dakwah dan komitmen lain.

Bismillah.

 

Dakwah tidak sepatutnya mengganggu komitmen seorang daie itu terhadap perkara lainnya. Baik dia itu sedang belajar, bekerja, menguruskan rumah tangga, menjalankan perniagaan, melayani ibu bapa, memegang jawatan penghulu kampong mahupun ADUN kawasan, apa-apa sajalah…dakwah yang dipikul tidak sepatutnya mengganggu komitmen dirinya dengan lain-lain hal berikut.

 

Melainkan, jika dakwahnya itu ada kecelaruan niat.

Dalam erti kata lain, tidak lurus hanya kerana Allah.

 

Seorang yang mengerti erti dakwah dan berikrar mendukungnya, sepatutnya hanya menjadikan dirinya lebih komited dengan tanggungjawab-tanggungjawab lain. Kerana, kalau benar dia mengerti apa itu dakwah, apa itu khalifah dan apa itu abid, seharusnya, dia akan mengerti juga bahawa tugasnya sebagai pelajar, pekerja, anak, peniaga, penghulu kampung ataupun ADUN kawasan itu, atau apa-apa sajalah..adalah juga merupakan bahagian besar dalam dakwahnya. Maka, sebagaimana dia bekerja kuat menjayakan dakwahnya, seperti itu jugalah dia akan bekerja kuat menjalankan tanggungjawabnya yang lain.

Tidak wajar jika ada daie yang sangat bertungkus lumus menjaga usrah, menguasai bahan tarbiyyah, berprogram sana dan sini, tetapi pelajaran/kerjanya dibuat ala kadar sahaja.

 

Melainkan, jika dakwahnya itu ada kecelaruan niat.

Susah hendak diterima sebagai logik, jika dakwahnya kerana Allah taala, tetapi dia tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran/kerja. Sedangkan, pelajaran/kerjanya itukan sepatutnya dakwah juga, dan haruslah kerana Allah taala juga?

 

Melainkan, dia begitu komited dengan dakwah kerana ada niat lain.

Niat yang….hanya Allah tahu. Hmmm.

 

Semoga seluruh para daie dapat menilai dan memuhasabah kembali prestasi dan komitmen diri dalam hal lain. Jadikan itu sedikit sebanyak sebagai indikator keikhlasan perjuangan ini. Kalau terasa seperti diri tidak menitikberatkan tanggungjawab-tanggungjawab lain, tetapi dakwah cemerlang pula, maka marilah periksa, ini dakwah kerana Allah ke, atau kerana sesuatu yang lain?

 

Daie itu sepatutnya rajin orangnya. Komited. Boleh diharap. Dalam segala hal dalam sisi kehidupannya.

 

– Huda

sebenarnya,
aku menampar diri. T__T

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s