bukan hanya mengumpat

Bismillah..

Antara kaedah untuk lebih menjiwai, merasai dan mendapat impak dari bacaan Al Quran adalah dengan memahami konteks semasa waktu turunnya sesebuah ayat/surah itu. Dengan itu kita lebih dapat memperkaitkam inti surah dengan diri kita, agar lebih berbuah keinsafan dan perubahan.

Saya mengambil contoh surah Al Humazah. Ayat nya dimulakan dengan tujahan celaka terhadap setiap pengumpat. Jadi banyak dari kita yang apabila sebut sahaja surah Al Humazah ini, kita memikirkan surah ini memfokuskan kepada tabiat mengumpat (sahaja?). Kemudian ada disebutkan pula neraka hutomah dalam surah ini, dan kita sinonimkan pula neraka hutomah ini sebagai neraka bagi pengumpat.

Ok, betul, tidak salah mengambil mesej yang itu. Tetapi tahukah kita, bahwa surah Makiyyah ini ada memfokuskan sebuah isu yang jauh lebih besar lagi dari isu mengumpat – yaitu isu aqidah, tauhid, dan isu mensyirikkan Allah.

*Surah makiyyah – surah pre hijrah, mesejnya sekitar mengukuhkan aqidah.

*Surah madaniyah – surah post hijrah, mesejnya sekitar memperkenalkan hukum/hakam, dan juga isu kemunafiqan.

Tafsir fi zilal tulisan syed Qutb menerangkan bahawa surah Al Humazah mengetengahkan sikap manusia yang meletakkan sesuatu selain Allah di hati mereka, seterusnya mereka merasakan sesuatu itu dapat menjamin kehidupannya. (Ini, adalah isu ketauhidan yang serius!).

Ia bermula dengan menggariskan simptom/signal kepada jiwa yang tamak akan dunia, iaitu akhlaq mereka menjadi buruk – mencela dan mengumpat. (Jangan ambil mudah “signal” ini, ia tanda aqidah kita bermasalah).

“celakalah setiap pengumpat dan pencela..” Ayat 1.

“Iaitu yang mengumpul dan menghitung2 hartanya..” Ayat 2.

Dan kemudian, jiwa yang tamak ini semakin parah apabila ia merasakan harta/dunia itu lah yang menjamin kehidupannya. (Ayat 3) Dan di sini lah datang nya isu ke tauhidan – terdapatkah apa2 selain allah, yg mampu menjamin kehidupan kita?

Jadi terus sangkaan ini ditempelak dengan ayat ke 4,
“Tidak! Dia pasti akan dicampakkan ke dalam neraka Hutomah”

Di sini ada introdusi kepada sebiji neraka bernama Hutomah, yang direka bentuk khas untuk golongan tadi (yang tamak kepada dunia, hingga akhlaq nya menjadi bongkak)

Introdusi diteruskan lagi,
“Tahukah kamu apakah itu neraka Hutomah? Ianya adalah api Allah. Yang membakar sampai ke hati..” Ayat 5-7.

Oh. Jadi speciality neraka Hutomah ini adalah ia membakar sampai ke hati. Mengapa di tekan kan hati itu? Kerana dari hati itulah bermulanya kerakusan manusia terhadap dunia, hingga berlakunya kecurangan aqidah dan akhlaq.

Kesimpulannya, surah Al Humazah ini bukan bercakap tentang pengumpat sahaja ya. Ya sudah tentu kita perlu beri perhatian juga kepada tabiat buruk itu. Tapi yang lebih dekat dengan kita dan wajar diinsafi apabila mentadabbur surah ini adalah hal ehwal kecintaan kita kepada dunia.

Apa tidak pernah kah kita ini merasa sayang hendak melepaskan dunia, kerana bimbang kehilangan itu akan membinasakan kita? Betul tak pernah?

Wallahualam.

:. huda
Zuhud – meletakkan dunia di tangan, bukan di hati. Jadi bila-bila perlu melepaskannya, maka okay.

Advertisements

One thought on “bukan hanya mengumpat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s