tentang pena abid

‘pena abid’ diilhamkan dari firman allah dalam surah adz-zariyat ayat ke 56,

“dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”

perkataan abid membawa maksud Hamba yang beribadah kepada Allah.

semoga sentiasa melahirkan rasa kehambaan dalam diri pada setiap nafas di bumi Malik ini.

Biodata

-Berasal dari kampung Balok, kuantan Pahang. Menuntut di university of tasmania, australia dalam ijazah kesusasteraan sains sosial. Gemar berbahasa inggeris, memartabatkan bahasa melayu, mengkagumi dan mencintai bahasa arab. gemar melukis dan mengambil gambar.  gemar menulis dan bercakap, lantang bila perlu, pemalu bila tak perlu hehe. berlari di medan pengajian mengejar ijazah dalam bidang sains sosial – satu lambang kepedulian modal insan, satu anak kunci ke arah pembentukan tamadun. Tamadun islam.

-menyukai hasil penulisan Fathi Yakan, Abu a’la al maududi, Hassan al banna, dan dr yusuf al qardhawi. meminati  bidang sastera, falsafah, undang-undang, bahasa, dan ekonomi. mencintai bidang pendidikan Agama Islam dan melatih diri untuk melihat bidang2 lain melalui perspektif islam.

-bercita-cita mendalami hadis 40 kumpulan imam al nawawi, menguasai bahasa arab, dan mempelajari makhraj dengan sebetulnya.

-mendidik diri diutamakan, sentiasa berkongsi diamalkan.

-berjalan di bumi tuhan memikul dakwah, menggalas jihad, memupuk iman, menyemai taqwa.

-berusaha gigih ke arah part full time dai’e.

blog ini ditulis tidak lain adalah untuk mendukung prinsip penulis – mencari ilmu, mengamalkan ilmu, dan berkongsi ilmu sebaik mungkin. teguran dan pandangan amat di harapkan kerana yang paling patut mengambil pengajaran dari apa-apa isi kandungan blog ini tidak lain adalah Penulis sendiri. ‘asallahu ayyanfa’unabiha

 

-huda

4 thoughts on “tentang pena abid

  1. Assalamualaikum….

    salam perkenalan.
    Tertarik dengan penulisan saudari.

    Teruskan berdakwah.
    Dakwah dari hati, bukan sekadar mengisi ruang.

    -dakwah membina iman, ibadah menjaga iman-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s