Ha. Ja. Ro.

Bismillah..

 

tiga huruf.

ringkas.

tapi penuh erti. bukan saja penuh erti, malah penuh air mata, darah dan pengorbanan.

ha ja ro ini ertinya adalah satu tindakan meninggalkan, melepaskan, membuang, dan apa-apa sajalah yang adik beradik dengannya, akan perkara-perkara yang disayangi dicintai dan disukai, demi sebuah masa depan yang diyakini lebih baik.

ha ja ro ini, pengiringnya adalah air mata, kesakitan dan kepedihan.

ha ja ro ini, pelakunya adalah orang-orang yang di dadanya ada rasa yakin – iman.

dan salah satu ha ja ro agung yang terselit dalam lipatan sejarah adalah H.I.J.R.A.H

 

yang mana HIJRAH itu, seperti yang kita tahu, adalah perpindahan. kaum muhajirin dari Mekah, berpindah ke Madinah, bertemu kaum Ansar, yada yada yada

 

tapi ia lebih dari sekadar perpindahan.

HIJRAH ini, bukan sama seperti kita berpindah dari Kuantan ke Perak. Atau dari Tasmania ke Canberra. Atau dari satu rumah ke satu rumah. Sebab perpindahan yang itu, kita angkut bawa semua barang kesayangan bersama-sama.

HIJRAH yang ini, adalah tindakan meninggalkan, melepaskan, membuang, dan apa-apa sajalah yang adik  beradik dengannya, akan perkara-perkara yang disayangi dicintai dan disukai, demi sebuah masa depan yang diyakini lebih baik.

 

pada waktu Rasululah saw dan kaum muslimin Mekah berhijrah, mereka tinggalkan harta tinggalkan saudara. apa-apa yang mereka sayang, merepa lepaskan. sehelai sepinggang, pergi.

betapa sakitnya.

of course, pengiring mereka adalah air mata dan kepedihan.

of course, kerana di dada mereka ada rasa yakin – iman.

 

betapa agungnya HIJRAH ini, ia mengajar kita erti qurban.

erti melepaskan segala yang kita senangi, kemudian sanggup pula melalui segala yang pedih-pedih berduri, semata-mata kerana mahu menyelamatkan iman. mahu lebih taat pada ilahi. mahu meninggalkan jahiliyah.

 

ha ja ro.

tiga huruf yang sarat dengan erti.