kerana Allah taala juga?

 

Melainkan, dia begitu komited dengan dakwah kerana ada niat lain.

Niat yang….hanya Allah tahu. Hmmm.

 

Semoga seluruh para daie dapat menilai dan memuhasabah kembali prestasi dan komitmen diri dalam hal lain. Jadikan itu sedikit sebanyak sebagai indikator keikhlasan perjuangan ini. Kalau terasa seperti diri tidak menitikberatkan tanggungjawab-tanggungjawab lain, tetapi dakwah cemerlang pula, maka marilah periksa, ini dakwah kerana Allah ke, atau kerana sesuatu yang lain?

 

Daie itu sepatutnya rajin orangnya. Komited. Boleh diharap. Dalam segala hal dalam sisi kehidupannya.

 

– Huda

sebenarnya,
aku menampar diri. T__T

Akhlaq kita di waktu tertimpa musibah

Bismillah

Hidup tak selalunya indah
Langit tak selalu cerah.

Sepertimana siang dan malam silih berganti, begitu jugalah nikmat dan musibah bertukar gilirannya, datang dan pergi.

Mana ada orang yang tak diuji. Dia baik ke, dia jahat ke, Allah tetap akan menguji. Zon musibah zero hanya di syurga, kekal abadi.

Dalam al Quran yang kita imani itu pun, penuh padat dengan kisah orang-orang yang diuji. Allah sudah berjanji, kita pasti akan diuji, kita pasti akan diuji.

Begitu juga kisah para nabi. Eh cuba bagitahu, nabi mana yang tidak diuji? Sebermula Adam lagi, sudah bertubi-tubi diuji. Hingga, elok-elok diamnya dia di syurga, dicampak ke bumi. Terpisah dengan isteri. Semua angkara syaitan yang durjana dan keji. Yang meracun fikiran serta hati.

Apalagi nabi-nabi selepasnya. Semua diuji, disakiti dan dilukai, hingga mati pada jalan ilahi. Inikan pula kita?

Namun, kerana islam itu syumul dan indah, perlu kita fahami, bahawa seorang mukmin itu, ada akhlaq dan adabnya saat menghadapi musibah.

1. Bersangka baik dengan Allah

Wait. Did i say “musibah” just now?
Maaf. Bukan musibah. Kerana itu, ujian itu, juga adalah nikmat dan rahmat.

Mana ada musibah. Semuanya rahmat. Ok?

Ini lah adab yang pertama sekali perlu ada, waktu berhadapan dengan kepayahan. Iaitu, buangkan sangkaan-sangkaan buruk kepada Allah, dan teruskan bersangka baik padanya.

Jangan memikirkan bahawa kepayahan itu adalah untuk menyakiti, untuk menyiksa atau membalasi. Ingat. Di dunia ini, tidak ada hisab dan hukuman, hanya ada amal. Dan di akhirat nanti, tidak ada lagi amal, hanya ada hisab dan hukuman.

Jadi jangan fikir, bahawa ujian kesusahan itu adalah expression kemarahan Allah. Lupakah, bahawa rahmat Allah itu terlalu luas, dan sentiasa mendahului daripada kemurkaannya?

“allah mana pernah marah..” Kata suami saya pasa suatu hari, selamba-selamba je dia cakap. Sambil selak-selak buku, waktu kami sedang berbual tentang satu isu. Satu statement yang betul-betul mengetuk jiwa saya dan membuat saya berhenti sejenak – itulah lambang husnu zhon kepada Allah. Merasakan, “Allah mana pernah marah..”

Tapi jangan lah pula berasa begitu, hingga tidak takut berbuat kemungkaran ye. Ekhh.

Jadi, praktikalitinya, waktu tertimpa ujian, pertama sekali, istighfarlah. Pohonlah ampun dan maaf dari Allah, banyak-banyak, takut-takut kita ini susah tersangka yang buruk-buruk kepadaNya.

Istighfarlah.

2. Bersyukur

Saya tidak temui penawar luka yang lebih hebat, dari syukur. Bersyukur kepada Allah, di atas kepayahan itu. Sambut musibah dengan hamdalah. Bersyukur juga kepada Allah, atas begitu banyak nikmat-nikmat lain yang di sekeliling, yang masih ada.

Ingat. Some people sleep in sorrow and wake up in sorrow. Kesian. But some people sleep in joy and never woke up again.

Kalau dihitung apa yang kita masih ada, segala-galanya lebihhh bernilai berbanding apa yang kita tidak lagi ada.

Kemana hilangnya syukurmu wahai hamba?

Bersyukurlah. Ucaplah Alhamdulillah. Dan teruslah beramal untukNya, jauhi laranganNya, sebagai menifestasi syukur yang tertinggi. Ujian kepayahan itu pasti akan terubat.

3. Muamalat yang baik

Banyak dari kita, pada waktu diuji, automatik akan moody hinggakan orang lain pun dijauhi. Kadang-kadang, tak pasal-pasal mereka dimarahi. Kita merasakan kita berhak untuk marah dan moody, kerana kita ditimpa bencana.

Kan dah kata tadi, mana ada orang tak diuji. Kita moody pada orang lain, yang tak tahu apa-apa. Mana tahu, dia pun ada kemelutnya sendiri. Kan dah kesian?

Wahai mukmin, jangan begitu. Jangan.

Akhlaq islami, perlu di mana-mana dalam apa saja waktu dan situasi. Kalau tak mampu benar, carilah tenpat untuk sujud dan menangislah mengadu padaNya. tapi jangan sesekali menjadikan orang sekeliling sebagai mangsa.

Tak adil.

Grow up. Kawal emosi dengan ruh iman. Terutamanya pemuda, selalu tewas. Padahal, bukankah pemuda itu sepatutnya golongan yang kuat?

Kalaulah nabi kita asyik nak moody setiap kali diuji, mungkin islam tak akan sampai kepada kita hari ini. Iyalah, siapa nak kawan dengan nabi? Para sahabat mesti banyak terasa hati. Dakwah pun tak tersambut.

Ha nampak tak, bagaimana bagi daie, penting untuk kawal emosi?

Kekal tersenyumlah pada semua. Santuni mereka. Iya, Allah dengar kamu menangis. Allah nampak, Allah tahu. Allah faham..ok?

4. Positif dan usaha berterusan

Mukmin perlu optimis. Bahkan lebih optimis dari orang lain. Kerana iman itu sendiri ertinya “yakin”, jadi haruslah seorang yang mengaku mukmin itu, attitude nya sentiasa positif dan berkeyakinan tinggi.

Putus asa? Itu untuk golongan yang kufur sahaja. Haa bukan saya kata. Allah kata, dalam surah Yusuf ayat 87.

Pada waktu tertimpa kepayahan, sangat penting untuk terus kekal positif, dan tekad untuk terus berusaha itu kekal bernyala-nyala.

Dan dengan pantas, fikirkan strategi untuk solusi. Berfikir, bersyura, dan bertindak. Usah hanyut dipangku kesedihan. Terus bangkit lagi dan pergi dengan lebih berani.

Allah itu Maha Membantu. Lupakah?

Bukankah bersama setiap kesusahan itu ada kesenangan? Lupakah?

Bangunlah. Apa saja kepayahan, jangan berputus asa. Mukmin itu, hanya layak berputus asa kalau kakinya sudah memijak medan neraka. Nauzhubillahiminnarr.

Selagi masih ada waktu, jangan berputus harapan kepada Allah taala yang Maha Pengasih.

(:

Be strong. Dah banyak kali saya ulang, tapi nak ulang lagi – theory of evolution states that only the strong shall survive.

Dan “strong” dalam teori itu maksudnya adapt dengan keadaan sekeliling. Cari jalan untuk solusi. Bukannya keraskan diri dan menunggu mati.

So. Be strong.

Lets survive the dunya together. Survive until jannah. Shall we?

-Huda
saling mendoakan.