buat kita yang mewarisi.

bismillah

Maha Kaya Allah. Hari ini kita mewarisi islam, dari tangan-tangan orang terdahulu. Mereka yang berhujan berpanas, berpeluh berdarah, berpenat berlelah, bersakit berduka, semata-mata supaya dakwah ini terus mengalir sepanjang-panjang kronologi masa, hinggalah khilafah islam kembali memayung alam.

Tanpa  perlu cerita pun kita sudah dapat bayangkan sendiri betapa mereka itu memang benar-benar berkorban. Kalau tidak, tak mungkin kita harini tahu apa bendanya dakwah itu. Jauh sekali, hendak mewarisi dan memikul sama dakwah ini di atas bahu.

Sebab islam itu sifatnya perlu dicari, perlu didukung. Sifatnya, akan rebah kalau tidak disokong dengan kuat. Yup, wlaupun Allah mampu dan akan pelihara agama Dia ini, tapi at the same time kejayaan tu bukan percuma. Syurga tu bukan murah.

Anyway. Speaking of mewarisi dan memikul.

Hari ini begitu banyak terbit jiwa-jiwa yang mahu bersatu dengan dakwah. Yang menyerahkan dirinya untuk perjuangan yang suci ini. Dan yang sedar dengan jelas akan tujuan hidupnya. Dia tahu, dia sedar, Allah memberi kepada dia posisi sebagai pemakmur dunia. Khalifah. Dia perlu menyampaikan Islam, kerana hanya dengan Islam, dunia ini akan makmur.

amazing. Just, amazing.

Cuma satu yang banyak diperhatikan hari ini adalah, wujudnya orang-orang yang menjauhi golongan penyeru ini. sekaligus menjauhi apa yang mereka serukan – islam.

Ada banyak faktor untuk hal ini. Cuma saya berasa terpanggil untuk menyentuh berkenaan attitude kita sebagai pewaris dakwah ini, yang mahu mengalirkan dakwah tetapi meninggalkan satu element penting yang wajib ada dalam proses menyeru ini. Iaitu, element hikmah.

Hikmah, selain dari ertinya kebijaksanaan, bagi saya ianya juga adalah bererti – method, kaedah, cara dan proses yang paling sesuai dan berkesan.

Lain orang, lain hikmah yang diperlukan untuk dirinya menerima sesuatu. Jadi kita tidak ada satu template hikmah yang digunapakai dan boleh fit semua orang.

Rasulullah saw menjalankan dakwah dengan hikmah yang tip top. Dengan orang kasar, baginda begitu begini. Dengan orang lembut, baginda begini begitu pula. Dengan orang muda, begini begini. Dengan orang tua, begitu begitu. Banyak lah.

Maka, kita yang mewarisi dan menyambut dakwah ini, jika hendak mewariskannya kepada orang lain pula, tidak dapat tidak memang perlu memasukkan element hikmah itu tadi. Menyampaikan inti dakwah saja tidak cukup. Adabnya, disiplinnya, etikanya, perlu ada bersama.

Kerana kita mewarisi dakwah ini bersama kaedah-kaedah dan adab etikanya, bukan intinya semata-mata.

Tidak wajar benar jika wujud banyak pihak yang mahu menyampaikan kebenaran, mahu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, tetapi dengan cara/kaedah/adab yang lemah. Selepas itu berteriak, “aku tak takut korang nak buat apa dekat aku lepasni, aku sampaikan kebenaran kerana Allah!”

Hmm. Cuba fikir, ada ke orang yang mahu ikut kita kalau kita herdik mereka? Dengan alasan, cakap baik-baik dah tak mahu dengar. Apa betul ke sudah sehabis-habis baik kita berusaha memahami dia? Sudah ajak dia makan-makan, berborak? Sudah berziarah ke rumah dia, tahu masalah dan kesulitan dia?

Lagipun, kalau benar kita berbuat kerana Allah, mestilah  mengikut kaedah yang Allah suka ye tak. Berlembut, beradab, berkata dengan baik. Sedangkan terhadap Firaun pun, Allah perintahkan Nabi Musa berkata dengan baik dengan lembut, supaya Firaun tak react dengan horrible.

Berapa banyak orang yang membenci islam, allergic dengan “ustaz ustazah” ni, akibat selalu kena sound panas-panas. Padahal, nak suruh berbuat benda baik – nak suruh solat, tutup aurat, jaga ikhtilat. Makin tak mahu adalah. Kenapa tidak, egonya dilambung-lambung.

Kontraproduksi itu namanya. Sambil membina, sambil menghancurkan. Sambil mengajak, sambil menjauhkan.

Kemudian kita mengeluh, dakwah ini tidak berjaya. Tidak disambut. Umat semakin parah. Generasi kita bakal berlalu, sedangkan tidak ditemui siapa-siapa lagi yang mahu kita wariskan dakwah ini. Oh noooo.

Muayyid yang dikasihi,
Tanya diri, apa benar kita sendiri sudah warisi dakwah ini sepertimana yang ia diwariskan kepada kita? Apa sudah kita ikut adabnya, disiplinnya, etikanya, tertibnya dan hikmahnya?

Kalau belum, mustahil dakwah ini akan mengalir. Percayalah, memang mustahil.

Perjuangan ini sifatnya, akan terhenti jika tidak disambung dengan baik. Perjuangan ini bukan automatik akan mengalirr dari satu zaman ke satu zaman hanya dengan ada orang-orang yang mahu kepadanya. Tapi orang-orang yang mahu itu, perlu berusaha berbuat segala cara dan kaedah yang bertepatan, barulah ia akan berjaya.

Selaklah semua kisah dakwah para nabi. Nabi mana yang herdik kaumnya? Sedangkan nabi Luth itu, kaumnya berbuat dosa yang belum pernah dibuat sebelum itu pun, dia marah la juga, tapi dengan kasih sayang dan ada pujukannya.

“aku ada puteri, kahwini lah puteri-puteriku..” macam tu dia offer. Punyalah nak suruh kaum dia tinggalkan seks songsang.

Nabi Muhammad? Kena hambat sambil kena baling dengan batu sampai berdarah-darah, tapi berkata “maafkanlah mereka, mereka tidak tahu.” waktu malaikat offer nak hempap gunung pada kaum di Thaif tu. Lepastu siap berdoa lagii, Ya Allah, keluarkan dari kalangan mereka umat yang terbaik imannya. So a while kemudian dari kaum itu lah lahirnya mukmin-mukmin yang berkualiti.

See. Macam tu Nabi buat dakwah. Macam tu sahabat, tabii tabiin buat dakwah, kerana itu kita harini dapat merasa islam. dan mahu pula menyambut dakwah ini bersama.

Kalau, kita tak bersikap macam tu, ada harapan ke dakwah kita akan sampai kepada orang lain? entahlah.

Kita berdakwah mengikut alquran dan sunnah. Bukan alquran semata, tapi juga sunnah.

Jika dari alquran itu kita cedok intinya, maka dari sunnah kita cedok kaedahnya.

..

Buat kita yang mewarisi,

Warisilah dakwah ini sebagaimana yang ianya diwariskan kepada kita. Bersamanya ada adab, tertib, disiplin dan etika. Ada kasih sayang dan cinta yang menjadi tunjang.

Barulah namanya khalifah. Pemakmur muka bumi.

..

– Huda

Dan dengan mengerjakan dakwah ini jugalah, kita membentuk diri kita menjadi lebih muslim dari sebelumnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s