buat kita yang mewarisi.

bismillah

Maha Kaya Allah. Hari ini kita mewarisi islam, dari tangan-tangan orang terdahulu. Mereka yang berhujan berpanas, berpeluh berdarah, berpenat berlelah, bersakit berduka, semata-mata supaya dakwah ini terus mengalir sepanjang-panjang kronologi masa, hinggalah khilafah islam kembali memayung alam.

Tanpa  perlu cerita pun kita sudah dapat bayangkan sendiri betapa mereka itu memang benar-benar berkorban. Kalau tidak, tak mungkin kita harini tahu apa bendanya dakwah itu. Jauh sekali, hendak mewarisi dan memikul sama dakwah ini di atas bahu.

Sebab islam itu sifatnya perlu dicari, perlu didukung. Sifatnya, akan rebah kalau tidak disokong dengan kuat. Yup, wlaupun Allah mampu dan akan pelihara agama Dia ini, tapi at the same time kejayaan tu bukan percuma. Syurga tu bukan murah.

Anyway. Speaking of mewarisi dan memikul.

Hari ini begitu banyak terbit jiwa-jiwa yang mahu bersatu dengan dakwah. Yang menyerahkan dirinya untuk perjuangan yang suci ini. Dan yang sedar dengan jelas akan tujuan hidupnya. Dia tahu, dia sedar, Allah memberi kepada dia posisi sebagai pemakmur dunia. Khalifah. Dia perlu menyampaikan Islam, kerana hanya dengan Islam, dunia ini akan makmur.

amazing. Just, amazing.

Cuma satu yang banyak diperhatikan hari ini adalah, wujudnya orang-orang yang menjauhi golongan penyeru ini. sekaligus menjauhi apa yang mereka serukan – islam.

Ada banyak faktor untuk hal ini. Cuma saya berasa terpanggil untuk menyentuh berkenaan attitude kita sebagai pewaris dakwah ini, yang mahu mengalirkan dakwah tetapi meninggalkan satu element penting yang wajib ada dalam proses menyeru ini. Iaitu, element hikmah.

Hikmah, selain dari ertinya kebijaksanaan, bagi saya ianya juga adalah bererti – method, kaedah, cara dan proses yang paling sesuai dan berkesan.

Lain orang, lain hikmah yang diperlukan untuk dirinya menerima sesuatu. Jadi kita tidak ada satu template hikmah yang digunapakai dan boleh fit semua orang.

Rasulullah saw menjalankan dakwah dengan hikmah yang tip top. Dengan orang kasar, baginda begitu begini. Dengan orang lembut, baginda begini begitu pula. Dengan orang muda, begini begini. Dengan orang tua, begitu begitu. Banyak lah.

Maka, kita yang mewarisi dan menyambut dakwah ini, jika hendak mewariskannya kepada orang lain pula, tidak dapat tidak memang perlu memasukkan element hikmah itu tadi. Menyampaikan inti dakwah saja tidak cukup. Adabnya, disiplinnya, etikanya, perlu ada bersama.

Kerana kita mewarisi dakwah ini bersama kaedah-kaedah dan adab etikanya, bukan intinya semata-mata.

Tidak wajar benar jika wujud banyak pihak yang mahu menyampaikan kebenaran, mahu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, tetapi dengan cara/kaedah/adab yang lemah. Selepas itu berteriak, “aku tak takut korang nak buat apa dekat aku lepasni, aku sampaikan kebenaran kerana Allah!”

Hmm. Cuba fikir, ada ke orang yang mahu ikut kita kalau kita herdik mereka? Dengan alasan, cakap baik-baik dah tak mahu dengar. Apa betul ke sudah sehabis-habis baik kita berusaha memahami dia? Sudah ajak dia makan-makan, berborak? Sudah berziarah ke rumah dia, tahu masalah dan kesulitan dia?

Lagipun, kalau benar kita berbuat kerana Allah, mestilah  mengikut kaedah yang Allah suka ye tak. Berlembut, beradab, berkata dengan baik. Sedangkan terhadap Firaun pun, Allah perintahkan Nabi Musa berkata dengan baik dengan lembut, supaya Firaun tak react dengan horrible.

Berapa banyak orang yang membenci islam, allergic dengan “ustaz ustazah” ni, akibat selalu kena sound panas-panas. Padahal, nak suruh berbuat benda baik – nak suruh solat, tutup aurat, jaga ikhtilat. Makin tak mahu adalah. Kenapa tidak, egonya dilambung-lambung.

Kontraproduksi itu namanya. Sambil membina, sambil menghancurkan. Sambil mengajak, sambil menjauhkan.

Kemudian kita mengeluh, dakwah ini tidak berjaya. Tidak disambut. Umat semakin parah. Generasi kita bakal berlalu, sedangkan tidak ditemui siapa-siapa lagi yang mahu kita wariskan dakwah ini. Oh noooo.

Muayyid yang dikasihi,
Tanya diri, apa benar kita sendiri sudah warisi dakwah ini sepertimana yang ia diwariskan kepada kita? Apa sudah kita ikut adabnya, disiplinnya, etikanya, tertibnya dan hikmahnya?

Kalau belum, mustahil dakwah ini akan mengalir. Percayalah, memang mustahil.

Perjuangan ini sifatnya, akan terhenti jika tidak disambung dengan baik. Perjuangan ini bukan automatik akan mengalirr dari satu zaman ke satu zaman hanya dengan ada orang-orang yang mahu kepadanya. Tapi orang-orang yang mahu itu, perlu berusaha berbuat segala cara dan kaedah yang bertepatan, barulah ia akan berjaya.

Selaklah semua kisah dakwah para nabi. Nabi mana yang herdik kaumnya? Sedangkan nabi Luth itu, kaumnya berbuat dosa yang belum pernah dibuat sebelum itu pun, dia marah la juga, tapi dengan kasih sayang dan ada pujukannya.

“aku ada puteri, kahwini lah puteri-puteriku..” macam tu dia offer. Punyalah nak suruh kaum dia tinggalkan seks songsang.

Nabi Muhammad? Kena hambat sambil kena baling dengan batu sampai berdarah-darah, tapi berkata “maafkanlah mereka, mereka tidak tahu.” waktu malaikat offer nak hempap gunung pada kaum di Thaif tu. Lepastu siap berdoa lagii, Ya Allah, keluarkan dari kalangan mereka umat yang terbaik imannya. So a while kemudian dari kaum itu lah lahirnya mukmin-mukmin yang berkualiti.

See. Macam tu Nabi buat dakwah. Macam tu sahabat, tabii tabiin buat dakwah, kerana itu kita harini dapat merasa islam. dan mahu pula menyambut dakwah ini bersama.

Kalau, kita tak bersikap macam tu, ada harapan ke dakwah kita akan sampai kepada orang lain? entahlah.

Kita berdakwah mengikut alquran dan sunnah. Bukan alquran semata, tapi juga sunnah.

Jika dari alquran itu kita cedok intinya, maka dari sunnah kita cedok kaedahnya.

..

Buat kita yang mewarisi,

Warisilah dakwah ini sebagaimana yang ianya diwariskan kepada kita. Bersamanya ada adab, tertib, disiplin dan etika. Ada kasih sayang dan cinta yang menjadi tunjang.

Barulah namanya khalifah. Pemakmur muka bumi.

..

– Huda

Dan dengan mengerjakan dakwah ini jugalah, kita membentuk diri kita menjadi lebih muslim dari sebelumnya.

dakwah dan komitmen lain.

Bismillah.

 

Dakwah tidak sepatutnya mengganggu komitmen seorang daie itu terhadap perkara lainnya. Baik dia itu sedang belajar, bekerja, menguruskan rumah tangga, menjalankan perniagaan, melayani ibu bapa, memegang jawatan penghulu kampong mahupun ADUN kawasan, apa-apa sajalah…dakwah yang dipikul tidak sepatutnya mengganggu komitmen dirinya dengan lain-lain hal berikut.

 

Melainkan, jika dakwahnya itu ada kecelaruan niat.

Dalam erti kata lain, tidak lurus hanya kerana Allah.

 

Seorang yang mengerti erti dakwah dan berikrar mendukungnya, sepatutnya hanya menjadikan dirinya lebih komited dengan tanggungjawab-tanggungjawab lain. Kerana, kalau benar dia mengerti apa itu dakwah, apa itu khalifah dan apa itu abid, seharusnya, dia akan mengerti juga bahawa tugasnya sebagai pelajar, pekerja, anak, peniaga, penghulu kampung ataupun ADUN kawasan itu, atau apa-apa sajalah..adalah juga merupakan bahagian besar dalam dakwahnya. Maka, sebagaimana dia bekerja kuat menjayakan dakwahnya, seperti itu jugalah dia akan bekerja kuat menjalankan tanggungjawabnya yang lain.

Tidak wajar jika ada daie yang sangat bertungkus lumus menjaga usrah, menguasai bahan tarbiyyah, berprogram sana dan sini, tetapi pelajaran/kerjanya dibuat ala kadar sahaja.

 

Melainkan, jika dakwahnya itu ada kecelaruan niat.

Susah hendak diterima sebagai logik, jika dakwahnya kerana Allah taala, tetapi dia tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran/kerja. Sedangkan, pelajaran/kerjanya itukan sepatutnya dakwah juga, dan haruslah kerana Allah taala juga?

 

Melainkan, dia begitu komited dengan dakwah kerana ada niat lain.

Niat yang….hanya Allah tahu. Hmmm.

 

Semoga seluruh para daie dapat menilai dan memuhasabah kembali prestasi dan komitmen diri dalam hal lain. Jadikan itu sedikit sebanyak sebagai indikator keikhlasan perjuangan ini. Kalau terasa seperti diri tidak menitikberatkan tanggungjawab-tanggungjawab lain, tetapi dakwah cemerlang pula, maka marilah periksa, ini dakwah kerana Allah ke, atau kerana sesuatu yang lain?

 

Daie itu sepatutnya rajin orangnya. Komited. Boleh diharap. Dalam segala hal dalam sisi kehidupannya.

 

– Huda

sebenarnya,
aku menampar diri. T__T

kita ini kuat, kerana amal.

bismillah..

terasa sungguh tegang urat leher dan kepala ini, bila membongkar kisah-kisah pejuang. baik yang dari sezaman rasul sahabat, ataupun geng-geng Hassan Al Banna, hatta pakcik-pakcik serta makcik yang masih wujud hari ini.

siapa mereka ini? ala takkan tak dapat tangkap lagi kot. hihi.

mereka ini adalah pewaris dakwah!

stress betul bila melihat mereka ni. kenapalah qowi sangat. kenapalah thabat sangat. istiqomah sampai ke tua. sampai nyawa diambil balik, mashaallah. mereka ni makan apa? gaji berapa? rumah dekat mana?

baru saya sedar. salah soalan tu. yang patut kita persoalkan sampai stress adalah, mereka ni tilawah berapa juzuk sehari? solat malam bangun jam berapa? solat sunat berapa rakaat, berapa salam? puasa berapa hari sebulan? infak berapa percent dari income? tidur berapa minit? hafazan berapa juzuk? bahasa arab fasih tahap apa? zikir mereka? maathurat mereka? USRAH tu haruslah kan, bukan dua kali seminggu lah, lebih.

oh. dan jangan lupa, tanyakan juga, akhlaq mereka. silaturrahim macam mana. ukhuwah macam mana. ithar mereka, salamatus sadr mereka. senyum macam mana, bantu-bantu urusan orang macam mana. bahasa, adab, tertib, macam mana. dan lain-lain lagi.

tak hairanlah jadinya, kalau mereka ini semua nya qowi-qowi, dan hebat dasyat meletup semuanya. Sehinggakan dakwah, hingga hari ini, masih mengalir bagaikan air sungai.

..

Sebenarnya, apa yang nak di highlight kan di sini adalah, bagaimana kita yang mewarisi dakwah hari ini?

tidak sedikit wujudnya, golongan yang menyampaikan inti dakwah, tetapi tidak bersama adab dan tertib dakwah. maka berlamak-lambaklah wujudnya pula golongan yang membenci dakwah, sebab apa? sebab daie nya menyampaikan islam, tapi tidak ada hikmah dan adab, disiplin, etika dan kesantunan yang benar, yang diajarkan oleh islam.

“woi. kau tahu tak mulut kau yang duk mengumpat tu, besok masuk neraka lumazah?”

“huh. kau budak. kau tahu apa, kau amal pun kurang lagi. dengar ni abang nak cerita hadis niat. kau kena dengar baik-baik ni.”

“hek eleh. apalah tujuan hidup kau ni. bangun pagi pergi kelas, dah habis kelas study lagi. lepastu exam, dapat cemerlang, lepastu? kau tau tak hari perhitungan itu pasti?”

“cakap cinta nabi. sambut maulud nabi bagai. tapi sunnah nabi kau tak hidupkan dalam hari-hari kau. kau agak, camtu boleh ke dapat syafaat?”

ahha. rasa nak tumbuk je kalau jumpa orang macam ni hehe.

kalau tak cakap depan-depan pun, sekarang, ramai pahlawan papankunci yang lantang bukan main dekat facebook tu. hentam kerajaan lah, hentam opposition la. Share video orang buat benda tak senonoh, sambil caption kutuk-kutuk.

ok mungkin itu contoh extreme.

ada juga yang tak lah extreme macam tu, dia sopan sikit. cakap sambil senyum, sambil cedok nasik dalam pinggan lagi. tapi sindir-sindir, ayat tak tapis dulu, attack terus ke dasar sanubari orang tu. Allah…….apa semua ni?

ataupun, yang agak kontroversi, kes compete-compete jemaah ni. Ok, tak mahu ulas lanjut hal competition. Tapi kalau bersaing sampai menyakiti pihak pesaing, tercalar ukhuwah tercarik silaturahim, jihad apakah ini…?

sedangkan Rasulullah saw mewariskan dakwah ini kepada kita, bukan isi dan intinya sahaja. Baginda ajarkan serba serbi, bagaimana kaedah dan cara, apa kelembutan dan kesantunannya yang perlu ada, kalau hendak menyampaikan dakwah ini.

Kita menyambut dakwah ini, bukan intinya sahaja. Bukan DUM DUM DUM syahadatul haq sana sini, sayonara jahiliyyah dan segalanya, tapi adab dan etika ditolak tepi. Bukan begitu.

Kita menyambut dakwah ini, isinya dan kaedahnya. intinya, dan tatatertib nya.

 

 

Bukan itu saja, kita mewarisi dakwah ini juga, bersama dengan pengorbanan yang datang bersama nya. Amal fardhi kita. Solat kita, puasa kita, zikir kita, doa kita, MUJAHADAH kita, macam mana?

Amal jamaie kita bagaimana? Itu juga pengorbanan, dan itu lah yang menguatkan kita. Kerana itu Rasulullah saw wariskan dakwah ini, bersama senaraiii amal yang panjang untuk kita ikuti dan kita hidupi. Diajarnya kita tahajjud, diajarnya kita dhuha. Diajarnya kita zikir dan doa itu ini. Kita ini kuat, kerana amal.

 

Kerana Rasulullah mahu dakwah ini berjaya. Kita pula?

Jangan tangkap debunga itu, sabar. Ia akan hinggap sendiri.

Musim semi di Canberra, Australia, Oktober 2013.

Seluruh kawasan universiti penuh dengan debunga yang gugur dari pokok, dan berterbangan, penuh, merata-rata. Serius, memang penuh seluruh ruang udara di situ. Aku tak pasti debunga jenis apa, tapi bila aku dapat pegang satu, rupa bentuk dia lebih kurang kapas. Mungkin sebab itulah dia mudah sangat dibawa angin.

Aku berjalan di perkarangan universiti sambil tergelak dalam hati, melihat gelagat orang ramai. Ada yang mengipas-ngipaskan tangan, gaya macam halau lalat. Ada yang tekup sapu tangan ke hidung dan mulut. Ada yang cuba kejar, tak dapat-dapat. Ada yang memang betul-betul rimas sampai berkerut dahinya. Tak kurang juga, yang berlagak biasa saja.

Aku berjalan di samping suami tercinta. Kami baru sudah settle kan sedikit kerja masing-masing di Chifley Library, dan sekarang nak balik ke rumah. Masak dinner, lepastu malam nanti ada usrah.

Sambil si dia berjalan menolak basikal, aku di sebelahnya ini duk melompat-lompat kecil (sambil control ayu), cuba untuk tangkap debunga/kapas yang berterbangan itu. Geram jugak, asyik melintas betul-betul depan hidung depan mata, tapi tak dapat-dapat jugak.

“Dapat tak tu..” Soalnya bernada usik. Aku tercabar la jugak, huh.

“Alah..dapatnya. iyahh!” aku membalas, sambil terus berusaha untuk tangkap debunga-debunga tu. Eii geram sungguh. Satu pun tak ada yang hinggap.

Suamiku ketawa. Amboi, suka nya eh?

“Eleh..abang pun takkan dapatnya..cubalah kalau terer!” aku mencabar.

Aku yakin jugalah dia tak akan dapat. Sebab aku dah buat satu teori, debunga tu memang tak akan dapat ditangkap. Sebab dia ringan, agaknya. Entah, eish, apa-apalah.

Suamiku hanya tersenyum. Dia memang selalu macam tu, dalam semua urusan pun dia sentiasa tersenyum. kawan-kawan dia kata, sikapnya yang satu ni persis Rasulullah saw. Sejuk hati siapa saja yang terpandang. Aku setujulah. Tapi boleh jadi ini biased, he he.

Matanya tertumpu pada satu debunga yang makin mendekat. Aku jerit excited, “haa cepat abang, cepat!”

Aku pasti, bila dia angkat tangan dia untuk tangkap debunga tu nanti, mesti benda tu akan lari lebih jauh. Sebab, itulah yang jadi dekat aku sejak tadi.

Perlahan, dia tadahkan tangannya, dan dibawa ke arah debunga tu.

Perlahan juga, debunga itu hinggap di atas tapak tangannya, seolah memang itu rumahnya. Cantik dan comel. Lembut, dan tenang.

Aku hampir ternganga, kagum dengan apa yang aku baru lihat. Tapi mujurlah sempat kawal riak muka.

Suamiku masih tersenyum, dan dia berikan debunga di dalam tapak tangannya itu kepadaku. Aku hanya tengok, tak mahu pegang. Saja, malas. Lagipun, aku takut nanti dia terbang semula. Waktu itulah aku lihat, yang debunga itu bentuk dia macam kapas.

Sekejap kemudian, suamiku membiarkan angin membawanya pergi.

Aku tersenyum gembira, puas. Then aku rangkul kemas lengan dia, dan kami teruskan berjalan sambil bercerita macam-macam.

..

Di dalam fikiran, aku terbayang-bayang kenangan tiga tahun dahulu. Sewaktu, aku mula-mula bertemu dengan erti sebenar kehidupan, iaitu pada saat aku mula bernafas di dalam dunia tarbiyah dan dakwah. Aku rasa, aku seperti itulah, debunga kapas itu. Cuba ditangkap-tangkap, tapi aku hanya lari lebih jauh. Bila dibiarkan, aku sendiri yang datang bertandang. Sebab hakikatnya, tarbiyah itu sangat memikat dan menggoda. Cuma kena petik suis yang betul saja. hihi.

Begitulah dakwah.Penuh seni, serius la adik kakak, tak tipu ni. Kita bukan berurusan dengan robot atau haiwan, tapi kita berurusan dengan manusia. Yang macam-macam hati, macam-macam jiwa, macam-macam rupa.

Kita tak akan mampu menawan manusia melalui dakwah ini, kalau asyik hendak gopoh dan memaksa-maksa, mengejar dan menangkap tanpa sabar dan hikmah sebagai kunci.

Manusia – hanya mampu ditawan oleh cinta dan kasih sayang. Sebab tu, Allah hadiahkan setiap manusia dengan anugerah hati dan cinta setiap seorang. Bukan cuma untuk dinikmati sendiri-sendiri, tapi untuk digunakan membawa sesama manusia ke jalan syurga ilahi.

Hassan Al Banna ada gariskan di dalam risalah dakwatuna, bahawa betapa kita ini berkerja dengan dakwah ini, atas dasar sayang sesama kita. Kita nak kita dan semua orang, selamat dan bahagia di dalam syurga abadi. Kita nak kita dan semua orang, terselamat dari azab neraka punya api.

Betapa kita, akan mengorbankan seluruh harta dan jiwa kita untuk orang lain. Sebab kita sayangkan mereka, sayang sungguh-sungguh, bukan main-main.

..

Jadi, berlembutlah. Bersabarlah. Bertenanglah, dan berhaluslah.

Tawanlah manusia dengan cinta, confirm hati mereka akan tertambat kemas nanti.

Siapa nak lebih feel, jemputlah datang ANU Canberra. Tengok sendiri macam mana seluruh uni penuh dengan benda debunga kapas tu terbang-terbang.

And, cubalah tangkap.  (:

** 3 jam selepas siap entry ni, baru jumpa satu artikel. Nama benda tu fluff rupanya. Nah, buka link ni kalau tak caye:
http://the-riotact.com/images-of-canberra-a-bumper-year-for-fluff/30034

lushpup-fluff_fall_101022

ini gambar sebenar tau

 

~~

Huda

cintailah. nescaya kamu akan ke syurga bersama orang yang kamu cinta. 

Terjemahan: Cahaya di wajah umat

 

Cahaya Di Wajah Ummat – Bab 1 dari Untukmu Kader Dakwah,
oleh KH. RAHMAT ABDULLAH

..

Dalam sebuah kesatuan amal jama’i (berkerja berkumpulan), ada yang mampu menunjukkan prestasi cemerlang karena dirinya betul-betul sesuai dengan tuntutan dan adab ber-amal jama’i. Kejujuran, kesuburan, kejernihan dan kehangatan ukhuwahnya betul-betul terasa. Keberadaan dan kehadirannya, menggairahkan dan menenteramkan ahli lain.

Namun perlu diingat, walaupun telah bekerja dalam jaringan amal jama’i, tetap juga, pertanggungjawaban amal kita nanti, akan dilakukan di hadapan Allah SWT secara individu. Bukan secara berkelompok.

Disebabkan itu, tidak sepatutnya ada kader yang bergantung/mengharapkan kepada kumpulan-kumpulan besar yang disertainya, tanpa berusaha meningkatkan kualiti diri. Ingat suatu pesan Rasulullah SAW: Man abtha-a bihi amaluhu lam yusri’ bihi nasabuhu (Siapa yang lambat beramal, tidak akan dipercepat oleh nasabnya ).
Makna yang terkandung di dalam istilah tarbiah itu sendiri, jika difahami, sudah memestikan seseorang menjadi lebih berdaya upaya, dan sememangnya bukan terus menerus melekat dan tergantung pada orang lain.

Meskipun wujudnya kebersamaan itu merupakan sesuatu yang baik, tapi harus diingat, bahawa ada masanya kita tidak dapat bersama dan akan berseorangan, demikian sunah (tradisi) nya.

Lihat para sahabat Rasulullah saw. Sekiranya mereka mahu, mereka boleh saja menetap dan wafat di Madinah, atau terus menerus tinggal ber-mulazamah di masjidil Haram yang nilainya sekian ratus ribu, atau di Masjid Nabawi yang pahalanya sekian ribu kali.

Tapi mengapa makam para Sahabat tidak banyak berada di Baqi atau di Ma’la? Sebaliknya makam mereka banyak bertebaran jauh, beribu-ribu batu dari negeri mereka.

Melihatkan ini, kita dapat memahami, sesungguhnya mereka benar-benar yakin dan mahu membuktikan bahawa diri mereka itu adalah seperti apa yang Allah sebutkan di dalam firman-Nya:

Wal takum minkum ummatuy yad’una ilal khoir. Atau dalam firman- Nya: Kuntum khoiro ummati ukhrijat linnasi (Kamu adalah sebaik-baiknya ummat yang di-tampilkan untuk ummat manusia. Qs. 3;110).

Bagi mereka ini, ummat yang terbaik bukan untuk disembunyikan, disimpan atau dijaga rapi takut-takut ‘tercemar’. Sebaliknya, untuk ditampilkan dan dihadirkan kepada seluruh ummat manusia. Membawa sinar, membawa ‘kehidupan’ – dengan membawa islam rahmatan lil ‘alamin.

Inilah sesuatu yang sangat perlu kita jaga dan perhatikan. Benar, kita semua beramal secara berjemaah, berkumpulan dan berpasukan, tapi kita juga haruslah tidak terlarut jika terpaksa bersendirian. Hendaklah ketika itu, kita selalu mendapat cahaya, malah menjadi cahaya yang menyinari lingkungan sekitar.

Tidak sepatutnya ada mana-mana kader yang mengatakan, “ana jadi teruk begini sebab keadaan sekeliling ana teruk. Biah tak mendukung tarbiyyah ana.”

Mengapa tidak berkata sebaliknya, “agh, tak boleh biar ni. persekitaran macam ni, aku kena ubah dengan pengaruh yang ada pada diri aku.”

Sepatutnya dimanapun dia berada, seorang kader itu mesti berusaha mewujudkan kawasan-kawasan kebaikan, kawasan cahaya, kawasan ilmu, kawasan akhlak, kawasan taqwa, kawasan al-haq, setelah kawasan-kawasan tadi menjadi sempit dan gelap dimonopoli kawasan-kawasan jahiliyah, kezaliman, kebodohan dan hawa nafsu.

Demikianlah ciri kader, dimanapun dia berada, dia terus menerus memberi makna kehidupan. Sepertimana sejarah da’wah ini sendiri, ia tumbuh dari seorang, dua orang kemudian menjadi beribu-ribu atau berjuta-juta orang.

Sangat indah ungkapan Imam Syahid Hasan Al Banna, “Antum ruhun jadidah tarsi fi ja-sadil ummah”. Kamu adalah ruh baru, kamu adalah jiwa baru yang mengalir di tubuh ummat, yang menghidupkan tubuh yang mati itu dengan Al-Qur’an.

Maka tidak sepatutnya ada lagi kader yang hanya mengharapkan dan bergantung kepada kerumunan besar untuk merasakan kewujudan dirinya, untuk lebih menjamin iman dan taqwanya. Sebaliknya, dimanapun dia berada ia tetap merasakan dirinya sebagai hamba Allah SWT, ia harus memiliki kesadaran untuk menjaga dirinya dan taqwanya kepada Allah SWT, baik dalam keadaan sendiri mahupun bersama orang ramai.

Sepatutnya seorang daie itu, kemana-pun pergi, dia tidak merasa kesunyian, tersudut atau terasing, karena dia yakin Allah senantiasa ber-samanya. Bahkan dia benar-benar juga merasakan kebersamaan rasul-Nya, ummat dan alam semesta sentiasa.

Lihatlah – kehebatan Namrud bagi Nabi Ibrahim AS tidak ada ertinya, kerana Ibrahim tidaklah bersendirian. ALLAH bersamanya, dan alam semesta juga akan selalu bersamanya. Sehinggakan api yang berkobar-kobar yang dinyalakan Namrud untuk membinasakan dirinya, ternyata satu pasukan dengannya dalam menunaikan tugas pengabdian kepada ALLAH.

Akhirnya, dari menghanguskannya, ia menjadi “bardan wa salaman” (penyejuk dan penyelamat) pula.

Oleh kerana itu, kader sejati perlu yakin bahwa Allah SWT akan senantiasa membuka jalan bagi pejuang Da’wah, sesuai dengan janji-Nya, In tansurullah yansurukum wayu sabit akdamakum (Jika kamu menolong Allah, Ia pasti akan menolongmu dan mengokohkan langkah kamu)

Semoga para kader senantiasa mendapatkan perlindungan dan bimbingan dari Allah SWT ditengah derasnya arus dan badai perosakan ummat. Kita harus yakin sepenuhnya akan pertolongan Allah SWT, dan bukannya yakin serta percaya pada diri sendiri. Tidak ada daya, dan tidak ada kekuatan, melainkan dengan Allah ada bersama.

Masukkanlah diri kedalam benteng-benteng kekuatan usrah atau halaqah – tempat Junud Da’wah melingkar dalam suatu benteng perlindungan, menghimpun bekal dan amunisi, untuk terjun ke arena pertarungan Haq dan bathil yang berat dan menuntut pengorbanan.

Disanalah kita mentarbiah diri sendiri dan generasi mendatang.

Aaa, generasi mendatang. (:
Inilah sebagian pengubat kesedihan ummat yang berkepanjangan, yaitu dengan munculnya generasi baru. Generasi yang siap memikul beban da’wah dan menegakan Islam.

Inilah harapan baru bagi masa depan yang lebih gemilang, dibawah naungan Alqur-an dan cahaya Islam
rahmatan lil alamin.

..

..

~~

Huda

5 minutes break from studying, i decide to translate this chapter. 

For those who has difficulties to understand jowo. (:

moga bermanfaat.

kelompok yang disembelih

bismillahil azim..

Allahumma solli ‘ala Muhammad.

.

Sheikh Al-Bahi Al-Khuli telah menumpahkan fikiran dan perasaannya – untuk menyemai azam dan akhlak yang baik – ke atas sekumpulan pemuda yang diberikan tumpuan khusus untuk menjadi generasi pelapis dakwah Ikhwan satu ketika dahulu. Pemuda-pemuda ini merupakan lapisan teratas yang dipilih, sekaligus merupakan lapisan terbaik pada waktu itu.

Al-Bahi menumpukan sejumlah perhatian, masa dan tenaga, untuk membina pemuda-pemuda ini. Beliau telah menamakannya sebagai Katibah az-Dzabih, yang bermaksud, “kelompok yang disembelih”.

Pemilihan nama ‘Dzabih’ diambil daripada sebutan untuk Saidina Ismail bin Ibrahim Alaihimassalam. (Nabi Ismail)

Tentunya, kata “sembelih” dan Nabi Ismail bukanlah terpisah asing.
Kita sudah dikisahkan menerusi lisan para guru, malah di dalam Kitab Al Quran sendiri – surah as saffat – tentang peristiwa penyembelihan ke atas Nabi Ismail, semasa bapanya Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk berbuat yang demikian pada bulan Dzulhijjah.

Maka ketika anaknya itu sampai ke suatu peringkat umur, Nabi Ibrahim berkata “wahai anak kesayanganku! sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu. maka fikirkanlah apa pendapatmu?”

anaknya menjawab “wahai ayah, laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, dengan izin Allah kau akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar (menghadapinya)”

as saffat 102

Apa yang cuba dimenifestasikan/disemaikan di dalam kelompok pemuda tadi menerusi nama Dzabih ini adalah sikap – ketundukan – Nabi Ismail terhadap perintah Allah agar lehernya disembelih.

Al-Bahi menghuraikan – lihatlah anak ini, menyediakan dirinya untuk disembelih.
Dengan mengatakan “wahai ayah, laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu”, dirinya menolak terus kepentingan dirinya, seolah menafikan eksistensi dirinya, sebaliknya menumpukan seluruh dan segalanya kepada APA yang diperintah, dan SIAPA yang memberi perintah.

Sedangkan Ismail boleh saja mengatakan “lakukanlah kepada diriku apa yang diperintahkan kepadamu.”
Namun tidak.

Sepertinya – lupakan saja tentang diriku, yang penting sekarang adalah laksanakan perintah Allah.

Tambahan, anak ini menyambung pula dengan mengatakan dirinya akan baik-baik sahaja, DENGAN izin dan pertolongan Allah.

Tidak mendabik dada mengatakan dirinya berani dan sabar, sebaliknya, menggantungkan dan menyerahkan kepada Allah untuk memelihara dan menentukan apa saja buat dirinya.

Baik, tutup kisah sembelihan Nabi Ismail.
Dari situ lah nama Dzabih dipilih. Dan dari situ juga kita dapat melihat betapa besar harapan dan usaha yang Al-Bahi curahkan di dalam membina dan membentuk kelompok pelapis Ikhwan itu tadi.

Dari kelompok binaan Al-Bahi ini, terhasilnya pemuda-pemuda yang memang benar telah melapisi perjuangan Ikhwan dengan memukau.

~

Tidak mustahil “Katibah az-Dzabih” sebegini masih boleh didapati pada masa sekarang. Kelompok yang ditumpahkan dengan fikiran dan perasaan yang menyemai azam dan akhlak yang baik – dengan izin Allah – akan melahirkan pemuda yang rela ‘disembelih’ pada zaman seperti sekarang. Ya, zaman yang pemudanya tidak sedikit yang culas – hendak meninggalkan mukabuku demi menunaikan hak laungan azan pun payah.

Ia akan berubah. Tidak mustahil.

~~

Trivia:

Siapakah Sheikh Al-Bahi ini?

Beliau – seorang tokoh ulamak – satu ketika dahulu merupakan Ketua bahagian penyebaran dakwah di Maktab Idari Ikhwan Wilayah Barat. Banyak menghasilkan penulisan yang memukau, antaranya seperti kitab Adam Alaihi Salam, Tsarwah Fi Zilalil Islam, Al-Mar’ah Bainal Bait wal Mujtama’.

Salah satu penulisannya yang mashur adalah Tazkirat ad-du’at (catatan para pendakwah) telah dijadikan sebahagian daripada rasa’il ikhwanul Muslimin.

Mempunyai pengetahuan yang sangat dalam tentang alquran, serta arif dalam bidang tasawuf.

Untuk lebih trivia lagi:

Al-Bahi adalah merupakan murabbi pertama dan yang paling dikagumi oleh Dr. Yusuf Al Qardhawi – ulamak terkenal dan mantan mursyidul am Ikhwanul Muslimin. Al-Bahi lah yang telah – dengan izin Allah – menyentuh hati Yusuf Al Qardhawi untuk berintisab dengan tarbiyyah dan dakwah IM.

Al Qardhawi ada menceritakan, halaqah ruhiyah (usrah) mereka selalunya berlangsung sebelum subuh pada setiap hari isnin. Mereka akan bersolat subuh berjemaah seusai pertemuan. *ini khas untuk sesiapa yang merasakan usrah pukul 9 pagi itu adalah mind-blowingly-too-early*

Dan ya, Yusuf Al Qardhawi adalah merupakan salah satu dari pemuda di dalam Katibah Az-Dzabih itu tadi.

..

Now, di manakah generasi az-Dzabih kita?

.

~

Huda

Nama katibah aku TasBourneLaid. Kalau mohon ubah, kena judge tak? Hehe.

:p

intisaba ilaa daawah

bismillahil azim,

allahumma solli ala Muhammad.

~~

Apa-apa saja ideologi, pendukungnya yang sejati adalah mereka yang menjadikan ideologi itu benar-benar kehidupan mereka. Lebih tepat, menjadikannya seolah-olah darah daging mereka.

Mereka gembira bersama ideologi tersebut apabila ia menaik, dan mereka bersedih bersama ideologi tersebut apabila ia jatuh. Begitu juga mereka gelisah bersama ideologi tersebut, apabila ia stagnant (tidak ada perkembangan).

Secara logiknya, paling malas pun, mereka  akan mengambil tahu segala yang berkaitan ideologi tersebut.

Bagi yang lebih sejati, mereka akan berjuang bersama-sama ideologi itu.

Misalnya, musim bola, liga FIFA. Tiba-tiba semua pendukung fikrah arena dunia bolasepak akan “makan bola, tidur bola, semua pun bola.” Akan mengikuti segala perkembangan, akan sentiasa menyusun masa dan urusan bersesuaian dengan jadual match, berjaga malam untuk menonton game, dan sebagainyalah. Itu barulah peminat tegar bolasepak.

Begitulah intisab – dari sisi bahasanya membawa maksud “menghubungkan” diri. Ada perkaitan dengan kata “nasab” yang bermaksud keturunan.

Manakala dari sisi istilahnya membawa makna – menjadikan sesebuah ideologi, atau sesuatu perkara itu – kehidupannya. Tidak keterlaluan jika dikatakan – darah dagingnya.

Baik.

Syarat khusus dan utama untuk menjadi daie, atau pendukung fikrah yang tentunya – sekarang kita merujuk kepada daie yang mendukung fikrah islam kita – adalah, ber-intisab dengan daawah. (Hammam Said, Qawaid Daawah)

Iya, berdarahdaging dengan daawah. Makan daawah, tidur daawah, semua pun daawah.

Ikuti perkembangan daawah. Menyusun masa dan urusan sesuai dengan jadual/tuntutan daawah.

Sedih apabila prestasinya jatuh, bahagia apabila ia menaik, dan gelisah apabila ia kaku bertakung – tidak ada apa2 perubahan.

Berjuang bersama fikrah dakwah itu.

Inilah yang dikatakan intisaba ilaa daawah.

Persoalannya, bagaimana untuk melahirkan rasa mahu berintisab dengan daawah?

~~

Huda

kalau lah sudah cintakan kekasih, tak perlu paksa pun, sendirinya akan ambil peduli.